Search This Blog

Followers

like Batu

Jumlah Paparan Halaman

Khamis, 7 April 2011

Fail Kedua: The Code of All Codes

Sebelum itu, teliti artikel asas bahagian pertama ini.




Bahagian Satu: Debu

APABILA berada di atas puncak gunung atau tanah tinggi yang sekurang-kurangnya berketinggian satu kilometer dari aras laut, kita akan dapat merasa udara yang disedut memenuhi ruang paru-paru.

Kehadiran udara segar dalam paru-paru dapat dirasa setiap kali ia disedut dan dihembus keluar. Udara menjadi segar kerana partikel-partikel asing yang berat termendap ke lapisan udara yang lebih bawah di kawasan tanah rendah.

Berbeza dengan udara yang kita sedut di kawasan tanah rendah (berketinggian kurang dari satu kilometer) pada masa sekarang kerana terdapat banyak partikel asing (bukan jenis gas) yang boleh menjejaskan kesihatan. Antara partikel dan benda asing yang disedut bersama udara itu ialah debu.

Debu gunung berapi boleh menyebabkan masalah kekurangan bekalan makanan

Fakta kesihatan juga menjelaskan bahawa debu boleh menyebabkan gangguan kepada sistem pernafasan manusia mahupun haiwan. Bagi kanak-kanak, berada dalam keadaan terdedah kepada persekitaran berdebu dalam tempoh yang lama boleh menyebabkan asma.

Debu yang mempunyai kandungan mikrorganisma patogenik juga boleh menyebabkan kanser paru-paru, sesak nafas akut, pneumonia, selesema akut dan sebagainya yang boleh mendedahkan seseorang kepada risiko kematian termasuk kematian mengejut.

Melalui data tentera Amerika, direkodkan lebih 10 kematian anggota tentera akibat terdedah dalam tempoh terlalu lama di kawasan berdebu ketika operasi Desert Storm. Di Eropah pula, sekurang-kurangnya 3 kes kematian pernah dilaporkan yang diakibatkan oleh debu yang terhasil daripada meteor yang jatuh berhampiran rumah penduduk di kawasan luar bandar sekitar antara tahun 1987 hingga 1997.

Jadi, debu boleh menyebabkan mudarat, bahkan kematian secara serta-merta (dengan izin Pencipta).
--


Kepelbagaian partikel asing dalam komposisi udara banyak dipengaruhi oleh kesan bencana yang terjadi di seluruh dunia. Ia termasuk bencana yang berlaku mengikut rentak alam seperti kehendak Maha Berkehendak dan juga bencana yang disebabkan perlakuan manusia sehingga menyebabkan kerosakan sehingga mengakibatkan kekotoran udara.

Salah satu sebab kualiti udara menurun secara mendadak ialah berpunca daripada letusan gunung berapi. Debu-debu volkanik berpartikel sehalus 500 mikronmeter (micM) yang terbebas daripada letusan akan memasuki ruang atmosfera dan mendatangkan kesan kesihatan yang serius kepada sistem pernafasan.

Dalam pada itu, awan hitam berdebu dan berkandungan gas-gas beracun yang terhasil daripada letusan gunung berapi juga boleh menyebabkan kematian serta merta apabila ia melintasi kawasan yang mempunyai penduduk atau haiwan. Kesan debu yang mempunyai berjuta-juta mikronpartikel berbahaya ini sangat dahsyat.

Laporan Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika (EPA) antara tahun 1980 hingga 2010 juga merekodkan bahawa lebih 1,000 kematian disebabkan debu gunung berapi di seluruh dunia termasuk Jepun, Filipina, Perancis, Indonesia dan beberapa negara lain yang berada dalam Lingkaran Api Pasifik.


Bagi mengawal risiko kematian disebabkan debu gunung berapi, EPA mengeluarkan beberapa langkah keselamatan bagi menjauhkan orang ramai yang berada di sekitar kawasan gunung berapi supaya terhindar daripada risiko debu tersebut.

Langkah keselamatan itu pula khusus kepada penduduk yang mendiami kawasan berhampiran yang tidak dilalui limpahan gunung berapi kerana tidak sempat melarikan diri.

Antara arahan langkah keselamatan yang dikeluarkan EPA termasuklah menutup setiap lubang udara di dalam rumah supaya tidak dimasuki debu, menutup mulut dan hidung dengan kain atau topeng keselamatan khas, menyelubung diri dengan kain dan sesekali tidak berada di kawasan terbuka serta tidak berada terlalu lama di kawasan terbuka jika pun dalam keadaan terpaksa keluar daripada rumah.
--

Berada di kawasan berdebu secara terbuka akan mendatangkan kesan kepada tubuh. Kehadiran bahan beracun di dalam udara akan menyebabkan keracunan. Apabila banyak kesan toksin dan racun di dalam badan, buah pinggang terpaksa bekerja keras melebihi kadar biasa bagi menyingkirkan toksin-toksin berkenaan melalui sistem perkumuhan.

Secara normal, buah pinggang berfungsi menapis dan menyingkirkan toksin dalam darah melalui perkumuhan apabila kadar toksin di dalam tubuh berada pada paras yang mampu diproses oleh buah pinggang.
Organ berkembar itu juga berfungsi mengimbangi paras elektrolit di dalam tubuh, mengawal tekanan darah dan merangsang penghasilan sel darah merah.

Buah pinggang memproses darah yang diterima daripada saliran aorta melalui arteri renal sebelum dihantar semula kepada jantung melalui saluran renal kepada venakava. Apabila darah mengalir ke buah pinggang, sistem pertahanan buah pinggang yang dikawal oleh hormon renin akan menentukan kuantiti air yang diperlukan untuk menakung serta memerangkap bahan toksin yang akan dikeluarkan daripada tubuh melalui air kencing.

Namun apabila sistem ini gagal berfungsi, darah yang mempunyai kadar toksin yang tinggi tidak akan dibebaskan keluar daripada tubuh melalui perkumuhan, secara teknikalnya, toksin akan terperangkap di dalam tubuh tanpa dikeluarkan melalui sistem pertahanan dan penapisan serta perkumuhan.

Antara risiko kesan yang timbul apabila buah pinggang gagal menapis bahan toksin ialah, berlaku pembengkakan ketara pada tubuh.

Jurnal kesihatan buah pinggang British Kidney Failure Medicine menerangkan, tubuh berisiko mengalami kesan bengkak termasuk lebam-lebam akibat keracunan toksin apabila buah pinggang gagal berfungsi.
Malah dalam kes-kes tertentu, mata juga akan tersorot ke dalam rongga tengorak yang menyebabkan sembab akibat kesan toksin berlebihan dalam salur saraf sekitar mata.

Pembengkakan yang berlaku itu melibatkan bahagian-bahagian yang menerima saliran darah secara aktif termasuk di bahagian tangan, kaki dan muka. Apabila keadaan ini berlaku, tubuh akan mengalami kelumpuhan akibat keracunan toksin yang teruk sehingga menyebabkan kematian (dengan kehendak-Nya).

Jika ditakdirkan belum menemui ajal akibat keracunan toksin apabila buah pinggang gagal berfungsi, tubuh akan berterusan mengalami pembengkakan berpanjangan meskipun masih mampu berjalan atau berlari seperti sediakala.

Selain itu, tubuh juga menghadapi tekanan yang boleh membawa maut. Kesan lain pula, organ hati juga mengalami kegagalan berfungsi.

Kesan debu bukan sahaja menjejaskan sistem pernafasan semata-mata. Debu gunung berapi atau apa sahaja debu yang terhasil daripada letupan batu-batuan berkandungan mineral besi (iron type minerals) pula akan mendatangkan kesan yang lebih buruk apabila sistem pertahanan tubuh (terutama buah pinggang dan hati selain antibodi) gagal menyingkirkan bahan-bahan asing yang memasuki tubuh melalui pernafasan.

Walaupun tidak berada dalam Lingkaran Api Pasifik, setiap penduduk dunia tidak akan terlepas daripada risiko ini kerana udara bergerak bebas melalui peredaran dalam atmosfera.

Agensi Kaji Cuaca Amerika (USWS) menganggarkan terdapat sekurang-kurangnya 100,000 partikel patogenik di dalam setiap satu inci kubik udara di seluruh dunia. Laporan USWS juga menjelaskan bahawa mobiliti udara membawa debu penyebab penyakit dari satu kawasan ke kawasan yang lain semakin meningkat. Kenyataan ini disokong berdasarkan perubahan keadaan tiupan dan suhu angin dunia sehingga menyebabkan kekerapan berlaku bencana puting beliung dan ribut taufan.

Bencana ribut taufan dan puting beliung yang bergerak dari satu kawasan ke kawasan yang lain turut membawa bersama berjuta-juta bahan patogenik dan mikrorganisma berbahaya. Bahan-bahan berbahaya yang dibawa angin kencang itu pula mampu terus hidup meskipun dalam keadaan diterbangkan angin kerana air dan lembapan yang turut ditiup angin membantu mikrorganisma itu terus hidup.

Kajian yang dilakukan Agensi Pentadbiran Angkasa dan Aeronautik Kebangsaan Amerika (NASA) pada 2010 mendapati mikrorganisma khususnya bakteria dan virus mampu terus hidup dan berkembang biak dalam keadaan terapung (ditiup angin) sekiranya mempunyai sumber makanan yang cukup atau sekurang-kurangnya mempunyai kadar kelembapan yang cukup. Apabila sesebuah kawasan dilanda ribut kencang atau sebagainya, bahan-bahan berbahaya itu akan tersebar dengan cepat dalam skala besar selari dengan kepantasan bahan-bahan itu berkembang biak.

Setiap kawasan yang dilintasi angin kencang itu pula secara jelas terdedah kepada risiko terkena jangkitan penyakit bawaan angin atau udara.

Fakta yang perlu diterima ialah, kualiti udara tidak pernah bertambah baik dari sehari ke sehari. Bahan-bahan berbahaya yang terperangkap di dalam udara bagaimanapun hanya berlegar di sekitar kawasan berketinggian kurang daripada satu kilometer dari aras laut.

Walaupun begitu, tidak semua bahan itu tidak mampu melepasi ketinggian lebih daripada satu kilometer dari aras laut. Ada sesetengah bahan yang tidak berlegar melebihi satu kilometer disebabkan pengaruh graviti bumi dan sebahagian yang lain mampu melepasi ketinggian itu disebabkan saiz yang lebih kecil dan lebih ringan untuk diterbangkan udara.

Pun begitu, debu yang dihamburkan gunung berapi mampu melepasi ketinggian melebihi satu kilometer. Debu-debu yang dihamburkan itu pula akan berada di ruang udara melebihi ketinggian satu kilometer selama lebih seminggu sehingga 10 tahun. Namun, debu-debu itu akhirnya akan termendap juga ke lapisan udara lebih rendah sebelum gugur ke bumi.

Apabila debu termendap ke lapisan udara yang lebih  rendah iaitu di bawah paras satu kilometer dari aras laut, kawasan-kawasan gunung akan menjadi tempat paling selamat daripada ancaman debu-debu jika dibandingkan dengan kawasan yang lebih rendah daripada itu.

Disebabkan kebanyakan debu yang dibawa udara tidak diterbangkan melebihi ketinggian satu kilometer selepas ia mula termendap, maka udara di sekitar kawasan pergunungan adalah lebih segar dan kurang terdedah kepada risiko jangkitan penyakit bawaan udara.

Justeru, kawasan gunung atau kawasan bertanah tinggi melebihi paras satu kilometer dari aras laut akan menjadi penempatan yang paling selamat sementara menunggu debu-debu berbahaya termendap sepenuhnya.

Sila ambil nota:
1.      Pelbagai debu termasuk dari gunung berapi yang dibawa angin
2.      Gunung berapi
3.      Penghuni kawasan pergunungan semasa udara berdebu
4.      Kesan bengkak pada tubuh

Apa kaitan semua ini?

Bersambung…

1 ulasan:

Kakkoii berkata...

ermm... debu gunung berapi x elok tapi lava dia elok untuk kesuburan tanah... huhu