Search This Blog

Followers

like Batu

Jumlah Paparan Halaman

Jumaat, 8 April 2011

Fail Kedua: The Code of All Codes Bahagian 2

Dari fail The Code of All Codes
Asas bahagian kedua





Bahagian Dua: Debu gempa bumi

BENCANA debu bukan sahaja diakibatkan oleh gunung berapi semata-mata. Terdapat banyak faktor yang menyebabkan persekitaran udara dicemari debu sehingga menjejaskan kualiti kesihatan manusia. Antara faktor lain yang berpotensi menyebabkan debu ialah kebakaran hutan, asap kenderaan, asap industri, asap domestik, debu domestik dan  gempa bumi.

Kementerian Kesihatan Malaysia menjelaskan bahawa kesan yang dialami selepas terdedah terlalu lama dalam persekitaran berdebu akibat jerebu yang disebabkan kebakaran hutan boleh menyebabkan kegatalan kulit, pedih kerongkong, batuk, kesukaran bernafas, pedih dan mata berair, lelehan cecair hidung, bersin serta sakit dada.


Kajian Universiti Malaya pada 2005 menerangkan, partikel debu jerebu akibat kebakaran hutan di 250 lokasi kebakaran di Sumatera pada tahun yang sama mempunyai saiz kira-kira 10 mikron dan mampu mendatangkan kesan kesihatan kepada tubuh manusia. Malah beberapa negeri di Pantai Barat Malaysia juga diisytihar darurat disebabkan jerebu.

Bagi kesan akibat asap industri serta kenderaan yang mengandungi gas karbon dioksida (CO2) dan karbon monoksida (CO3)pula boleh menyebabkan keracunan sehingga mengakibatkan kematian sekiranya terdedah terlalu lama dalam persekitaran tercemar.

Pengarah Eksekutif Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNEP), Prof. Dr. Klaus Toepfer pula menjelaskan, kadar pencemaran disebabkan asap industri dan kenderaan terus meningkat secara eksponen pada setiap tahun dan dijangka bertambah serius menjelang tahun 2023.

Sebelum era kemodenan baru iaitu sebelum memasuki dekad 1990-an, penurunan mendadak kualiti udara selepas Perang Dunia Kedua terus berlangsung sehingga hari ini di mana memperlihatkan pertambahan faktor-faktor penyebab udara berdebu dan tercemar melibatkan asap industri dan lain-lain faktor yang disebabkan manusia selain faktor alam semula jadi.

Pengarah Polisi Persekitaran Pengangkutan Kementerian Alam Sekitar Jepun, Satoko Karashima berkata, Jepun menghadapi masalah penurunan kualiti udara secara mendadak selepas tamat Perang Dunia Kedua.

Selain disebabkan kesan bom atom di Hiroshima dan Nagasaki, Jepun terus dilanda masalah penurunan kualiti udara apabila negara itu memasuki era pemodenan terutama sekitar tahun 1960-an. Keadaan menjadi lebih buruk selepas era 1990-an.

Menurut Karashima, Jepun kini berusaha mengurangkan pelepasan gas rumah hijau terutama karbon dioksida melalui industri bagi memperbaiki kualiti udara yang tercemar sejak 1960-an.

Toepfer dan Karashima menjelaskan, masalah kesihatan di kalangan penduduk dunia juga meningkat akibat kesan asap karbon serta debu yang semakin bertambah di seluruh dunia.

Laporan National Geographic pada Disember 2010 juga menjelaskan, kehadiran debu-debu halus dalam atmosfera semakin bertambah sejak beberapa tahun lalu. Debu-debu itu dilaporkan terhasil akibat perubahan tiupan angin di kawasan padang pasir yang membawa debu-debu tersebut terbang ke seluruh dunia melalui tiupan angin.


Lapor National Geographic lagi, kehadiran debu-debu dalam atmosfera juga menyebabkan suhu dunia semakin meningkat apabila ia bertindak menyerap lembapan di udara. Debu-debu yang menyerap lembapan itu itu pula mengalami perubahan berat dan gugur ke bumi sebagai debu-debu lembab.

Dalam tempoh yang sama, bongkah ais di kutub akan mencair disebabkan peningkatan suhu dunia sehingga menyebabkan kawasan rendah ditenggelami air, yang tinggal dan selamat untuk didiami manusia ketika itu hanya kawasan pergunungan.

Kesannya, suhu dunia pula terus meningkat disebabkan wap-wap air yang berada di atmosfera diserap oleh debu-debu tersebut. Selain itu, beberapa kawasan juga berpotensi mengalami kesan kemarau yang teruk akibat kesan penyerapan lembapan oleh debu-debu. Meskipun kemarau, dijangka kebanyakan kawasan rendah di dunia sudah ditenggelami air akibat pencairan bongkah ais ketika itu.

Debu-debu yang gugur itu pula bertebaran di lapisan udara yang lebih rendah dan kemudian disedut oleh manusia ketika bernafas. Ia juga berpotensi mendatangkan kesan kesihatan yang buruk kepada manusia dan haiwan yang menjadi sumber makanan.

Selain daripada faktor-faktor yang disebutkan di atas, terdapat faktor lain yang menyebabkan kehadiran debu halus dalam udara yang disedut manusia. Salah satu sebab kehadiran debu ialah kesan gempa bumi.
--

Debu gempa bumi




Pada 12 Januari 2010, dunia digemparkan dengan kejadian gempa bumi besar dengan kekuatan 7.0 skala Richter (sR) di Haiti. Ia kemudian  disusuli dengan gempa susulan berukuran antara 2.0 hingga 4.5 sR sehingga 24 Januari. Akibat gegaran itu, seramai 316,000 penduduk dilaporkan mati, manakala 300,000 lagi cedera dan 1.8 juta penduduk kehilangan tempat tinggal.

Kira-kira lebih sebulan selepas kejadian di Haiti, dunia digemparkan lagi dengan gempa bumi berukuran 8.8 sR pada 27 Februari 2010 dan direkodkan sebagai antara yang terkuat dalam dekad ini selepas Sumatera dengan kekuatan 9.3 sR pada 2004.

Pada 1960, Chile juga pernah digegarkan dengan gempa bumi sekuat 9.5 sR dan gegaran itu adalah yang paling kuat dalam abad ke-20. Terkini pada 22 Februari 2011, New Zealand dikejutkan dengan gempa 6.3 sR yang merupakan gegaran susulan daripada kejadian pada 2010 berukuran 7.1 sR.

Gempa bumi mengakibatkan kerak bumi bergegar selama beberapa saat. Gegaran yang kuat itu pula menyebabkan permukaan tanah bergetar sehingga debu-debu berterbangan di udara. Gegaran itu juga bukan sahaja melibatkan permukaan tanah yang rata, malah kawasan pergunungan (kebiasaan melibatkan gunung jenis batu-batuan tetapi tidak melibatkan gunung berapi) juga mengalami gegaran sehingga menerbangkan debu-debu halus.


Apabila debu-debu halus ini berterbangan ke udara dalam ruang atmosfera, kualiti udara akan terjejas. Kesan yang menyerupai letusan gunung berapi akan terhasil walaupun tidak sedahsyat debu yang dihamburkan gunung berapi. Berbeza di sini ialah letusan gunung berapi mengandungi gas-gas beracun selain debu volkanik, manakala debu gunung-ganang akibat gempa bumi pula hanya melibatkan partikel-partikel debu bersaiz halus.

Namun, ia tetap mendatangkan kesan kesihatan kepada tubuh manusia. Sekali gempa bumi melanda, gunung-ganang juga akan bergegar sama. Debu-debu dari kawasan pergunungan yang dilanda gempa akan berterbangan  melebihi paras satu kilometer dari aras laut.

Walaupun begitu, debu gunung akibat gempa bumi akan cepat termendap disebabkan saiz dan berat debu-debuan itu serta pengaruh graviti. Keadaan bagaimanapun akan lebih teruk jika gegaran gempa yang terjadi adalah sangat kuat iaitu melebihi 10.0 sK.


Dalam perkiraan Agensi Geologi Yellowstone di Amerika, kawasan sekitar Taman Negara Yellowstone (YNP) merupakan kawah gunung berapi landai yang terbesar di dunia. Dalam laporan agensi itu pada 1997, pergerakan bahan aktif gunung berapi di bawah tanah YNP mengalami perubahan kadar keaktifan dengan sangat cepat sejak lima  tahun sebelum laporan tersebut dikeluarkan.

Bagaimanapun, agensi tersebut masih belum dapat membuat jangkaan mengenai perkiraan kitar tarikh yang tepat mengenai bilakah gunung berapi landai Yellowstone itu akan meletus. Namun, dijangka bahawa letusan Yellowstone akan menjadi tragedi bencana paling buruk dalam sejarah manusia sejak kali terakhir ia meletus jutaan tahun lalu.


Turut dijangka, gunung-ganang sekitar benua Amerika termasuk Amerika Selatan, akan mengalami gegaran dahsyat sehingga menyebabkan debu-debu dari gunung-gunung batu kapur akan berterbangan di ruang udara selama setahun atau lebih. Malah, ia juga dibimbangi akan mengakibatkan kepupusan spesies haiwan di benua tersebut.

Apabila ia berlaku, wilayah-wilayah diduduki manusia yang menerima kesan debu itu akan mengalami krisis bekalan makanan dalam tempoh lama. Manakala 260 gunung-gunung berapi berbahaya di Amerika seperti Mount Kilauea dan Mount St. Helen yang kembali aktif sejak tahun 2004 juga dijangka meletus dalam tempoh setahun selepas letusan Yellowstone.

Dalam perkiraan yang sama dengan beza masa kira-kira dua hingga tiga tahun selepas letusan Yellowstone, beberapa gunung berapi dalam Lingkaran Api Pasifik terutama di sekitar Asia juga akan meletus dengan lebih cepat daripada jangka tempoh asal disebabkan kesan gegaran Yellowstone yang mengaktifkan gunung-gunung berapi di Asia dalam tempoh yang cepat.

Kesan letusan Yellowstone mengakibatkan gunung-gunung berapi lain di seluruh dunia meletus sebelum sampai waktu matang untuk ia meletus secara kitaran semula jadi. Letusan Yellowstone akan mempercepatkan gunung-gunung berapi yang lain menjadi lebih aktif daripada kadar biasa.

Kesan letusan gunung berapi di seluruh dunia itu juga mengakibatkan kejadian gempa bumi yang dahsyat secara serentak iaitu melebihi 10.0 sR atau tidak mustahil boleh menjangkau sehingga lebih daripada 15.0 Magnitude.

Sekitar tempoh yang sama, beberapa gunung berapi di Eropah juga akan meletus disebabkan oleh faktor letusan Yellowstone. Namun menurut laporan agensi Yellowstone, benua Eropah yang dipisahkan oleh laut dengan benua Amerika hanya mengalami kesan sederhana dan tidak menjejaskan sumber makanan secara serius terutama di kawasan beriklim salji.

Pada waktu itu, hanya sebahagian kecil Eropah dan sebahagian kecil Asia Barat sahaja dijangka mengalami kesan sederhana dengan krisis sumber makanan yang tidak terlalu serius. Ketika itu, orang Islam akan berhijrah ke Asia Barat terutama Mekah manakala manusia bukan Islam akan berhijrah ke Eropah dan Asia Barat terutama Israel bagi meneruskan kehidupan.

Apabila debu-debu gunung berapi berterbangan ke lapisan yang lebih bawah, manusia-manusia ini akan mendiami kawasan pergunungan di wilayah-wilayah selamat, ia mungkin sekali sebahagian Eropah dan Asia Barat.


Sila ambil nota:

5. Udara kering dan tercemar
6. Debu pergunungan batu
7. Gempa bumi
8. Sebahagian Eropah terselamat
9. Sebahagian Asia Barat terselamat



Bersambung….

4 ulasan:

aiman rashidd berkata...

semua nya kekuasaan Allah :)

ejoy berkata...

hebatnya kuasa allah ...
minat bro cari artikel cam nie ..

GENG 701

Cikgu CTE berkata...

hebat!

kagum dengan anda yang sungguh berminat dengan article sebegini...

BaTu^NiSaN berkata...

terima kasih...