Search This Blog

Followers

like Batu

Jumlah Paparan Halaman

Isnin, 30 Mei 2011

Kesaksian Saintis Barat dan Moden akan Kebenaran Al-Quran

"Ketinggian ilmu Al-Quran jelas melangkaui zaman. Di saat segelintir umat Islam mula menolak sebahagian kecil kandungan Al-Quran, anehnya, dunia Barat mula memberi perhatian yang serius terhadap Al-Quran. Amatlah menyedihkan apabila Islam dipandang sebagai agama yang kolot oleh pengikutnya, sedangkan dunia sains barat sendiri mengakui ketinggian ilmu-ilmu Islam. 


Meskipun ramai dikalangan umat Islam memandang sinis pandangan saintis moden ini, namun, kita harus menjadikannya sebagai suatu medan dakwah yang berkesan kepada masyarakat berfikiran saintifik yang wujud pada hari ini. Islam adalah agama yang universal yang memenuhi kehendak pelbagai lapisan masyarakat.
1. Keith L Moore

“Sejak hampir 3 tahun, saya sudah bekerja bersama Jawatankuasa Embriologi King Abdulaziz University di Jeddah, Arab Saudi, menolong Jawatankuasa itu memahami banyak penyataan yang terdapat di dalam Al-Quran dan Sunnah yang berkaitan dengan pembiakan manusia dan pembentukan bayi di dalam kandungan. Pada awal-awal lagi, adalah amat menakjubkan saya akan ketepatan penyataan yang direkodkan pada kurun ke 7 Masihi , iaitu sebelum Sains Embriologi mula dibangunkan. Meskipun saya mengetahui akan kegemilangan Saintis Muslim pada kurun ke 10 Masihi, dan sebahagian daripada mereka menyumbang kepada kemajuan ilmu perubatan, saya tidak tahu langsung akan kenyataan agama dan kepercaaan (berkaitan saitifik) yang terkandung di dalam Al-Quran dan Sunnah.

Pada satu persidangan di Kaherah, semasa membentangkan satu kertas kerja,

“Adalah menjadi satu penghormatan buat saya untuk membantu memahami penyataan yang terkandung di dalam Al-Quran berkenaan dengan perkembangan (pembiakan) manusia. Adalah jelas bagi saya bahawa kesemua penyataan ini mesti datang kepada Muhamad daripada Tuhan, atau Allah, kerana hamper kesemua ilmu pengetahuan tersebut tidak ditemui sehinggalah beberapa kurun kemudian. Ini membuktikan kepada saya bahawa Muhamad sudah semestinya adalah seorang pesuruh Tuhan atau Allah”.
Profesor Moore juga pernah berkata,

“ Disebabkan proses perkembangan embrio manusia adalah kompleks, merangkumi proses perubahan yang berterusan sepenjang perkembangannya, seolah-olah dapat membentuk suatu sistem baru klasifikasi yang dapat digunakan daripada fasa-fasa yang dinyatakan didalam Al-Quran dan Sunnah. Sistem yang dinyatakan Al-Quran itu lebih mudah, konprehensif dan bersesuaian dengan ilmu embriologi semasa.”

“Kajian penyelidikan intensif Al-Quran dan Sunnah selama 4 tahun kebelakangan ini telah mendedahkan suatu sistem klasifikasi embrio manusia yang menakjubkan memandangkan ia direkodkan pada kurun ke 7 Masihi…, penjelasan Al-Quran itu tidak mungkin berdasarkan tahap pengetahuan saintifik kurun ke 7 Masihi…:

Keith L Moore adalah seorang Profesor Emeritus, Jabatan Anatomi dan Sel Biologi, Universiti Toronto. Merupakan seorang Pakar Embriologi terkenal dan merupakan penulis beberapa buah buku teks perubatan, termasuklah Clinically Oriented Anatomy (3rd Edition) dan The Developing Human (5th Edition, with T.V.N. Persaud).

Dr Moore juga merupakan bekas President Pertubuhan Anatomist Kanada (Canadian Association of Anatomists) dan Persatuan Anatomist Klinikal Amerika (American Association of Clinical Anatomists). Beliau dianugerahkan oleh Pertubuhan Anatomist Kanada dengan anugerah berprestij J.C.B. Grant Award dan pada tahun 1984, beliau menerima anugerah Keahlian Terhormat daripada Persatuan Anatomist Klinikal Amerika Honoured Member Award of the American Association of Clinical Anatomists) bagi kerja-kerja cemerlangnya dalam bidang anatomi klinikal.


2. E. Marshall Johnson

“ …secara ringkasnya, Al-Quran bukan sahaja menjelaskan perkembangan (luaran) fizikal manusia, tetapi turut menjelaskan proses perkembangan (dalaman) manusia, perkembangan pada peringkat embrio, bagaimana ia dicipta dan pembesarannya, dengan menekankan fasa-fasa kejadian yang diiktiraf oleh sains moden hari ini.”
“Sebagai saintis, saya cuma boleh memahami akan perkara yang secara spesifiknya saya boleh lihat. Saya boleh memahami embriologi dan perkembangan biologi. Saya boleh memahami maksud yang diterjemahkan kepada saya daripada Al-Quran. Dengan mengambil contoh yang saya berikan sebelum ini, sekiranya saya bayangkan bahawa saya berada pada era tersebut (semasa Al-Quran diturunkan kepada Muhamad), meskipun saya merupakan seorang pakar perubatan pada masa itu, saya tidak mungkin dapat menerangkan apa yang diterangkan oleh ayat itu (ilmu itu tidak mungkin berasal daripada manusia pada zaman itu).”

“Saya melihat tiada sebarang bukti yang mampu menyokong pendapat bahawa insan ini iaitu Muhamad mereka-reka maklumat ini daripada seseorang atau sesuatu tempat…, jadi saya lihat tiada satupun disini yang berlawanan dengan konsep kesucian ilmu (daripada Tuhan) sekiranya ia mampu ditulis (direka) oleh Muhamad…”

E. Marshall Johnson merupakan seorang Profesor dan Pengerusi Jabatan Anatomi dan Perkembangan Biologi, dan merupakan Pengarah Institut Daniel Baugh, Thomas Jefferson University, Philadelphia, Pennsylvania, Amerika Syarikat. Beliau merupakan penulis lebih 200 buah penerbitan, bekas President Teratology Society disamping tokoh-tokoh lain yang terkenal. Profesor Johnson mula berminat dengan petunjuk saintifik daripada Al-Quran pada Persidangan Perubatan Saudi ke-7, apabila suatu jawatankuasa khas dibentuk untuk menjalankan penyelidikan mengenai petunjuk –petunjuk saintifik Al-Quran dan Sunnah. Pada mulanya, Profesor Johnson enggan menerima sebarang kewujudan petunjuk sedemikian di dalam Al-Quran dan Sunnah. Namun, selepas mengadakan perbincangan dengan Seikh Zindani, beliau mula berminat dengan petunjuk-petunjuk saintifik berkenaan dan menumpukan kajiannya didalam perkembangan internal dan external fetus.

3. T.V.N. Persaud

“Bagi saya, Muhamad nampak seperti seorang manusia biasa, dia tidak boleh membaca, dia tidak boleh menulis, malah, dia juga seorang yang buta huruf…”

“Kita sedang bercakap mengenai 1400 tahun yang lalu, dan kamu mempunyai seorang yang buta huruf menyatakan sesuatu yang amat menakjubkan iaitu bertepatan dengan hokum saintifik…”

“Saya secara peribadi, tidak nampak bahawa semua ini adalah kebetulan, kerana terlalu banyak fakta yang amat tepat dan seperti Dr Moore, saya tidak mempunyai masalah untuk menyatakan bahawa semua ini berinspirasikan daripada sesuatu yang suci yang membolehkan dia menyatakan kesemua pernyataan ini.”

T.V.N Persaud adalah seorang Professor Anatomi dan Professor Paediatics dan Kesihatan Kanak-Kanak, University of Manitoba, Winnipeg, Manitoba, Kanada. Beliau juga merupakan seorang penulis buku yang menulis lebih 20 buah penerbitan dan telah menerbitkan lebih 181 buah penerbitan saintifik. Penulis bersama The Developing Human (5th Edition, with Keith L. Moore). Beliau menerima anugerah J.C.B. Grant Award pada 1991. Profesor Peraud juga pernah membentangkan beberapa kertas kerja penyelidikannya.

4 Joe Leigh Simpson

“ ..hadis-hadis ini tidak mungkin diperolehi daripada ilmu pengetahuan saintifik yang wujud pada masa ia dicatatkan. Ia bukan sahaja menyatakan bahawa tiada sebarang konflik diantara genetik dan agama (Islam), malah agamalah (Islam) yang mungkin menjadi garis panduan sains (hari ini) melalui pendedahan-pendedahan oleh kaedah-kaedah asas saintifik…Wujud pernyataan-pernyataan di dalam Al-Quran yang dibuktikan pada kurun-kurun kemudiannya sebagai sah menunjukkan ilmu pengetahuan didalam Al-Quran sebenarnya datang daripada Tuhan.”

John Leigh Simpson merupakan seorang Professor dan Pengerusi Jabatan Obstetrics dan Gynaecology, Baylor College of Medicine, Houston, Texas, Amerika Syarikat. Beliau adalah President American Fertility Society dan pernah menerima pelbagai anugerah, termasuklah Association of Professors of Obstetrics and Gynaecology Public Recognition Award pada 1992. Seperti kebanyakan yang lain, Professor Simpson amat kagum apabila mengetahui bahawa Al-Quran dan Hadis mengandungi ayat-ayat yang berkaitan dengan kepakarannya. Ketika bertemu Syeikh Abdul-Majeed A Zindani, beliau mendesaknya untuk mengesahkan teks yang ditunjukkan kepadanya adalah berasal daripada Al-Quran dan Hadis.

5. Gerald C. Goeringer

“…didalam beberapa ayat (Al-Quran) ini terkandung penerangan komprehensif berkenaan dengan proses pembentukan manusia bermula daripada percampuran gamet (sel suami dan sel isteri) melalui organogenesis (pembentukan sel asas yang baru). Tiada suatu yang jelas dan rekod yang lengkap mengenai proses pembentukan bayi manusia merangkumi klasifikasi, terminology dan penerangan berkaitan yang wujud sebelumnya. Malah, jika tidak kesemua kejadian pun, penerangan ini sebenarnya melangkaui beberapa kurun iaitu keterangan peringkat pembentukan embrionik dan pembentukan bayi dalam ilmu pengetahuan saintifik (ketika mula ditemui).
Gerald C. Goeringer adalah Professor dan Ko-ordinator Perubatan Embriologi di Jabatan Sel Biologi, Fakulti Perubatan, Georgetown University, Washington DC, Amerika Syarikat. Syeikh Abdul Majeed A. Zindani telah bertemu dengan Professor Goeringer dan bertanya samada terdapat dalam sejarah awal bidang embriologi sebarang teks yang menerangkan dengan lengkap peringkat-peringkat embrio, ataupun sebarang teks yang berkaitan dengan bidang embrionik pada masa Nabi Muhammad s.a.w. Syeikh Zindani juga turut bertanyakan pendapatnya mengenai kalimah-kalimah yang terdapat didalam Al-Quran yang menerangkan fasa-fasa yang berlainan proses pembentukan bayi manusia. Selepas perbincangan yang panjang, beliau membentangkan kajiannya pada Persidangan Perubatan Saudi ke 8.

6. Alfred Kroner

“Apabila memikirkan daripada mana Muhammad datang…, saya fikir adalah mustahil untuk beliau dapat mengetahui pelbagai perkara (hukum sains) seperti pembentukan alam semesta, kerana para saintis cuma dapat mengetahuinya dalam masa beberapa tahun kebelakangan ini dengan penuh kerumitan, itupun dengan penggunaan kaedah teknologi termaju dalam konteks ini (pembentukan alam semesta).

“Seseorang yang tidak mengetahui sesuatu mengenai nuklear fizik pada 1400 tahun yang lalu, saya fikir tidak sesekali mungkin dapat mengatakan sesuatu daripada pemikirannya bahawa bumi dan langit berasal daripada penciptaan yang sama, dan pelbagai lagi persoalan yang kita bincangkan disini.

“Sekiranya kamu gabungkan kesemua ini dan kamu gabungkan kesemua pernyataan yang dinyatakan Al-Quran dalam konteks yang berkaitan dengan bumi dan pembentukan bumi dan sains secara keseluruhannya, kamu boleh nyatakan secara umumnya bahawa pernyataan tersebut dalam pelbagai sudut adalah benar, dan ia dapat disahkan sekarang dengan menggunakan kaedah saintifik, dan secara umumnya, dapat kamu katakan bahawa Al-Quran adalah sebuah buku sains ringkas untuk manusia biasa. Dan pelbagai pernyataan yang terkandung didalamnya semasa ia di sampaikan Muhamad tidak mungkin dapat dibuktikan pada masa itu, tetapi kaedah saintifik moden kini mampu membuktikan apa yang dikatakan Muhamad 1400 tahun yang lalu”.

Alfred Kroner adalah seorang Professor di Jabatan Geosains, University of Mainz, Jerman. Beliau adalah salah seorang daripada saintis geologist terkemuka dunia, mula dikenali apabila mengkritik teori-teori saintis utama yang lain dalam bidang geosains.

7. Yushidi Kusan

“Bagi saya, saya amat mengkagumi penemuan sebenar astronomi yang terkandung dalam Al-Quran, dan bagi ahli astronomi moden seperti kami, cuma mengkaji sebahagian kecil daripada alam semseta. Kami menumpukan keseluruhan usaha kami bagi memahami sebahagian kecil sahaja (daripada alam semesta), kerana dengan menggunakan teleskop, kami cuma mampu melihat sebahagian kecil sahaja daripada langit tanpa memikirkan keseluruhan alam semesta. Jadi dengan membaca Al-Quran, dan menjawab persoalan-persoalan itu, saya fikir saya dapat menemui cara baru untuk menyiasat alam semesta.

Yushidi Kusan adalah Pengarah Balai Cerap Tokyo, Jepun. Syeikh Abdul Majeed A.Zindai membentangkan sebahagian ayat Al-Quran yang menerangkan permulaan alam semesta dan ruang angkasa, dan hubungan diantara langit dan bumi. Beliau menyatakan kekagumannya, dengan menyatakan Al-Quran menerangkan alam semesta seolah-olah keseluruhan alam semesta ini dilihat daripada suatu puncak yang amat tinggi, kesemuanya jelas dan tersusun.

8 Professor Armstrong

Professor Armstrong ditanya beberapa soalan berkenaan ayat-ayat Al-Quran yang berkaitan dengan kepakarannya. Akhirnya beliau ditanya, “ kamu telah melihat dan menemui penemuan sebenar hukum tabi’e astronomi moden menggunakan peralatan moden, roket dan satelit yang dicipta manusia. Kamu juga telah melihat fakta yang sama yang dinyatakan Al-Quran pada 1400 tahun yang lalu. Jadi apakah pendapat kamu?
Itu adalah persoalan yang sukar yang telah saya fikirkan semenjak perbincangan kita. Saya amat kagum bagaimana tulisan yang begitu kuno(lama) ini nampaknya sepadan dengan ilmu astronomi moden dan semasa. Saya bukanlah seorang ahli dalam sejarah peradaban manusia dan saya mempercayai keadaan yang telah didedahkan pada 1400 tahun yang lalu.
Semestinya, saya lebih suka membiarkan ia sebegitu, yang kelihatan mengkagumkan, mungkin ada atau mungkin tiada penjelasan saintifik mengenai hal itu, mungkin ia adalah sesuatu diluar kefahaman kita sebagai manusia apabila memikirkan tulisan yang kita lihat itu (Al-Quran).


Professor Armstrong berkhidmat dengan NASA dan merupakan seorang Professor Astronomi di Universiti of Kansas, Texas, Amerika Syarikat.

9. William Hay

Professor Hay adalah Professor Oceanografi, University of Colorado, Amerika Syarikat. Beliau adalah salah seorang saintis terbaik di Amerika Syarikat. Syeikh Abdul Majeed A Zindani yang bertemu dengannya dan bertanyakan pelbagai soalan mengenai permukaan laut, pembahagian diantara bahagian atas dan bawah lautan, dan mengenai dasar lautan dan geologi marin.

Saya mendapati bahawa ia amatlah menakjubkan yang pengetahuan ini terdapat di dalam skrip lama Kitab Suci Al-Quran, dan saya sendiri tidak tahu dari mana ia mungkin dating. Tetapi saya fikir, adalah amat mengkagumkan bahawa yang penrnyataan itu sememangnya terdapat dalam Al-Quran, dan kerja ini akan diteruskan untuk mengetahui rahsia pernyataan yang terdapat dalam Al-Quran itu.
Apabila ditanya mengenai sumber asal Al-Quran, dia menjawab, “ Jadi, saya fikir ia mungkin datang daripada sesuatu yang suci dan hebat.”
10. Durja Rao

Beliau adalah seorang Professor Geologi Marin di Universiti Raja Abdulaziz, Arab Saudi. Syeikh Zindani membentangkan kepadanya beberapa ayat yang berkaitan dengan kepakarannya dan Durja Rao ditanya, “Bagaimanakah kamu melihat maklumat saintifik yang dinatakan di dalam Al-Quran? Bagaimana mungkin Nabi Muhammad dapat mengetahui fakta-fakta ini 1400 tahun yang lalu?
Adalah sukar untuk membayangkan bahawa pengetahuan sebegini wujud pada masa itu, iaitu pada 1400 tahun yang lalu. Mungkin sebahagian daripadanya adalah idea ringkas, tetapi untuk menerangkannya secara amat terperinci adalah suatu perkara yang sukar. Jadi, ini bukanlah pengetahuan biasa manusia. Manusia biasa tidak mungkin dapat menerangkan fenomena ini secara terperinci. Jadi, saya rasa, maklumat ini semestinya datang daripada sesuatu yang ghaib”.
11. Professor Siaveda

Professor Siaveda adalah seorang Professor Geologi Marin daripada Jepun. Ketika ditanya beberapa soalan yang berkaitan dengan kepakarannya, dan kemudiannya dimaklumkan beberapa ayat Al-Quran dan petikan Hadis yang menatakan fenomena yang dijawab sebelum ini. Salah satu darinya ialah berkenaan dengan gunung. Syeikh Zindani bertanya mengenai rupa bentuk gunung, adakah ianya berdiri pegun diatas bumi ,”Apakah pendapat kamu mengenai ayat yang kamu baca ini yang terdapat di dalam Al-Quran dan Hadis yang berkaitan dengan rahsia alam semesta, dimana para saintis cuma baru mengetahuinya kebelakangan ini?
Saya fikir, nampaknya ia kelihatan begitu misteri dan amat tidak masuk akal. Saya benar-benar berfikir bahawa sekiranya apa yang kamu nyatakan itu benar, maka buku itu (Al-Quran) adalah sebuah buku yang amat mengkagumkan. Saya amat bersetuju dengannya.”
12. Tejatat Tejasen

Professor Tejasen adalah Pengerusi Jabatan Anatomi dan bekas Dekan Fakulti Perubatan, Universiti Chiang Mai, Thailand. Beliau meneliti dan mempelajari beberapa artikel berkenaan dengan Al-Quran dan ilmu embriologi moden. Beliau menghabiskan masa selama 4 hari bersama ilmuan, ulama, orang Islam dan bukan Islam, membincangkan fenomena yang dinyatakan oleh Al-Quran dan Hadis. Pada Persidangan Perubatan Saudi ke-8, beliau berdiri dan menyampaikan ucapan,

“Selama 3 tahun, saya berminat terhadap Al-Quran. Daripada kajian saya dan apa ang telah saya pelajari daripda persidangan ini, saya percaya bahawa apa yang dinyatakan Al-Quran 1400 tahun dahulu adalah benar, dan dapat pula dibuktikan dengan menggunakan kaedah saintifik. Memandangkan Nabi Muhammad tidak boleh menulis dan membaca, Muhammad semestinya adalah seorang utusan yang menyampaikan kebenaran yang disampaikan kepadanya sebagai suatu wahyu oleh sesuatu yang layak dipanggil pencipta. Pencipta itu semestinya adalah Tuhan, atau Allah.

Saya fikir, ini adalah masanya untuk saya mengucapkan La ilaha illa Allah, tiada Tuhan yang disembah selain Allah, Muhammad itu adalah Pesuruh Allah.
Perkara yang amat berharga yang dapat saya perolehi daripada Persidangan ini ialah La ila ha illa Allah, dan menjadi seorang muslim.

Sesungguhnya kemukjizatan Al-Quran amat jelas sehingga para saintis moden sendiri mengakuinya. Kemukjizatan Al-Quran menurut ulama Ulumul Quran terbahagi kepada tiga, iaitu kemukjizatan dari segi bahasa, kemukjizatan dari segi hukum dan kemukjizatan dari segi ilmiah. Dalam konteks ini, jelas kemukjizatan Al-Quran tidak dapat ditandingi oleh ciptaan manusia. Memang benar firman Allah, bahawa sekiranya Al-Quran itu palsu, sudah pasti akan terdapat banyak percanggahan fakta di dalamnya.

Patutkah mereka (bersikap demikian), tidak mahu memikirkan isi-isi Al-Quran? Kalaulah Al-Quran itu (datangnya) bukan dari sisi Allah, nescaya mereka akan dapati perselisihan yang banyak di dalamnya.
(Surah an-Nisa:82)


Di dalam sebuah hadis, diterangkan bahawa mukjizat Rasul yang terakhir ini akan memberikan sinar keimanan kepada hati yang mahu mengakuinya sebagaimana yang dialami oleh saintis perubatan daripada Thailand di atas. Mukjizat ini cuma boleh di rasai bagi orang yang benar-benar mengerti. Sabda Rasulullah s.a.w

“Tiada seorang nabi kecuali diberi mukjizat yang dapat membuat manusia beriman kepadanya. Tetapi apa yang diberikan kepadaku adalah wahyu yang datangnya daripada Allah. Kerana itu, aku berharap semoga kiranya aku menjadi nabi yang paling banyak pengikutnya.”

Hadis diatas jelas menunjukkan kepada kita bahawa Nabi Muhammad diberikan mukjizat yang jelas berbeza daripada Rasul-Rasul sebelumnya, iaitu sebuah kitab yang berisikan ilmu pengetahuan. Al-Quran sebenarnya bukanlah sebuah kitab sains, tetapi mukjizat yang dinyatakannya adalah untuk membuktikan bahawa Al-Quran adalah benar-benar daripada Allah sebagaimana firman Allah dalam surah An-Nisa ayat 82 di atas. Rasulullah s.a.w mengetahui bahawa, meskipun hayatnya pendek, namun, Al-Quran akan terus ditatap dan dibaca oleh sesiapa sahaja hingga ke akhir zaman, dan tempoh masa yang panjang ini menjanjikan jutaan manusia untuk membacanya, bersesuaian dengan harapan Rasulullah s.a.w. untuk menjadi Nabi yang mempunyai ramai pengikutnya.


*Disunting dan ditulis semula oleh penulis daripada penulisan Elias Karim berdasarkan This is the Truth oleh Sheikh Abdul-Majeed A. al-Zindani, Pengarah, Projek Keajaiban Saintifik Didalam Al-Quran dan Sunnah, Universiti Raja Abdulaziz, Jeddah, Arab Saudi." 

Read More..

Dunia Melayu menurut Sheikh Ahmad al-Fathani

penulis petik kembali kalimat Sheikh Ahmad al-Fathani yang beliau tulis dalam bahasa Arab dan pernah diterjemah dan dimuat dalam buku Hadiqatul Azhar war Rayahin: Asas Teori Takmilah Sastera Melayu Islam, jilid 1. Petikan itu ialah: 

"Iaitu kesatuan semua bangsa Melayu, al-Malayuwiyah itu dibangsakan kepada Milayu, dengan baris di bawah (kasrah) huruf Mim, atau baris di atas (fathah) dan baris depan (dhammah) huruf Ya'. Mereka adalah kelompok atawa segolongan besar manusia. Negeri-negeri mereka adalah sesubur-subur negeri dunia. 

"Negeri Melayu itu terletak di antara negeri India dan Cina. Adalah alam Melayu itu terdiri dari kebanyakan pulau yang terpencar-pencar atau terpisah-pisah. Pakar/ ahli ilmu geografi mengibaratkan bahawa alam Melayu itu adalah sebahagian daripada negeri-negeri India-Cina. 

"Orang-orang Hijaz/Arab dan selain mereka menamakan Melayu dan bangsa-bangsa di wilayah-wilayah itu dengan sebutan "Jawah", iaitu satu golongan manusia di satu pulau yang besar di sana. Orang Melayu bukanlah daripada orang Jawa. 

"Bahasa Melayu adalah satu bahasa yang paling ringan/mudah daripada bahasa-bahasa penduduk wilayah-wilayah itu. Sebab itulah kebanyakan orang Hijaz/Arab memakai menggunakan bahasa Melayu dalam pergaulan dengan bangsa-bangsa tersebut, yang berlainan bahasa mereka dengan bahasa Melayu. 

"Bangsa Melayu itu adalah bersifat ikhlas, lemah lembut, lunak, berperibadi sopan. Mereka memiliki kehormatan yang sopan, menguasai pembaikan pertukangan, menerima pemodenan teknologi, mereka memperoleh pendidikan dan ilmu pengetahuan serta kecemerlangan kefahaman padanya. 

"Bangsa Melayu mempunyai kedaulatan-kedaulatan yang besar, maka kekuasaan-kekuasaan kafir telah menipu daya mereka." 

Tulisan Sheikh Ahmad al-Fathani asli yang diterjemahkan di atas adalah dalam bahasa Arab dan ditempatkan pada bahagian tepi karya beliau berjudul Tashil Nail al-Amani. Kitab ini masih diajar di beberapa tempat di dunia Melayu, mahupun di tempat-tempat lain di dunia Islam terutama di Mesir. 

Dengan kalimat yang pendek tetapi menyentuh pelbagai aspek tentang Melayu tersebut di atas, bererti Sheikh al-Fathani telah memperkenalkan peradaban dan ketamadunan Melayu di peringkat antarabangsa sejak tahun 1300 H/1882 M, iaitu tahun beliau selesai menulis kitab Tashil Nail al-Amani itu. 

Perlu penulis sertakan penafsiran kalimat Sheikh Ahmad al-Fathani tersebut, dimulai dari kalimatnya, "...al-Malayuwiyah itu dibangsakan kepada Milayu, dengan baris di bawah (kasrah) huruf Mim, atau baris di atas (fathah) dan baris depan (dhammah) huruf Ya", takrif yang diberikan bererti menurut dialek Arab dibunyikan dengan perkataan "mi" (Mi-layu) atau "ma" (Ma-layu) sedangkan dalam dialek Melayu sendiri ialah "me" (Me-layu). 

Tidak terdapat tulisan lanjut pendapat Sheikh Ahmad al-Fathani yang menyebut apakah perkataan Melayu itu dari bahasa Arab atau pun bahasa lainnya. Kemungkinan "mi" (Mi-layu) atau "ma" (Ma-layu) yang disebut oleh Sheikh Ahmad al-Fathani itu adalah berasal dari perkataan Arab. 

Dunia Melayu - dari aspek geografi dan kesuburannya 

Sheikh Ahmad al-Fathani memastikan letak negeri Melayu dengan katanya, "Negeri Melayu itu terletak di antara negeri India dan Cina". Ini adalah gambaran bahawa letak dunia Melayu yang strategik kerana diapit oleh dua tanah besar dalam benua Asia, iaitu Cina dan India. 

Ia diperjelaskan lagi dengan kalimat, "Pakar / ahli ilmu geografi mengibaratkan bahawa adalah alam Melayu itu sebahagian dari negeri-negeri India-Cina. Orang-orang Hijaz/Arab dan selain mereka menamakan Melayu dan bangsa-bangsa di wilayah-wilayah itu dengan sebutan Jawah." 

Menurut Sheikh Ahmad al-Fathani, "iaitu satu golongan manusia di satu pulau yang besar di sana" atau di dunia Melayu. Dari perkataan "Jawah" kemudiannya menjadi Jawi. Walaupun antara orang Melayu dengan orang Jawa adalah serumpun Melayu, namun pada pandangan Sheikh Ahmad al-Fathani orang Melayu tidak sama dengan Jawa. 

Inilah yang dimaksudkan dengan kalimat, "Orang-orang Melayu bukanlah daripada orang Jawa." Sukar juga kita mencari sebab asal usul dunia Melayu dinamakan tanah Jawi oleh orang-orang Arab, terutama orang Arab Mekah. Kemungkinan juga berasal dari nama Pulau Jawa yang terletak dalam gugusan kepulauan Melayu. 

Selanjutnya, kata Sheikh Ahmad al-Fathani, "Adalah alam Melayu itu terdiri dari kebanyakan pulau yang terpencar-pencar atau terpisah-pisah", dalam Hadiqat al-Azhar. Ia adalah petikan Jaridah Al-Ma'lumat terbitan Betawi. 

Sheikh Ahmad al-Fathani menyebut beberapa buah pulau, katanya: "Adalah Kepulauan Nusantara, iaitu sejumlah pulau-pulau yang terdiri dari: Sumatera, Bangka, Belitung, Jawa, Madura, Bali, Lombok, Sumbawa, Flores, Timor, Borneo / Kalimantan, Sulawesi, Maluku dan banyak lagi". 

Kalimat selanjutnya, kata Sheikh Ahmad al-Fathani, "Negeri-negeri mereka adalah sesubur-subur negeri dunia ..." yang dimaksudkan di sini ialah bahawa keseluruhan dunia Melayu mempunyai hasil yang banyak, baik hasil tanah daratan, hasil laut mahu pun yang terkandung dalam perut buminya yang demikian luas. 

Dalam karyanya Thaiyib al-Ihsan fi Thib al-Insan, beliau berpendapat tentang kesuburan spesies tumbuh-tumbuhan untuk perubatan terdapat di bumi Melayu seperti yang beliau nyatakan pada kalimat, "Padahal kita jenis Melayu aula dengan demikian itu, dari kerana banyak segala ubat-ubat itu pada bumi kita. Hingga adalah kebanyakan ubat-ubat mereka itu diambilkan daripada bumi kita. Dan kita terlebih aula pada merintahkan diri kita daripada jenis yang lain daripada kita". 

Aspek bahasa dan ciri-ciri bangsa Melayu 

Setelah memperkenalkan bangsa Melayu, letak dan kesuburannya, Sheikh Ahmad al-Fathani melanjutkan bahasan tentang bahasa. Katanya, "Bahasa Melayu adalah satu bahasa yang paling ringan/mudah daripada bahasa-bahasa penduduk wilayah-wilayah itu." 

Pada konteks bahasa-bahasa serumpun Melayu dalam Hadiqat al-Azhar, Sheikh Ahmad al-Fathani menjelaskan, "Bahasa mereka bermacam-macam iaitu Melayu, Jawa, Sunda, Madura, Bugis, Aceh, Bali, [dan bermacam-macam lagi]". 

Walaupun di dunia Melayu terdapat berbagai-bagai bahasa, namun oleh sebab "Bahasa Melayu adalah satu bahasa yang paling ringan / mudah ...", maka bahasa Melayu adalah menjadi bahasa pengantar. 

Sheikh Ahmad al-Fathani menyambung kalimatnya, "Sebab itulah kebanyakan orang Hijaz/Arab memakai/menggunakan bahasa Melayu dalam pergaulan dengan bangsa-bangsa tersebut, yang berlainan bahasa mereka dengan bahasa Melayu". 

Persyaratan sesuatu bangsa yang berperadaban atau bertamadun, tentang bangsa Melayu hingga tahun 1300 H/1882 M, Sheikh Ahmad al-Fathani berpendapat, "Sebahagian ciri-ciri khusus mereka itu ialah, bahawa seseorang tiada melihat di negeri mereka dan lainnya peminta-peminta secara paksa, walaupun keadaan mereka sendiri sangat miskin sekali pun". 

Pandangan ini selain ditulis pada nota Tashil Nail al-Amani lebih lengkap ditulis pada nota karyanya Faridat al-Faraid yang ditulis tahun 1313 H/1895 M. Catatannya, "Muru'ah, ertinya "kemukaan" atau "kemanusiaan", iaitu kemuliaan seseorang, dan kesempurnaannya, dan beberapa adab yang ada sekalian itu pada dirinya yang membawa oleh memeliharanya akan dia kepada baik segala perangainya dan elok segala adatnya. 

Dan terjemah hamba akan "muru'ah" dengan erti "kemukaan" itu, betul lagi nyata, kerana "kemukaan" pada bahasa Melayu itu kinayah daripada keadaan seseorang itu mempunyai nafsu yang dipuji. 

Yang membawa akan dia kepada mengerjakan pekerjaan yang baik Lagi tiada reda ia sertanya mengerjakan barang yang tiada patut dengan keadaan manusia. 

Maka iaitulah 'ain "muru'ah" yang pada bahasa Arab, dikatakan "Si Anu itu orang yang bermuka". Ertinya: "mempunyai maruah, yang ia malu mengerjakan barang yang tiada patut dan loba ia atas mengerjakan barang yang membawa kepada kepujian dirinya". 

Dengan dalil memulia mereka itu akan orang dagang yang datang kepada negeri mereka, istimewa ahlil Hijaz. Dan jika tiada dibalaskan mereka itu dengan syukur sekalipun. Dan tiada ada pada mereka itu banyak tipu daya. 

Dan tiada ada pada mereka itu menghilangkan air muka dengan meminta. Bersalahan setengah daripada jenis yang lainnya. Dan "kemukaan" ini lain daripada "wajahah" yang pada bahasa Arab. Kerana makna "wajahah" itu "al-hazhu wal ratbah". 

Dan iaitu bukannya "kemukaan" yang pada bahasa Melayu. Maka tertolaklah dengan demikian itu i'tiradh setengah manusia akan tafsir hamba akan "muru'ah" dengan "kemukaan". Maka ia berkata ia [bahawa] "kemukaan" itu terjemah "wajahah" yang pada bahasa Arab. 

Ada pun tafsir hamba akan "muru'ah" dengan "kemanusiaan", ertinya "keadaan seseorang itu manusia yang sempurna". 

Maka, iaitu terlebih nyata, karena syaan manusia yang sempurna itu bahawa bersifat ia dengan segala barang yang tersebut pada makna "muru'ah" itu. Wallahu a'lam." 

Masih dalam konteks di atas, sambungan kalimat pada nota Tashil Nail al-Amani dilengkapi dengan kalimatnya bahawa orang Melayu "memiliki kehormatan yang sopan ..." 

Aspek perkembangan ilmu pengetahuan 

Pada sambungan kalimat di atas Sheikh Ahmad al-Fathani menggambarkan orang Melayu dapat menerima perubahan perkembangan zaman serta cerdas menerima ilmu pengetahuan. 

Inilah yang dimaksudkan dengan katanya bahawa orang Melayu "menguasai perbaikan pertukangan, menerima pemodenan teknologi, mereka memperoleh pendidikan dan ilmu pengetahuan serta kecemerlangan kefahaman padanya". 

Mengenai perkataannya "menerima pemodenan teknologi" Sheikh Ahmad al-Fathani dalam beberapa tulisannya turut membicarakan perkara itu. (Lihat Al-Fatawal Fathaniyah Sheikh Ahmad Al-Fathani, jilid 3, Khazanah Fathaniyah, Kuala Lumpur, 1422 H/2002 M, halaman 31-32). 

Aspek kedaulatan pemerintahan 

Dalam konteks kedaulatan pemerintahan, Sheikh Ahmad al-Fathani mengakhiri kalimat pada nota Tashil Nail al-Amani, katanya, "Bangsa Melayu mempunyai kedaulatan-kedaulatan yang besar, maka kekuasaan-kekuasaan kafir telah menipu daya mereka. Semoga Allah memelihara negara-negara Islam daripada mereka (kafir). Amin". 

Sheikh Ahmad al-Fathani dalam Hadiqatul Azhar war Rayahin dan beberapa karangan yang lain menyebut mulai kedatangan Islam di dunia Melayu sehingga membentuk daulah yang dipegang oleh orang-orang Islam. 

Namun selanjutnya bangsa penjajah Portugis, Inggeris dan Belanda telah datang menjajah dunia Melayu.
Read More..

Minyak Wangi Boleh Membuatkan Jin Muntah

Minyak wangi boleh membuatkan jin muntah. Bau wangi merupakan santapan roh. Ianya dapat menyegarkan jiwa, memberi kesegaran rohani dan dapat membangkitkan semangat dalaman seseorang. Bau wangi dikatakan dapat membersihkan otak dan jantung serta setiap organ dalaman tubuh manusia.

Bau-bau wangian mempunyai khasiat dan para malaikat amat menyukainya. Manakala syaitan-syaitan amat membencinya, kerana diantara perkara yang disukai syaitan adalah bau yang busuk dan menjijikkan. Minyak wangi yang disapu pada hidung pesakit yang kerasukan ketika rawatan, hasilnya 99% dari mereka akan termuntah. Jin yang mengganggu akan mengeluh minyak wangi itu terlalu busuk untuk mereka hidu. Kerana itulah di antara tanda-tanda mereka yang mengalami masalah gangguan jin, adalah tidak suka pada bau-bau wangian. Roh yang baik akan menyukai bau yang wangi manakala roh yang jahat akan menyukai bau yang busuk. Setiap roh akan cenderung pada bau yang sesuai dengannya.

Ada riwayat mengatakan Nabi Sulaiman a.s adalah orang yang mula-mula mengetahui sifat-sifat penyembuhan pada herba dan bunga-bungaan. Setiap bunga, pokok dan tumbuh-tumbuhan mempunyai bentuk zahir dan juga rohnya (fizikal dan spiritual). Disinilah timbulnya ilmu aromatherapy, iaitu cara merawat penyakit dengan menggunakan bau-bauan. Haruman-haruman tersebut dapat dihasilkan dengan beberapa cara seperti menekan bunga sehingga minyak keluar dari kelopaknya atau dengan menyuling air melalui kelopak bunga dan berbagai-bagai cara lagi. Minyak wangi yang mengandungi alkohol tidak sesuai untuk tujuan rawatan atau membuat ubat. Ini adalah kerana campuran alkohol pada zat bunga itu, akan "membunuh" zat bunga tersebut.

Di dalam alam kesufian, minyak wangi digunakan pada setiap peringkat perkembangan perasaan (tingkatan-tingkatan perasaan). Ianya bertujuan untuk mempengaruhi emosi dan pusat-pusat kerohanian. Contohnya seperti minyak cendana, disyorkan apabila hendak melakukan amalan kerohanian yang serius kerana ianya dapat mendiamkan egoisma badan terutamanya berkenaan dengan tenaga batin. Begitu juga dengan minyak bunga ros, ianya dapat membersih dan mempertingkatkan kekuatan fizikal, mental, emosional dan spiritual.

Untuk tujuan rawatan dan membenteng diri dari gangguan jin, minyak wangi boleh dibacakan dengan surah-surah seperti Al-Fatihah, Al-Ikhlas, Al-Falaq, An-Nas serta ayatul Qursi, atau boleh dibacakan dengan apa juga ayat-ayat Al-Quran, selawat atau zikir-zikir tertentu. Ianya juga boleh digunakan untuk tujuan pelaris dan pemanis. Cuma ianya memerlukan kaedah-kaedah yang khusus dan niat yang baik dari si pemakai. Ini adalah untuk mengelakkan kehadiran jin pendamping.
Read More..

Sabtu, 28 Mei 2011

Ringkas dan kemas untuk pasangan muda

Dalam portfolio ini saya tampilkan rekaan dapur yang ringkas untuk satu pasangan muda yang mendiami sebuah rumah town house di kawasan Bandar Seri Permaisuri, Cheras. Pemilihan warna dibuat sepenuhnya oleh tuan rumah yang melibatkan jubin lantai, jubin table top dan juga kabinet. Saya berpendapat kombinasi warna yang dipilih amat bersesuaian.
Badan dan pintu kabinet adalah dari melamine board dengan aluminium sebagai bingkai. Bersesuaian dengan saiznya, ia kelihatan begitu praktikal dan ergonomik.




Kabinet dapur bermula dari kekotak peti sejuk yang kelihatan lebih besar dari unit semasa bagi membolehkan peti sejuk baru yang lebih besar yang bakal dibeli.
Kabinet dapur bermula dari kekotak peti sejuk yang kelihatan lebih besar dari unit semasa bagi membolehkan peti sejuk baru yang lebih besar yang bakal dibeli.
Table top asal terbatas di bahagian dinding bertingkap sahaja. Bagaimanapun ia ditambah menjadi bentuk "U". Tingkap yang besar turut memberi kesan lapang kepada ruang dapur yang agak kecil.
Table top asal terbatas di bahagian dinding bertingkap sahaja. Bagaimanapun ia ditambah menjadi bentuk "U". Tingkap yang besar turut memberi kesan lapang kepada ruang dapur yang agak kecil.
Secara keseluruhannya dapur ini kelihatan ringkas, kemas serta praktikal dengan pemilihan warna yang sesuai.
Secara keseluruhannya dapur ini kelihatan ringkas, kemas serta praktikal dengan pemilihan warna yang sesuai.
Tuan rumah menggunakan tampalan hiasan dinding dari PVC yang dibeli di Ikea untuk menyerlahkan karakter dan menambah seri dapur.
Tuan rumah menggunakan tampalan hiasan dinding dari PVC yang dibeli di Ikea untuk menyerlahkan karakter dan menambah seri dapur.
Read More..

Sebuah kajian terhadap video sex fitnah

1.Dato’ T disuruh Anwar Mencari jam Omega di Hotel tapi tidak menjumpainya. Jam yang dicari tidak dijumpai, jadi jam mana pula dimiliki oleh Datuk T dan ditunjukkan kepada wartawan..? Maka jam Omega yang diserahkan kepada polis itu milik siapa pulak? 

2.Ketika mencari jam di meja solek Eskey terkejut apabila ternampak wayar berselirat. Dia cari jam jadi apa dia kisah dengan wayar berselirat? 

3.Apakah semasa proses mencari jam tangan, Datuk T ada membawa apa-apa peralatan samada skru driver, pisau, kayu, besi atau apa-apa peralatan pertukangan yang membolehkan Datuk T menyungkil laci tersebut yang berkunci..? 

4. CCTV 4 biji, Perakam 1 biji... macam mana nak sambung direct connection dari 4 CCTV ke 1 perakam tanpa menggunakan peralatan khas..?

5. Eskey beranggapan kerja memasang CCTV itu dilakukan oleh pihak hotel. Namun dalam kenyataan terbarunya dia mengakui dia terlibat dalam video itu. 

6. Eskey kata pelacur itu berumur 20-an. Mana Datuk T tau umur pelacur tu "20-an"..? Dia sudah interview ke? 

7. Sekiranya sipelaku telah meninggalkan hotel tersebut, sudah pasti sipelaku telah mendaftar keluar dan selepas mendaftar keluar, pihak house keeping hotel akan masuk kedalam bilik untuk membuat semakan senarai barangan untuk pengesahan check out. Kehadiran Anwar sepatutnya boleh dikesan melalui kaunter pendaftaran. Wayar dan CCTV sepatutnya house keeping yang nampak dulu dan melapurkannya kepada pengurusan hotel. 

8. Sekiranya betul sipelaku kehilangan jam didalam bilik, Datuk Eskey sudah semestinya menghubungi pihak House keeping untuk memastikan jika terjumpa jam tersebut sebab hotel 5 bintang amat mementingkan ketulusan dalam perkhidmatan yang disediakan. 

9. Selalunya laci meja bilik hotel tidak berkunci. Di dalamnya diletakkan A-Quran atau bible. 

10. Sekiranya Datuk ini tidak berkonspirasi, sudah semestinya dalang yang meletak kemera tersebut akan memastikan pita tersebut dikeluarkan sebaik sahaja sipelaku meninggalkan bilik hotel. 

11. Pada awal rakaman, terdapat seorang lelaki lain yang sedang menguruskan rakaman video pada ketika orang yang mirip Dato’ Seri Anwar Ibrahim masuk ke dalam bilik. Sewajarnya orang itu (yang mirip Dato’ Seri Anwar Ibrahim) sedar bahawa perlakuannya akan dirakam. Mustahil sesiapa yang waras akan melakukan adegan sedemikian kecuali dia diupah. 

12. Tempoh masa rakaman yang menunjukkan muka si pelaku adalah terlalu pendek. Ditambah dengan rakaman yang dibuat di dalam hitam putih; menyukarkan untuk betul-betul mengesahkan identiti si pelaku. 

13 Bahu si pelaku terlalu lebar dan tegap berbanding bahu Dato’ Seri Anwar Ibrahim. 

14 Bahagian belakang si pelaku (punggung) juga berisi dan jelas berbeza dengan tubuh badan Dato’ Seri Anwar Ibrahim. 

15 Di akhir adegan, si pelaku bangun dan tubuh badannya dirakam dengan jelas. Perutnya adalah buncit dan terlalu besar jika dibandingkan dengan perut Dato’ Seri Anwar Ibrahim. 

16 Warna kulitnya adalah terlalu cerah dan hampir tidak dapat dibezakan dengan warna kulit wanita terlibat. 

17 Tan Sri Rahim menipu kerana dalam sidang media dia mengatakan dia merancang semua tetapi ketika bersama cikgubad dia mengatakan ini kali pertama menonton setelah pulang dari luar negara untuk percutian keluarga 

18 Che'Gu Bard telah 'berpura-pura' yakin mengenai video dan sedia memberikan video tersebut ditonton oleh Datuk Seri Dr. Wan Azizah namun Datuk T enggan melakukannya. Nampaknya beliau pun tidak bersungguh dalam kononya mahu Wan Azizah menonton video tersebut dan mengesahkan itu adalah suaminya. 

19 Dari pemerhatian Che'Gu Bard, video tersebut kemungkinan besar video asal yang tidak diganggu imejnya pun. Namun pelakon dalam filem tersebut bukan Anwar. Memang sekali imbas kelihatan seperti Anwar tetapi bagi sesiapa yang rapat dan biasa melihat 'perwatakan' atau gerak geri Anwar pasti tahu itu bukan Anwar. Contohnya dalam filem Ghandi, Ben Kingsley yang melakonkan watak Ghandi begitu menjadi sehingga menggondol sekurang kurangnya 11 anugerah peringkat dunia. Saling tak tumpah seperti Ghandi namun jika sesiapa yang pernah rapat dan mengenali perwatakan Ghandi tentu tahu membezakannya. 

20 Che'Gu Bard menyakini kumpulan ini besar serta mendapat lindungan istimewa kerana modus operandi ketika membawanya ke hotel tersebut seperti babak filem James Bond. Nama penyewa bilik tempat menonton dan daftar kenderaan yang digunakan untuk menjemputnya mungkin dapat mengundang fakta lebih menarik lagi. 

21Saiful jumpa pegawai polis Rodwan Mohd Yusuf di sebuah hotel sehari sebelum
membuat laporan polis (Rodwan adalah pegawai penyiasat kes penyalahgunaan kuasa DSAI. Jawatan beliau sekarang ialah penolong pengarah bahagian jenayah perdagangan bukit aman selepas menjadi ketua polis Melaka dalam usia terlalu muda) 

22 Polis Tidak Berminat Keterangan Saksi (Hasnuddin adalah pemilik kondominium bersebelahan unit di mana Saiful mendakwa beliau kononnya diliwat)

23 Keluarga DSAI menafikan itu adalah Anwar. "Siapa lagi yang lebih mengenali beliau dengan begitu intim kalau bukan kami, keluarga terdekat beliau, yang telah bersama beliau dalam susah dan senang, khusus dari saat beliau berada di arus perdana kepimpinan negara hinggalah ke hari-hari beliau mulai pulih dari serangan apabila beliau dibebaskan daripada penjara.” Kata Wan Azizah. 

Berdasarkan kenyataan Johari Abdul, Chegubard & Media: 

24 Tangan pelakon berbulu (DSAI tidak berbulu) 

25 Perut buncit (perut DSAI kempis) 

26 Punggung tebal dan tonggek (punggung DSAI tipis dan tirus) 

27 Kulit cerah (kulit DSAI agak gelap) 

28 Bahu sasa dan masculine (bahu DSAI kecil dan tidak berotot) 

29 DSAI buat laporan polis dengan pantas. Ini merupakan tindakbalas tepat bagi orang yang tidak bersalah 

30 Polis lambat buat siasatan berbanding dengan kes Chua Soi Lek. 

31 Polis cuma nyatakan video seks tulin bukan pelakonnya tulin. 

32 Dato Suhaib Lazim (bapa saudara Johari Abdul) juga menyatakan pelakon dalam video seks itu bukan DSAI) 

33 Polis tidak panggil RTC, Suhaib Lazim dan Eskay untuk disiasat dengan segera.

34 Polis tidak panggil Dato Johari dan Che'gu Bard untuk disiasat 

35 Jelas sebuah konspirasi BN bila ia direstui oleh kerajaan. RTM dan TV 3 sama-sama tayangkan. 

36 Rahim fitnah DSAI kerana dendam lama. 

37 Eskay fitnah DSAI kerana dendam lama. 

38 Madey terlibat, ini bukti dendam lama terhadap DSAI. Video ditayangkan selepas beberapa hari beliau melancarkan buku terbarunya. Di dalam buku itu beliau mendakwa DSAI mengadakan hubungan dengan empat orang pelacur. 

39Hishamuddin berkata jangan ada sesiapa yang berani menuduh polis terlibat dalam pembikinan video ini. Opss...ada orang tuduh ke? 

40 Nazri Aziz kata kenapa Anwar mengadakan sidang akhbar dan menafikannya sedangkan tidak ada orangpun menuduh Anwar terlibat. Tapi kalau Anwar lambat buat laporan, Nazri akan kata memang Anwar dalam video itu. 

41 Ketiga-tiga orang dalang ini berjumpa dengan Perdana Menteri di Pejabat Perdana Menteri di Parlimen untuk berbincang mengenai perkara ini. KEADILAN telah dimaklumkan bahawa Perdana Menteri mempengerusikan mesyuarat Biro Politik UMNO di pejabatnya di Parlimen petang semalam, maka Perdana Menteri memang berada di Parlimen ketika ketiga-tiga dalang ini dilihat di Parlimen semalam. 

42 Kenapa kamera hitam putih? Jawapan paling logik ialah kamera sedemikian akan memastikan muka pelaku dalam rakaman adalah “soft”, dan samar-samar. Ini membolehkan pelbagai tafsiran dibuat mengenai identiti pelaku. Persoalan penting adalah kenapa pihak yang membuat rakaman tidak menggunakan kamera biasa yang akan menampakkan dengan jelas wajah pelaku jika tujuan rakaman adalah untuk mendedahkan Anwar melakukan perbuatan sumbang. 

43 Pelaku dalam video buat kerja dalam keadaan ada orang ketiga sedang memerhatikan. Korang sanggup ke orang lain tengok ketika korang buat kerja. Aku rasa kucing pun malu.

44 Pelaku juga buat kerja dalam keadaan terang dan telanjang bulat. Korang nak tayang ke korang punya barang kat orang lain. 

45 Dua orang lelaki ada memegang remote control. Adakah ia remote penghawa dingin atau CCTV? 

46 Video seks pada 21hb menunjukkan DSAI tidak berjanggut dan bermisai tetapi pada 22hb ketika DSAI menghadiri perbicaraan ada janggut dan misai. 

47 Rambut DSAI agak panjang sedikit berbanding pelaku dalam video berambut pendek. 

48 Lesung pipit Anwar amat ketara dan amat berbeza sekali. Lesung pipit malaun setan  tu kurang jelas dan melebar jauh dari bibir mulut. 

49 Kedua2 belah pipi DSAI ada 2 lekuk hitam krn cenkung dan amat ketara di setiap gambar DSAI. 

50 Datuk T sendiri mengakui video asal ada pada tangan mereka dan telah diserahkan kepada polis. Apabila video itu tersebar kepada awam, jelas sekali ia adalah perbuatan pihak polis sendiri dengan kerjasama Datuk T.-/ Asal
Read More..