Salam. Posting hari ini mahu meluahkan keluhan hati. Sejak kecil lagi saya telah tertanya-tanya bagaimana munculnya bangsa yang dinamakan sebagai Melayu ini. Pernah suatu ketika, seingat saya semasa saya masih bersekolah rendah ,saya pernah bertanya kepada ayah saya, “ abah, orang Melayu ni datangnye dari mana abah”…ayah saya terdiam seketika dan kemudian dia menjawab “ dari sinilah”. Saya masih tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikannya lalu saya bertanya lagi…” habistu takkan orang Melayu tiba-tiba je datang abah? mana mula asal kita datang bah”…ayah saya terdiam lagi dan tak lama kemudian dia menjawab “ semua orang semenanjung ni pada asalnya datang dari Indonesia, datang berpindah ke sini lama dulu”. Saya tergamam dan berfikir sejenak ketika itu. “ habistu abah, orang Inusha ( panggilan saya dan adik saya terhadap orang indonesia dengan pelat) tu datang dari mana bah”. Soalan terakhir ini hanya dijawab dengan sedikit gelak dari ayah dan ibu saya, yang menandakan bahawa mereka tidak tahu menjawabnya…namun saya tidak dapat ingat apa jawapan yang diberi ayah saya letika itu.
Persoalan ini terus bermain dalam benak fikiran saya sehinggalah hari ini, dan persoalan ini jugalah yang telah menyebabkan saya memilih bidang sejarah untuk melanjutkan pelajaran ke universiti. Ya.. bidang ini terlalu banyak prejudisnya terutama dikalangan orang Melayu. Apabila saya menyuarakan hajat saya untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang sejarah , soalan pertama yang ditanya ialah “ apa kerja nanti…nanti jadi apa ye…cikgu ke? Cikgu jela kot” Ada juga yang senyum sinis dan mengatakan “ kerja gali-gali tanah macam Indiana Jones ke hehe”. Malahan guru-guru saya sendiri berasa pelik mengapa saya mahu mengambil bidang sejarah tulin dan bukan bidang sejarah pendidikan kerana menurut mereka susah nak dapat kerja.
Ya, saya akui, bidang ini bukanlah bidang yang popular dikalangan pemodal-pemodal korporat mahupun jabatan kerajaan di negara ini. Bidang ini dianggap remeh dan kurang penting! Jika di Amerika dan Britain bidang ini adalah diantara bidang yang paling berprestij di universiti-universiti awam dan swasta. Sayangnya tidak disini, di negaraku yang permai dan bertuah ini. Pemimpin dan rakyatnya sama-sama buta sejarah atau sengaja membutakan diri untuk tidak belajar dari sejarah.
Namun tidak guna saya mengeluh, kerana untuk mengubah pesepsi masyarakat yang telah di brain wash sejak seratus tahun dahulu adalah amat sukar dan memerlukan usaha yang berterusan. Masyarakat Melayu di Malaysia terutamanya telah mengalami inferioriti komplex yang amat teruk sejak awal abad ke 20. Mereka merasakan diri mereka hina dan tidak setanding dengan bangsa-bangsa barat. Namun ini semua bukan salah mereka sendiri. Mereka telah didogmakan dengan pelbagai fahaman barat yang meresap masuk dalam jiwa melalui sistem pendidikan barat. Mereka hilang jati diri. Malahan sejarah mereka sendiri dituluis oleh orang barat. Usaha Tun Mahathir untuk cuba menaikkan semangat bangsa Melayu dengan tulisan beliau, The Malay Dilema juga tidak berjaya memecahkah inferioriti komplex tersebut. Malahan ada pihak yang menyatakan bvahawa tulisan beliau ini menjunamkan lagi semangat bangsa Melayu.
Bayangkanlah unsur-unsur negatif yang boleh dan telah dimasukkan oleh para sarjana barat ini dalam penulisan sejarah masayarakat tempatan. Sejarah Melayu itu sendiri di terjemah di kaji dan di selidiki dengan panjang lebar oleh R.O Winsted yang juga salah seorang daripada hamba illuminati dan ahli Masonic. Oleh sebab itulah ada pihak yang cuba mengatakan bahawa Teks Sejarah Melayu itu adalah sebuah fabrikasi dan bukan teks asal yang ditulis Tun Sri Lanang. Wallah hu a’lam. Namun yang pastinya golongan masonic illuminati ini sebenarnya telah lama bertapak di semenanjung tanah Melayu ini. Dan berkemungkinan besar sejarah negara ini juga adalah hasil daripada fabrikasi yang direncanakan oleh THH.
Bagi saya mudah sahaja untuk menaikkan semangat bangsa Melayu ini. Rahsianya ialah dengan kita kembali semula kepada SEJARAH…ya , SEJARAH. Tidak adal jalan lain lagi untuk kita lakukan melainkan kita bangkitkan semula sejarah bangsa yang hilang ataupun cuba disorok oleh pihak-pihak tertentu. Kita bangunkan semula jabatan-jabatan sejarah ( bukannya hapuskan jabatan sejarah dan camtumkannya dengan jabatan lain macam sebuah universiti awam disini). Kita lengkapkan dan perkemaskan semula buku-buku teks sejarah di sekolah rendah dan menengah dan saya rasa patut diadakan matapelajaran sejarah sejak tadika lagi kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Sebagai permulaan, saya rasa kita harus menyediakan lebih maklumat mengenai sejarah Kerajaan Agung Melayu Srivijaya. Saya lihat buku-buku teks sekolah menengah yang ada sekarang tidak memberikan maklumat yang tepat dan terperinci mengenai Kerajaan Agung ini. Malahan seingat saya, semasa saya bersekolah dahulu tidak sampai 3 mukasurat dalam buku teks sejarah yang membicarakan mengenai Kerajaan Srivijaya. Malahan semakin lama semakin sedikit maklumat mengenai kerajaan ini setelah beberapa kali buku teks sejarah KBSM disemak semula. Menurut ibu dan bapa saya, semasa mereka bersekolah dahulu, mereka bukan sahaja perlu mempelajari mengenai Kerajaan Srivijaya malahan Kerajaan-kerajaan Melayu purba yang lain di Seluruh Nusantara. Saya rasa ada pihak yang sengaja mahu melenyapkan maklumat mengenai kegemilangan bangsa Melayu silam.
Mereka tidak mahu anak Melayu bangkit menongkah arus sekular illuminati dan kembali kepada jati diri Melayu Islam Beraja yang akan menggagalkan rancangan mereka untuk perang akhir zaman! Boleh jadi juga ini adalah hasil daripada tekanan pihak tertentu yang mahu Sejarah Srivijaya tidak disebut-sebut di Malaysia kerana ia dikatakan sebagai sejarah Indonesia dan bukan sejarah Malaysia. Mereka cuba mendogmakan generasi akan datang yang disebut sebagai generasi SATU MALAYSIA bahawa Srivijaya adalah Kerajaan Hindu di Indonesia dan tidak ada kaitan dengan Malaysia sama sekali. Menurut golongan ini, sejarah Malaysia bermula hanya di Melaka! Subhanallah, sungguh dalam gerakan THH dalam merosakkan bangsa-bangsa dunia yang dianggap mereka sebagai Goyyim ini. Semoga Allah S.W.T memusnahkan mereka dan sekutu-sekutu mereka dengan azab yang dasyat. Sekian. wallah hua’lam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan