Search This Blog

Followers

like Batu

Jumlah Paparan Halaman

Rabu, 30 November 2011

Kisah Rasulullah SAW dan Buah Limau


""Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya. Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum.

Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu.

Lalu mereka bertanya. Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan "Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya."

Begitulah akhlak Rasulullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang bukan Islam pula. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa? Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya. Rancangannya di'tewas'kan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW.

Kita hendaklah menghargai pemberian orang lain walaupun pemberian tersebut bukan kesukaan kita. Ucaplah terima kasih dan terimalah dengan hati yang ikhlas dan terbuka kerana setiap pemberian adalah rezeki daripada Allah.
Read More..

Bongkar! Modus operandi TV3 celaka buat fitnah!

ARTIKEL sebelum ini di MiLo SuaM ada mendedahkan bagaimanasekumpulan budak-budak bawah umur muncul di saat orang ramai berkumpul di Kelab Taman Perdana Diraja sebelum berarak ke parlimen rujuk sini [budak-budak]
Memang agak "suspicous" kenapa budak-budak bawah umur ini memakai baju kuning, kemudian membawa banner menyokong seksualiti merdeka? Seperti ada agenda tersembunyi.


Oleh kerana tidak berpuas hati, maka salah seorang aktivis Jingga 13 bersama seorang wartawan wanita dari Suara Keadilan pergi menemubual mereka.

Mereka mendakwa memakai baju kuning kerana menyertai satu program konvoi "suka-suka" ke Melaka dan singgah di situ (parlimen) juga kerana "suka-suka" atau saja-saja.

Pada mulanya mereka tidak mengaku memakai baju kuning, tapi akhirnya mereka menjelaskan bahawa merekamembuka baju kuning tersebut kerana "panas".

Semasa ditanya adakah mereka tahu perhimpunan apa yang sedang berlangsung? Mereka menjawab tidak tahu dan mereka tidak layak menyertai perhimpunan itu.

Saksikan video rakaman temuramah tersebut di bawah ini.
 
 
Rupa-rupanya segala persoalan ini terbongkar. Budak-budak bawah umur ini memang sengaja diupah untuk menyamar kononnya sebagai penyokong Bersih 2.0 (baju kuning), juga menyamar sebagai "penyokong seksualiti merdeka" (bawa banner).

Peranan TV3 Al-Musyrikin pula menyebarkan berita palsu kononnya "Walk for freedom 2 walk" atau perhimpunan membantah akta perhimpunan aman 2011 dan Bersih 2.0 menyokong Seksualiti Merdeka (atau kebebasan seks kata TV3).

Saksikan laporan Buletin Utama di bawah ini.
 
 

Tambah menguatkan lagi bukti pembohongan Buletin Utama ini, budak-budak bawah umur yang dilaporkan sebagai penyokong Bersih 2.0 oleh TV3 dilihat membakar baju-baju yang mereka pakai.

Penyokong Bersih 2.0 kejadah apa kalau bakar baju kuning yang menjadi simbolik sokongan terhadap Bersih 2.0?


Lihat dengan mata kepala anda sendiri, mereka sanggup mengupah budak-budak bawah umur untuk membuat kerja terkutuk memperbodohkan orang kampung. Ini namanya media haram jadah!
Read More..

Selasa, 29 November 2011

Tangan Melekat Jika Khianati Harta Awam



auditBerlaku benar dalam semua perkara adalah tuntutan Islam. Di antaranya benar dalam menguruskan harta awam. Lawannya ialah khianat atau menipu. Di zaman kita ada audit. Di zaman dahulu ada cara audit tersendiri. 

Tangan akan melekat kepada tangan Nabi jika ada harta yang dikhianati. Kalau ia berlaku di zaman kita, adakah tangan PM dan para menteri kabinet semuanya akan melekat? WallahuA’lam.   Ia disebut dalam hadis berikut.

Daripada Abu Hurairah, katanya: Nabi SAW bersabda, bermaksud: Salah seorang dari para Nabi terdahulu berperang (ada yang mengatakan beliau adalah Yusha’ bin Nuun). Dia berkata kepada kaumnya: ‘Tidak boleh mengikutku lelaki yang baharu berkahwin dan belum bersatu, sedangkan dia ingin bersatu (dalam riwayat hadis itu menyebut ‘membina qubah dari jerami gandum-satu adat di zaman dahulu apabila berkahwin), atau seorang yang membina rumah dan belum menyiapkan atap, atau seorang yang membeli kambing atau unta dan menunggu kelahiran anaknya.

Lalu Nabi itu berperang, mendekati sebuah kampung
 (ada ulama mengatakan Ariha/Jericho) pada waktu Asar atau hampir terbenam matahari. Nabi itu berkata kepada matahari: ‘Sesungguhnya engkau diperintah (oleh Allah) dan aku juga diperintah (oleh Allah). Ya Allah! Tahanlah matahari untuk kami.’ Lalu matahari itu tertahan sehingga Allah memberikan kemenangan kepadanya.

Mereka mengumpulkan harta rampasan perang lalu datang api memakannya ( harta rampasan perang tidak dihalalkan bagi umat terdahulu. Api datang memakan harta itu bagi menunjukkan ia diterima Allah). Tetapi kali ini api tidak memakannya. Nabi itu berkata: ‘Sesungguhnya di kalangan kamu ada orang yang mengkhianat/mengelat dalam harta yang dirampas. Setiap kabilah mesti diwakili seorang lelaki dan berjanji setia denganku. Tiba-tiba tangan seorang lelaki melekat. Nabi berkata: ‘Di kalangan kamu ada yang mengkhianati. Setiap orang dari kabilah kamu mesti berjanji setia denganku. Mereka bersalaman lalu melekat tangan 2 orang atau 3 orang di tangan Nabi itu. Nabi berkata: ‘Di kalangan kamu ada pengkhianat.’ Mereka datang membawa emas sebesar kepala lembu lalu diletakkan bersama harta rampasan perang yang lain. Api datang memakannya.
Harta rampasan perang tidak halal bagi seorangpun di kalangan mereka sebelum kita. Kemudian Allah menghalalkan harta rampasan perang itu untuk kita tatkala Allah melihat kelemahan dan ketidakmampuan kita, lalu dihalalkan untuk kita.
Read More..

Kena 28 orang ....belum serik-serik lagi?



Serangan pesawat NATO ke atas tentera Pakistan yang membunuh 28 tentera Pakistan mencetuskan satu polemik baru hubungan Pakistan-Afghanistan - Amerika Syarikat. Inilah angka korban terbesar bagi tentera Pakistan sejak perang perebutan Kashmir antara Pakistan-India tahun 1971.

Korban kali ini agak tragik. Ini kerana ianya bukan akibat perang dengan India. Juga bukan serangan Taliban. Ini serangan daripada NATO yang di ketuai oleh Amerika sekutu Pakistan sendiri.

Sejak peristiwa 11 September, Pakistan begitu mendambakan dirinya menjadi barua dan orang suruhan Amerika. Pakistan membekalkan segala logistik, kemudahan bahkan menyediakan pengkalan buat Amerika menempatkan tenteranya menyerang Mujahidin Afghan.

Segala arahan Amerika di"amin"kan oleh Pakistan samada dibawah pimpinan tentera seperti Perez Musharaf maupun oleh kerajaan awam mereka.

Kini, pembunuhan ke atas 28 tenteranya membuatkan Pakistan berang dan amat marah. Amerika cuba cuci tangan dengan menudingkan jari ke atas Afghanistan pula.

Seperti biasa Amerika akan mengalihkan pembunuhan 28 tentera Pakistan dengan "mencipta" peperangan baru antara Pakistan dengan Afghanistan pula. Kita bakal melihat bagaimana Amerika akan lagakan antara kedua negara Islam itu agar berperang sambil industri senjata Amerika bertambah untung seperti mana di Iraq.

Semoga peristiwa pembunuhan 28 askarnya oleh Nato memberi pengajaran kepada Pakistan. Itulah harga sebuah "sembahan" Pakistan kepada Amerika. Pakistan perlu bebaskan diri daripada penjajahan moden Amerika.

Islamabad perlu menjarakkan diri dari Amerika dan mendekatkan diri dengan Turki kuasa baru bagi umat Islam menebus maruah.

Cukuplah Amerika menjadikan Pakistan umpama bidak-bidak politik bagi kepentingan Zionis.

Umat Islam tidak boleh disengat dua kali.
Read More..

Cerita Bersahabat Dengan Orang-orang Soleh


Dengan siapa kita berkawan atau bersahabat? Bercerita dengan kawan yang minat bola, kita akan dapat maklumat tentang bintang bola, team-team dunia yang handal dan keputusan terkini bolasepak dunia. Bercerita dengan kawan yang minat memancing, kita akan tahu tentang lubuk ikan di laut atau di darat, umpan terbaik dan pengalaman memancing yang menarik. Bercakap dengan kawan yang minat bermain saham, kita akan mendapat maklumat tentang naik turun saham, jatuh bangun ekonomi dunia, harga minyak dunia, tukaran matawang dan harga emas terkini.


Kita berkawan dengan pelbagai jenis manusia. Di sini aku mahu berkongsi pengalaman dan amalan sahabat-sahabat yang soleh. Aku hanya menurunkan tiga  cerita  yang kecil tetapi teramat besar ertinya dalam pengalaman persahabatanku.
Cerita 1:
Ada sahabatku yang amalannya sangat suka memasang stiker islamik. Di setiap kenderaannya dan di rumahnya, banyak terdapat stiker-stiker seperti itu. Antaranya, “I love Allah”, “I love Islam”, Anda Islam, Anda Selamat” dan beberapa sticker lagi yang aku tak ingat perkataanya. Kata sahabatku, daripada tampal stiker MacD, MU, minyak pelincir, baik kita pamerkan kecintaan kita kepada Allah dan Islam. Moga itu menjadi saksi nanti di akhirat kelak. Moga itu menjadi dakwah yang bergerak ke mana sahaja kenderaan kita tuju dan berada. Katanya, “stiker aku adalah manifestasi cintaku kepada Allah dan Islam. Stikerku adalah dakwah bergerak. Moga ia menjadi bukti dan  saksi cinta yang bergelora dalam dadaku ketika hidup apabila aku berhadapan dengan Kekasihku di akhirat kelak.

Cerita 2:
Ketika berbual dengan seorang lagi sahabatku beberapa tahun dahulu, beliau berbicara tentang sikap orang yang menghina Quran tanpa sedar. Ada orang meletakkan rehal, kunci, buku dan macam-macam di atas Quran. Ada orang meletakkan Quran secara  terbiar sehingga berhabuk dan kotor  di rumah. Di mana sahaja dia ternampak al-Quran yang diletakkan secara tidak wajar dan terbiar , dia akan melakukan sesuatu untuk memperelokkan letaknya serta memastikan kebersihan agar terpelihara kemuliaan. Kata sahabatku itu, “Walaupun al-Quran itu kitab cetakan, bukankah ia adalah mukjizat , firman dan wahyu Tuhan, Allah Yang Amat Mulia Zat, Sifat dan Af’alnya? Mengapa diremehkan kemuliaannya?

Cerita 3:
Seorang sahabatku lagi pernah mengajarku tentang bersalam selepas aku memberi respons terhadap cara bersalamnya. Sekian lama aku menyedari teknik salamnya.  Apabila dia bersalam, dia akan menggengam erat tangan tanganku  sambil berpandangan mata. Yang menarik bagiku  ialah dia akan senyum setiap kali dia bersalam denganku. Katanya, suatu waktu dulu dia terfikir, “kenapa manusia bersalam dengan wajah yang tak mampu mengikat silatulrahim. Banyak orang bersalam dengan air muka yang tawar, seakan-akan garang dan terpaksa dan ada ketikanya bersalam sambil memandang ke arah lain. Hal ini katanya sering berlaku dalam kalangan jamaah masjid sendiri yang mempraktikkan salam beramai-ramai selepas solat jamaah. Dia tertanya-tanya dengan cara bersalam begitu, terlaksanakah maksud dan konsep salam itu sendiri? Lantas, dia memperbaiki cara bersalamnya hinggalah kini walaupun katanya salamnya tidak disambut secara wajar oleh sesetengah ahli jamaah sendiri.

Demikianlah ilmu yang aku timba daripada sahabat-sahabat yang soleh. Moga menjadi bahan renungan dan perkongsianku dan semua manusia yang bercita-cita akan iman dan taqwa. Jangan diremehkan soal-soal kecil. Ia mungkin amat besar di sisi Allah. Ingatlah kisah pelacur yang memberi minum anjing di padang pasir.  Bukankah dia mendapat redha Allah kerana ihsannya pada anjing yang sedang kehausan? Ingatlah pada kisah iblis yang dihalau dari syurga hanya kerana ada sekali perasaan takabbur? Iblis tak menafikan keesaan dan sifat ketuhanan Allah, dia hanya rasa  dia lebih mulia dari Adam yang diperbuat daripada tanah lalu dia mendapat murka dan celaka daripada Allah. Renung-renungkan.
Read More..

Isnin, 28 November 2011

Hidup Untuk Mati

Perjalanan hidup ini amat pendek sekali. Sekitar 60 tahun sahaja!. Kalau kita berumur 30 tahun sekarang, purata lagi 30 tahun sahaja untuk kita hidup. Manakala perjalanan akhirat tersangat-sangat panjang. Allah s.w.t Maha Pemurah. Jika kita mengabdikan diri kepadaNya dlm masa yg pendek di atas dunia ini. Allah s.w.t meredhoi dan merahmati kita bukan saja di akhirat yang panjang dan penuh penderitaan, malah di dunia juga.



Sedangkan kita sibuk berbalah sesama kita, sebenarnya masih banyak persiapan belum kita buat untuk menempuh alam sesudah mati. Jangan terleka dengan dunia, dunia ni ibarat pulau kecil yang kita singgah ketika menaiki bahtera kehidupan. Matlamat kita menuju kehadrat Allah. Bahtera ni singgah kejap je, kutip lah bekalan di pulau ini, jgn sampai terleka hingga membina mahligai di pualu ini.


Bahtera ni singgah kejap je, sape lambat akan tertinggal. Ramai kita kenal orang lain, tambah lagi orang yang kita benci, sampai ape yang dia buat dalam sembunyi pun kita tahu. Sibuk kita mencari kerosakan orang lain untuk kita hebahkan. Kita lupa mencari diri kita, kita lupa mengenal diri kita. Kita tak kenal diri maka kita tak kenal Allah. Kerana proses mengenal Allah adalah dari mengenal diri dulu. Kalau kita kenal diri, kita tau kita adalah hamba yg Allah jadikan untuk menyarung jasad manusia sekejap dan tinggal sekejap di dunia. Dan bila-bila masa Allah akan keluarkan semula kita dari sarung kita. Dan suruh tinggal pula di alam lain, iaitu alam barzakh.


Pada masa ni, kita sudah tiada tanggungjawab. Hanya menerima rahmat atau murka dariNya sahaja. Pilihlah untuk menerima rahmatnya sementara kita ada pilihan di dunia ini.
Read More..

Hijrah Sperma Menjadi Seorang Manusia



Setelah sekian lama menginap di dalam skrotum di bahagian epididimis seorang insan yang bergelar lelaki, telah berlakunya peristiwa penghijrahan beramai-ramai jutaan sperma ke suatu tempat yang asing bagi mereka. 

Mereka berhijrah melalui kaedah pancutan ke dalam tubuh seorang wanita. Ke suatu tempat yang tidak pernah mereka jejaki sebelum ini.

Di tempat asing tersebut, para sperma berlumba-lumba pula menuju ke Tiub Fallopio. Dengan hasrat dan azam yang tinggi, menjadi satu-satunya sperma yang berjaya memikat hati sang ovum. Pelbagai rintangan ditempuhi. Hingga ada yang sesat dan terperangkap. Malah ada yang terbunuh. Hanya satu sahaja sperma bertuah yang layak bersatu dengan ovum.

Setelah mereka berdua bersatu, selaput ovum tiba-tiba bertukar dan bertindak menyekat kemasukan sperma yang lain. Ovum dan sperma bersenyawa dan menjadi zigot. Setelah membesar menjadi embrio, berhijrah pula ke uterus untuk menempel di situ. Setelah itu, berlaku pelbagai lagi transformasi hingga menjadi fetus yang hampir lengkap ciri-ciri seorang bayi.
Genap 9 bulan 10 hari, fetus mula mengganas. Menendang-nendang tempat penginapannya sebagai tanda protes mahu berhijrah lagi. Kali ini, dia mahu berhijrah ke tempat yang lebih luas dan indah. Akhirnya... Uwekk.. Uwekk.. Uwek.. Dia berjaya keluar dari alam rahim untuk berhijrah ke alam dunia. Fetus kini bergelar bayi. Dan bakal terus membesar dan membesar menjadi seorang manusia.
Hijrahnya tidak akan terhenti setakat itu saja. Di dunia yang fana ini, dia akan terus berhijrah. Berhijrah dari suatu tempat ke suatu tempat. Berhijrah dari darul kufur ke darul Islam. Berhijrah dari sifat mazmumah kepada sifat mahmudah. Berhijrah daripada seorang manusia menjadi seorang insan yang soleh dalam usaha menjayakan misi penghijrahannya yang terakhir. Iaitu hijrah menuju keredhaan Allah serta syurga yang kekal abadi. InsyaAllah...
"Dan sesiapa yang berHijrah pada jalan Allah (untuk membela dan menegakkan Islam), nescaya dia akan dapati di muka bumi ini tempat berHijrah yang banyak dan rezeki yang makmur dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berHijrah kepada Allah dan Rasulnya, kemudian dia mati (dalam perjalanan), maka sesungguhnya telah tetap pahala Hijrahnya di sisi Allah dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani." (Surah An-Nisa : ayat 100)
Read More..

Sabtu, 26 November 2011

Doa Awal Dan Akhir Tahun - Adakah Ia Benar Atau Bathil?

Insya Allah pada kali ini, kita akan membuat kesimpulan/ringkasan mengenai isu amalan awal muharam. Untuk memudahkan kita, Kami akan mengkhususkan kesimpulan kita ini berkisar mengenai amalan doa awal dan akhir tahun. 

Berikut adalah doa yang dimaksudkan:

Awal tahun


"Segala puji tertentu bagi Allah, Allah SWT yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarga baginda serta sahabatnya. Ya Allah, sesungguhnya pada tahun ini aku melakukan larangan-Mu tetapi aku belum bertaubat sedangkan Engkau tidak reda dan melupai perkara itu. Engkau menangguhkan azab-Mu yang ditetapkan kepadaku. Engkau memerintahkan supaya aku bertaubat. Sesungguhnya pada hari ini aku memohon keampunan daripada Engkau, ampunilah aku. Dan apa yang aku lakukan pada tahun ini yang Engkau redai dan Engkau janjikan pahala, maka aku memohonnya daripada Engkau, ya Allah yan Karim yan Zal Jalali Wal Ikram. Terimalah permohonanku ini dan janganlah Engkau hampakan harapanku terhadap-Mu ya Karim. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarga baginda juga sahabatnya. Segala puji tertentu bagi Allah, Allah SWT yang memelihara dan mentadbir sekalian alam".

Akhir tahun

"Segala puji tertentu bagi Allah, Allah SWT yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarga baginda dan sahabatnya. Ya Allah, Engkaulah yang kekal abadi untuk selama-lamanya. Demi kelebihan-Mu yang maha Agung dan kemurahan-Mu yang melimpah, sesungguhnya pada tahun baru ini aku memohon daripada Engkau perlindungan daripada syaitan yang direjam, pengikutnya, tenteranya dan penolongnya dan aku emohon perlindungan daripada nafsu amarah yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan dan melalaikan aku dengan perkara yang tidak berfaedah daripada mendekatkan diri kepada Engkau. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas keluarga baginda dan sahabatnya. Segala puji tertentu bagi Allah, Allah SWT yang memelihara dan mentadbir sekalian alam".

Manakala berikut ini adalah fadhilat serta kaedah pembacaan yang sering kelihatan:

Ibnu Abbas berkata: "Siapa yang membaca doa ini pada 1 Muharam, Allah mewakilkan dua malikat memeliharanya pada tahun itu".

Selepas doa(awal tahun) dibaca, berkatalah syaitan, "Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku mengoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa itu, Allah mengampunkannya setahun".

Selepas dibaca doa akhir tahun, syaitan berkata, "Telah amanahlah anak Adam ini daripada godaanku pada tahun ini kerana Allah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah syaitan".

Bacalah doa awal tahun berikut sebanyak tiga kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada hari terakhir bulan Zulhijah.Bacalah doa akhir tahun sebanyak tiga kali selepas waktu Maghrib pada malam 1 Muharam.
Kami telah cuba untuk mencari serta menjejak kesemua fadhilat serta kaedah pembacaan di atas, namun sayangnya hasil pencarian kami tidak membuahkan sebarang hasil. Bukan hanya kitab-kitab hadis sittah, malahan kitab hadis dhaif dan palsu juga telah kami cuba mencarinya namun hasilnya serupa, hampa.

Bukan di situ sahaja usaha kami, bahkan fatwa-fatwa dan sumber dari ulama-ulama luar negara selain nusantara telah kami selongkar, tapi juga tidak membuahkan hasil. Maka kami telah membuat kata putus bahawa semua fadhilat serta kaedah pembacaan yang dinyatakan di atas adalah batil dan tidak sabit pada nas al-Quran dan hadis sahih.

Rasulullah saw telah bersabda dalam hadis sahih riwayat Imam Bukhari yang beerti:

Barangsiapa yang beramal dengan sesuatu amalan yang tidak ada hubungan dengan urusan kita, maka ia tertolak.

Maka di sini telah jelas bahawa barangsiapa yang mengamalkan amalan awal Muharam(Doa Awal dan Akhir Tahun), beriqtikadkan bahawa ia mempunyai kelebihan sepertimana yang digambarkan, apatah lagi mengatakan amalan ini adalah sunnah Rasulullah saw, maka amalannya tertolak. Dan Allah Rasulullah saw juga telah memberi amaran kepada mereka yang berdusta terhadap baginda saw dalam hadis sahih yang bermaksud:

Barangsiapa yang melakukan pendustaan ke atasku dengan sengaja, maka sediakanlah tempat duduknya di dalam neraka. Hadis Mutawtir

Ibnu Masud pernah berkata yang bermaksud:
Hendaklah anda sekalian mengikuti apa saja yang dibawa oleh Rasulullah saw dan jangan anda mengada-adakan sesuatu yang baru. Sesungguhnya sudah cukup bagi anda sekalian(sunnah yang dibawa oleh Rasulullah saw).

Ibnu Abbas juga pernah berkata:
Hendaklah anda sentiasa bertaqwa kepada Allah dan beristiqamah. Ikutilah(apa saja yang disunnahkan oleh Rasullah saw) dan janganlah anda mengada-adakan sesuatu yang baru.

Kesimpulan
Doa pada asal memang terdapat dalam Islam. Dalilnya cukup banyak. Baik di dalam Al-Quran maupun hadis-hadis sahih. Namun begitu, terdapat juga sesetengah pihak yang menaylahgunakan konsep berdoa itu yang sebenar. Mereka menciptakan waktu-waktu khas yang kononnya mustajab yang tidak sabit dari al-Quran dan hadis, mereka menciptakan fadhilat-fadhilat yang kononnya memberi ganjaran apabila dilakukannya dan bermacam-macam lagi. Kesan dari itu wujudlah sepertimana yang sedang kita bincangkan ini iaitu doa awal dan akhir tahun.

Kami berpendapat adalah tidak salah untuk dibacakan doa-doa tersebut. Kerana berdoa memanglah digalakkan. Tetapi doa tersebut tidaklah seharusnya dijadikan satu amalan yang dilakukan hanya kerana datangnya tahun baru. Apatah lagi dikaitkan doa tersebut kononnya sabit dari Rasulullah saw. Juga mengatakan dengan membacanya maka akan diperolehlah fadhilat-fadhilat tertentu. Kerana kesemua riwayat yang berkaitan doa awal dan akhir tahun ini adalah batil. Ingatlah pada sebuah hadis yang masyhur yang bermaksud:

Sesungguhnya benar-benar hadith(percakapan) itu ialah kitab Allah. Sebaik-baik petunjuk ialah petunjuk Muhammad saw. Manakala sejahat-jahat urusan itu ialah yang diada-adakan, kerana setiap yang diada-adakan itu adalah bidah manakala setiap bidah adalah sesat. Hadis riwayat Muslim

Dalam hadis riwayat An-Nasai pula terdapat tambahan:
.dan setiap kesesatan itu di dalam neraka.

Doa tersebut boleh saja dibaca pada lain-lain waktu. Bukan dikhaskan hanya ada awal dan akhir tahun sahaja.

Beginilah pendapat dan pegangan kami. Sekiranya terdapat sesiapa yang mungkin dapat mengutarakan dalil dari al-Quran dan hadis yang sahih berkaitan amalan ini haraplah berbuat demikian. Kerana sesungguhnya kami hanyalah hamba Allah yang lemah.

Sekian. Wassalam



Rujukan
Fatwa Islamiyah
-Sheikh Abdul Aziz bin Baz
-Sheikh Muhammad bin Salih Al-Uthaimin
-Sheikh Abdullah bin Abdur-Rahman Al-Jibreen
-The Permanent Committee and the decisions of Fiqh Council
Disusun oleh Muhammad bin Abdul Aziz al-Musnad
Khilafiah, Bidah dan Maslahah Umum
Oleh Ustaz Basri Ibrahim
Bidah Menurut Ahli Sunnah
Oleh Rasul Dahri
Dua The Weapon of the Believer
Oleh Abu Ammaar Yasir Qadhi
Islam Question and Answer website
http://islam.tc/ask-imam/index.php

Read More..

Persiapan Menyambut Kebangkitan Islam Dan Kedatangan IMAM MAHDI

Firman Allah” إِنَّ اللّهَ لاَ يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّى يُغَيِّرُواْ مَا بِأَنْفُسِهِمْ وَإِذَا أَرَادَ اللّهُ بِقَوْمٍ سُوءًا فَلاَ مَرَدَّ لَهُ وَمَا لَهُم مِّن دُونِهِ مِن وَالٍ  Ar-Ra'd [13:11]

“Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya

Berdasarkan ayat di atas, jelas Allah mengisyaratkan kepada kita untuk mengubah diri kita dahulu sebelum Allah mengubah keadaan kita. Semua di antara kita merindui Zaman Kegemilangan Islam atau Daulah Islamiah. Dan berdasarkan hadis Rasullullah, akan berlaku kebangkitan Islam di sebelah Timur. Sekali lagi Nabi S.A.W mengisyaratkan kepada kita yang kedatangan Islam tu memang datang dari kita di sebelah timur dunia. Cuma kita sendiri perlu memulakan kebangkitan itu di dalam diri kita masing-masing.

Kesimpulannya, kita lah yang bertanggujawab mencetuskan kebangkitan Islam di akhir zaman ini, bukan Negara Arab, Eropah atau Afrika. Tetapi, untuk merialisasikan ini, banyak perngorbanan perlu dilakukan. Antaranya.:
1.    Hentikan perbalahan antara umat Islam. Kita sering  berbalah disebabkan berbeza mazhab, politik, ideology, dsb. Mulai sekarang, cukup menunding jari kepada kesalahan org lain dan masing2 menunding jari kpd diri sendiri. Tanyakan, adakah dia di landasan yang betul untuk mendaulah Islam. Dulu,PAS  kata org UMNO tak betul,UMNO kata PAS tak betul. Sekarang, Tanya adakah kita betul?, adakah kita sembahyang tahajud setiap malam, berpuasa sunat, mengimarahkan solat subuh di Masjid seperti tabiin2 dahulu?.
Demokrasi, adalah peninggalan British yang kita tahu is adalah Negara Freemasion yang mmg nak jatuhkan Islam. Jika kita ikut arusnya, kita tertipu sebenarnya. Islam takan bangkit melalui system demokrasi. Mana mungkin kebangkitan Islam yang suci adalah melalui sistem demokrasi yang keji. Contohnya, di sebuah pulau dihuni oleh seratus orang yang mejoritinya perompak, mereka ingin membuat undang2 mengatasi masalah rompakan. Jadi mereka memilih jalan demokrasi untuk sama ada mengenakan hukuman kepada perompak atau tidak. Dalam undian demokrasi tersebut, semestinya undi mejoritinya akan pergi kepada tidak menghukum perompak, kerana mereka semua mejoritinya perompak. Inilah kelemahan Demokrasi. Sistem yang bertunjangkan akal manusia semata2 tanpa panduan Allah s.w.t. Kita mesti mengakui, walaupun kita org PAS, sistem Islam adalah system terbaik dalam memilih pentadbiran dan pemimpin. Melalui undian, Islam tak akan terbangkit di Malaysia, ia sesuatu yang mustahil, Cuma undian hanya boleh menunjukkan sokongan kita sahaja terhadap parti yang hendak menegakkan Islam. Tak lebih dari itu. Hentikan perbalahan sekarang, dulu kita melayu kuat, zaman melayu Melaka Islam didaulatkan oleh org melayu. Jangan biarkan semangat kepartian ini memecahkan perpaduan kita.
2.    Kita juga sering berbalah kerana perbezaan mazhab. Kebelakangan ini wujudnya golongan Wahabi. Sebagai org wahabi, hentikan mempertikaikan isu yang kecil2,hormat cara org lain beribadah. Pada zaman Imam Shafie dahulu, beliau pergi ke kawasan Imam Hanifah yang mempraktikan Mazhab Hanafi. Tetapi beliau tidak membaca Qunut semasa solat Subuh walaupun dia yang mengajar bacaan Qunut. Apabila org bertanya, dia menjawab kerana dia menghormati mazhab Hanafi ketika berada di kawasan Mazhab Hanafi. Ulama dulu2 boleh menghormati mazhab yang berbeza, kita sekarang asyik menyalahkan antara satu sama lain seolah2 kita ni baik sgt mengalahkan Imam mazhab. Sekarang, Tanya adakah kita betul sangat?, adakah kita sembahyang tahajud setiap malam, berpuasa sunat, mengimarahkan solat subuh di Masjid seperti tabiin2 dahulu?. Bagi ahli sunnah yang bermazhab Shafie, Jangan biarkan cemuhan2 kepada kita mengganggu pengabdian diri kita kepada Allah. Ignore kan shj, kerana mmg byk dugaan ketika beribadah, tujuannya untuk menguji kekebalan iman kita.

3.    Perdalamkan ilmu tauhid. Sekarang ramai orang Islam berlumba2 mengejar ilmu dunia dan ilmu syariat. Memang tak salah, tetapi yang lebih utama adalah ilmu tauhid. Kebangkitan islam dizaman nabi S.A.W dahulu adalah di tunjangkan dengan ilmu tauhid. Kita mesti kenal Allah S.W.T. Tanamkan anak2 kita dengan ilmu Tauhid sebagai persiapan kepada mereka menjadi barisan hadapan pembela Islam kelak iaitu di zaman Imam Mahdi.

 4.    Menurut kata pemimpin yahudi, umat Islam takkan bangkit selagi jumlah ramai orang yang solat subuh di masjid2 tidak seramai ketika  sembahyang Jumaat. Jadi, sekarang kita perlu berjemaah di masjid diwaktu Subuh kalau kita nak bangkitkan Islam. Begitu juga menurut yahudi, jangan perang umat islam ketika mereka mengantuk disebabkan bertahajud di malam hari, dan perangi mereka ketika mereka segar celik. Bertahajudlah diwaktu malam untukIslam ni bangkit.
Read More..

Selamat Tahun Baru Hijriah



Peristiwa hijrah Rasulullah s.a.w. bukan berlaku dalam bulan Muharram.
Pengkaji sejarah yang masyhur mengatakan hijrah tersebut berlaku pada bulan Safar.
Tahun berlaku peristiwa hijrah Rasulullah s.a.w ditandakan sebagai permulaan kiraan kalendar Islam. 

Tahun berlaku peristiwa hijrah telah ditanda sebagai tahun 1 atau tahun pertama kalendar Islam.

Bulan Muharram ialah bulan pertama dalam kalendar hijriah. Bila tiba bulan Muharram maka tibalah tahun baru.

Berubahnya tahun bererti bertambahnya umur kita. Bertambahnya umur bererti semakin dekatlah kita dengan kematian.

Selamat menyambut tahun baru Hijriah.  Moga Allah memberkati kita.
Read More..

Sembang kosong Muhyiddin Yasin lagi!

Hari ini Muhyiddin merapu lagi!Sembang kosongnya sudah menjadi jadi sejak tersebar berita keinginannya untuk mengambil alih jawatan PM dari Najib.Muhyiddin ketika desakan untuk melaksanakan hudud menjadi bertambah kuat, mengeluarkan kenyataan bahawa hudud tidak boleh dilaksanakan lagi di Malaysia kerana suasana yang tidak kondusif yang tidak menjamin keamanan dan keadilan.Hari ini Muhyiddin berkata pula bahawa golongan terbesar dalam negara ialah melayu, bumiputra dan Islam.Itulah sembang kosong terbaru Muhyiddin.Mengaku bahawa Malaysia dikuasai oleh orang Islam tetapi hudud tidak dapat dikuatkuasa.

Tersirat satu tindakan yang tipikal oleh UMNO sejak dulu dan kini tetapi insyaalah tidak selama lamanya,ia itu mengubah Islam kepada Islam yang tidak ada hudud dan menggalakkan maksiat.

Terserlah pula sikap Muhyiddin yang bercelaru, mana mungkin bagi logik akal untuk menerima kenyataan bahawa negara yang dikuasai oleh orang Islam tidak mampu untuk menjalankan seluruh perintah Islam? Samalah juga untuk menerima hakikat negara menghadapi kekurangan minyak masak sedangkan Negara ialah pengeluar utama sawit dunia, untuk menerima hakikat harga pertol dan disel yang tinggi pada ketika minyak dikorek di laut negara.
Mungkin ada yang akan berkata  bahawa banyak negara yang dikuasai oleh orang Islam tetapi tidak ada satupun negara (umat) Islam yang menjalankan undang undnag Islam.Jadi kenapa apa yang dilakukan dalam negara sekarang ini ingin dipersoalkan?Cukuplah perlembagaan negara menjadi rujukan, yang dibenarkan perlembagaan boleh diamalkan rakyat sementara yang bertentangan mesti ditegah.Zina dibenarkan perlembagaan jadi tidak mengapa kalau ada yang nak berzina tak kirakafir atau Islam, tetapi budaya gay dan lesbian ditegah perlembagaan maka ianya mesti ditegah kepada semua.
Jadi Perlembagaan menjadi lebih utama bagi orang Islam?Dan kerana tiada negara (umat)Islam yang melaksanakan undang undang Islam, maka Malaysia melakukan satu perkara yang tidak bersalahan dengan amalan dunia.Inilah menteliti orang orang UMNO yang diterajui oleh pemimpin seperti Najib dan Muhyiddin.
Tetapi satu hakikat yang tersirat dari kenyataan terbaru Muhyiddin ialah orang orang melayu, bumiputra dan Islam yang didakwa olehnya itu tidak semuanya yang bersetuju dan menyokong Muhyiddin dan UMNO,sebaliknya semakin ramai yang mula menyedari kepincangan negara tanpa hudud serta kesan buruk yang terpaksa ditanggung kerana terlalu menjadikan perlembagaan sebagai rujukan.Orang melayu,bumiputra dan Islam yang bersetuju dan menyokong Muhyiddin hanyalah orang melayu,bumiputra dan Islam yang masih menjadi ahli dan penyokong UMNO yang setiap hari bertindak sebagai penyangak bangsa.
Rakyat beri duit untuk beli lembu tetapi yang dibelinya kondonium mewah,Lapuran audit negara pula mendedahkan seribu satu penyeleweangan harta rakyat, itu tak masuk lagi pembelian jet pejuang yang tidak boleh berjuang dan kapal selam yang tidak dapat menyelam.Antara contoh penyangak UMNO selama ini.
Muhyiddin nampaknya tak mahu berubah menjadi orang melayu, bumiputra dan Islam yang patut dan ikhlas tetapi riak mukanya  seakan memberi tahu yang  dia akan terus menjadi penyangak bangsa by hook or by crook.
Muhyiddin mungkin tidak akan membaca  luahan ini, tetapi mungkin ada penyokong Muhyiddi(atau pencacai UMNO) yang akan membaca.Untuk yang membaca, SELAMAT MEMBACA dan ingatlah setiap orang pasti akan dipertanggungjawabkan atas apa yang dilakukan apatah lagi bagi seorang yang masih mengaku Islam walaupun nas nas alquran dan hadis banyak tidak menyokongnya.
" 
Read More..

Jumaat, 25 November 2011

Malaysia Kalah Teruk Dengan Indonesia



malaysia indonesiaIndonesia mungkin tidak mendapat perhatian seperti yang banyak diterima dari dunia seperti China dan India, tetapi tiap-tiap pakar perniagaan dan ekonomi menyedari potensi ekonomi Indonesia akan menjadi ekonomi terbesar di Dunia!

Sokongan terbaru datang daripada ahli ekonomi yang terkenal dari Universiti New York, profesor Nouriel Roubini.

Dengan memiliki sumber yang kaya, dengan jumlah penduduk kira-kira 246 juta, Roubini percaya Indonesia boleh meningkat kepada ekonomi ke-10 terbesar di dunia menjelang akhir dekad ini dan ke-6 terbesar menjelang 2030.  Penggunaan domestik negara yang besar, paras hutang yang rendah dan demografi muda adalah antara beberapa faktor utama yang memihak.

Beliau berkata jika pelaburan terus disalurkan ke kawasan-kawasan yang sesuai seperti modal infrastruktur, manusia dan langkah-langkah pembaharuan, Indonesia boleh berkembang pada kadar antara 6.5% dan 8% potensi.  Manakala Malaysia masih terkapai-kapai mencapai 4 - 5%.

Menurut Bank Dunia, KDNK atau jumlah nilai barangan dan perkhidmatan yang dihasilkan dalam ekonomi Indonesia bernilai AS $706.6bilion pada tahun 2010. Ini menjadikan ekonomi ke-5 terbesar di Asia, dan ke-18 di dunia.

Reformasi tulen merupakan kunci

Penemuan penyelidikan HSBC Global dalam laporan Julai bertajuk, "Sesuatu yang besar akan datang di Indonesia", berkata negara ini mempunyai potensi melepasi kadar pertumbuhan 8% pada tahun 2020. Ini jelas akan membuat Indonesia salah satu ekonomi paling pesat berkembang di dunia. 

Tabung Kewangan Antarabangsa menjangkakan KDNK Indonesia akan berkembang 6.4% tahun ini dan 6.3% pada tahun 2012.  Walaupun ketidaktentuan ekonomi global yang berterusan, mereka percaya ekonomi Indonesia akan terus didorong oleh perbelanjaan pengguna dan pelaburan yang kukuh.

Ahli ekonomi menyifatkan reformasi yang berjaya di Indonesia dihasil melalui benih reformasi tulen (tetapi menyakitkan) negara ini yang telah disemai dalam dekad yang lalu.

Walaupun Indonesia masih dibelenggu dengan masalah lama seperti rasuah, birokrasi dan pita merah, tetapi ahli ekonomi percaya bahawa langkah-langkah pembaharuan yang berterusan akan menyimpan negara pada landasan yang betul untuk menjadi kuasa besar ekonomi yang seterusnya.

Satu kaji selidik baru-baru ini BBC lebih daripada 24,000 rakyat di seluruh 24 buah negara meletakkan Indonesia sebagai tempat terbaik bagi usahawan untuk memulakan perniagaan. Ini diikuti oleh Amerika Syarikat, Kanada, India dan Australia.

Walaupun negara kita Malaysia mempunyai sumber asli yang banyak… tetapi dengan penyalahguanaan dan penyelewengan ekonomi, Malaysia akan jauh ketinggalan dari Indonesia memandangkan jumlah penduduk di negara ini hanya sekitar 28 juta jika dibandingkan dengan penggunaan domestik negara yang besar sebanyak 10 kali ganda dimiliki oleh Indonesia.

Dengan masalah ekonomi yang teruk sedang berlaku di Eropah dan krisis hutang di Amerika, bolehkah Malaysia bertahan bergantung harap pada ekonomi domestik.

Adakah atas sebab itu kerajaan mengenakan pelbagai cukai dan menaikkan harga barang semata-mata meningkatkan pendapatan domestik negara?

Tidak adakah cara lain yang lebih baik?
Read More..

Kesalahan-kesalahan dalam berpakaian Lelaki



Kaum lelaki pula jangan menganggap enteng pasal aurat. Kali ini IH ingin berkongsi artikel mengenai kesalahan-kesalahan dalam berpakaian lelaki pula. Semoga bermanfaat.

Isuhangat selalu membicarakan kisah aurat kaum wanita seperti entri terdahulu:- Bungkus Aurat,Woi Kitaorang Tutup AuratlahWanita Akhir Zaman dan Sanggul Tinggi.

Kaum lelaki pula jangan menganggap enteng pasal aurat. Kali ini IH ingin berkongsi artikel mengenai kesalahan-kesalahan dalam berpakaian lelaki pula. Semoga bermanfaat.

1. Isbal.
Isbal iaitu menurunkan atau memanjangkan pakaian hingga di bawah tumit. Larangan isbal bersifat umum untuk semua jenis pakaian seperti seluar panjang, kain pelikat, gamis atau pakaian lainnya. Ironinya, larangan ini dianggap remeh oleh kebanyakan umat Islam, padahal dalam pandangan Allah ia merupakan masalah besar.

Photobucket
Rasulullah SAW bersabda:
“Kain yang memanjang hingga di bawah mata kaki tempatnya di Neraka.” (HR. Al-Bukhari, shahih).

Ancaman bagi musbil (orang yang melakukan isbal ) dengan Neraka tersebut sifatnya adalah mutlak dan umum, baik dengan maksud takbur atau tidak. Jika isbal tersebut dilakukan dengan maksud takbur maka ancamannya lebih besar.

Nabi SAW bersabda:

“Pada hari Kiamat, Allah tidak akan melihat kepada orang yang menyeret bajunya (musbil, ketika di dunia) kerana takbur.” (Muttafaq Alaih, shahih).

Dan secara tegas Nabi SAW melarang kita kaum lelaki melakukan isbal. Beliau SAW bersabda:

“Dan tinggikanlah kainmu hingga separuh betis, jika engkau enggan maka hingga mata kaki. Dan jauhilah olehmu memanjangkan kain di bawah mata kaki, kerana ia termasuk kesombongan, dan sungguh Allah tidak menyukai kesombongan.” (HR. Abu Daud dan At-Tirmidzi dengan sanad shahih , At-Tirmidzi berkata, hadits ini hasan shahih).

Hadis di atas memberi kata putus terhadap orang yang beralasan bahawa memanjangkan kain hingga di bawah mata kaki dibolehkan asal tidak kerana sombong. Ini adalah alasan batil dan dicari-cari untuk membenarkan kebiasaan mereka yang menyalahi sunnah.

Hadis di atas dengan tegas memasukkan perbuatan isbal sebagai sikap sombong, apatah lagi jika memang berniat untuk sombong. Maka jelaslah ancamannya sangat berat. Dan fakta menunjukkan, lelaki yang musbil itu, memanglah pada umumnya untuk bergaya yang di dalamnya ada unsur bangga diri dan sombong. Buktinya kebanyakan mereka menganggap kekampungan, kolot serta melecehkan saudara-saudara mereka yang mengenakan pakaian di atas mata kaki, padahal itulah yang diperintahkan syariat.

Adapun kaum wanita, mereka diwajibkan menutupi tubuhnya hingga di bawah mata kaki, kerana ia termasuk aurat.

Namun hakikatnya, yang dipraktikkan umat Islam di zaman ini adalah sebaliknya.

Lelaki memakai pakaian hingga di bawah tumit, sedang wanita pakaiannya jauh di atas tumit.
Naudzubillah, dan kepada Allah kita memohon keselamatan

2. Mengenakan pakaian nipis dan ketat.
Dalam kaca mata syariat, jika bahan-bahan pakaian itu sangat nipis sehingga menampakkan aurat, lekuk-lekuk tubuh atau sejenisnya maka pakaian itu tidak boleh dikenakan.

Perkara ini berdasarkan firman Allah Taala:

“Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan.” (Al-A’raf: 26).

Tetapi jika pakaian itu tidak menampakkan aurat dan lekuk-lekuk tubuh maka hal itu tidak mengapa. Namun jika pakaian itu menyerupai dan menunjukkan identiti pakaian orang kafir maka ia tidak dibolehkan.

Dan kebiasaannya lelaki yang body builder, kaki gym memakai baju ketat untuk menunjukkan ototnya yang berketul-ketul itu.

3. Mengenakan pakaian yang menyerupai pakaian wanita.
Di antara fitrah yang disyariatkan Allah kepada hambaNya iaitu agar lelaki menjaga sifat kelelakiannya dan wanita menjaga sifat kewanitaannya seperti yang telah diciptakan Allah. Jika hal itu dilanggar, maka yang terjadi adalah kerosakan hidup di masyarakat.

Dalam hadis shahih disebutkan:

“Rasulullah SAW melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki.” (HR. Al-Bukhari).

Sebagian ulama berkata, ‘Yang dimaksud menyerupai dalam hadis tersebut adalah dalam hal pakaian, berdandan, sikap, gerak-geri dan sejenisnya, bukan dalam berbuat kebaikan.’ Kerana itu, termasuk dalam larangan ini adalah larangan mendandan rambut, memakai anting-anting, kalung, gelang kaki dan sejenisnya bagi lelaki, sebab perkara-perkara tersebut adalah kekhususan bagi wanita.

Rasulullah bersabda:

“Allah melaknat lelaki yang memakai pakaian wanita dan wanita yang memakai pakaian lelaki.” (HR. Abu Daud, Shahihul Jami’ , 5071) .

4. Mengenakan pakaian mengikut trend.
Sebahagian umat Islam, terutama remaja sering tergila-gila dengan fesyen pakaian yang sedang menjadi trend atau pakaian yang dikenakan oleh para artis dan idola mereka. Seperti pakaian bergambar penyanyi, kumpulan-kumpulan muzik, botol dan cawan arak, gambar-gambar makhluk hidup, salib atau lambang-lambang kelab-kelab bolasepak dan organisasi-organisasi non Islam, juga slogan-slogan kotor yang tidak hormat dan kebersihan diri, yang biasanya ditulis di belakang t’shirt dengan bahasa Malaysia atau bahasa-bahasa asing.

Pada umumnya para pemakai pakaian-pakaian tersebut merasa bangga dengan pakaiannya, bahkan dengan maksud untuk memperoleh populariti kerana pakaiannya yang aneh tersebut.

Padahal Nabi bersabda:

“Barangsiapa mengenakan pakaian (untuk memperolehi) populariti di dunia, niscaya Allah mengenakan kepadanya pakaian kehinaan pada hari Kiamat.” (HR. Ahmad, Abu Daud dan Ibnu Majah dari Ibnu Umar, hasan).

Imam Asy-Syaukani berkata, ‘Hadis di atas menunjuk-kan diharamkannya mengenakan pakaian untuk meraih populariti. Dan larangan tersebut tidak khusus terhadap pakaian untuk populariti, tetapi termasuk juga pakaian yang berlawanan dengan pakaian masyarakat pada umumnya (yang bertentangan dengan agama/etika). Jika pakaian itu untuk maksud populariti, maka tidak ada bezanya antara pakaian yang mahal atau murah, sesuai dengan yang dikenakan orang pada umumnya atau tidak, sebab pengharaman tersebut bergantung (niat) populariti.’

5. Mengenakan pakaian yang tidak menutup aurat.
Seperti memakai seluar pendek atau pakaian sukan lainnya yang menampakkan peha. Aurat lelaki adalah dari pusat sehingga dua lutut.Oleh itu, peha termasuk aurat. Setiap muslim diperintahkan menutup dan menjaga auratnya kecuali di depan isteri atau hamba sahayanya.

Ketika Rasulullah SAW melihat sahabat Ma’mar tersingkap pehanya, beliau SAW bersabda:

“Wahai Ma’mar, tutupilah pehamu, kerana peha adalah aurat.” (HR. Ahmad).

“Jagalah auratmu kecuali dari isterimu atau hamba sahayamu.” (HR. Imam lima kecuali An-Nasa’i dengan sanad hasan).

6. Tidak memperhatikan masalah pakaian ketika masuk masjid.



Sebagian orang yang akan menunaikan solat berjemaah tidak peduli dengan pakaian yang dikenakannya. Misalnya masuk masjid dengan mengenakan jenis pakaian sebagaimana disebutkan pada point keempat. Solat adalah untuk menghadap kepada Allah, kerana itu kita harus mengenakan pakaian yang bagus dan indah sebagaimana yang diperintahkan.

Allah berfirman:

“Hai anak Adam, pakailah pakaianmu yang indah di setiap (memasuki) masjid.” (Al-A’raf: 31).

Disunahkan pula agar kita memakai wangi-wangian ketika hendak ke masjid dan menghindari bau-bauan yang tidak sedap. Demikianlah yang dituntunkan dan dipraktikkan baginda Nabi SAW dan para sahabatnya yang mulia.

7. Mengenakan pakaian bergambar makhluk bernyawa
Apalagi gambar orang-orang kafir, baik penyanyi, seniman, pembesar atau orang-orang terkenal lainnya. Mengenakan pakaian bergambar makhluk bernyawa adalah haram, baik gambar manusia atau haiwan.

Nabi Muhammad SAW bersabda:

“Setiap tukang gambar ada di Neraka, Allah menciptakan untuknya (dari) setiap gambar yang dia bikin sebuah nyawa, lalu mereka menyiksanya di Neraka Jahannam.” (HR. Muslim).

“Malaikat tidak masuk ke dalam rumah yang ada di dalamnya anjing dan gambar-gambar.” (HR. Al-Bukhari).

Adapun gambar orang-orang kafir maka memakai atau menggunakannya mudaratnya akan semakin besar, sebab akan mengakibatkan pengagungan terhadap mereka.

8. lelaki menggunakan perhiasan emas dan kain sutera.
Sekarang banyak kita jumpai barang-barang perhiasan untuk lelaki yang terbuat dari emas. Seperti jam tangan, kaca mata, butang baju, pen, rantai, cincin dan sebagainya.

Dari Ibnu Abbas RA bahawasanya Rasulullah SAW melihat cincin emas di tangan seorang lelaki, serta merta baginda menngambilnya lalu membuangnya, seraya bersabda:

“Salah seorang dari kamu sengaja (pergi) ke bara api, kemudian mengenakannya di tangannya!’ Setelah Rasulullah SAW pergi, kepada lelaki itu dikatakan, ‘Ambillah cincinmu itu dan manfaatkanlah!’ Dia menjawab, ‘Demi Allah, selamanya aku tidak akan mengambilnya, kerana Rasulullah SAW telah membuangnya.” (HR. Muslim, 3/1655).

Dan Rasulullah SAW bersabda:

“Dihalalkan emas dan sutera itu untuk kaum wanita dari kaumku dan diharamkan keduanya bagi kaum lelaki dari nya.” (HR. Ahmad, At-Tirmidzi dan An-Nasa’i, shahih).

Wallahualam.


Posted @ www.isuhangat.net.
" 
Read More..

Jadikan Al-Quran Perlembagaan Hidup

alquran perlembagaan hidupRamadhan bukan sahaja bulan difardhukan puasa, tetapi juga bulan diturun kan al-Quran dari Lauh Mahfuz ke langit dunia secara serentak. Al-Quran kemudian diturunkan secara beransur-ansur selama 23 tahun dalam 2 fasa-Makkiyyah dan Madaniyyah.

Al-Quran menjadi mukjizat kekal bagi Nabi SAW dan buat manusia seluruhnya. Mukjizat-mukjizat lain seperti air keluar dari celah jari, pokok kurma datang kepada Nabi, bulan terbelah hanya dilihat di zaman ia berlaku.

Mungkin ada kesannya yang boleh dilihat hingga sekarang tetapi satu-satunya mukjizat yang kekal, bukan sahaja sebagai mukjizat dengan nama mukjizat, bahkan sebagai petunjuk kepada manusia, mengeluarkan manusia dari kegelapan kepada cahaya, menjadi pemisah di antara yang haq dan batil serta menjadi perlembagaan paling tinggi buat hidup dan kehidupan manusia di dunia ini ialah al-Quran.


Hebatnya al-Quran sebagai perlembagaan hidup manusia sehinggakan Nabi Isa as yang turun di akhir zaman nanti pun akan berhukum dengan al-Quran dan syariat Muhammad SAW walaupun Nabi Isa dibangkitkan lebih awal dari Nabi Muhammad SAW dan kitab Injil lebih awal turunnya dari al-Quran. Kalau Nabi Isa pun berhukumkan al-Quran sedangkan Baginda juga punya kitab, maka bagaimana dengan kita dan manusia lain yang tiada kitab yang mesti diikuti melainkan al-Quran itu sendiri?
Al-Quran sebagai perlembagaan hidup diucapkan sedari kecil oleh kanak-kanak PASTI: ‘Al-Quran dusturuna’ (Al-Quran perlembagaan kami). Ia juga menjadi slogan dalam Parti Islam se-Malaysia PAS. Lebih dari itu, ia bukan sekadar ucapan kanak-kanak dan slogan tetapi itulah juga yang menjadi inti perjuangan PAS yang menjadi kesinambungan perjuangan Nabi Muhammad SAW yang kemudian disusuli oleh para sahabat dan pengikut-pengikutnya sehingga hari Kiamat.
Besarnya al-Quran sebagai perlembagaan hidup ini difahami oleh para orientalis Barat. Mereka telah mengkaji kekuatan umat Islam. Mereka sedar kekuatan umat Islam ialah apabila mereka berpegang dengan ajaran al-Quran (bersama petunjuk Sunnah Nabi Muhammad SAW). Kekuatan inilah yang cuba dibuang dan dijauhkan oleh musuh Islam dari umat Islam. Umat Islam disogok dengan fahaman asing, ideologi asing, sistem asing, cara penyelesaian asing, budaya asing dan segala-galanya yang asing dari fitrah semulajadi mereka dan perkara yang menjadi ruh kepada kekuatan mereka.
Al-Quran menjadi kitab yang tidak difahami oleh umatnya sendiri. Mereka buta al-Quran. Al-Quran tidak dapat dibaca dengan baik. Maknanya tidak difahami. Kalau difahami pun, tidak dilaksanakan tuntutannya. Perjuangan menegakkannya dianggap ketinggalan zaman dan tidak relevan. Pelbagai alasan dibuat untuk tidak melaksanakan tuntutan al-Quran, bukannya mencari jalan bagaimana boleh dijayakan tuntutan al-Quran itu. Ia berkait dalam aspek kepercayaan, ibadah, muamalah (urusan sesama manusia), jenayah, politik, ekonomi, sosial, pendidikan dan segala urusan kehidupan.
Musuh Islam dari Barat dan Timur telah menguasai pemikiran umat Islam supaya merasai asing dengan al-Quran. Yang dahsyatnya apabila mereka mengaku sebagai Islam tetapi menentang perjuangan golongan yang mahu memartabatkan al-Quran sebagai sistem hidup, sedangkan sistem hidup yang berdasarkan al-Quran (beserta as-Sunnah dan otoriti-otoriti lain) inilah yang telah menyelamatkan manusia sebelum ini dan inilah juga yang akan menyelamatkan mereka di Akhirat nanti.  ‘Umat akhir zaman tidak akan berjaya melainkan mereka menuruti perjalanan kejayaan orang terdahulu’
Read More..

Khamis, 24 November 2011

Patutlah UMNO tak mahu hudud!ini sebabnya......

Entah apa gerangannya selama ini UMNO beriya iya sangat tidak mahu hudud dilaksanakan di bumi Malaysia yang baru ditukar nama 1Malaysia oleh Najib.Sedangkan secara lahirnya ahli UMNO adalah Islam, yang sama sama  berjemaah di masjid(ada yang gah memakai jubah dan serban), sama sama menunaikan fardu puasa Ramadan serta Bertarawih, sama sama menunaikan fardu haji dan sama sama menghidupkan sistem perbankan Islam,  juga kelihatan sama sama memelihara perintah munaqahak terutama dalam soal nikah kahwin tetapi tetap keras hati untuk melaksanakan hudud.

Selama 1/2 abad UMNO bersungguh sungguh mahu menganut ISLAM tanpa hudud sehingga satu ketika mereka memperkenalkan istilah Islam hadhari lengkap dengan prinsip prinsipnya sekali.Sehingga kini, UMNO tetap mahu Islam yang diamalkan di Malaysia Islam yang tanpa hudud.Kenapa?

Pemimpin tertinggi UMNO sejak zaman awal penubuhannya lagi sudah memulakan usaha melahirkan Islam tanpa hudud ala Islam Mustafa Kamal artartuk.Pemimpin utama UMNO pernah kedengaran mengeluarkan kata kata seperti "hukum Islam sudah lapuk","Kalau Hudud dilaksanakan negara akan mundur kerana akan ramai rakyat yang kudung tangan dan kaki".Sementara seorang ulamaknya yang bernama Dr.Mashitah secara terbuka mempersoalkan hudud seolah olah beliau seorang yang jahil tukil.
Sudah agak lama meneliti kesungguhan UMNO dalam soal penolakan perlaksanaan hudud terutama ketika ramai tok tok guru dan ustaz tampil menyatakan kewajiban pihak berkuasa ISLAM menlaksanakan hudud atas perintah yang qatie dari ALLAH yang tidak boleh diubah ubah atau dipersoalkan,akhirnya terjawab juga kenapa UMNO bersikap sedemikian rupa.
UMNO menerusi pemimpin mereka rupa rupanya mengetahui juga apa itu hudud, kesalahan dan hukumannya.Kesalahan hudud ini rupa rupanya tidak disenangi oleh pemimpin mereka kerana hampir lebih separuh dari mereka merupakan pesalah hudud.Antara kegemaran mereka ialah 'ZINA,ARAK,MENCURI DAN JUDI',yang merupakan kesalahan hudud yang membawa hukuman yang zalim pada mereka.
Pendedahan demi pendedahan skandal pemimpin UMNO kebanyakannya memilih  elemen elemen di atas yang merupakan bukti jelas bahawa merekalah sebenarnya pesalah hudud yang majoriti di bumi Malaysia ini.
Inilah puncanya kenapa UMNO menolak perlaksanaan hudud kerana kalau hudud dilaksanakan, sudah tentu mereka tidak berpeluang lagi melakukan kegemaran mereka.Oleh itu mereka lebih gemar kepada Islam tanpa hudud tetapi mereka lupa bahawa dengan menolak hudud maka carahidup Islam akan menjadi cacat serta tercemar kerana hudud sebenarnya asas yang kuat untuk melahirkan satu carahidup yang dipandu arah oleh panduan Islam sekaligus boleh menyelelesaikan permasalah seperti murtad tanpa perlu berhimpun dan masalah soisal yang kronik lainnya.
UMNO dalam usaha melahirkan cara hidup tanpa hudud tanpa disedari telah membuka ruang kepada ulamak tempatan untuk menghasilkan sebuah kitab yang bernama 'MASTIKA HADIS' yang dikeluarkan oleh Jabatan perdana Menteri dan dalam kitab ini ada satu bab yang membicarakan tentang MURTAD dan RIDDAH.Dalam bab ini antara lain disebut panduan para ulamak mengenai perbuatan dan perkataan yang boleh menyebabkan gugurnya iman seseorang. UMNO menerusi perdana menteri dan menteri menterinya tidak menyedari bahawa kata kata mereka ketika menolak perlaksanaan hudud itu mungkin termasuk dalam perkara yang menggugurkan iman seperrti diterangkan dalam kitab Mastika Hadis keluaran UMNO sendiri.
Inilah UMNO dulu,kini tetapi tidak selamanya.Para penyokong yang selama ini diberi makan dengan RM100-00 atau RM200-00, beras sebungkus perlu sedar dari tidur mereka.Tolak UMNO sekarang dan sokonglah perlaksanaan hudud demi masa depan anak anak.Ingatlah terlaksananya hudud bermakna  bermulalah satu detik permulaan kepada carahidup yang diredhai ALLAH.
Read More..