Nama beliau yang asal ialah Raden Puteri Mas Nyawa. Kemudian di gelar Raden Puteri Ratna Gumilah Sari atau Puteri Siti Jamilah. Bapanya ialah Sultan Ali Akabar Al Fatahillah bin Prabu Brawijaya. Ibu beliau ialah Raden Siti Murtassimah binti Raden Rahmat / Sunan Ampel. Beliau di lahir kan di Bintoro Demak pada tahun 1485 M. Di besarkan olih bapa nya yang pada masa itu belum menjadi Sultan Demak.Bintoro Demak pada asalnya adalah hadiah dari Bapa Raden Patah kepada Sunan Ampel untuk menubohkan Pesantren Pertama Pulau Jawa.
Pada tahun 1501 M ,Raden Puteri Jamilah di kawin kan dengan sepupunya Raden Abdul Qadir bin Raden Mohamad Yunus bin Sayyid Khalid Al Idrus. Radin Abdul Qadir adalah anak Adipati Jepara. Pada tahun 1478 M. Bintoro Demak melancar kan seranggan ke atas Majapahit dan Kerajaan HIndu ini runtoh. Maka berdirilah Bintoro Demak mengwakili Mjapahit yang akhirnya bergelar KERAJAAN ISLAM DEMAK. Sultan AlFatah sebenar nya tidak ada anak lelaki, yang ada anak lelaki ialah adek nya Raden Husin.Disebabkan Raden Husin rapat dengan Raden Fatah,anak anak lelaki Raden Husin di didik nya sebagai anak angkat.
Pada tahun 1506 M Raden Siti Jamilah datang ke Pulau Besar untuk menuntut ilmu ugama islam.Pada masa itu Syeikh Sultan Ariffin Sayyid Ismail menjadi Ketua Ulama di Pulau Besar. Maulana Ishaq dan Sayyid Thanauddin masih ada di Pulau itu.
Hasil perkhawinan dengan Raden Abdul Qader maka lahir lah Raden Abu Bakar (1502-1521 M ) dan Raden Abu Syahid (1503-1521 M).Kedua anak nya SYAHID di Pulau Besar pada tahun 1521 M.
Raden Abdul Qader menjadi Sultan Demak ke 2 pada tahun 1518 M. Dimasa ini Sultan ini telah ada 3 orang isteri iaitu
1.Raden Puteri Siti Jamilah..anaknya Raden Abu Bakar dan Raden Abu Syahid.
2.Raden Puteri Mas Ayu binti Sunan Gunong Jati…tiada anak.
3.Syarifah Siti Zubaidah binti Syeikh Sultan Ariffin Sayyid Ismail…melahirkan Raden Abdullah
Setelah Demak kalah dalam pertempuran dengan Melaka pada tahun 1521 M. Raden Puteri Jamilah menyepi ke Gunong Ledang.Beliau memang bersedeh kerana SUAMI DAN 2 ANAK TERCINTA nya SYAHID di Pulau Besar.Di samping itu PEREBUTAN TAHTA berlaku di Demak di antara Raden Tronggano dan Raden Kikin, menyebabkan Raden Kikin di bunoh !!!.Raden Yunus bin Raden Husin,adek bungsu Raden Tronggono lari ke Palembang dan menukar nama ke KIAI GEDE ING SURO.
Pada tahun 1645 M Puteri Siti Jamilah atau PUTERI GUNONG LEDANG wafat dan di semadikan di samping Makam Suami nya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan