Search This Blog

Followers

like Batu

Jumlah Paparan Halaman

Isnin, 22 April 2013

Panduan Ringkas Solat Sunat Istikharah

Umat Islam disuruh mengerjakan solat sunat Istikharah bagi menyelesaikan jalan buntu atau untuk membuat suatu pilihan atau keputusan dalam segala urusan kehidupan. Terdapat beberapa hadis Rasulullah SAW yang menggalakkan solat Istikharah.

Di antaranya;

Rasulullah SAW bersabda: “Di antara kebahagiaan anak Adam ialah Solat Istikharah (minta pilih) daripada Allah Taala dalam segala urusannya dan di antaranya kecelakaan anak Adam ialah meninggalkan solat Istikharah daripada Allah pada segala urusannya.”

la boleh dikerjakan dua rakaat atau sehingga dua belas rakaat (enam salam). Waktunya siang atau malam. Sebaik-baiknya dikerjakan pada waktu sebelum tidur malam. Insya-Allah Tuhan akan menggerakkan hati anda dan memberi petunjuk untuk membuat sesuatu keputusan atau penentuan yang betul.

Cara Solat Istikharah

a. Lafaz niatnya:



Daku solat sunat Istikharah dua rakaat kerana Allah Taala.

b. Antara surah yang dianjurkan ulama ialah:
Rakaat pertama, bacalah Al-Kafirun (1 kali).

Rakaat ke-dua, dibacakan Al-Ikhlas (1 kali).

Atau;

Rakaat pertama, bacalah ayat Al-Kursi (7 kali).

Rakaat ke-dua, dibacakan Al-Ikhlas (11 kali).

c. Dalam sujud akhir, baca tasbih berikut sebanyak 40 kali:


Maha Suci Dikau yang tiada ilmu bagi kami kecuali apa yang Dikau ajarkan (tunjukkan) kepada kami. Sesungguhnya Dikau Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana!

d. Sebelum bangkit dari sujud, mohonlah kepada Allah SWT. dipertunjukkan jalan yang betul dalam membuat keputusan dan pilihan.

e. Selesai memberi salam, bacalah selawat untuk dihadiahkan kepada Rasulullah SAW., para sahabat Baginda, para wali Allah dan seluruh umat Islam.

f. Membaca doa solat sunat Istikharah:



g. Ulangilah doa tersebut sebanyak 3 kali. Dalam berdoa sebaik-baiknya sebutkan permintaan yang ingin diberikan petunjuk oleh Allah SWT.

Misalnya: “Ya Allah! Jika Dikau mengetahui urusan ini..….. (sebutkan perkaranya).” 

h. Serahkanlah sepenuh keyakinan kepada Allah SWT. sambil bermohon kepada-Nya agar diberikan petunjuk, sama ada didatangkan melalui mimpi, gerak hati atau dengan dipermudahkan urusan yang mana baik. Tidurlah dalam keadaan berwuduk dan berpakaian bersih.

i. Lakukan solat Istikharah 3 atau 7 hari berturut-turut, mengikut kepentingannya. Insya-Allah akan diberi kecenderungan atau digerakkan hati untuk membuat sesuatu keputusan atau pilihan yang betul.
Read More..

Sabtu, 6 April 2013

Siapakah Ustaz Azhar Idrus Sebelum Bergelar Pendakwah?



Ustaz Azhar Idrus, penceramah dari Terengganu yang semakin mendapat tempat di hati masyarakat khususnya remaja. Setiap kali beliau berceramah, tidak kira dimana, ribuan yang hadir. 


Kehangatan Facebook juga sedikit sebanyak “mempopularkan” Ustaz ini dengan setiap kata-kata nasihat dan penjelasan berkenaan agama darinya dikongsikan secara viral dan tidak pernah putus. 

Dahulunya Ustaz seorang gitaris dalam satu kumpulan band muzik sekitar Kuala Terengganu “band boy”. Dan sempat membuat beberapa persembahan di stadium-stadium. 

Setelah kumpulan muziknya mengambil keputusan untuk buat rakaman, Ustaz menarik diri kerana tujuanya hanya suka-suka sahaja menyertai kumpulan muzik bukannya untuk mencari glamor. 

Ustaz yang aktif bersukan dan pernah mewakili Terengganu dalam acara berbasikal pada tahun 1980an. Dan menjadi rutin kelapangan masa waktu malam, Ustaz akan berbasikal meronda sekitar Bandar Kuala Terengganu bersama-sama kawan-kawan. 

Dan ada juga yang meminta Ustaz untuk merasmikan program berbasikal.Ustaz Azhar pernah bekerja dengan Utusan Malaysia cawangan Kuala Terengganu sebagai artis grafik. Selepas berkahwin seminggu pada tahun 1990, Ustaz mengambil keputusan berhenti kerja dan bekerja sebagai mencanting batik. 

Ketika inilah beliau memperlajari bidang ilmu agama secara bersungguh-sungguh.Tiada alasan baginya hujan dan ribut. Beliau yang pergi mencari guru-guru agama dan belajar dirumah guru berkenaan.Perubahan diri Ustaz kearah menjadi seorang yang bersungguh belajar agama kerana kawan baiknya seorang ketua “Punk” menghilang diri selama 5 tahun dan apabila muncul kembali kawannya ini satu perubahan yang amat ketara daripada pemakaian dan tingkahlakunya. 

Tahulah Ustaz bahawa kawannya ini belajar di Patani.Apabila melihat kehebatan kawannya ini, timbul rasa ingin menjadi sepertinya juga. 

Berikut adalah butiran biodata mengenai beliau yang ditemui di beberapa blog.# Bersekolah di Sekolah Inggeris Sultan Sulaiman Kuala Terengganu hingga Tingkatan 6.# Pernah menjadi seorang guru muzik pada tahun 1985# Mulai belajar agama sekitar tahun 1990.# Belajar secara talaqqi lebih kurang dengan lapan orang guru dalam tempoh 12 tahun.# Antara guru beliau ialah Tuan Guru Haji Muhammad Zin Pondok Lubuk Pandan Wakaf Tapai. 

Ustaz Azhar Idrus juga amat aktif dalam membantu mereka yang memerlukan pemahaman dan penjelasan tentang kemusykilan soal agama melalui Facebook Page miliknya, Ustaz Azhar Idrus (Original)Apapun sudah menjadi resmi alam, tak semua manusia akhir zaman ini terutamanya para Ilmuan Islam (Alim) disenangi oleh semua orang. 

Sering sahaja kata-kata UAI disalah-ertikan dan sentiasa mencari jalan untuk memutarbelit apa yang disampaikan UAI untuk melihatkan UAI sebagai seorang yang sesat. Kepada yang aktif bersifat begini, hentikanlah. 

Ianya jelas tidak akan mendatangkan kebaikan kepada anda. Jika tidak suka, anda simpanlah dalam hati. Usah bawa orang lain ke gaung kebencian penuh kehitaman anda.
Read More..

Khamis, 4 April 2013

Bukti betapa bangangnya Pengerusi SPR


Ataupun, ada kemungkinan jugak kut Pengerusi SPR ni tersilap, pi cari surat Nurul Izzah tu di 'pejabat' SPR yang lagi satu, tak mustahil dah dekat-dekat nak PRU13 ni SPR ada pejabat khas di bangunan PWTC.
Semalam Malaysiakini melaporkan:
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Yusof berkata MP Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar tidak pernah memaklumkan kepada pihaknya berhubung senarai lebih 4,600 pemilih yang didakwa meragukan dalam kawasan parliman terbabit.

Abdul Aziz dalam satu wawancara disiarkan akhbar Mingguan Malaysia hari ini berkata tiada sebarang daftar pemilih atau surat pernah dihantar oleh Nurul kepada SPR.

"Saya telah semak, tiada sebarang daftar pemilih atau surat dihantar kepada SPR," katanya, mengulas mengenai permohonan semakan kehakiman yang difailkan Nurul Izzah untuk membatalkan sebanyak 4,637 pengundi. - Mkini.  
Mushkil jugak aku bila dia sungguh kata dia dah semak memang takdak surat tu.

Pasainya hari ni Malaysiakini melaporkan:
MP Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar menyelar kenyatan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Yusof yang mendakwa PKR tidak pernah memaklumkan kepada suruhanjaya itu sebelum memfailkan permohonan semakan untuk membatalkan senarai lebih 4,600 pemilih yang didakwa meragukan.

Bercakap dalam sidang medianya hari ini, Nurul Izzah mengemukakan surat daripada Setiausaha SPR Datuk Kamaruddin Baria yang membuktikan bahawa suruhanjaya itu "mengambil maklum dan sedang meneliti" aduan berkenaan.

Surat tersebut dihantar pada 6 Mac lalu dan terima oleh peguam Nurul Izzah keesokan harinya, kata naib presiden PKR itu. - Mkini.
Cuma ada 2 kemungkinan saja benda ni boleh berlaku.

Yang pertama kemungkinan ada komplot nak malukan pengerusi SPR yang melibatkan Setiausaha SPR sendiri. Tapi takkan sebangang tu kut pasainya aku dok nampak Setiausaha SPR tu pun tak kurang wala'nya kepada Umno berbanding pengerusi SPR tu.

Kemungkinan kedua, SPR memang BANGANG, sampai sistem fail surat keluar masuk pun berterabur. Sampai Pengerusi SPR pun cari surat tak jumpa. Taktau la pulak kalau dia sendiri pi belek sehelai-sehelai cari surat tu.

Tapi yang nyatanya, episod ni menunjukkan yang Pengerusi SPR anggap pemimpin Pakatan Rakyat takdak kelas dan tak perlu dilayan sama rata dengan pemimpin Umno BN. Dia ingat kut pemimpin Pakatan Rakyat ni koman sangat kut.

Ataupun, ada kemungkinan jugak kut Pengerusi SPR ni tersilap, pi cari surat Nurul Izzah tu di pejabat SPR yang lagi satu, tak mustahil dah dekat-dekat nak PRU13 ni SPR ada pejabat khas di bangunan PWTC.
Read More..