Search This Blog

Followers

like Batu

Jumlah Paparan Halaman

Selasa, 29 November 2011

Kena 28 orang ....belum serik-serik lagi?



Serangan pesawat NATO ke atas tentera Pakistan yang membunuh 28 tentera Pakistan mencetuskan satu polemik baru hubungan Pakistan-Afghanistan - Amerika Syarikat. Inilah angka korban terbesar bagi tentera Pakistan sejak perang perebutan Kashmir antara Pakistan-India tahun 1971.

Korban kali ini agak tragik. Ini kerana ianya bukan akibat perang dengan India. Juga bukan serangan Taliban. Ini serangan daripada NATO yang di ketuai oleh Amerika sekutu Pakistan sendiri.

Sejak peristiwa 11 September, Pakistan begitu mendambakan dirinya menjadi barua dan orang suruhan Amerika. Pakistan membekalkan segala logistik, kemudahan bahkan menyediakan pengkalan buat Amerika menempatkan tenteranya menyerang Mujahidin Afghan.

Segala arahan Amerika di"amin"kan oleh Pakistan samada dibawah pimpinan tentera seperti Perez Musharaf maupun oleh kerajaan awam mereka.

Kini, pembunuhan ke atas 28 tenteranya membuatkan Pakistan berang dan amat marah. Amerika cuba cuci tangan dengan menudingkan jari ke atas Afghanistan pula.

Seperti biasa Amerika akan mengalihkan pembunuhan 28 tentera Pakistan dengan "mencipta" peperangan baru antara Pakistan dengan Afghanistan pula. Kita bakal melihat bagaimana Amerika akan lagakan antara kedua negara Islam itu agar berperang sambil industri senjata Amerika bertambah untung seperti mana di Iraq.

Semoga peristiwa pembunuhan 28 askarnya oleh Nato memberi pengajaran kepada Pakistan. Itulah harga sebuah "sembahan" Pakistan kepada Amerika. Pakistan perlu bebaskan diri daripada penjajahan moden Amerika.

Islamabad perlu menjarakkan diri dari Amerika dan mendekatkan diri dengan Turki kuasa baru bagi umat Islam menebus maruah.

Cukuplah Amerika menjadikan Pakistan umpama bidak-bidak politik bagi kepentingan Zionis.

Umat Islam tidak boleh disengat dua kali.