Search This Blog

Followers

like Batu

Jumlah Paparan Halaman

Sabtu, 30 April 2011

Utusan, Berita Harian memang jahat..

Ayat ini "berita yang dimainkan oleh media arus perdana termasuk Utusan dan Berita Harian adalah bertujuan membunuh karektor politik ketua pembangkang itu." diakui oleh segelintir pemimpin UMNO.

Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) hari ini menyelar Utusan Malaysia dan Berita Harian kerana menggambarkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai seorang yang enggan melafazkan sumpah untuk membuktikan dirinya tidak bersalah bersabit isu video lucah.

Presidennya Hata Wahari dalam wawancara dengan TV Selangor berkata laporan dua akhbar itu melanggar etika kewartawanan dan jelas berniat jahat di samping bertujuan menyembunyikan kebenaran. 

"Apa yang dibuat oleh Utusan Malaysia dan Berita Harian merupakan satu propaganda jahat yang dimainkan oleh akhbar-akhbar milik Umno cuba memperlihatkan bahawa ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mengikut hukum Islam.


"Anwar sebagai bekas pemimpin Abim yang mengetahui hukum Islam secara mendalam dan tahu mubahalah tidak boleh memberikan impak kepada sesiapa sebab itu Anwar tidak mahu bersumpah. Bila angkat sumpah, itu antara kita dan Allah dan belum tentu perkara itu dapat dibuktikan lagi,” kata Hata.

Justeru Hata bersetuju dengan tindakan Anwar mahukan pihak berkuasa Islam menyiasat fitnah terhadapnya mengikut hukum qazaf.

Pemuda PKR sebelum ini membuat laporan Qazaf ke atas Datuk T tidak mendapat perhatian media arus perdana.

Mengikut Al-Quran, sumpah laknat hanya boleh dilakukan oleh seorang suami yang menuduh isterinya berzina dan tidak mempunyai bukti lain selain daripada bersumpah. 

"Kalau dia (Eskay) hanya bersumpah untuk memberitahu bahawa ini adalah perkara benar jadi saya rasa itu bukan perkara pokok yang paling penting sekarang dia perlu membuktikan perkara ini perlu dibawa ke Mahkamah Syariah dan buktikan dengan membawa empat orang saksi."

Hata tidak menolak berita yang dimainkan oleh media arus perdana termasuk Utusan dan Berita Harian adalah bertujuan membunuh karektor politik ketua pembangkang itu. 

Malah kata Hata, beliau berpandangan bahawa media kawalan Umno-BN kini sudah terkeluar dari landasan tanggungjawab sebenar dengan menabur fitnah serta menjatuhkan kredibiliti pemimpin yang tidak memihak kepada mereka. 

"Jelas membuktikan bahawa media sekarang ini tidak mempunyai prinsip dan pendirian tetapi sebagai satu alat kepada kerajaan dan bukan media yang ingin mencari kebenaran atau melaporkan kebenaran tetapi sebagai sebuah media yang menyebarkan fitnah dan perkara-perkara tidak benar.

"Saya melihat mereka ini tiada kredibiliti langsung," katanya

Tambah beliau lagi sebagai Presiden NUJ Malaysia yang menaungi 1,300 wartawan di Malaysia yang kebanyakkannya berkhidmat di media arus menyeru mereka kembali kepada prinsip asas media dalam menyalurkan maklumat kepada masyarakat.

Malah beliau juga turut menyeru editor-editor Utusan dan Berita Harian agar menilai sendiri prinsip dan tanggungjawab mereka dan kembali kepada prinsip media sebenarnya.
Read More..

Eskay Tiada Pilihan, Terpaksa Bersumpah Juga, Kerana Apa?

"SYABAS dan tahniah kepada sebilangan besar jemaah Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul hari ini kerana berani meluahkan kebenaran dan hak agar kelakuan sesat dapat dihindarkan berlaku di dalam Rumah Allah itu. Sejurus selepas Solat Jumaat, wajah Eskay tidak kelihatan untuk mengadakan perbuatan karut iaitu Sumpah Laknat, melainkan yang lebih awal muncul adalah Pengarah JAWI

Petikan dari Malaysiakini, keadaan di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul menjadi kecoh apabila penyokong PKR pimpinan ketuanya, Shamsul Iskandar Mat Akin mula melaungkan takbir serta ungkapan "kami mahu qazaf, bukan sumpah" selepas solat Jumaat hari ini (Malaysiakini).<

Apa yang penting kita patut bersyukur masih ramai yang sedar dan insaf bahawa perkara sumpah di dalam Islam tidak boleh dipersendakan. Masih ramai yang tidak sejahil puak mereka yang mahu agar tuduhan zina ini boleh diatasi dan diselesaikan dengan sumpah. Eskay sedar, beliau tidak mampu untuk menghadapi kes Qazaf kerana hukum tersebut akan memberi keadilan yang sebenar. Adakah Eskay mahu kepada keadilan Islam ataupun hanya mahu mengaibkan musuhnya?

Pelik bin ajaib, permohonan untuk membicarakan kes Qazaf terhadap isu ini lebih awal dipohon bagi pihak DS Anwar melalui Ketua AMK, Sdr Shamsul Iskandar bahkan beliau telah pun dipanggil untuk memberi keterangan di Pejabat JAWI. Tetapi, mengapa Pengarah JAWI memilih untuk hadir lebih awal ke Masjid berkenaan semata-mata untuk upacara sumpah tersebut? Mengapa beliau memilih membelakangkan kes Qazaf tetapi segera malah lebih awal dari Eskay untuk menyaksikan sumpah laknat?

Kita masih ingat kes sumpah laknat oleh Saiful dahulu, siapakah Pengarah dari Jabatan Agama Islam yang terlibat memaksa Imam Raml;an Poringgi mengadakan sumpah laknat buat Saiful? Alhamdulillah, akhirnya Imam Ramlan sedar betapa beliau telah dipergunakan oleh bosnya yang berkepentingan politik. Apa jadi pada Imam Ramlan selepas itu? Beliau digantung dan akhirnya ditamatkan perkhidmatan. Itulah cabaran bagi sesiapa sahaja yang ingin menegakkan kebenaran.

Saya tetap yakin Eskay akan terus bersumpah lagi kerana beliau tahu tiada jalan lain untuk beliau menghilangkan rasa malu akibat fitnahnya yang kini ditertawakan orang. Siapa mahu percaya cerita Eskay yang pada awalnya menyebut beliau tahu kes zina tersebut apabila terjumpa kamera tersembunyi sewaktu beliau ingin mengambil jam DS Anwar yang tertinggal. Beliau pun memanggil beberapa rakannya terlebih dahulu untuk menontonnya bagi memastikan kebenaran siapa pelaku di dalam video yang kununnya beliau jumpai itu sebelum ditayangkan kepada para wartawan. Tetapi kelmarin beliau membuat pengakuan berbeza dengan menyebut bahawa beliau tahu watak lelaki tersebut adalah DS Anwar kerana beliau ada bersamanya ketika kejadian.

Dari segi fakta fizikal lelaki di dalam klip video siri I hingga setakat Siri II yang disiarkan oleh youtube dan dipanjangkan juga oleh media porno kita, jelas penipuan mereka. Tambahan pula apabila Eskay berbelit di dalam ceritanya. Sebab itu Eskay terlalu ingin untuk bersumpah kerana beliau tidak perlu menjawab apa jua kemusykilan. Apabila beliau bersumpah, nah, terserlah kita lihat siapa Eskay. Baca Bismillah.... mengucap dua kalimah syahadah pun tidak betul...Kalau sudah mengucap pun tidak boleh, fikir-fikirkanlah siapa Eskay ini...

Kita tidak pelik berapa ribu kali Eskay mahu bersumpah kerana yang kita inginkan adalah kes ini mesti mengikut apa yang Allah ajar pada kita. Sebelum itu, kita juga mahu tindakan ke atas Eskay dan juak-juaknya yang telah mengaku menayangkan video lucah berkenaan agar didakwa segera. Eskay boleh bersumpah setiap hari, ada kita kisah?/

wfauzdin.blogspot.com"
 

Read More..

Apa punya badigol da....

"Ada satu perkara yang orang kita terutamanya bangsa melayu dijadikan kesukaan dan kebanggaan mereka – atau boleh disebut juga menjaga tepi kain orang atau memang mereka berhati mulia.

Pertama, mari kita lihat apa yang berlaku bila sesuatu perkara tidak elok seperti khalwat, bersekedudukan, apatah lagi zina berlaku di kawasan mereka. Lebih-lebih lagi sipelaku tertuduh melibatkan orang terkenal atau seleberiti. Perhatikan kes Norman hakim, kes pegawai besar kerajaan dan lain-lain kes yang melibatkan orang besar-besar. Bagaimana respon jiran tetangga menghadapi kes menjolok hati dan mata sebegini.

Berbalik kepada isu DSAI

Mudah. Sebetulnya cukup mudah. Sekiranya benarlah Anwar Ibrahim sanggup melakukan kerja-kerja keji sedemikian rupa. Jalan penyelesaiannya cukup mudah… dalam kes saiful – sebetulnya tidak perlu adakan sesi sidang akhbar, tak perlu ulang alik tengok tempat kejadian, tak perlu usung tilam, tak perlu tengok / kaji imej cctv, jumpa doctor 2,3 hospital, jumpa polis, tak perlu curi sample DNA anwar, tak perlu smpai x mandi 2,3 hari, tak perlu bagi statement dijubur sampai 8 kali…jumpa pulak PM, jauh sekali bersumpah sumpah Permatang Pauh. Begitu juga dalam kes video sek, trio datok T, sebenarnya tidak perlu ke sri carcosa menayangkan aski yang tak seberapa itu, ditayang pula babak ke babak, tak perlu buat tayangan sewaktu pilihanraya Sarawak, tak perlu rakam hitam putih, tak perlu siperut boroi, sekejap rambut panjang sekejap pendek, tak perlu tulis siam, tak perlu adakan sidang akhbar, tak perlu eskay rela serah DNA. Tak perlu bersumpah laknak lagi kerana kita sedia maklum sampai mati pun anwar tak akan bersumpah. Bilamana perkara semudah itu tidak dapat dilakukan maka jadilah semuanya caca marba. Daripada jururawat HKL, tuan sarjan, hinggalah kepada PM. Semuanya terpaksa bersilat lidah untuk memikirkan menjawab persoalan mudah ini.

Mudah yang bagaimana?

Begini… andainya anwar itu memang sejak dulu kala lagi kerjanya itu – mengapa tidak seorang pun dapat menghidu perbuatannya ini kecuali setelah disepak keluar dari PKR? Mengapa badigolnya mereka?… Mengapa sebelum berlakunya apa-apa atau ketika mahu berlakunya apa-apa, tidak dihubungi pejabat agama…. mengapa? pukul saja talipon mengadu kejadian – sudah tentu kerana anwar ini benar-benar musuh negara, perosak bangsa, tak sampai setengah jam orang pejabat agama akan berpusu2 ke lokasi kejadian, menyaksikan dan menangkap anwar…. apa punya bengong tidak memikirkan perkara semudah itu….

Mudahnya bagaimana?

Begini…paling mudah. Eskay ada didalam menyaksikan pesundalan ini. Mengapa eskay tidak pukul talipon pejabat agama, mengadu hal kejadian? Sipolan bin sipolan sedang bersundal, sila dating segera…nah sekali lagi bala tentera pejabat agama dikerahkan untuk mendakwa sipenyundal. Sama seperti kes saifol tadi…. Cuma bezanya eskay dilihat bersubahat kerana membiarkan saja adengan itu berlaku…. apa kejadahnya dirakam pula… jika ambil langkah mudah, pukul saja talipon pejabat ugama…perangkap anwar dengan bersaksikan orang pejabat agama…eskay sudah relex bersama troinya…s elesai kes…. apa punya badigol…. bengong tak sudah-sudah….

Apakah tika itu pejabat agama tutup? Line talipon kena potong? Orang pejabat agama mogok sebab bonus tak dapat? Orang pejabat agama malas angkat talipon? Orang pejabat agama kebanyakannya sokong anwar ibrahim? atau saifol, eskay tak ada nombor talipon pejabat agama? bertanyalah….takkan itupun tak tau….

apa punyakes tak sudah-sudah membadigolkan sama sendiri???? "
 
Read More..

Jumaat, 29 April 2011

Rahsia senjata Melayu yang terkubur.

Beribu-ribu tahun dahulu, di Lembah Bujang, terdapat satu peradaban yang makmur.Kota-kota yang besar dan istana-istana yang mengagumkan. Di satu kawasan, terdapat kilang-kilang membuat peralatan logam;kilang melebur besi. 

Zaman berganti zaman. Tahun berganti tahun. Peperangan demi peperangan. Hasad dengki, khianat, kekejaman dan penipuan menghiasi tabir. Jatuh dan bangun. Bina kembali peradaban. Berperang lagi…hancur semuanya…bangkit kembali membina empayar…perang saudara…kedatangan bangsa Eropah yang tamak….dijajah…dijajah…dijarah… 

Bangkit kembali…tentang penjajah…akhirnya merdeka. Kemudian bina negara…bina peradaban kembali. Perlahan-lahan. 

Anak-anak Melayu pun membuka buku sejarah. Apa yang dilihat mereka? Hulubalang Melayu memegang tombak. Panglima Melayu menghunus keris. Selak lagi..apa dilihat lagi? Gambar lukisan raja Melayu di atas gajah, dengan askar-askar Melayu menentang penjajah Portugis menggunakan tombak dan keris. Bertembokkan pancang-pancang kayu dan batang pisang. Gambar askar Melayu mati ditembak istinggar musuh. Gambar rumah beratap rumbia musnah dibedil meriam. Selak lagi….gambar gabenor British bercekak pinggang dengan orang-orang Melayu berpakaian selekeh di satu sudut. 

Selak lagi…selak lagi…gambar orang-orang Melayu pasca-penjajahan yang berimejkan selekeh, miskin dan nampak kurang berpendidikan. Membosankan. 

Dalam artikel ini, saya akan mendedahkan realiti sebenar peperangan yang disertai orang-orang di Semenanjung mahupun di pulau-pulau Nusantara (Indonesia). Siri akan mendedahkan betapa antara orang-orang Melayu pada masa dahulu pandai mencipta meriam dan menggunakan senjata api..Ini sekaligus menafikan anggapan popular ketika penjajahan dahulu “hendak buat sebatang jarum pun tak mampu” 

Benarkah begitu? 

‘Musketeers‘ dan ‘Gunners‘ Melayu 



Ketika saya masih kecil lagi, saya masih teringat satu filem lama tahun 80-an berlatar belakangkan zaman dahulu, mungkin sekitar abad ke 17. Kalau tak silap saya, Dato Rahim Razali ada berlakon dalam filem itu. Keistimewaan filem ini ialah, ia memaparkan orang-orang Melayu dahulukala berperang menggunakan meriam-meriam kecil, dalam istilah Melayunya ‘Lela Rentaka’. 

Meriam-meriam ini boleh dikendong menggunakan tenaga dua orang, di bawa ke sana sini. Terdapat satu adegan di mana tentera-tentera bergegas membawa meriam-meriam ini ke medan perang melintasi sawah-sawah padi.Ada adegan tentera yang tumpas terkena bedilan. Aksi letupan yang begitu ‘real’ dan suasana selepas perang di mana mayat-mayat bergelimpangan di sawah padi dihurung lalat dengan darah bersemburan di sana sini. Filem ini begitu istimewa di mata saya, berbanding filem-filem tipikal lain yang juga berlatarbelakangkan sejarah namun imej peperangan yang membosankan dan kurang tepat; asyik-asyik berperang menggunakan keris dan lembing. Penggunaan meriam yang meluas di dalam filem ini amat menarik dan sehingga kini saya masih teringatkan filem itu yang unik dan menimbulkan misteri kepada saya. 

Semakin dewasa dan kelebihan menggunakan maklumat yang banyak di perpustakaan semasa melanjutkan pengajian ke luar negara membuatkan saya semakin tertanya-tanya; apakah peranan meriam di dalam budaya orang-orang Melayu dahulukala? Mengapa apabila saya membaca catatan-catatan para conquistador, pengembara Eropah, pedagang dan duta-duta asing, menyebutkan saiz kapal, penggunaan meriam dan kemewahan orang-orang Melayu sebelum era penjajahan? Mengapa apabila membaca buku-buku sejarah di sini, nadanya berlainan? Mengapa catatan pengembara Perancis berlainan sekali dengan catatan Stamford Raffles dan Leyden? Mengapa pandangan para cendekiawan Portugis seperti Eredia dan Pires berlainan dengan pandangan para gabenor dan imperialis Inggeris? 

Apa yang ingin mereka sembunyikan dari kita? 

Apabila orang Thai mengeluarkan filem-filem menceritakan sejarah Patani, mereka menggambarkan orang-orang Melayu Patani biasa menggunakan pistol dan senapang, apatah lagi meriam. Ini tidak kalah dengan filem-filem mereka yang menceritakan peperangan menentang tentera Burma. Mereka betul dari segi sejarah. 

Mengapa saya kata begitu? Kerana apabila teknologi meriam semakin maju pada abad ke-14, seluruh dunia berlumba-lumba mendapatkan teknologi ini. Kerajaan-kerajaan Eropah, wilayah-wilayah bekas Empayar Abbasiah dan Turki uthmaniyyah, Emperium China dan kerajaan Ayutthia berusaha tidak ketinggalan dalam soal mengambil tahu atau memiliki meriam malah merekrut rakyat mereka mempelajari cara membuat meriam. Jadi 

ADAKAH SULTAN-SULTAN MELAKA YANG MEMILIKI PELABUHAN PALING KAYA DI TIMUR MENJADI PEKAK, TULI, BUTA DAN BISU DENGAN PERKEMBANGAN INI?? 

Padahal raja-raja Melayu Brunei dan Sulu ketika itu sudah biasa bermain dengan pistol dan menjadi pengeluar meriam kecil terbaik dunia? Sebab itu Sepanyol gerun dan tidak mampu mencabut ‘kemelayuan’ mereka. 

Adakah para pedagang yang tiba di pelabuhan Melaka semuanya berpakat untuk menyorokkan berita-berita tentang meriam, istinggar (musket) dan ubat bedil? Adalah amat tidak logik jika Sultan Melaka yang pernah menakluk sebahagian Sumatera dan tanah semenanjung malah mengalahkan tentera Siam menggunakan keris dan lembing sahaja. Tiada satu pun kerajaan yang boleh mengalahkan Melaka ketika itu KECUALI GABUNGAN TENTERA PORTUGIS,KERAJAAN-KERAJAAN KECIL DI SUMATERA DAN JAWA, ASKAR-ASKAR UPAHAN DARI GOA, JAWA DAN SIAM DITAMBAH DENGAN PEMBELOT DAN PENGKHIANAT DALAMAN DARI PARA PEDAGANG ASING DAN ORANG-ORANG MELAYU SENDIRI. 

Hanya filem-filem dan drama pendekar di Malaysia sahaja menggambarkan pendekar Melayu berperang menggunakan keris dan lembing selepas bergaduh di warung berdinding buluh dan beratapkan rumbia. Sungguh memalukan. 

Apabila orang luar membuat filem tentang Melayu, mereka menggambarkan pendekar Melayu menggunakan pistol, meriam dan senapang. Malah pendekar Melayu memakai baju kulit dan sesetengahnya memakai baju zirah; baju besi untuk mengelakkan serpihan peluru meriam melukai daging kulit. Dari mana mereka mengorek rahsia ini? Dari catatan-catatan sejarah mereka yang diluar kawalan Raffles,Winsted,Swettenham dan Leyden. 

Malah semua senjata ini, yang diwar-warkan asing bagi bangsa Melayu, mempunyai istilah Melayunya sendiri: 

*Cannon = Meriam,Lela 

*Portable Cannon/swivel gun = Lela Rentaka 

*Flintlock Musket = Istinggar 

*Blunderbuss = Pemuras 

*Pistol = Terakol 

Mari kita lihat antara senjata-senjata ‘terahsia’ Melayu ini: 

Pemuras 



Pemuras adalah antara senjata yang gemar digunakan oleh orang-orang Melayu dahulukala. Dalam Perang Naning, catatan askar Inggeris menyatakan orang-orang Melayu amat pandai menggunakan Pemuras ini sehingga Inggeris terpaksa menghantar beberapa kali pasukan tenteranya menentang Dol Said dan Perang Naning juga berlaku dalam beberapa siri. Orang-orang Melayu Borneo khususnya orang Brunei dan Sulu adalah mereka yang selalu menggunakan Pemuras. Pemuras atau dalam bahasa Inggeris, blunderbuss adalah sejenis alat bedil muat hadapan dengan laras berkaliber pendek, besar, yang mempunyai muncung peledak hadapan yang berbentuk kembang (funnel-shaped muzzle ). Pemuras ini menggunakan peluru timah hitam (lead) 

Ia digunakan untuk menembak dalam jarak dekat dan selalu digunakan oleh pasukan berkuda (Dragoons). Perkataan Dragoon ini berasal dari penggunaan Pemuras yang telah dimajukan bentuknya, menjadi lebih kecil, seperti pistol. 



Orang-orang Melayu memanggilnya sebagai Terakol atau Tarkul. Dragoon atau Terakol inilah asal-usul pistol pada hari ini. Pemuras juga adalah senapang atau bedil yang pertama sekali dicipta untuk tujuan pertahanan. Dalam masyarakat Melayu, senjata Pemuras dan Tarkul adalah agak popular berbanding di dunia barat. Penggunaan Pemuras adalah lebih kerap digambarkan di dalam peristiwa perang Melayu berbanding istinggar atau Flintlock Musket. Mengapa? 



Ini kerana pada masa dahulu orang Melayu adalah pelaut dan pengembara yang gigih. Penggunaan blunderbuss ini adalah amat popular dikalangan pelaut, lanun dan pedagang. Ini kerana ia sesuai untuk pertempuran secara pantas dan berdepan kerana ia mampu mencederakan beberapa orang musuh dengan hanya satu tembakan dari jarak dekat. 

Pemuras biasanya amat pendek, dengan laras kurang dari 60 cm (dua kaki), pada ketika laras senapang lantak biasanya melebihi 90 cm (tiga kaki) panjang. Satu sumber menggambarkan senjata dari awal hingga pertengahan abad ke-17, menyenaraikan panjang laras Terakul kancing roda (wheel lock) sekitar 28 cm (sebelas inci), berbanding 41 cm (enam belas inci) panjang bagi Pemuras. 



*Betapa segaknya panglima Melayu menyandang Pemuras berkilat seperti ini. 

Dalam budaya masyarakat Melayu, Kesultanan Brunei adalah diantara salah sebuah Kerajaan Melayu yang menggunakan Pemuras sebagai salah sebuah alat kebesaran kerajaan atau regalia. Ia menjadi lambang kebesaran Brunei dengan panggilannya yang tersohor ‘Pemuras dan Karga’. Karga ialah bekas menyimpan peluru pemuras yang dibuat cantik dan berseni. 

Pemuras sering dihiasi dengan ukiran yang amat halus dan cantik. Ada juga Pemuras yang dibuat daripada logam berharga seperti Emas dan Perak serta ditatahkan dengan intan permata. Di dunia barat penggunaan Pemuras adalah lebih kerap digunakan oleh pasukan berkuda kerana ia mudah digunakan terutama ketika mengisi peluru. 

Jika Soviet meletakkan lambang Avtomat Kalashnikova (AK-47) di duit syililing mereka,Mozambique meletakkannya di bendera mereka, bayangkan, kerajaan Melayu seperti Brunei ini meletakkan blunderbuss atau Pemuras ini sebagai lambang kerajaan. 

Terakol 



Terakol atau Tarkul adalah antara senjata popular dikalangan pelaut, pedagang dan lanun-lanun Melayu. Tarkul pada awalnya menggunakan teknologi ‘wheel lock’ (kancing roda) di mana kemajuan teknologi ini membolehkan ia membakar serbuk bedil secara automatik tanpa memerlukan ‘fius’. Terakol berbentuk seperti pistol dan ia adalah perubahan bentuk dari Pemuras yang dikecilkan. Terakol digunakan di dalam peperangan Rajah, Datu dan Sultan-sultan di Filipina melawan Sepanyol, juga askar Brunei menentang Rajah Brooke. 

Terakol juga digunakan di Patani dan Melaka. Dalam Perang Naning juga senjata ini digunakan. Sekitar tahun 1530, Terakol telah menjadi maju dengan penggunaan teknologi flintlock (kancing batu api) dan sejak itu ia lebih dikenali sebagai pistol di Barat. Ketua Lanun,Laksamana dan Syahbandar Melayu sering bergaya menyelitkan Terakol ini di pinggang bersama-sama keris mereka. 

Istinggar 



Istinggar (Bahasa Inggeris:musket) pada awalnya ialah sejenis senjata api jenis berat dengan penggunaan fius atau wheel lock. Kemudian ia menjadi sejenis senapang yang menggunakan teknologi flintlock (kancing batu api). Penggunaan flintlock ini meningkatkan kadar tembakan dan mengurangkan kos pembuatan senjata api. Mula diperkenalkan pada 1630 sebagai flintlock musket, istinggar dengan pantas menggantikan teknologi picu senjata api lebih awal, seperti mekanisme kancing sumbu (matchlock) dan kancing roda (wheel lock). 

Istinggar juga kerap disebut di dalam hikayat-hikayat lama seperti Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) dan juga Hikayat Megat Terawis. Dalam Hikayat Megat Terawis, dikatakan bahawa Megat telah berjaya membunuh seorang hulubalang yang kebal dan hebat bernama Tun Saban. Tun Saban dikatakan sebagai seorang yang tidak lut kepada segala jenis senjata kecuali istinggar yang dibuat khas pelurunya. Istinggar yang digunakan untuk membunuh Tun Saban dikatakan adalah hadiah daripada ulama dari Hadra-maut kepada raja Pagar Ruyung. 

Istinggar inilah yang dikumpulkan terlalu banyak di dalam kota Melaka oleh tentera-tentera Portugis. Istinggar juga digunakan oleh tentera Johor-Riau terutama ketika membantu Belanda menyerang Portugis. Istinggar juga digunakan oleh penduduk di Perak ketika menyerang Belanda yang membina loji-loji di Sungai Perak. 

Lela Rentaka 



Kehadiran Gabenor negeri-negeri selat SirAndrew Clarke ke Pahang bersama 4 buah kapal yang dilengkapi meriam dan senjata perang dan beratus-ratus askar Inggeris yang siap memegang senapang disaksikan oleh seluruh rakyat Pahang ditebing sungai Pahang.Mereka disambut oleh Bendahara Ahmad yang sudah termakan umpan Inggeris dengan kenduri dan seekor kerbau ditumbangkan! 

Kedatangan mereka ini membuatkan hati pahlawan pahang terutamanya Mat Kilau mendidih dan membuak-buak. Ditambah dengan muncung meriam yang sengaja dihalakan kedepan, nampak sangat mereka sengaja hendak menunjuk-nunjuk! 

Kata Mat Kilau kepada Bendahara Ahmad : 

“ Datuk Bendahara, Alangkah baiknya sekiranya kedatangan tuan gabenor ini kita sambut dengan tembakan meriam rentaka sebanyak tujuh kali sebagai tanda penghormatan” . 

“Kita terlupa pula untuk berbuat begitu” 

kata Bendahara Ahmad sambil tersenyum seolah-olah faham maksud tersirat Mat Kilau itu. 

Gabenor Inggeris itu amat terkejut lalu bertanya 

“ adakah kamu sudah mempunyai meriam seperti kami?” 

tanyanya dengan penuh kehairanan! 

“Orang Pahang sudah ada meriam sejak zaman kesultanan melayu melaka lagi, tetapi ketika Melaka di serang Portugis, kami tidak sempat menolong Melaka” 

jawab Mat Kilau bangga. 

“bolehkah kami melihatnya” 

kata Gabenor itu lagi. 

“Tidak boleh, kita menyimpannya di tempat yang selamat, hanya sewaktu perang saja kita akan mengeluarkannya” 

kata Mat kilau lagi. 


Rentaka, adalah sejenis meriam mudah alih, ringan dan kecil dari meriam biasa. Dalam Bahasa Inggeris, ia disebut Lantakas (gabungan Lela dan Rentaka). Rentaka adalah senjata khas orang Melayu, kerana mereka sendiri yang menciptanya, sebab itu orang Inggeris menyebutnya dengan Lantakas. Ini adalah sesuatu yang menarik kerana Rentaka adalah setanding dengan keris dan ia adalah senjata Melayu yang terkenal di dunia Barat. Rentaka inilah yang saya lihat di dalam filem tahun 80-an itu. 

Kebiasaannya rentaka dibuat menggunakan tembaga atau besi dan berukuran diantara 50cm hinggalah 2 meter. Bagi yang berukuran lebih daripada 1 meter kebiasaannya ia di panggil Lela dan ada yang dipanggil sebagai ekor Lotong kerana mempunyai pelaras yang panjang dan lentik seperti ekor Lotong. Bangsa penjajah pertama yang merasa penangan rentaka ialah Sepanyol. Mereka menggelarnya sebagai arquebuses, portable cannons or swivel gun yakni meriam mudah alih. Berbanding dengan meriam biasa, rentaka kebiasaanya mempunyai hiasan yang lebih terperinci dan cantik seperti ukiran awan larat, naga, buaya, cicak, ikan lelumba malahan turut diukirkan corak pucuk rebung. 




Apa yang unik mengenai senjata ini ialah ianya adalah sebuah meriam mudah alih yang pertama didunia. Rentaka mempunyai mekanisme yang membolehkan ianya dipusing-pusingkan keatas dan kebawah serta boleh dipikul dan dipacakkan di kota, tanah atau belebas kapal dan perahu. Hal ini amat berbeza dengan meriam barat yang sedia di ketahui adalah amat berat dan tidak mudah dialihkan. Ciri mudah alih Rentaka juga menyebabkan bidikannya lebih mudah untuk kena pada sasaran. 

Pahlawan Moro adalah diantara pahlawan rumpun Melayu yang dikatakan sebagai pembuat rentaka yang terbaik . Orang Moro telah menggunakan rentaka sebagai senjata api utama ketika diserang oleh Sepanyol dan ketika mereka menyerang kapal-kapal Sepanyol. Tentera Sepanyol dikatakan amat takut dengan senjata tersebut kerana diantara banyak-banyak senjata, rentaka adalah salah satu senjata yang menyebabkan kematian dan kerugian terbesar bagi pihak mereka. Selain daripada orang Moro, Kerajaan Brunei juga dikenali umum di kalangan para pedagang dan penjajah sebagai pengeluar rentaka terbanyak dan terbaik di Alam Melayu. kebanyakan daripada rentaka yang ada di Muzium di seluruh dunia sekarang ini adalah berasal dari Brunei kalau tidak Filipina. Di Semenanjung, Jawa dan Sumatera, penggunaan rentaka adalah kurang terutama setelah kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka.

Kehebatan senjata api buatan bangsa Melayu ini menjadi buah mulut dan kekaguman para penjajah barat seperti Portugis, Sepanyol dan Belanda sehinggakan mereka telah meniru teknologi pembuatan rentaka bagi melengkapkan persenjataan mereka. Sehingga abad ke 18 dikatakan penghasilan rentaka di Alam Melayu semakin berkurangan malahan negara yang mengeluarkan rentaka terbaik dan terbanyak adalah negara Belanda. 

Meriam/Lela 


*Meriam Seri Patani yang diletakkan dihadapan bangunan Kementerian Pertahanan Thailand 

Meriam mempunyai sejarah yang panjang, terahsia dan digelapkan dalam sejarah Melayu. Meriam digunakan di tembok-tembok kota Melaka. Meriam digunakan di semasa peperangan melawan penjajah di Selangor. Meriam digunakan di Pasir Salak. Meriam digunakan di Singgora melawan Thai dan Inggeris dan Belanda. Meriam adalah cukup sinonim dengan seni peperangan Melayu. Jika Brunei dan Sulu terkenal mengeluarkan Rentaka (meriam mudah alih) terbaik, maka Patani pula adalah pengeluar meriam paling terbaik di Asia Tenggara suatu ketika dahulu. 

Sebelum kemunculan meriam, pada awalnya teknologi artileri atau bedilan ini diperkenalkan oleh orang-orang Cina. Kemudian meriam diperkenalkan oleh Empayar Turki Uthmaniyyah, yang juga merupakan pembuat meriam yang menggerunkan seluruh Eropah ketika itu. Kemudian pedagang Belanda pula memperkenalkannya. 

Meriam yang paling terkenal dalam masyarakat Melayu ialah Seri Nagara, Seri Patani dan Mahalela. Dan meriam Seri Nagara dan Seri Patani ini adalah meriam yang terbesar di Asia Tenggara! Menariknya bukan orang lain yang membuat dan memilikinya, tetapi orang Melayu juga! 

Meriam-meriam ini adalah milik Kerajaan Patani. Sebagai tindak balas berikutan khabar angin akan serangan Siam ke atas Patani, Raja Kerajaan Melayu Pattani pada waktu itu iaitu Raja Biru (1616-1624) telah menugaskan seorang lelaki Cina-Islam yang bernama Tok Kayan (Lim To Khiam) untuk mengetuai pembinaan meriam-meriam kerajaan. Tiga buah meriam telah dibina iaitu Sri Patani, Sri Nagara dan Mahalela. Sri Patani dan Sri Nagara mempunyai saiz yang sama manakala Mahalela pula lebih kecil iaitu hanya sepanjang 5 hasta 1 jengkal. Meriam-meriam ini telah berjaya menyekat empat kali serangan Siam ke atas Patani iaitu pada tahun 1603, 1632, 1634 dan 1638. 

Selepas kejatuhan Ayutthaya pada 1767, kerajaan Patani di bawah pemerintahan Sultan Muhammad (1776-1786) telah cuba untuk membebaskan diri daripada ancaman Thai (yang telah mengalahkan kerajaan Ayutthaya). Bagaimanapun, pada 1785 pasukan tentera Thai di bawah kepimpinanan Panglima Phraya Kalahum telah berjaya menewaskan Patani. Dua buah meriam besar iaitu Sri Patani dan Sri Nagara telah diambil sebagai rampasan perang, bagaimanapun Sri Nagara telah jatuh ke dalam laut di Kuala Patani semasa hendak dipindahkan ke dalam kapal. Meriam Mahalela pula telah hilang tanpa dapat dikesan. 

Pada 1787, Raja Rama I telah mengarahkan pembinaan meriam yang sama saiz dengan Sri Patani yang dinamakan sebagai Narai Sanghan untuk diletakkan bergandingan dengan Seri Patani yang telah di tawan. Jika anda melihat kepada gambar meriam seri Patani di atas, bolehkah anda bayangkan kekuatan meriam tersebut ketika ia membedil kapal-kapal perang Thai. Menurut Hikayat Patani tiga buah meriam kerajaan Pattani ini telah berjaya mengaramkan banyak kapal Thai ketika Kerajaan Thai menyerang Pattani. Anda boleh membayangkan suasana meriam-meriam ini digunakan dan peperangan tersebut dengan menonton filem Queen of Langkasuka. Meriam-meriam Melayu boleh dilihat juga di Kota Melawati dan Pasir Salak pada hari ini. 

Setelah mengetahui fakta sejarah yang digelapkan dari pengetahuan kita ini, adakah kita masih berfikir nenek moyang kita berperang menggunakan sumpit, lembing dan keris? JIka nenek moyang kita berperang dengan senjata-senjata itu sahaja, alamat kita sekarang bukanlah duduk di Malaysia, tetapi di sebuah negeri Inggeris lain, seperti Australia. Sebab orang-orang Melayu mempunyai senjata-senjata beginilah mereka mampu mempertahankan takhta raja-raja mereka dan sedikit sebanyak mengawal tindak tanduk penjajah yang ganas dan tamak .Bayangkan betapa gigih nenek moyang kita dahulu memikul rentaka, membawa Pemuras di samping parang dan keris, menentang ketamakan dan kebuasan penjajah. Jika nenek moyang kita dahulu lembik tidak berjuang mempertahankan tanah air, mungkin hari ini kita akan menjadi seperti Red Indian atau aborigine Australia. Inggeris walaupun buas dan kejam, namun masih menjaga ‘standard’ mereka cuba menghormati perjuangan orang-orang Melayu mempertahankan warisan. Mereka cuba mengawal alter amuk para musketeers (ahli senjata api) dan gunners (ahli meriam) Melayu dengan cuba meletakkan para residen mereka terlebih dahulu di setiap negeri Melayu. Apa salahnya Inggeris membawa balatenteranya meranapkan takhta-takhta raja-raja Melayu ini terus atau menghalau mereka sepertimana mereka menumbangkan raja-raja Tamil, Hindi dan Maharaja Moghul di India. Sultan Abdullah memang dibuang ke Pulau Seychelles, namun yang peliknya Inggeris berusaha mengadakan raja baru di Perak dengan membiarkan institusi beraja Perak menabalkan pengganti Sultan Abdullah. Pelikkan? Apa salahnya Inggeris melantik sahaja Hugh Low menjadi ‘Raja Perak’ sebagaimana James Brooke menjadi Raja Sarawak. Biar warisan raja-raja Perak hancur sebagaimana mereka berjaya menghancurkan dinasti raja China dan India. Tetapi ini tidak berlaku. Bukan sahaja orang Melayu, malah ‘Mat Salleh’ pun berdegil ‘mempertahankan’ takhta raja-raja Melayu .Lucu dan aneh. Sebenarnya jika kita bersemangat mempertahankan warisan budaya kita sendiri, orang lain pun akan segan dan hormat pada kita. 

Kesimpulan 

Sebagai kesimpulannya, dengan pendedahan ini yakinlah kita bahawa orang Melayu adalah bukanlah bangsa yang lemah dan hanya mengenal keris dan tombak sahaja malah pandai menggunakan meriam dan membuatnya juga! Orang Melayu juga biasa menggunakan musket (Istinggar) dan pistol (Terakol).

Terakol juga terkenal kerana buatannya yang berseni dan berukiran halus. 
Sehingga ke hari ini saya masih terngiang-ngiang jeritan hulubalang Melayu meledakkan Rentakanya di dalam filem 80-an itu. Adegan dua orang hulubalang mengandar batang Rentaka yang diikat pada sebatang kayu sambil meniti batas-batas sawah meninggalkan misteri yang aneh kepada saya. Kenapa drama dan filem lain tidak seperti filem yang satu ini? Siapa pengarah filem ini? Sungguh, saya betul-betul tabik pada pembuat filem itu,malangnya saya terlupa tajuk filem itu. 




Jadi fikirkan,adakah Inggeris dan Belanda takutkan orang-orang Nusantara yang menentang mereka menggunakan sumpit,lembing dan keris (kesampingkan ilmu mistik,kita bercakap soal realiti)? Tidak sama sekali. Para musketeers dan gunners Melayu inilah antara ‘penggerun’ mereka dan membuatkan Inggeris berfikir 10 kali untuk menghapuskan raja-raja Melayu, mengkristiankan seluruh orang Melayu dengan paksaan dan menjadikan Tanah Melayu seperti Amerika dan Australia. Alangkah bagusnya kalau dalam buku-buku sejarah terdapat gambar ini.Betapa megahnya hulubalang Melayu menyangkutkan blunderbassnya (Pemuras) di bahu. 

Dalam legenda Melayu, berkaitan ilmu mistik dalam kategori ilmu kebal, antara pantang orang yang mengamalkan ilmu kebal ialah peluru emas. Dan ini adalah benar, dan askar Belanda menggunakan peluru emas untuk menundukkan pahlawan-pahlawan Melayu di Sumatera dan Jawa. Malah Tok Janggut juga dikatakan dikhianati orangnya sendiri berkenaan rahsia ini. Jadi fikirkan,dalam amalan mistik Melayu itu sendiri menyebutkan perihal peluru emas, masakan orang Melayu ketika itu masih terkebil-kebil memegang lembing berhadapan dengan askar Portugis yang bersenjatakan matchlock musket, blunderbuss dan cannon? 
Read More..