Pages

Search This Blog

Followers

like Batu

Jumlah Paparan Halaman

Ahad, 2 Oktober 2011

Tidak Boleh Kenakan Hudud Ke Atas Orang Bukan Islam

Hudud kini bergema lagi. Ini tidak lain kerana PRU13 sudah hampir dan ini adalah antara usaha keji pihak UMNO untuk memecahbelahkan perpaduan dalam Pakatan Rakyat. UMNO sangat yakin dengan menimbulkan isu hudud ini akan menyebabkan orang bukan Islam tidak akan menyokong PAS dan Pakatan Rakyat dalam PRU 13 nanti. DAP pula tetap menentang perlaksanaan hudud kerana bimbang sokongan masyarakat Cina akan beralih kepada MCA dan Gerakan.

Persoalanya, apakah UMNO tidak mempunyai isu lain untuk mencari pengaruh semula? Kita lihat semua isu yang dimainkan oleh UMNO untuk melemahkan Pakatan Rakyat hanya berkisar kepada video lucah, isu komunis dan kini isu hudud pula. Kepada parti bukan Islam seperti MCA, Gerakan dan DAP, kamu semua sepatutnya tidak perlu meloncat dan mencampuri urusan umat Islam ini. Kerana hudud adalah urusan antara umat Islam dengan tuhan mereka yakni Allah. Parti bukan Islam tidak perlu bimbang jika hudud dilaksanakan kerana ianya tidak melibatkan orang bukan Islam. Tidak ada paksaan dalam Islam untuk membolehkan orang bukan Islam mengikuti apa yang diperintah oleh Islam.

Seperti solat orang Islam, puasa di bulan Ramadhan, pergi haji dan sebagainya. Tidak ada pun dalam kitab Quran yang menyuruh atau memaksa orang bukan Islam supaya melakukanya seperti orang Islam.

Begitu juga dengan hudud, qazaf dan lain-lain syariat Islam. Hudud hanya dikenakan kepada orang Islam sebagai mematuhi perintah Allah dan Rasul. Walaubagaimanapun jika ada orang bukan Islam memilih untuk dijatuhkan hukuman ke atas mereka yang buat kesalahan mengikut syariat Allah seperti hudud, Islam tidak pula melarang atau menolaknya.

Tidak ada paksaan dalam Islam supaya orang bukan Islam mengikut undang-undang atau hukuman mengikut syariat Allah termasuk hudud, tetapi sekiranya mereka menganut Islam, maka mereka wajib mematuhi syariat Allah dan dihukum mengikut apa yang terkandung dalam Quran termasuk hudud.

Kita amat pelik melihat kejahilan umat Islam sekarang yang membawa isu bahawa hudud yang dibawa oleh PAS mengecualikan orang bukan Islam dari di hudud. Memang dikecualikan, kerana dalam Quran tidak memerintah kita untuk menghukum mereka seperti yang dikenakan ke atas orang Islam.

Jika kita memaksa mereka untuk di kenakan hukum hudud juga, bermakna kita telah mencemarkan ajaran Islam dan ingkar dengan arahan Allah dan Rasul. Cubalah mengaji dan faham akan ajaran Islam. Jangan asyik dengan " hidup Melayu" dan ‘1Malaysia" saja yang tidak ada faedahnya walau satu sen pun samada di dunia lebih-lebih lagi di akhirat nanti.

Begitu juga dengan hukuman bunuh terhadap orang Islam yang murtad. Bukankah Nabi ada bersabda "jika ada diantara kamu yang meninggalkan agamanya (murtad), maka bunuhlah dia". Jadi jika ada orang bukan Islam yang meninggalkan agama mereka dan masuk Islam, kita tidak pula boleh membunuh mereka, kerana perintah Nabi hanya tertumpu kepada orang Islam yang meninggalkan agama Islam (murtad) saja yang mesti dijatuhkan hukuman bunuh.

Bagi orang bukan Islam yang berzina dengan orang Islam. Yang Islam tetap dijatuhkan dibawah hukum hudud, manakala pasanganya yang bukan Islam hendaklah dijatuhkan mengikut undang-undang sivil kecuali mereka itu meminta dijatuhkan hukuman hudud juga, maka bolehlah di kenakan hudud atas zina yang mereka lakukan itu. Undang-undang sivil pula yang ada kaitan antara orang bukan Islam dan orang Islam seperti zina tadi, bolehlah dikuatkuasa atau dipinda supaya lebih berat hukumanya terhadap orang bukan Islam, ini sebagai mengelak atau mencegah orang bukan Islam supaya tidak berani melakukan zina dengan orang Islam.

Kita lihat sahaja perlaksanaan syariat Islam di Arab Saudi termasuk Hudud. Bagaimana kita boleh bandingkan kadar jenayah yang berlaku di Amerika setiap satu minit bersamaan satu atau 2 tahun berlaku di Arab Saudi. Ini membuktikan dengan adanya hudud, kadar jenayah dapat dikurangkan semaksima yang boleh kerana hudud lebih kepada mencegah dan mendidik, maka rakyat berfikir banyak kali sebelum melakukan sesuatu jenayah itu. Inilah kelebihanya syariat Allah. Jenayah mungkin tidak dapat dihapuskan seratus peratus kerana sifat manusia itu suka kepada kemungkaran dan maksiat apatahlagi jika adanya puak UMNO seperti di negara kita ini.

Jadi persoalanya tidak timbul MCA, Gerakan atau DAP ingin menentang hudud dan umat Islam juga tidak perlu panik dan risau dengan penentangan mereka ini kerana mereka itu tidak faham dan mereka orang yang tidak beriman dengan Allah dan Rasul. Yang kita pelik dan terkejut ialah apabila UMNO sendiri yang menentang syariat Allah malahan sanggup pula mempersenda dan menghina syariat Allah itu.

Oleh itu Majlis Fatwa atau ulamak-ulamak yang diketahui ilmunya wajiblah mengeluarkan fatwa " apakah menyokong dan menjadi ahli UMNO itu hukumnya haram samada jatuh fasik, munafik atau syirik ke tidak"? Tidak mungkin terkecuali salah satu dari hukum ini (fasik, munafik atau syirik). Walaupun ada sesetengah ustaz mengatakan syirik hukumnya menyokong UMNO berasaskan keadaan UMNO yang sejak dulu, kini dan selamanya asyik menentang syariat Allah dan menjadi sebati dengan segala kemungkaran dan kezaliman, maka perlu satu fatwa yang jelas dikeluarkan untuk menyelamatkan aqidah dan akhlak umat Islam dari terus sesat hingga ke akhirat kelak.

Sekarang terlalu ramai memberi komen bahawa "hudud belum sesuai". Jadi bila masa yang sesuainya? Tiga puluh tahun dulu pemimpin UMNO dan NGO yang sehati dan sejiwa dengan UMNO pun bagi alasan begitu juga! Sekarang pun sama, dan tiga puluh tahun yang akan datang jika UMNO masih berkuasa, alasan yang sama juga akan diberinya! Alasan kerana rakyat belum faham, bila nak bagi mereka fahamnya? Gunakan TV dan akhbar milik UMNO itu untuk memberikan kefahaman pada rakyat, jangan asyik dengan isu video lucah, fitnah, 1Malaysia, komunis saja disiarkan.

Masalahnya orang yang menjadi pemimpin negara dan negeri sendiri pun tak faham Islam, selalu buat benda yang Islam larang dan haramkan, tetapi berlagak nak bercakap tentang hudud. Yang sebenarnya, mereka inilah golongan "munafiq moden" yang Allah tonjolkan di zaman ini tetapi mereka tidak sedar semua ini. Kerana dalam hati penuh dengan kekotoran, darah yang mengalir banyak dari memakan dan meminum sumber haram, maka Allah hijab hati mereka dari menerima kebenaran dan keadilan syariat Allah itu.

Yang mereka tahu hanyalah untuk menipu, menindas, merompak harta rakyat, bagaimana nak halang tazkirah disampaikan dalam rumah Allah, minum arak, zina dan ambil musuh Islam sebagai teman dan penasihat. Bagaimanakah hidayah Allah nak masuk ke dalam hati mereka jika mereka sendiri yang mencari jalan untuk jauh dari hidayah Allah? Maka sesatlah mereka dan sesat jugalah orang yang mengikut dan menyokong mereka selamanya sebagaimana sesatnya juga ulamak, ustaz dan tok guru yang mencari makan bersama mereka demi kerana dunia semata.

Kepada umat Islam yang sedar dan insaf, tidak susah sebenarnya untuk melihat kezaliman, penipuan dan kekejaman yang dilakukan oleh penjajah, oleh komunis dan oleh Yahudi. Lihat sajalah kepada UMNO, semuanya ada di situ. Kita kena sedar bahawa UMNO ditubuhkan oleh penjajah British malahan nama UMNO itu pun di ilhamkan oleh penjajah. Ini kerana penjajah ketika itu sudah tidak mampu menghadapi serangan komunis dan pejuang-pejuang (kemerdekaan) Melayu ketika itu.

Oleh kerana penjajah tidak mahu dan tidak rela Tanah Melayu terlepas ke tangan ulama-ulama dan pejuang Melayu maka penjajah tubuhkan UMNO sebagai mewarisi visi penjajahan dan ideologi mereka. Itu sebabnya walaupun didakwa UMNO parti orang Melayu tetapi namanya adalah dari bahasa Inggeris (penjajah) UNITED MALAY NATIONAL ORGANISATION atau sekarang layak dinamakan sebagai UNITED MUNAFIQIN NATIONAL ORGANISATION. Wallahu