Search This Blog

Followers

like Batu

Jumlah Paparan Halaman

Isnin, 28 Februari 2011

Mesir dalam kegemilangan Kebangkitan Revolusi

 Sejak Kelahiran Nabi Yusuf a.s, hingga pengembaraan iskandar zulkarnain dan membawa kepada kelahiran Nabi Musa a.s yang sendiri menyaksikan kezaliman firaun,bangsa mesir terus melarikan diri dan tidak mengambil keputusan untuk melawan.

Tetapi hari mesir ke arah satu kegemilangan intifada semenjak Ikwanul Muslimin, sebuah gerakan Islam yang telah melahirkan Fatah dan Hamas ditindas dan di haramkan kini membawa ke arah sebuah kebangkitan.

Kebangkitan yang di lihatan sebagai rentetan sejarah kebangkitan umat manusia menentang ketidakadilan.Revolusi rakyat china,Bolsheviks,Revolusi Islam Iran dan Revolusi jasmin Tunisia menjadi inspirasi kepada kebangkitan melawan.

Bumi yang menjadi kelahiran para anbiya' kini menjadi medan menuntut erti keadilan men;nyahkan barua - barua israel dari muka bumi mesir.demonstrasi berturut - turut menjadi satu pengajaran pada para diktator.


PILIHAN JALAN RAYA BUKAN PILIHAN RAYA
Rakyat Mesir dan rakyat Arab yang bangun pada pagi ini melihat dunia telah berubah. Dunia baru ini bukan dunia yang ditempah dan di canai di Rumah Putih atau Tel Aviv.

Dunia baru kali ini adalah dunia buatan mereka sendiri. Dunia ini ditempah di jalan raya.

Selama 30 tahun rakyat Mesir digula-gula dengan pilihanraya. Kali akhir tahun 2005 di mana Mubarak dan National Demokratik Parti telah menipu dalam pilihanraya itu.


Husni Mubarak telah menggunakan Suruhanjaya Pilihanraya, Polis, Mukhabarat/SB, Soldadu untuk menipu, mengancam dan menekan pengundi agar memilih NDP dalam pilihanraya ini.

Husni Mubarak juga telah menolak:

- penggunaan dakwat
- menggunakan undi pos
- hanya NDP boleh ada laporan media
- hanya NDP boleh membuat iklan di media


Malah ada tempat tempat langsung tidak ada proses pengundian berjalan. Calon NDP terus menang.

Akhirnya warga Mesir telah memilih jalan raya. Hanya jalan raya dan bukan pilihanraya yang difajhami oleh trejim rejim zalim dan menipu.

Apabila Husni Mubarak telah diundurkan maka barulah boleh satu pilihanraya yang jujur, adil dan diyakini dapat dijalankan.

Sejarah telah menunjukkan yang zalim ganas hanya boleh dilawan dengan jalan raya bukan pilihanraya:

Ahmad Reza Pahlevi Raja Segala Raja Iran jatuh kerana jalan raya.

Marcos jatuh kerana jalan raya.

Suharto jatuh kerana jalan raya.

Park Chung Hee jatuh kerana jalan raya.

Emperor Bokassa jatuh kerana jalan raya.

Dan terakhir ini Hosni Mubarak jatuh kerana jalan raya.

Salut kepada mereka yang memilih jalan raya.

Hari ini umat manusia meraikan pesta demokrasi,kemahuan dan hak mesti di tuntut bukan di turut

AKHIRNYA setelah 18 hari berhimpun, berdemo, mendesak hingga ratusan rakyat marhaen yang terkorban, akhirnya Hosni Mubarak pergi jua....

Inilah yang dikatakan "kuasa rakyat kuasa keramat".... Ambillah iktibar buat semua pemimpin, jangan sombong dan angkuh serta menindas rakyat bila berkuasa...


Read More..

Ahad, 27 Februari 2011

Slogan 1 Malaysia : Gimik BN menipu rakyat

 PARIT BUNTAR, 9 Feb : Slogan 1 Malaysia yang dilaung-laungkan oleh Najib Razak tidak lebih dari sekadar kosmetik yang amat tulen d merupakan gimik BM untuk menipu rakyat , begitulah perumpamaan yang selayaknya diberi kepada idea pemimpin tertinggi BN  berdasarkan pendekatan kerajaan kepada seluruh rakyat, demikian pandangan Drs. Khalil Idham Lim, Ketua Penerangan PAS Perak.

Beliau memberi respon demikian terhadap perkembangan terkini negara yang kononnya dikatakan amat harmoni dari aspek hubungan antara kaum dengan pengenalan slogan hikmat BN tersebut .

"Mana-mana negara pun akan diperhati oleh orang luar, itulah antara peranan Duta negara luar berada di sesebuah negara itu, Malaysia tidak terkecuali, tapi BN tidak ambil peduli isu ini, mereka hanya sibuk cari salah parti lawan dan kumpul duit poket melalui rakyat,berbanding usaha menaikkan imej negara" katanya ketika ditemui di sini.

Beliau yang juga ADUN Titi Serong mengulas artikel Mantan Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia yang mengkritik prestasi hubungan antara kaum di Malaysia sejak Najib meneraju negara selepas Pak Lah meletak jawatannya.

Di dalam ulasan bekas duta  itu beliau telah mengemukakan 5 isu yang berat yang berlaku di hadapan mata Perdana Menteri sendiri, Najib Razak selaku PM sepatutnya ambil berat dengan mengambil langkah memurnikan semula isu tersebut, tetapi sebaliknya berlaku.

Dalam pada itu menurut Khalil slogan 1 Malaysia ini terbukti lagi ia kosmetik dengan pendedahan demi pendedahan oleh MP Pakatan Rakyat baru-baru ini.

"isu pembinaan jejantas berhawa dingin sepanjang 142 meter yang menghubungkan sekitar KLCC di ibu negara dengan nilai RM10 juta ada gambaran bagaimana 1 Malaysia hanya gimik sahaja" katanya.

"Adakah jejambat tersebut diperlukan oleh rakyat pada masa ini? wang rakyat sudah tidak ada harga lagi di mata pemimpin BN, sewenang-wenangnya wang rakyat dibazirkan, dalam masa sama pelajar miskin tiada wang saku buat belanja alas perut di sekolah, katanya.

Jelasnya lagi, setelah diselidik tentang beban hutang rakyat, menurut laporan yang diperolehi Ahli Parlimen Gombak, didapati hutang isi rumah rakyat Malaysia adalah berjumlah RM577 bilion berdasarkan statistik bulanan Bank Negara Malaysia dan adalah suatu yang perlu kepada perhatian serius.

“BN telah gagal untuk ke sekian kalinya dalam menjaga kebajikan rakyat dan kini rakyat semakin hilang kuasa membeli kesan hutang yang membebankan,” ujarnya.

"Dalam kesibukan PM Menonjolkan 1 Malaysia,  dalam masa yang sama rakyat terus dihimpit kesusahan, nampak sangat mereka menjadikan slogan itu sebagai gimik" jelasnya.

Pakatan Rakyat mengemukakan jalan penyelesaian bagi mengurangkan beban rakyat, plan pengurangan beban inilah yang selalu di perkecil serta dipersenda oleh pimpinan BN.

“Persoalannya sampai bilakah BN mahu terus menipu rakyat dengan cukai yang melampau setiap kali membeli kereta berkuasa kecil dengan harga RM40,000 dan RM16,000 cukai khusus buat kerajaan? adakah ini 1 Malaysia yang dimaksudkan? ,rakyat perlu bertindak menghentikan perbuatan BN yang jijik ini,” jelasnya ketika mengakhiri sesi temubual.
Read More..

Bukan Sumpah Tutankhamun, Bukan Salah Jebat Derhaka

 Pagi masih awal.  Sekumpulan demonstran sedang membuat senaman ringan. Ada yang masih lena tidur, dingin diselimuti hawa pagi. Pihak tentera bertukar giliran mengawal keadaan. Khemah-khemah besar kelihatan merata-rata.Dataran Tahrir telah menjadi tempat tinggal bagi sebahagian besar warga. Begitulah fenomena di Kaherah sekarang ini. Rakyat Mesir sedang menunggu era kegemilangan mereka.

Sejak bermulanya revolusi lebih kurang tiga minggu lalu, ekonomi Mesir telah lumpuh.  Kedai-kedai, pejabat dan perusahaan telah ditutup.  Sebahagian besar pekerja sibuk membuat kerja baru mereka kepada negara; menurunkan pemimpin melalui jalan raya!  Kerajaan Mesir mahu "krisis ini dihentikan segera".  Rakyat sudah tidak peduli malah makin seronok berdemonstrasi.
Demonstrasi adalah pesta demokrasi.  Seorang teman saya melawak.  Beliau berkata bahawa demonstrasi di Mesir ini sudah menjadi sebuah budaya yang dilihat cool dan hip.  Walaupun protes ini telah mengorbankan sekitar 300 orang, rakyat Mesir sama sekali tidak gentar malah semakin berani dan bersemangat.  Perjuangan untuk membebaskan negara dari cengkaman kukubesi harus diteruskan!
Ruang untuk terus berkuasa semakin suntuk buat regim Hosni Mubarak.  Kerajaan Mesir melalui Timbalan Presidennya Omar Sulaiman cuba berkompromi dengan para demonstran tetapi menemui jalan buntu.  Malah, lebih ramai rakyat dan kesatuan-kesatuan pekerja turun ke jalan raya bersama yang lain.  Mereka terdiri dari pekerja-pekerja sektor elektrik, mekanikal, keretapi, pekerja bas, pekerja kilang tekstil, tidak terkecuali para doktor dan sebagainya.
Menurut agensi berita AP, kehadiran semakin ramai demonstator ke jalan raya adalah disebabkan mereka "termotivasi" dengan maklumat terkini yang menyatakan jumlah harta terkumpul keluarga Mubarak!  Mubarak dipercayai manusia paling kaya di dunia.  Menurut laporan The Guardian; harta keluarga diktator itu bernilai sekitar USD70 billion!  Sekiranya di Malaysia; orang Melayulah yang paling suka pemimpinnya kaya walaupun dia hidup melarat.  Katanya "...asal Melayu tak apa..."
Hosni cuba rasuah kakitangan awam 
Untuk meredakan kebangkitan rakyat, Hosni Mubarak (gambar bawah) dilihat cuba merasuah sebahagian kakitangan awam dan pesara tentera dengan menawarkan kenaikan bayaran dan gaji sebanyak 15% bermula April ini.  Malangnya, tawaran ini tidak mendapat tempat di hati.  Apalah sangat 15% dengan kesengsaraan yang dihadapi rakyat selama ini.  Rakyat Mesir telah sedar.  Pemerintahan kuku besi Mubarak selama 30 tahun bukanlah suatu jangka masa yang pendek.

Sumber Gambar: Reuters
Telah lama kebebasan bersuara disekat.  Ramai pejuang dan aktivis ditangkap dan dibunuh.  Ramai rakyat Mesir yang menderita akibat kemiskinan dan tekanan hidup.  Pengangguran mencatatkan kadar sehingga 30%.  Apakah semua ini adalah sebab rakyat malas bekerja?  Apakah ramai rakyat Mesir menderita kerana sumpah Tutankhamun ribuan tahun dahulu?  Tidak.  Ini semua berlaku akibat rasuah, salahguna kuasa dan "bad governance".
Rasuah bermaharajalela di Mesir.  Sama halnya yang berlaku di Tunisia, Yaman dan negara-negara Arab yang lain.  Duit negara dibazirkan dan diselewengkan sewenang-wenangnya.  Berbilion-bilion dolar telah masuk ke poket pemimpin tertentu.
Semakin hari semakin ramai rakyat mesir berhimpun di Dataran Tahrir.  Jalan-jalan di sekitar Kaherah-Iskandariah dipenuhi dengan lautan manusia yang terus bangkit mendesak regim Mubarak supaya berundur.  Penganut Islam dan Kristian bersatu bergandingan tangan.  Malah, sejak akhir-akhir ini, anggota tentera dan polis kelihatan sangat akrab dengan demonstrator.  Ini merupakan isyarat kepada regim Mubarak agar turun segera!
Demonstrasi solidariti di Malaysia
Sebagai sokongan kepada Revolusi Sungai Nill ini; Jumaat lalu, Kuala Lumpur disaksikan dengan perhimpunan solidariti yang berarak dari masjid As-Syakirin KLCC ke kedutaan AS.  Perhimpunan ini lebih disertai lebih kurang 7000 demonstrator yang terdiri dari rakyat Malaysia dan rakyat Mesir sendiri.
Walaupun ini merupakan sebuah demonstrasi aman, kerajaan Malaysia begitu serius menangani demonstrasi ini (malah demonstrasi-demonstrasi lain).  Aksi Polis memukul, sepak dan meludah demonstran tidak kurang sama dengan apa yang berlaku di Mesir bahkan Israel.  Sebagai negara dunia ketiga yang sedang membangun dengan pesat, kerajaan sepatutnya bertindak matang dalam menghadapi situasi sebegini.  Demonstrasi aman merupakan sebuah hak dalam sesebuah negara demokrasi.

Sumber gambar: Reuters
Apa yang berlaku di Mesir sepatutnya menjadi pengajaran kepada seluruh kerajaan yang ada di dunia.  Rakyat Mesir telah keluar dari ketakutan yang menghantui diri mereka selama ini.  Ugutan pihak kerajaan sama sekali tidak mematahkan semangat mereka untuk terus teguh mendesak regim Mubarak berundur.
Saya masih ingat ketika zaman reformasi 1998.  Masa itu saya baru berumur 17 tahun.  Pada waktu itu, kadar penggunaan internet agak terhad.  Kebanyakan maklumat yang sampai ke tangan adalah melalui fotostat, kaset-kaset dan VCD.  Dan sekarang, situasi telah jauh berbeza (sangat jauh); segalanya diketahui melalui internet dengan mudah dan pantas di manapun kita berada.  Rakyat Malaysia tahu apa yang sedang berlaku.
Kerajaan Malaysia perlu sedar bahawa saat ini adalah saat kritikal bagi rakyat dalam menghadapi masalah ketidaktentuan ekonomi.  Rakyat sedaya upaya berjuang untuk kehidupan mereka yang lebih baik.  Apakah ertinya jika saat kritikal ini tidak dikongsi?
Kerajaan perlu tahu bahawa bukan semua rakyat bekerja sebagai kakitangan awam yang boleh dikatakan berada pada skala kehidupan yang berbeza.  Malah ramai rakan-rakan saya yang menjawat jawatan sebagai pekerja kontrak dan sambilan di sektor kerajaan telah tidak disambung kontrak mereka.  Apakah makna semua ini?  Ya.  Kerajaan bertindak begini mungkin sebagai langkah berjimat cermat (kononnya).
Dalam situasi ekonomi dunia yang diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga, saya hairan mengapa kerajaan boleh menamatkan kontrak sebahagian penjawat awam dan berbelanja jutaan ringgit untuk perkara yang membazir?  Saya merujuk kepada pendedahan pemimpin pembangkang bahawa pembelian enam kapal tentera laut oleh Kementerian Pertahanan di mana pihak kementerian bersedia membayar RM6 bilion untuk kapal-kapal tersebut.  Pada masa yang sama; rakyat mempersoalkan mengapakah pembelian itu 870% lebih mahal dari bayaran negara lain untuk kapal yang sama?  Apa yang telah berlaku sebenarnya?  Duit rakyat keluar begitu sahaja dengan mudah.
Takkan kita sudah lupa, kerajaan Malaysia dilihat sangat membazir dengan melantik APCO sebagai syarikat perundingan antarabangsa dengan membayar lebih RM76 juta setahun.  Isu ini telahpun mendapat liputan meluas.  Tak perlulah saya menjelaskan lagi.  Ini tidak lagi mengambil kira projek-projek kerajaan yang lain.
Bagaimana pula dengan pendedahan oleh Anwar Ibrahim mengenai "skandal" yang melibatkan RM888 billion yang lesap dalam tempoh sembilan tahun?  Selain itu,  rakyat juga persoalkan di mana datangnya peruntukan untuk FLOM dan mengapa peruntukan untuk ubahsuai Seri Perdana sehingga RM65 juta?
Duit negara dilihat keluar dengan mudah.  Kerajaan mungkin akan berkata bahawa ia adalah satu "pelaburan" untuk masa akan datang.  Saya yakin rakyat tahu.  Semuanya terang lagi bersuluh.  Kita tidak mahu segala penyelewengan ini mengundang kemusnahan untuk Malaysia.  Malah kita sebagai rakyatlah yang menanggung beban perbelanjaan oleh kerajaan.
Harga petrol naik beberapa kali dalam satu jangka masa yang dekat.  Kenaikan ini disertai dengan kenaikan harga makanan dan barang keperluan yang lain.  Kasihan melihat rakyat terutamanya golongan berpendapatan sederhana dan rendah menanggung kesan kenaikan ini.  Apabila kadar jenayah semakin berleluasa, apabila tekanan hidup semakin dirasai, apabila rasuah dianggap perkara biasa, apabila pemimpin korup dianggap bersih.  Apakah semua ini merupakan petanda kejatuhan sesebuah negara?
Bukan salah kalau Jebat derhaka lagi.  Kita berdoa agar Malaysia akan terus aman dan makmur.  Kita mahu kekayaan negara dapat dirasai oleh seluruh rakyat.  Kita  tidak mahu ekonomi Malaysia lumpuh seperti apa yang berlaku di Mesir.
Read More..

Doa Buat Isteri

Ya Allah..Kau berikanlah kekuatan kepada isteriku...
Ya Allah..Kau ampunilah segala dosa-dosa isteriku..
Ya Allah..Kau lindungilah isteriku..
Berilah dia kesabaran dan peliharalah dia agar dia selalu sihat..

Ya Allah bagi Mu segala kepujian dan kesyukuran sebagaimana layak untuk Mu dengan kebesaran kekuasaanMu dan kemulian wajahMu dan ketinggian kemulianMu yang bilamana Engkau menjadikan dia sebagai isteriku.

Ya Allah Engkau jadikanlah dia penyejuk mataku dan pembantu untuk aku mentaati Mu

Ya Allah Engkau jadikanlah aku sebagai penenang untuknya dan penasihat yang diberkati

Ya Allah Engkau kasihkan aku kepadanya dan kasihkanya kepada aku

Dan rezekikan kami zuriat yang soleh yang menjadi kebaikan kepada agama dan dunia

Ya Allah jadikan antara kami berdua sebagimana antara Ali dan Fatimah

Ya Allah satukan hatiku dengan hati-hati ahli keluarganya dengan rahmatMu Wahai Yang Maha Pemurah

Ya Allah tutupilah keburukanku padanya dan tutupilah keburukannya kepada ku

Dan perlihatkanlah kepadaku kebaikannya dan redhakan aku apa yang telah Kamu beri kepadaku dan berkati aku padanya

Ya Allah permudahkanlah ia bagi ku dan permudahkan urusanku bersamanya dan jauhikanlah aku keburukannyaJadikanlah aku berpuashati dengannya dan dia berpuashati denganku

Ya Allah jadikanlah aku dimatanya hebat dan jadikanlah ia dimataku kecil

Ya Allah bukakanlah antaraku dan isteriku dan ahli keluarganya sesungguhnya Engkau sebaik-baik pembuka

Ya Allaha yang menghimpunkan manusia pada hari Kiamat, himpunkan aku dan isteriku dalam kebaikan

Ya Allah Engkau jadikan aku sebagaimana yang ia sayangi dan jadikan ia sebagaimana yang aku sayangi dan jadikan kami sebagaimana yang Engkau sayangi

Ya Allah Engkau jadikan hati isteriku tergantung kepadaMu dan kemudian tergantung kepada rasulMu dan kemudian kepadaku

Ya Allah Engkaulah yang menguruskan kenikmatan dan kelazatan dalam kesusahanku,Jadikanlah kegarangannya terhadapku suatu kesejukan dan keselamatan sebagaimana engkau jadikan api ke atas nabi Ibrahim suatu kesejukan dan keselamatan

Ya Allah berikanlah petunjuk kepadanya sebagaimana yang Engkau kehendaki dan redha

Ya Allah Engkau yakinkanlah hatiku bahawa sesungguhnya aku tidak akan dicelakai dan Engkau sentiasa bersamaku

Ya Allah perkenankanlah

Ya Allah perkenankanlah



Read More..

Sabtu, 26 Februari 2011

Media Massa: Berubah Atau Rebah

 Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Renungan
Hai orang-orang yang beriman! Taatilah Allah dan carilah wasilah - yang dapat mendekatkan diri kamu - kepada-Nya serta berjuanglah di jalan-Nya. (Al-Ma'idah 5:35)

SEJARAH membuktikan kebangkitan rakyat tidak dapat disekat-sekat sekalipun dilakukan penindasan peringkat tertinggi termasuk dalam penyebaran maklumat. Perkembangan terkini di Tunisia dan Mesir membuktikan kuasa rakyat tidak dapat disekat oleh pemerintah zalim yang berselindung di sebalik ‘demokrasi bikinan sendiri’. Yalah, setiap kali pilihan raya diktator-diktator ini mencatat hampir 100 peratus sokongan rakyat.

Pada zaman China purba (Tahun Baru Cina akan disambut dalam beberapa hari lagi) kekangan menyebabkan rakyat kreatif menyalurkan maklumat termasuk memasukkan nota dalam kuih bakul dan ini perlu dijadikan iktibar oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang mencadangkan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dipinda agar meliputi terbitan internet, Facebook dan perisian.

Tindakan ini dipercayai cubaan mengehadkan penyebaran maklumat kepada masyarakat pada ketika media massa arus perdana tradisional seperti akhbar, televisyen dan radio semakin tidak mendapat tempat di hati rakyat. Jumlah edaran akhbar arus perdana seperti Utusan Malaysia dan Berita Harian merosot teruk hanya lebih sedikit daripada 100,000 naskhah sehari sedangkan sedekad lalu lebih 200,000 malah pada edisi Ahad seperti Mingguan Malaysia pernah mencatat 600,000 naskhah.

Akhbar-akhbar yang meningkat pengedarannya adalah yang bersifat tabloid sensasi seperti Harian Metro yang kini mencatat edaran lebih 350,000 senaskhah. Akhbar yang kerap memaparkan sisi buruk masyarakat ini akan menyambut ulang tahunnya ke-20 pada Mac ini. Akhbar sensasi Kosmo milik Utusan Melayu juga mencatatkan peningkatan dengan lebih 100,000 naskhah, jadi jelaslah masyarakat tertarik kepada pembaharuan, malangnya paparan sesetengah bahan dalam akhbar-akhbar ini menjurus kepada perkara negatif.

Jika akhbar Harian Metro dan Kosmo menjurus memenuhi kehendak generasi baru, akhbar tradisional seperti Berita Harian dan Utusan Malaysia yang gagal berubah (asyik-asyik mahu mengampu Umno-Barisan Nasional) akan menemui zaman rebahnya. Perkembangan di belahan lain dunia seperti di Eropah menyaksikan betapa sesetengah akhbar arus perdana gagal bertahan sehingga akhirnya terpaksa diedarkan secara percuma saja. Itu pun orang ramai tidak mengendahkan kehadirannya.

Di negara kita, zaman berubah tetapi ada parti dan akhbar tidak berubah. Mereka menunggu masa untuk rebah. Sewajarnya kejatuhan rejim diktator dunia termasuklah di negara tetangga Indonesia menjadi iktibar. Pada zaman revoulsi, media massa Indonesia berubah 360 darjah daripada prorejim Suharto kepada prorakyat.

Media terutama akhbar menyuntik dan menaikkan semangat rakyat untuk menuntut keadilan bagi semua. Suharto akhirnya tumbang bagi membolehkan pilihan raya yang dianggap telus diadakan membawa kepada kepada pemilihan tokoh seperti BJ Habibie, Gus Dur, Megawati dan kini Susilo Bambang Yudhoyono (SBY) sebagai Presiden.

Demikian juga jika dikaji perkembangan media massa tanah air sebelum negara mencapai kemerdekaan. Akhbar-akhbar awal Tanah Melayu seperti Jawi Peranakan, Majlis dan Utusan Melayu sendiri menyemarakkan semangat anak watan ke arah pembebasan daripada belenggu penjajahan.

Kini pada ketika negara-negara dunia mengorak langkah ke arah kebebasan maklumat, pemerintah Malaysia mahu membedong (macam bayi) rakyatnya melalui tindakan KDN yang mencadangkan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dipinda agar meliputi terbitan internet, Facebook dan perisian. Tentunya langkah yang tersangat ke belakang (apakah rakyat mahu dijadikan katak di bawah tempurung?) ini mempunyai motif tertentu yang boleh diandaikan banyak pihak sebagai tidak mahu mendedahkan rakyat kepada maklumat yang akan membawa kejatuhan pemerintah hari ini.

Namun seperti diperkatakan pada awal artikel ini bahawa ‘kuih bakul’ pun boleh dijadikan alat sebaran maklumat, sekatan tidak akan melemahkan kebangkitan rakyat dan hal ini terbukti melalui peristiwa kebangkitan rakyat Tunisia yang menyaksikan pemerintah kuku besi Zein el-Abidin Ben Ali dan isterinya yang cantik tetapi ibarat pisau cukur rakyat, Leila Ben Ali diguling sehingga terpaksa melarikan diri ke Arab Saudi.

Ketika kapal terbang membawa Zein el-Abidin singgah di Mesir, rakyat Mesir pula berkata: “Kapal terbang ini juga akan membawa seorang lagi diktator iaitu Hosni Mubarak.” Hal ini hampir menjadi kenyataan apabila rakyat Mesir pula berdemonstrasi besar-besaran bagi menggulingkan Mubarak.

Antara tindakan Mubarak dan kuncu-kuncunya bagi menyekat kemaraan rakyat adalah menghalang penerbitan dan penyebaran bahan maklumat mengenai kebangkitan rakyat Mesir. Namun, kuasa rakyat tidak dapat dihalang, Mubarak juga akan tersungkur jua akhirnya!

Media massa negara ini tidak mahukah mengambil iktibar daripada peristiwa di luar negara ini? Nampaknya media massa ini begitu hebat dan terperinci dalam laporan dan paparan mereka mengenai kebangkitan rakyat di luar negara yang terletak ribuan kilometer jauhnya tetapi tidak nampakkah BANGKAI GAJAH (aneka penyelewengan, korupsi, salah tadbir, kenaikan harga barang) di depan mata? Hanya satu pesanan untuk orang media - anda berubah atau anda rebah!
Read More..

Perempuan dan syaitan

Tajuk di atas tidak bertujuan untuk membandingkan antara perempuan dengan syaitan, apa lagi menyamakan kedua-duanya. Sedia makluk bahawa syaitan adalah makhluk terkutuk, musuh bani Adam zaman berzaman. Manakala perempuan pula makhluk istimewa yang diciptakan untuk menjadi pasangan kepada kaum Adam, pasangan yang serasi, yang mampu memberikan ketenangan jiwa dan mendamaikan perasaan.

Khadijah binti Khuwailid, Hawwa, Sarah, Hajar, Aisyah رضى الله عنهن جميعا dan ramai lagi merupakan sebaik-baik contoh pasangan paling serasi yang bukan sahaja berperanan mendamaikan hati suami, malah menjadi tulang belakang yang sangat utuh dalam menampung perjuangan yang dipelopori suami masing-masing.

Namun di samping barisan wanita-wanita hebat itu, sejarah juga turut mencatatkan wajah-wajah hodoh sebahagian wanita yang hati mereka tidak dibaluti dengan iman dan taqwa. Maka jadilah mereka umpama syaitan atau lebih teruk lagi. Seorang ulamak daripada kalangan as-Salaf as-Soleh pernah berkata, “sesungguhnya aku takut kepada perempuan lebih daripada aku takut kepada syaitan!” Apabila ditanya alasannya, beliau menjawab, “Allah berfirman mengenai perempuan “إِنَّ كَيۡدَكُنَّ عَظِيمٌ” (maksudnya: “… sesungguhnya tipu daya kamu (orang perempuan) amatlah besar pengaruhnya.”) (Yusuf:28) Dan Allah berfirman tentang syaitan “…إِنَّ كَيۡدَ ٱلشَّيۡطَـٰنِ كَانَ ضَعِيفًا “ (maksudnya: “…sesungguhnya tipu daya Syaitan itu adalah lemah.”) (An-Nisaa’:76)
Read More..

Jumaat, 25 Februari 2011

Erti Berterima Kasih Di Sisi Allah Taala

"Sehingga kini, musuh Allah taala terutama Yahudi laknatullah telah memainkan peranan utama dalam menjahilkan dan menyesatkan serta menyempitkan pemikiran umat Islam dengan pelbagai teori dan idealogi serta pandangan. Yang sememangnya mengakibatkan terpesongnya aqidah Islam seseorang yang menganut agama Allah ini. Kadang-kadang, tanpa disedari, dia telah pun Murtad terhadap Allah taala.

Benarlah apa yang telah diucapkan oleh al-Marhum as-Syeikh as-Sya'rawi rahimahullahu taala: "Umat Islam hari ini amat berbangga dengan agama Islam yang dianutinya, tetapi mereka MURTAD dari sudut pengamalannya."

Di sini, suka saya berkongsi pengetahuan, hasil pendasaran dari al-Quran dan al-Hadis Nabi saw, yang menegaskan akan konsep Bersyukur Menurut Pandangan Islam, iaitu erti Bersyukur di sisi Allah taala. Jika kita merujuk kepada suasana semasa hari ini, orang Islam di kalangan kita "Apa makna Berterima Kasih di sisi Allah taala."

Erti Bersyukur Di Sisi Allah taala

Firman Allah taala di dalam Surah al-Imran ayat 144 yang bermaksud: "Dan Allah akan memberi balasan kepada orang yang berterima kasih."

Para Ulama' tafsir telah menafsirkan akan ayat di atas dengan kenyataan bahawa: Orang-orang yang berterima kasih itu ialah orang yang teguh memegang agamanya, dengan tidak berpaling tadah, bahkan mensyukuri Allah yang telah memberikannya petunjuk dan hidayah. Allah berjanji akan menolong orang yang telah menolong-Nya iaitu orang yang mempertinggikan agama-Nya dan meletakkan kalimah Allah paling tinggi dari yang lain, pasti Allah laksanakan janji-Nya.

Kemudian, firman Allah taala yang lain dalam menyatakan makna "Bersyukur" di sisi-Nya, ialah di dalam Surah al-Imran ayat 145 yang bermaksud: "Dan Kami beri balasan orang-orang yang bersyukur."

Ulama' tafsir menjelaskan bahawa mereka itu ialah orang-orang yang beriman yang taat tidak terpesong dan seleweng pun arahnya dari BERJIHAD FI SABILILLAH, dan tidak beramal kecuali kerana Allah taala dan hari akhirat.

Mari kita kuatkan maksud "Bersyukur" di sisi Allah taala di atas dengan kenyataan daripada Nabi kita Muhammad saw, di dalam hadis yang ke-26, dalam kitab Syarah Hadis 40, susunan Iman Nawawi rahimahullahu taala.

Hadis tersebut menunjukkan kepada kita bahawa pada anggota seorang manusia ada sedeqahnya, iaitu ada pahalanya setiap hari sejak dari paginya. Itupun kiranya dia gunakannya pada jalan yang diperintah atau yang dianjurkan oleh Islam. Penggunaan ini dinamakan 'Syukur' atau 'Terima Kasih' dalam ertikata yang sebenarnya.

Sebab 'Syukur' menurut istilah Islam ialah menggunakan anggota dan ni'mat ke arah jalan yang baik. Syukur juga bererti menjauhi maksiat dengan mencegah anggota zahir dan batin dari melakukan sebarang bentuk kemaksiatan dan kemungkaran tersebut. Inilah yang pernah dikatakan oleh Ulama' Salaf: "Syukur itu adalah meninggalkan segala perbuatan yang maksiat."

Realiti hari ini, walaupun kita melihat, konsep Bersyukur atau Berterima Kasih, lebih dipandang ertikan kepada makna menilai kebaikan dan kemudahan serta keselesaan, dan juga pelepasan kesusahan daripada seseorang kepada orang yang ditimpa kesusahan dengan memberi penghormatan dan seumpamanya dengannya.

Islam menuntut kepada penganutnya agar menilai tindakan demikian dengan cara yang sejujurnya. Tidaklah perlu mengampu dan mengagung-agungkan seseorang yang melepaskan segala bentuk kesusahan tersebut. Kerana perlu ingat, Allah taala sahajalah yang berhak dan layak untuk untuk diberi pujian, dan diagung-agungkan. Kerana Dia lah yang melepaskan segala kesusahan yang dialami oleh hamba-Nya.

Adapun, manusia hanyalah wasilah semata-mata. Bahkan kengkadang, itulah antara peranan manusia yang beriman dalam menyelesaikan masalah dan mengurangkan bebanan yang ditanggung oleh manusia yang lain. Apatahlagi, jika dia merupakan seorang pemerintah atau pemimpin. Tidak salah kita bersyukur dan berterima kasih kepada manusia, tetapi janganlah sampai melampau batas sehinggakan kita lupa bahawa yang patut diutamakan dan diagungkan adalah Allah taala sahaja.

Perlu diingatkan bahawa telah berkata Dr. Muhammad Naim Yassin dalam kitabnya Iman, Rukun, Hakikat dan Pembatalannya, dalam muka surat 315 dalam menjelaskan perkara-perkara yang membatalkan shahadah iaitulah: "Maka sesiapa yang mengatakan suatu perkataan, atau melakukan suatu perbuatan, atau iktikad dengan sesuatu pegangan yang mengandungi ingkar hak ibadat ini, atau mengurangkan hak ibadat ini dari Allah, atau isbatkan hak ibadah ini, atau sebahagian dari hak ini kepada lain daripada Allah, bererti ia telah kufur dan terkeluar daripada agama Allah iaitu Islam."

Mudah-mudahan kita semua tergolong di kalangan mereka yang bebas dari fahaman dan serangan pemikiran dan resapan pandangan dari musuh Allah, terutama Yahudi laknatullah dan sekutu-sekutunya.

Wallahu taala a'lam
Read More..

Penyataan Imam Malik, Bukhari dll tentang Syiah..

 Yang berpendapat bahwa Syi'ah itu kafir adalah para Imam-Imam Besar Islam, seperti: Imam Malik, Imam Ahmad, Imam Bukhari dan lain-lain.

Berikut ini kata-kata dari fatwa para Imam dan Ulama Islam mengenai golongan Rafidhah yang disebut dengan Itsna Asy'ariyah dan Ja'fariyah

PENDAPAT TENTANG KEKAFIRAN SYI'AH

Yang berpendapat bahwa Syi'ah itu kafir adalah para Imam-Imam Besar Islam, seperti: Imam Malik, Imam Ahmad, Imam Bukhari dan lain-lain. Berikut ini kata-kata dari fatwa para Imam dan Ulama Islam mengenai golongan Rafidhah yang disebut dengan Itsna Asy'ariyah dan Ja'fariyah.

Pernyataan pada Makalah-makalah Para Ulama Terkenal dan pada Buku-buku Induk Mereka.

Akan dimulai dengan mengutarakan fatwa Imam Malik, kemudian Imam Ahmad, lalu Imam Bukhari. Selanjutnya saya akan utarakan fatwa Imam-imam yang lain sesuai dengan masa hidup mereka. Saya memilih fatwa para imam yang besar, atau para ulama yang hidup semasa dengan golongan Rafidhah (Syi'ah) yang tinggal dalam satu negeri atau dari kitab-kitab mereka dan dari ulama Islam yang mempelajari madzhab mereka.

Imam Malik:

Al Khalal meriwayatkan dari Abu Bakar al Marwadzi, katanya: "Saya mendengar Abu Abdullah berkata, bahwa Imam Malik berkata: "Orang yang mencela[1] shahabat-shahabat Nabi, maka ia tidak termasuk dalam golongan Islam."[2]

Ibnu katsir berkata - dalam kaitan dengan firman Allah surah Al-Fath ayat 29:

مُحَمَّدٌ رَسُولُ اللَّهِ وَالَّذِينَ مَعَهُ أَشِدَّاءُ عَلَى الْكُفَّارِ رُحَمَاءُ بَيْنَهُمْ تَرَاهُمْ رُكَّعًا سُجَّدًا يَبْتَغُونَ فَضْلا مِنَ اللَّهِ وَرِضْوَانًا سِيمَاهُمْ فِي وُجُوهِهِمْ مِنْ أَثَرِ السُّجُودِ ذَلِكَ مَثَلُهُمْ فِي التَّوْرَاةِ وَمَثَلُهُمْ فِي الإنْجِيلِ كَزَرْعٍ أَخْرَجَ شَطْأَهُ فَآزَرَهُ فَاسْتَغْلَظَ فَاسْتَوَى عَلَى سُوقِهِ يُعْجِبُ الزُّرَّاعَ لِيَغِيظَ بِهِمُ الْكُفَّارَ وَعَدَ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ مِنْهُمْ مَغْفِرَةً وَأَجْرًا عَظِيمًا

Artinya: Muhammad itu adalah utusan Allah dan orang-orang yang bersama dengan Dia adalah keras terhadap orang-orang kafir, tetapi berkasih sayang sesama mereka. kamu Lihat mereka ruku' dan sujud mencari karunia Allah dan keridhaan-Nya, tanda-tanda mereka tampak pada muka mereka dari bekas sujud. Demikianlah sifat-sifat mereka dalam Taurat dan sifat-sifat mereka dalam Injil, Yaitu seperti tanaman yang mengeluarkan tunasnya Maka tunas itu menjadikan tanaman itu kuat lalu menjadi besarlah Dia dan tegak Lurus di atas pokoknya; tanaman itu menyenangkan hati penanam-penanamnya karena Allah hendak menjengkelkan hati orang-orang kafir (dengan kekuatan orang-orang mukmin). Allah menjanjikan kepada orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal yang saleh di antara mereka ampunan dan pahala yang besar.

Ia berkata: "Dari ayat ini, dalam satu riwayat dari Imam Malik, ia mengambil satu kesimpulan bahwa golongan Rafidhah, yaitu orang-orang yang membenci para shahabat Nabi saw adalah kafir. Beliau berkata: "Karena mereka ini membenci para shahabat. Barangsiapa membenci para shahabat, maka ia adalah kafir berdasarkan ayat ini." Pendapat ini disepakati oleh segolongan ulama.[3]

Al Qurthubi berkata: "Sungguh ucapan Imam Malik itu benar dan penafsirannya pun benar. Siapa pun yang menghina seseorang Shahabat atau mencela periwayatannya,[4] maka ia telah menentang Allah, Tuhan seru sekalian alam dan membatalkan syariat kaum Muslimin.[5]

Imam Ahmad:

Beberapa riwayat diriwayatkan orang darinya tentang pendapat beliau yang mengkafirkan golongan Syi'ah.

Al Khalal meriwayatkan dari Abu Bakar al Marwadzi, ia berkata: "Saya bertanya kepada Abu Abdullah tentang orang yang mencela Abu Bakar, Umar dan Aisyah? Jawabnya: Saya berpendapat bahwa dia bukan orang Islam."[6]

Al Khalal berkata: "Abdul Malik bin Abdul Hamid menceritakan kepadaku, katanya: "Saya mendengar Abu Abdullah berkata: "Barangsiapa mencela (Shahabat) maka aku khawatir ia menjadi kafir seperti halnya orang-orang Rafidhah. Kemudian beliau berkata: "Barangsiapa mencela Shahabat Nabi saw maka kami khawatir dia keluar dari Islam (tanpa disadari)."[7]

Ia berkata: "Abdullah bin Ahmad bin Hambal bercerita kepada kami, katanya: "Saya bertanya kepada ayahku perihal seseorang yang mencela salah seorang dari Shahabat Nabi Saw. Maka jawabnya: "Saya berpendapat ia bukan orang Islam".[8]

Tersebut dalam kitab As Sunnah karya Imam Ahmad, mengenai pendapat beliau tentang golongan Rafidhah: "Mereka itu adalah golongan yang menjauhkan diri dari shahabat Muhammad saw dan mencelanya, menghinanya serta mengkafirkannya kecuali hanya empat orang saja yang tiada mereka kafirkan, yaitu: Ali, Ammar, Miqdad dan Salman. Golongan Rafidhah ini sama sekali bukan Islam."[9]

Syi'ah Itsna Asy'ariyah mengkafirkan para shahabat, kecuali beberapa orang yang jumlahnya tidak melebihi jari-jari satu tangan. Mereka melaknat shahabat, baik dalam doa, saat berziarah, di tempat-tempat pertemuan mereka maupun di dalam kitab-kitab induk mereka. Mereka mengkafirkan para shahabat sampai hari Kiamat.[10]

Ibnu Abdil Qawiy berkata: "Imam Ahmad telah mengkafirkan orang-orang yang menjauhkan diri dari shahabat, orang yang mencela Aisyah, ummul Mukminin dan menuduhnya berbuat serong, padahal Allah telah mensucikannya dari tuduhan tersebut seraya beliau membaca ayat: "Allah menasehati kamu, agar kamu jangan mengulang hal seperti itu untuk selama-lamanya, jika kamu benar-benar beriman."[11]

Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah menyebutkan di dalam kitab Majmu' al Fatawa, bahwa pernyataan mengkafirkan golongan Rafidhah seakan-akan ada perbedaan antara Imam Ahmad dan lain-lainnya.[12]

Pernyataan-pernyataan Imam Ahmad yang tersebut di atas dengan jelas memuat kata mengkafirkan mereka. Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah memperingatkan duduk persoalan pendapat yang tidak mengkafirkan golongan Rafidhah (Syi'ah), karena perbuatan mereka mencela Shahabat. Dengan demikian batallah anggapan tentang pernyataan Imam Ahmad yang seakan-akan bertentangan - kafir tidaknya Syi'ah.

Selanjutnya Ibnu Taimiyyah berkata: "Adapun seseorang yang mencela shahabat dengan kata-kata yang tidak sampai mengingkari kejujuran mereka dan agama mereka, seperti mengatakan bahwa ada shahabat yang bakhil, atau penakut, atau kurang ilmunya, atau tidak zuhud dan sejenisnya, maka orang semacam ini wajib mendapatkan pengajaran dan hukuman. Tetapi kita tidak menggolongkannya sebagai orang kafir, semata-mata karena perbuatan tersebut. Demikianlah yang dimaksud oleh pernyataan kalangan ulama yang tidak mengkafirkan orang-orang yang mencela shahabat.[13]

Maksudnya, barangsiapa mencela para shahabat dengan kata-kata yang mengingkari kejujuran mereka dan agama mereka, maka ia digolongkan sebagai orang kafir oleh sebagian kalangan ulama. Kalau begitu, lalu bagaimana halnya dengan orang yang menyatakan bahwa para shahabat telah murtad?

Al Bukhari (wafat tahun 256 H)

Ia berkata: "Bagi saya sama saja, apakah aku shalat dibelakang Imam beraliran Jahm atau Rafidhah, atau aku shalat dibelakang Imam Yahudi atau Nashrani. Dan (seorang muslim) tidak boleh memberi salam kepada mereka, mengunjungi mereka ketika sakit, kawin dengan mereka, menjadikan mereka sebagai saksi dan memakan sembelihan mereka."[14]

Abdur Rahman bin Mahdi [15]

Bukhari berkata, Abdur Rahman Mahdi berkata: "Dua hal ini (mengingkari kejujuran shahabat dan menganggap mereka murtad) merupakan agama bagi golongan Jahmiyah dan Rafidhah."[16]

Al Faryabi [17]

Al Khalal meriwayatkan, katanya: "Telah menceritakan kepadaku Harb bin Ismail al Kirmani, katanya: "Musa bin Harun bin Zayyad menceritakan kepada kami, katanya: "Saya mendengar al Faryabi dan seseorang yang bertanya kepadanya tentang orang yang mencela Abu Bakar. Jawabnya: "Dia Kafir." Lalu ia berkata: "Apakah orang semacam itu boleh dishalatkan jenazahnya?" Jawabnya: "Tidak." Dan aku bertanya pula kepadanya: "Apa yang dilakukan terhadapnya, padahal orang itu juga telah mengucapkan Laa Ilaaha Illallah?" Jawabnya: "Jangan kamu sentuh (Jenazahnya) dengan tangan kamu, tetapi kamu angkat dengan kayu sampai kamu menurunkan ke liang lahatnya."[18]

Ahmad bin Yunus[19]

Beliau berkata: "Sekiranya seorang Yahudi menyembelih seekor binatang dan seorang Rafidhi (Syi'i) juga menyembelih seekor binatang, niscaya saya hanya memakan sembelihan si Yahudi, dan aku tidak mau makan sembelihan si Rafidhi. Karena dia telah murtad dari Islam."[20]

Abu Zur'ah ar Razi [21]

Beliau berkata: "Bila anda melihat seseorang merendahkan (mencela) salah seorang shahabat Rasulullah saw maka ketahuilah, bahwa orang tersebut adalah Zindiq. Karena ucapannya itu berakibat membatalkan Al Qur'an dan As Sunnah."[22]

Ibnu Qutaibah [23]

Beliau berkata: bahwa sikap berlebihan golongan Syi'ah dalam mencintai Ali tergambar di dalam perilakunya dengan melebihkan beliau di atas orang-orang yang dilebihkan oleh Nabi dan para Shahabatnya, anggapan mereka, bahwa Ali sebagai sekutu Nabi Saw dalam kenabian, dan para Imam dari keturunannya mempunyai pengetahuan tentang hal-hal yang ghaib. Pandangan seperti itu dan banyak hal-hal rahasia lainnya menjadikannya sebagai perbuatan dusta dan kekafiran, kebodohan dan kedunguan yang keterlaluan.[24]

Abdul Qadir al Baghdadi [25]

Beliau berkata: "Golongan Jarudiyah, Hisyamiyah, Jahmiyah, Imamiyah sebagai golongan pengikut hawa nafsu yang telah mengkafirkan Shahabat-shahabat terbaik Nabi, maka menurut kami mereka adalah kafir. Menurut kami mereka tidak boleh dishalatkan dan tidak sah berma'mum shalat dibelakang mereka."[26]

Beliau berkata: "Mengkafirkan mereka adalah suatu hal yang wajib, karena mereka menyatakan Allah bersifat al Badaa' (tidak tahu apa yang akan terjadi). Mereka beranggapan, bahwa Allah apabila menghendaki sesuatu, maka Allah mengetahuinya setelah sesuatu itu muncul. Mereka pun beranggapan, bahwa Allah dalam memerintahkan sesuatu (tidak tahu baik-buruknya), bila kemudian muncul (buruknya), maka dibatalkannya perintah itu.

Kami apabila melihat dan mendengar sesuatu sifat kekafiran senantiasa sifat itu melekat pada golongan Rafidhah (Syi'ah).[27]

Al Qadhi Abu Ya'la [28]

Beliau berkata: "Adapun hukum terhadap orang Rafidhah", jika ia mengkafirkan shahabat atau menganggap mereka fasik yang berarti mesti masuk neraka, maka orang semacam ini adalah kafir."[29]

Padahal golongan Rafidhah (Syi'ah) sebagaimana terbukti di dalam pokok-pokok ajaran mereka adalah orang-orang yang mengkafirkan sebagian besar Shahabat Nabi.

Ibnu Hazm

Beliau berkata: "Pendapat golongan Nashrani yang menyatakan bahwa golongan Rafidhah (Syi'ah) menuduh Al Qur'an telah diubah, maka sesungguhnya dakwaan semacam itu menunjukkan golongan Syi'ah adalah bukan muslim.[30] Karena golongan ini muncul pertama kali dua puluh lima (25) tahun setelah wafatnya Rasulullah. Ia merupakan golongan yang melakukan kebohongan dan kekafiran seperti yang dilakukan kaum Yahudi dan Nashrani."[31]

Beliau berkata: "Salah satu pendapat golongan Syi'ah Imamiyah, baik yang dahulu maupun sekarang ialah Al Qur'an itu sesungguhnya telah diubah."[32]

Kemudian beliau berkata: "Orang yang berpendapat, bahwa Al Qur'an ini telah diubah adalah benar-benar kafir dan men-dustakan Rasulullah Saw.[33]

Beliau berkata: "Tidak ada perbedaan pendapat di kalangan semua kelompok umat Islam Ahlus Sunnah, Mu'tazilah, Murji'ah, Zaidiyah, bahwa adalah wajib berpegang kepada Al Qur'an yang biasa kita baca ini " Dan hanya golongan Syi'ah ekstrim sajalah yang menyalahi sikap ini. Dengan sikapnya itu mereka menjadi kafir lagi musyrik, menurut pendapat semua penganut Islam. Dan pendapat kita sama sekali tidak sama dengan mereka (Syi'ah). Pendapat kita hanyalah sejalan dengan sesama pemeluk agama kita."[34]

Beliau berkata pula: "Ketahuilah, sesungguhnya Rasulullah tidak pernah menyembunyikan satu kata pun atau satu huruf pun dari syariat Ilahi. Saya tidak melihat adanya keistimewaan pada manusia tertentu, baik anak perempuannya atau keponakan laki-lakinya atau istrinya atau shahabatnya, untuk mengetahui sesuatu syariat yang disembunyikan oleh Nabi terhadap bangsa kulit putih, atau bangsa kulit hitam atau penggembala kambing. Tidak ada sesuatu pun rahasia, perlambang ataupun kata sandi di luar apa yang telah disampaikan oleh Rasulullah kepada umat manusia. Sekiranya Nabi menyembunyikan sesuatu yang harus disampaikan kepada manusia, berarti beliau tidak menjalankan tugasnya. Barang siapa beranggapan semacam ini, berarti ia kafir.[35]

Al Asfaraayaini [36]

Telah diriwayatkan beberapa macam aqidah Syi'ah, misalnya: Mereka mengkafirkan shahabat , Al Qur'an telah diubah dari keasliannya dan terdapat tambahan serta pengurangan, mereka menantikan kedatangan imam ghaib mereka yang akan muncul untuk mengajarkan syariat kepada mereka " beliau berkata: "Semua kelompok Syi'ah Imamiyah telah sepakat pada keyakinan sebagaimana kami sebutkan di atas." Kemudian beliau menyatakan tentang hukum mereka sebagaimana dikatakannya: "Dalam keyakinan mereka semacam itu sama sekali bukanlah merupakan ajaran Islam dan hanya berarti suatu kekafiran. Karena di dalam keyakinan semacam itu tak ada lagi sedikit pun ajaran Islam tersisa."[37]

Abu Hamid Al Ghazali [38]

Beliau berkata: Karena golongan Rafidhah[39] dalam memahami Islam itu lemah (dangkal), maka mereka melakukan kedurhakaan dengan membuat aqidah al Badaa'. Meriwayatkan dari Ali, bahwa beliau tidak mau menceritakan hal yang ghaib, karena khawatir diketahui oleh Allah, sehingga Allah akan mengubah-nya.[40] Mereka pun meriwayatkan dari Ja'far bin Muhammad, bahwa ia berkata: "Allah tidak mengetahui sesuatu kejadian dimasa datang sebagaimana hanya pada peristiwa Ismail, yaitu peristiwa penyembelihannya.[41] " Aqidah semacam ini benar-benar suatu kekafiran, dan menganggap Allah itu bodoh dan mudah terpengaruh. Hal semacam ini mustahil, karena Allah itu ilmu-Nya Maha meliputi segala sesuatu.[42]

Al-Ghazali berkata: "Seseorang yang dengan terus terang mengkafirkan Abu Bakar dan Umar -semoga Allah meridhai mereka- maka ia telah menentang dan membinasakan ijma' kaum muslimin. Padahal tentang diri mereka (para shahabat) ini terdapat ayat-ayat yang menjanjikan surga kepada mereka dan pujian bagi mereka serta mengukuhkan atas kebenaran kehidupan agama mereka, keteguhan aqidah mereka dan kelebihan mereka dari manusia-manusia lain. Kemudian kata beliau: "Bilamana riwayat yang begini banyak telah sampai kepadanya, namun ia tetap berkeyakinan bahwa para shahabat itu kafir, maka orang semacam ini adalah kafir. Karena ia telah mendustakan Rasulullah. Sedangkan orang yang mendustakan satu kata saja dari ucapan beliau, maka menurut ijma' kaum muslimin, orang tersebut adalah kafir.[43]

Al Qadhi 'Iyadh [44]

Beliau berkata: "Kita telah menetapkan kekafiran orang-orang Syi'ah yang telah berlebihan dalam keyakinan mereka, bahwa para imam mereka lebih mulia daripada Nabi."[45]

Begitu pula dihukum kafir orang yang mengatakan, bahwa Ali dan para imam sesudahnya mempunyai wewenang kenabian yang sama dengan Nabi Saw. Setiap imam Syi'ah menempati derajat sama dengan Nabi Saw. Di dalam hal kenabian dan sumber penetapan agama. Beliau menyatakan, bahwa mayoritas golongan Syi'ah berkeyakinan seperti ini.[46] Begitu juga seseorang yang mengaku-ngaku memperoleh wahyu, sekalipun tidak mengaku sebagai Nabi[47].

Beliau berkata: "Kami juga mengkafirkan siapa saja yang mengingkari Al Qur'an, walaupun hanya satu huruf atau menyatakan ada ayat-ayat yang diubah atau ditambah di dalamnya, sebagaimana keyakinan golongan Bathiniyyah dan Isma'iliyyah.[48]

As Sam'aani [49](Wafat, 562 H)

Beliau berkata: "Umat Islam telah bersepakat untuk mengkafirkan golongan imamiyah (Syi'ah) karena mereka berkeyakinan, bahwa para shahabat telah sesat, mengingkari ijma' mereka dan menisbatkan hal-hal yang patut bagi mereka."[50]& [51]

Ar Rozi [52]

Ar Rozi menyebutkan, bahwa shahabat-shahabatnya dari aliran Asyairah mengkafirkan golongan Rafidhah (Syi'ah), karena tiga alas an:

Pertama: karena mengkafirkan para pemuka kaum muslimin (para shahabat Nabi). Setiap orang yang mengkafirkan seseorang muslim, maka dia adalah kafir. Dasarnya adalah sabda Nabi Saw (artinya): "Barangsiapa berkata kepada saudaranya, hai kafir!, maka sesungguhnya salah seseorang dari keduanya atau lebih patut sebagai orang kafir."[53]

Dengan demikian mereka (golongan Syi'ah) otomatis menjadi kafir.

Kedua: mereka telah mengkafirkan suatu umat (kaum) yang telah ditegaskan oleh Rasulullah sebagai orang-orang terpuji dan memperoleh kehormatan (para shahabat Nabi).

Dengan demikian golongan Syi'ah menjadi kafir, karena mendustakan apa yang telah dikatakan oleh Rasulullah.

Ketiga: Umat Islam telah ijma' menghukum kafir siapa saja yang mengkafirkan para tokoh dari kalangan shahabat[54].

Muhammad bin Ali Asy Syaukaani [86]

Beliau berkata: "Sungguh, inti dakwah Syi'ah adalah memperdayakan agama dan melawan syariat kaum muslimin. Tetapi yang sangat diherankan dari sikap para ulama, para pemimpin agama adalah mengapa mereka membiarkan orang-orang itu melakukan kemungkaran, yang tujuan dan maksudnya sangat busuk. Orang-orang yang rendah tersebut ketika bermaksud menentang syariat Islam yang suci dan menyalahinya, mereka melakukan cercaan terhadap kehormatan para penegak syariat ini, yaitu orang-orang yang menjadi jalan sampainya syariat tersebut kepada kita, mejerumuskan orang-orang awam dengan caranya yang terkutuk itu dan cara syaitan, sehingga mereka mengutarakan celaan dan laknat kepada sebaik-baik manusia (para shahabat) dan menyembunyikan permusuhan terhadap syariat Islam dengan menyingkirkan hukum Islam dari tengah umat manusia.

Cara yang mereka tempuh ini adalah lebih keji daripada dosa-dosa besar, yang merupakan perbuatan yang sangat jahat. Sebab cara semacam itu adalah menentang Allah dan Rasul-Nya serta syariat-Nya.

Perbuatan yang mereka lakukan mencakup empat (4) dosa besar, masing-masing dari dosa-dosa besar ini merupakan kekafiran yang terang-terangan.:

Pertama : Menentang Allah.

Kedua : Menentang Allah dan Rasul-Nya

Ketiga : Menentang syariat Islam yang suci dan upaya mereka untuk melenyapkannya.

Keempat : Mengkafirkan para shahabat yang di ridhai oleh Allah yang di dalam Al Qur'an telah dijelaskan sifat-sifatnya, bahwa mereka orang yang paling keras kepada golongan kuffar, Allah swt menjadikan golongan kuffar sangat benci kepada mereka, Allah meridhai mereka dan disamping itu telah menjadi ketetapan hukum di dalam syariat Islam yang suci, bahwa barangsiapa yang mengkafirkan seorang muslim, maka dia telah kafir, sebagaimana tersebut di dalam Bukhari, Muslim dan lain-lainnya, hadits Ibnu Umar, Rasulullah Saw bersabda:

Artinya: Apabila seseorang mengatakan kepada saudaranya "wahai kafir!", maka jika orang yang dipanggilnya itu benar seperti apa yang dikatakannya, maka ia patut sebagai orang kafir. Tetapi jika tidak, maka kembali kepada dirinya sendiri.[87]

Dengan demikian, jelaslah, bahwa setiap orang Syi'ah adalah orang jahat (busuk) lagi menjadi orang kafir, karena mengkafirkan seorang shahabat. Maka apalagi kalau mengkafirkan semua shahabat, kecuali beberapa orang sebagai siasat untuk menyesatkan khalayak ramai yang tidak mampu memikirkan dalih-dalihnya.[88"
Read More..

Khamis, 24 Februari 2011

Undang-Undang Islam, Kenapa ramai yang meraguinya

 "Pertamanya.. memang org2 yahudi dan nasara(kristien) nih x kan redha selagi mana org2 islam dan semuanya mengikuti ajaran nya..perkara nih jelas..dan telah pon disebutkan dlm Firman Allah taala.."Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)". Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemauan merekasetelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. albaqarah 120Jadi mereke akan bersungguh untuk mengelabukan dan menakut2kan dan mempengaruhi semua org dlm dunia nih.. pertama mereke menggunakan media untuk menyebar kan berite2 palsu atau fitnah2 terhadap negare2 islam atau terhadap org2 islam... kedua, dgn media juga mereke sebarkan n mereke tonjolkan aksi2 sosial yg bebas.. yg membuat nafsu para2 remaje menjadi lalai dan ingin akan suasana seperti itu..dan negare atau pemimpin masing2 juge tidak mengawal media ini malah mengalu2kan para remaja kerane mereka juga adalah org2 yg inginkan kepentingan diri masing2 tercapai..sehingge sanggup menjual maruah islam, n bangse itu sendiri, ketige, dgn media juge mereke tutup keburukan mereke dan menyebarkan kebaikan walaupun kebaikan itu kecik nak dibanding dgnkeburukan didlm negare atau didlm kerajaan mereke, sedangkan kalau di lihat dari segi kes2 jenayah, kes2 rogol, kes2 pelacuran kes rompakan, kes2 bunuh, dll..negare2 merekelah yg paling tinggi..seperti UK, dan US. keempat, dgn media juga mereke mengutuk dan memutar belitkan negare2 yg menjalan hukum2 islam seperti iran, arab saudi walaupn mereke tidak menjalankan sepenuhnye..tapi pihak yahudi n kristien cube untuk menyebarkan betape zalimnye hukum2 ini, betape bertentangan dgn hal2 kemanusian..dan sebagainye..mereke akan sebarkan...separuh dan mereka2 separuh..supaya hukum itu terlihat jahat dan zalim.. ok.. nak bagi satu ayat yg akan melawan rancangan mereke,Sesungguhnya Al Qur'an itu benar-benar firman yang memisahkan antara yang hak dan yang batil, 13 dan sekali-kali bukanlah dia senda gurau. 14 Sesungguhnya orang kafir itu merencanakan tipu daya yang jahat dengan sebenar-benarnya.15Dan Aku pun membuat rencana (pula) dengan sebenar-benarnya. 16 Karena itu beri tangguhlah orang-orang kafir itu yaitu beri tangguhlah mereka itu barang sebentar(dunia). 17 (surah ataariq)Kenapa ramai yang meragukan tentang undang-undang islam atau shariah?
  1. Mereka sedikit sebanyak terpengaruh dengan sebaran dari orang-orang kafir,2-mereke kurang mendalami ilmu-ilmu agama, hatta orang beragama pun ada yg meragukan, kerana mereka kurang faham.
  2. Tidak pernah mereka lalui dan berpengalaman dengan hukum-hukum shariah yang sepenuhnya.kerana mereka sejak kecik sudah mengamalkan dan didedahkan dengan undang-undang civil, dan undang-undang shariah dihadkan.
  3. Kurang pendedahan tentang hukum-hukum shariah yang sebenarnya, malah ditakut-takutkan dengan pikiran yang negatif, seperti : org perempuan yg dirogol diambil tindakan sama seperti orang yang merogol, curi je potong tangan, dll
Padahal semua perkara ini disalah tafsirkan oleh orang2 kafir dan orang2 awam, kerana terpengaruh dengan berita2 dari orang2 kafir, padahal sudah jelas bagi orang2 beriman dan islam untuk tidak mempercayai sesuatu berita tu... sehingga di buktikan, seperti firman Allah taala.yg bermaksud :Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu. hujurat -6 Perlu diingatkan bahawa konsep kehakiman dalam islam ialah, hakim tidak boleh menghukum mana-mana tertuduh atau terlibat sehingga jelas bukti-bukti dan saksi-saksi mata terhadap kejadian atau pengakuan oleh tertuduh atau terlibat, kerana dalam semua kes islam meletakkan bahawa melepaskan orang yang bersalah lebih baik dari menghukum orang yang tidak bersalah. dan sebelum menjalankan hukum-hukum shariah atau islam..kefahaman dan pendedahan terhadap hukum-hukum perlu di sebar luaskan dan perlu difahamkan oelh kerajaan kepada seluruh rakyat.. untuk mengelakkan kekeliruan berlaku.. ilmu-ilmu agama berkenaan dengan feqah, adab, akhlak, aurat, dan lain-lain perlu dipertingkatan supaya undang-undang berjalan selari dengan keadaan dan suasana... hukum-hukum shariah atau undang2 shariah dilihat tegas, tapi sebenarnya undang2 shariah la yang menyelamatkan manusia dari terlibat atau terjebak dalam kes jenayah, maksiat dan sebagainya, hendak menjaga manusia ni bukan senang, hanya Allah sahaja yang mampu, tapi dengan menggunakan hukum2 atau undang2 dari Allah setidaknya dapat mengurang dan mengawal manusia dari gejala2 jenayah, maksiat dan sebagainya...walaupun disana terdapat manusia yang ingakar, degil dan sebagainya.. isu undang-undang shariah atau islam ni perlu dijelaskandan difahamkan dasar sebenar dan cara sebenar..baru ramai yang menyakini.. untuk melihat statistic dunia tentang semua jenayah seperti rogol, bunuh, dadah, pelacuran, rasuah boleh cari di laman web ni..
http://www.nationmaster.com/ Bezakan angka kes2 jenayah setiap negara..dan bandingkan dengan negara yang menjalankan hukum shariah seperti iran atau arab saudi ...:::Manusia dicipta oleh Allah maka guna jugalah hukum yg datang dari Allah:::.
Read More..

Ayah, Adakah Manusia Tidak Masuk Neraka Bila Hari Hujan?

 Pada setiap petang Jumaat, selepas solat Jumaat, selepas melayani para jamaah di Masjid,
Imam dan putera lelakinya yang berumur 11 tahun akan keluar ke bandar untuk mengedarkan risalah bertajuk "Jalan Ke Syurga" dan juga menyampaikan ceramah agama.
Pada petang Jumaat itu, seperti biasa Imam dan putera lelakinya akan keluar untuk mengedarkan risalah.
Bagaimanapun pada petang tersebut keadaan di luar rumah sangat sejuk dan hujan pula turun dengan sangat lebat.
Budak itu memakai baju sejuk dan baju hujan dan berkata "OK ayah, saya sudah bersedia".
Ayahnya berkata "Bersedia untuk apa?".
Budak itu menjawab "Ayah, masa telah tiba untuk kita keluar mengedarkan buku-buku tentang Islam ini".
Ayahnya
Dengan muka yang kehairanan, budak itu bertanya ayahnya, "Tetapi ayah, adakah manusia tidak masuk neraka jika hari hujan?"
Ayahnya menjawab, “Anakku, Ayah tak akan keluar dengan cuaca begini..”.
Dengan nada sedih, budak itu bertanya, “Ayah, boleh tak benarkan saya pergi?”.
Ayahnya teragak-agak seketika, kemudian berkata, “Anakku, awak boleh pergi.
Bawalah buku ini semua dan berhati-hati” .
Kemudian, budak itu telah keluar dan meredah hujan.
Budak sebelas tahun ini berjalan dari pintu ke pintu dan lorong-lorong sekitar bandar.
Dia memberikan risalah dan buku kepada setiap orang yang ditemuinya.
Setelah dua jam berjalan dalam hujan, akhirnya tinggal hanya satu naskhah padanya.
Ketika itu dia telah basah kuyup dan berasa sejuk hingga ke tulang.
Budak itu berhenti di satu penjuru jalan sambil mencari seseorang untuk diberikan buku tersebut.
Namun keadaan di situ lengang.
Kemudian dia berpatah balik ke rumah pertama yang dia lalu di lorong itu.
Dia berjalan di kaki lima menuju ke rumah tersebut.
Bila sampai di pintu hadapan, dia menekan suis loceng namun tiada sesiapa yang membuka pintu.
Dia tekan lagi dan lagi, tetapi masih tiada jawapan.
Dia tunggu lagi tetapi masih tiada jawapan.
Akhirnya dia berpaling untuk meninggalkan rumah tersebut, tetapi seperti ada sesuatu yang menghalangnya.
Dia kembali ke pintu itu dan menekan lagi suis loceng dan buat pertama kalinya mengetuk pintu dengan kuat.
Dia tunggu, kemudian seperti sesuatu di anjung rumah itu menghalangnya supaya jangan pergi.
Dia menekan suis loceng sekali lagi dan kali ini dengan perlahan pintu dibuka.
Berdiri di hadapan pintu itu seorang perempuan tua yang berwajah kesedihan.
Dengan perlahan perempuan tua itu bertanya, “Apa yang boleh saya bantu awak, wahai budak?”.
Dengan senyuman serta mata yang bersinar yang boleh menyinarkan bumi, budak itu berkata,
“Makcik, saya mohon maaf kalau saya telah mengganggu makcik.
Saya hanya ingin memberitahu bahawa Allah sangat sayang dan sentiasa melindungi makcik.
Saya datang ini hendak memberikan sebuah buku yang terakhir ada pada saya ini.
Buku ini menerangkan semua tentang Tuhan,
tujuan sebenar Tuhan menjadikan kita dan bagaimana untuk mencapai kebahagiaan daripada-Nya” .
Kemudian, budak itu menyerahkan buku terakhir itu dan berpaling untuk balik.
Sebelum berjalan balik, perempuan itu berkata,
“Terima kasih ya anak dan semoga Tuhan memberkatimu” .
Selepas solat Jumaat pada minggu berikutnya, Imam menyampaikan ceramah agama seperti biasa.
Dia menamatkan ceramahnya dengan bertanya,
“ Ada sesiapa yang ingin bertanya soalan atau ingin berkata sesuatu?”.
Dengan perlahan, di barisan belakang di kalangan tempat duduk muslimat,
suara seorang perempuan tua kedengaran di speaker,
“Tiada di kalangan jemaah yang berkumpul ini mengenali saya.
Saya tidak pernah hadir sebelum ini.
Sebelum hari Jumaat yang lepas, saya belum lagi memeluk agama Islam bahkan tidak terfikir langsung untuk memeluknya.
Suami saya telah meninggal dunia beberapa tahun yang lalu,
meninggalkan saya sebatang kara, saya benar-benar keseorangan di dunia ini.”
Pada petang Jumaat yang lepas, ketika cuaca sejuk dan hujan lebat,
saya telah bertekad untuk membunuh diri kerana sudah putus harapan untuk hidup.
Jadi saya mengambil seutas tali dan sebuah kerusi lalu menaiki loteng di rumah saya.
Saya ikat tali tersebut dengan kuat pada kayu palang di bumbung rumah kemudian berdiri di atas kerusi,
hujung tali satu lagi saya ikat di sekeliling leher saya.
Sambil berdiri di atas kerusi, saya berasa benar-benar keseorangan, patah hati.
Saya hampir-hampir hendak melompat tiba-tiba loceng pintu berbunyi di tingkat bawah dan saya tersentak.
Saya berfikir untuk menunggu sebentar, dan pasti orang itu akan pergi.
Saya tunggu dan tunggu, tetapi bunyi loceng semakin kuat dan bertubi-tubi.
Kemudian orang yang menekan suis loceng itu, mengetuk pintu pula dengan kuat.
Saya berfikir sendirian lagi “Siapalah di muka bumi ini yang boleh buat begini?
Tiada siapa pernah tekan suis loceng itu atau nak berjumpa dengan saya”.
Saya longgarkan tali ikatan di leher dan kemudian pergi ke pintu hadapan.
Ketika itu bunyi loceng kuat dan semakin kuat.
Bila saya buka pintu dan lihat, sukar untuk dipercayai oleh mata saya,
di anjung rumah saya itu berdiri seorang budak yang sangat comel yang bersinar wajahnya seperti malaikat,
tidak pernah saya jumpa sebelum ini di dalam hidup saya.
Budak itu tersenyum.
Oh! Saya tidak dapat hendak gambarkan kepada anda semua.
Perkataan yang keluar daripada mulutnya menyebabkan hati saya yang telah lama mati tiba-tiba hidup semula, seruan budak itu seperti suara bayi yang sangat comel.
“Makcik, saya datang hendak memberitahu bahawa Allah sangat menyayangi dan sentiasa melindungi makcik”. Kemudian dia memberikan kepada saya sebuah buku bertajuk “ Jalan Ke Syurga” yang saya sedang pegang ini.
Bila “malaikat kecil” itu telah pulang meredah sejuk dan hujan,
saya menutup pintu dan membaca dengan perlahan setiap perkataan yang tertulis di dalam buku tersebut.
Kemudian saya naik semula ke loteng untuk mendapatkan semula tali dan kerusi.
Saya tak perlukannya lagi.
Oleh sebab di belakang buku ini ada tertera alamat tempat ini,
saya sendiri datang ke masjid ini ingin mengucapkan syukur kepada Tuhan.
Tuhan kepada budak kecil yang telah datang tepat pada waktunya,
yang dengan demikian telah terhindar jiwa saya daripada keabadian di dalam neraka.
Ramai yang berada di dalam masjid ketika itu menitiskan air mata.
Mereka melaungkan TAKBIR…ALLAH HU AKBAR…gemaan takbir bergema di udara.
Imam iaitu ayah kepada budak itu turun dari mimbar pergi ke barisan hadapan di mana
“malaikat kecil” itu sedang duduk.
Dia mendakap puteranya dengan air mata keluar tanpa disedarinya.
Mungkin tidak ada jemaah yang memiliki saat yang lebih mulia ini dan mungkin di alam semesta ini belum pernah melihat seorang ayah yang penuh kasih sayang dan penghormatan terhadap anaknya.
Inilah satu peristiwa..
Read More..

Kenapa mesti bercouple sebelum berkahwin?

 “Kenapa mesti bercouple sebelum berkahwin?”, soal seorang ustaz dengan tegas.

“Mana mungkin sebuah rumahtangga mendapat keredhaan Allah jika permulaannya sudah tidak tentu hala!”, ujar seorang pendakwah dengan penuh yakin.

Segala nasihat tertuju kepada menyeru agar maksiat dihindarkan oleh mereka yang di usia muda. Jangan mulakan alam rumahtangga dengan dosa dan noda. Kelak binasa.

Tidak susah untuk memahami seruan ini. Itulah kehendak agama. Dosa tidak menjanjikan bahagia. Kebahagiaan letaknya pada ketaatan kepada Allah. Semua itu telah banyak saya ungkapkan di dalam artikel yang lalu. Sebahagian besarnya sudah termuat di dalam buku AKU TERIMA NIKAHNYA.

Dosa tidak menjanjikan bahagia.
Tetapi pastikah bahagia hanya kerana sudah terhindar dari dosa? Jika dosa itu derita, taat itu nikmat kebahagiaan, maka bahagiakah rumahtangga yang jauh dari dosa?
Soalan ini tidak boleh dijawab dengan bahasa praktikal oleh anak-anak muda yang baru menceburkan diri ke alam mencari dan memilih pasangan hidup. Perbincangan kali ini lebih merupakan sebahagian daripada tuntutan Begin with the End in Mind untuk mereka renungkan. Ada pun persoalan yang sedang saya ketengahkan ini, ia adalah untuk mereka yang sudah separuh atau suku jalan menempuh kehidupan berumahtangga.
Persoalan ini banyak mengganggu fikiran saya. Sedikit demi sedikit saya didatangi dengan kes-kes yang luar biasa. Mula-mula ia hanya sekali dua, tetapi lama kelamaan segalanya menjadi seperti timbunan tanah membentuk busut. Hingga tercetus suatu kebimbangan.
Satu demi satu rumahtangga retak dan ribut.
Bukan rumahtangga yang kotor dengan dosa. Bukan suami isteri yang lupa Tuhan. Rumahtangga ini adalah rumahtangga yang dibentuk menurut lunas-lunas Islam. Permulaannya bersih dari masalah pergaulan bebas, malah kedua pasangan ini ‘disatukan’ atas cita-cita Islam, dakwah dan perjuangan yang menemukan mereka.
Seorang ‘akhi’ dan seorang ‘ukhti’, dalam suasana taat kepada Allah… bersatu dalam sebuah Bait Muslim yang berslogankan Baiti Jannati (rumahku syurgaku). Perkahwinan mereka adalah apa yang diimpikan oleh setiap mereka yang mahu mencari separuh kesempurnaan beragama melalui jalan perkahwinan, yang terbina di atas asas taqwa.
Tetapi perkahwinan yang ideal ini sedang diuji. Sangka saya satu atau dua. Ia mungkin kes terpencil. Tetapi sedikit demi sedikit kes ini bertambah dan bercantum, hingga menghasilkan suatu kerisauan yang mendalam. Di manakah silapnya?
Terlalu sulit untuk saya lakarkan kes-kes yang membabitkan rumahtangga ini kerana ia amat sensitif. Rumahtangga seorang lelaki yang berfikrah Islam dan seorang perempuan yang berfikrah Islam, kecundang selepas perkahwinan menjangkau usia matang. Ada di antaranya yang membabitkan perbuatan-perbuatan suami, ada juga yang membabitkan masalah yang ditimbulkan oleh pihak isteri.
Ada suami yang berfikrah Islam, sama ada seorang ustaz mahu pun seorang profesional, mencemarkan rumahtangganya dengan perbuatan-perbuatan curang, bermain kayu tiga, malah ada yang menjadi abusive terhadap isteri dan anak-anak. Ada juga isteri yang berfikrah Islam, merosakkan rumahtangganya dengan perbuatan yang sama… hingga menjadi beban kepada fikiran saya untuk menanggung rahsia mereka.
Saya terpaksa beristighfar, menenangkan diri sendiri dan isteri, sebelum mampu untuk menyelami masalah seperti ini. Gerun dan kesah memikirkan rumahtangga sendiri. Segala yang diperlukan untuk membina rumahtangga dalam sebuah ketaatan telah dilakukan, tetapi saya sedang berdepan dengan insiden kehancuran rumahtangga seperti ini. Jika bukan silap berkaitan dosa dan taat kepada Allah, apa lagi yang tidak kena.
“Rumahtangga ini hanyalah sebuah tanggungjawab. Saya gagal menemui cinta. Saya tidak cintakan suami saya!”, salah satu kes yang saya tangani, tiba kepada jawapan yang dicari.
Saya kebingungan.
Biar pun kali ini jawapannya sungguh jelas dan terus kepada lubuk masalah, ia bukan satu atau dua kes, tetapi saya sedang menanggung beban kes yang berbilang.


TIDAK BERTEMU CINTA
Jika mereka yang asyik berkasih sayang hingga lupa kepada batas-batas agama dalam sebuah pergaulan, nasihat lazim yang disampaikan kepada mereka adalah pada menyedarkan diri mereka tentang soal tanggungjawab. Perkahwinan bukan hanya soal cinta. Tanggungjawab harus dipikul bersama. Soal peranan masing-masing sebagai suami dan isteri, serta bakal ayah dan ibu mesti dilihat dari sudut agama.
“Kalau merancang perkahwinan, jangan rancang hanya ke pelamin, tetapi rancanglah hingga ke lampin!”, itu nasihat komprehensif saya kepada perkahwinan sepasang kekasih yang sebegini.
Tetapi bagi seorang Muslim dan Muslimah, yang mempunyai semangat agama yang tinggi, yang merelakan sebuah perkahwinan dibentuk tanpa pendahuluan yang lazimnya popular dalam masyarakat kebanyakan, terlalu berat untuk saya nukilkan, bahawa nampaknya mereka harus sedar bahawa perkahwinan bukan sekadar tanggungjawab. Ia harus diisi dengan cinta.
Cinta!
Bukan cinta ala Hollywood atau Bollywood, tetapi cinta yang itu. Perasaan yang mendatangkan bahagia.

Seperti kata Ustaz Pahrol Mohamad Juoi di dalam bukunya, Satu Rasa Dua Hati, tanda bahagia ialah apabila adanya tenang. Itulah cara mengukur bahagia. Bahawa di dalam sebuah rumahtangga, kebahagiaan itu boleh diukur dengan tahap ketenangan yang dikecapi oleh suami dan isteri. Jika suami beroleh tenang tatkala pulang ke pangkuan isteri, juga isteri hilang tekanan dan kerunsingan hidup tatkala pulang ke pangkuan suami, maka adalah tenang di situ. Adalah bahagia.
Sukar untuk saya ungkapkan bagaimanakah yang dikatakan sebuah rumahtangga tanpa cinta. Ini bukan kahwin paksa. Ia kahwin rela. Cumanya, demi menjaga agama, mereka tidak bercinta sebelum berumahtangga. Rumahtangga ini adalah rumahtangga orang sekarang yang mencuba resepi bercinta ‘orang dulu’, mengharapkan cinta selepas berkahwin, tetapi malangnya mereka gagal bertemu cinta.

Izinkan saya meminjam kata-kata John Gray di dalam buku terbaru beliau yang mesti dibaca oleh mereka yang sudah menghadam buku awal Men Are From Mars, Women Are From Venus, iaitu buku Why Mars and Venus Collide:
As I travel the world, teaching the Mars and Venus insights, I have witnessed a new trend in relationships linked to increasing stress. Both couples and singles believe they are too busy or too exhausted to resolve their relationship issues, and often think their partners are either too demanding or just too different to understand. Attempting to cope with the increasing stress of working for a living, both men and women feel neglected at home. While some couples experience increasing tension, others have just given up, sweeping their emotional needs under the carpet. They may get along, but the passion is gone.” (muka surat xiv)
Mereka bertahan, tetapi emosi, keinginan dan cinta itu hilang. Segalanya adalah soal tanggungjawab, tentang peranan… tiada perasaan, cinta dan belaian.
Entahlah…
Apakah kerana pengaruh filem, pengaruh persekitaran, pengaruh tempat kerja, atau silap tarbiyah oleh gerakan-gerakan Islam yang mengacukan mereka ini semasa duduk dalam gelanggang tarbiyah, persoalan tanggungjawab tanpa cinta menjadi punca keruntuhan rumahtangga.
Ada yang tidak percaya… menempelak saya kerana menimbulkan isu ini tanpa hujung pangkal. Sangkanya, saya mahu lelaki multazim dan perempuanmultazimah ini bercinta dengan cinta mazhab Bollywood dan Hollywood. Tidak sama sekali.
Tetapi ada sesuatu yang masih dalam kerangka agama yang tidak kita sempurnakan, sekurang-kurangnya di peringkat menguruskan jodoh, sama ada oleh institusi Bait Muslim atau melalui medium keluarga.
MANIFESTASI
Kecacatan cinta dalam rumahtangga yang ‘Islamik’ ini terserlah, seawal tahun-tahun perkahwinan, malah boleh juga muncul selepas beranak pinak.
Suami akan berkahwin dua dengan alasan isteri pertama adalah pilihan jemaah manakala isteri kedua adalah pilihan hatinya! Isteri pula tanpa peruntukan agama untuknya menduakan suami, mencari cinta di luar.
Hubungan hambar antara dirinya dan suami, terubat dengan rakan sepejabat yang lebih understanding, lebih bijak mendengar dan memujuk, atau mungkin juga beralih minat kepada ustaz-ustaz dan ceramahnya. Asasnya, suami dan isteri, kedua-duanya mengkhianati perkahwinan pertama yang begitu ideal, kerana perkahwinan itu ada segalanya kecuali cinta!
TAQWA
Khutbah Nikah pada sunnahnya, terisi dengan ayat-ayat al-Quran yang dipilih dalam genre TAQWA. Ia adalah suatu peringatan daripada Nabi S.A.W bahawa rumahtangga yang diredhai Allah itu harus dibina di atas asas-asas taqwa. Persoalannya di sini, bagaimanakah kita memahami maksud taqwa?
Jika taqwa itu diertikan sebagai kepatuhan yang menyeluruh terhadap peraturan-peraturan Allah, datang pula soalan yang kedua, apakah itu peraturan Allah? Bagaimanakah keseimbangan dalam beragama dapat dibuktikan dalam kepatuhan ini?
SYARIAT ALLAH
Himpunan peraturan Allah SWT diperturunkan melalui wahyu, terhimpun di dalam hukum yang lima. Persoalan wajib, mandub, harus, makruh dan haram, sentiasa diambil kira oleh sebuah rumahtangga yang dibina di atas asas Taqwa. Inilah yang diberikan penekanan selama ini, bahawa sebuah rumahtangga yang diredhai Allah SWT itu harus mematuhi ketetapan Allah yang dihimpunkan di dalam apa yang disebutkan sebagai SYARIAT ALLAH atau SYARIATULLAH.
Menjaga halal dan haram dalam perbelanjaan.
Memelihara peraturan-peraturan Allah dalam persoalan rukun Iman dan rukun Islam.
SUNNATULLAH
Tetapi peraturan Allah juga merangkumi hukum kedua yang disebut sebagai hukum alam. Peraturan yang ditentukan Allah sebagai sistem alam dan manusia yang menghuninya. Sebagaimana hard science menzahirkan hukum Sunnatullah melalui peraturan kimia, fizik dan biologi, maka begitu jugalah soft sciencemenghimpunkan Sunnatullah melalui peraturan komunikasi, psikologi yang dalam hubungan percintaan, kadang-kadang orang sana menyebutnya sebagai chemistry!
Cinta bukan kefahaman. Bukan pengetahuan. Cinta tidak muncul sebagai hasil mengetahui pengertian ilmu cinta yang dicerna oleh akal. Tetapi cinta itu adalah hati dan perasaan. Allah mengurniakannya, dan manusia bertanggungjawab untuk mencari dan berikhtiar menyuburkannya.
Rumahtangga yang bersih dari dosa, adalah rumahtangga yang berjaya mematuhi Syariatullah, tetapi mungkin kehancuran itu masih melanda kerana Taqwanya tidak menyeluruh. Aspek-aspek Sunnatullah diabaikan.

Seorang suami mungkin terlupa untuk melihat zaujah yang dikahwininya itu sebagai seorang perempuan. Perempuan itu, biar pun dipanggil sebagai ukti, atau dibahasakan sebagai enti, berjawatan ustazah, atau ketua Muslimat cawangan, dia adalah perempuan pada fisiologi, biologi, naluri dan perasaannya.
Mungkin selama ini suami lupa untuk membelainya, lupa menghargainya, lupa berusaha mengekalkan kehangatan perasaan di dalam sebuah rumahtangga. Suami yang ustaz, mujahid, haraki lagi manhaji ini, mungkin tidak serius dalam menelaah hadith-hadith Nabi SAW yang memperlihatkan passion baginda dalam mengekalkan suburnya cinta dalam sebuah rumahtangga.
Seorang isteri yang bersuamikan seorang pejuang, seorang ustaz atau seorang Ketua Cawangan sekali pun, tidak harus lupa bahawa suaminya itu tetap seorang lelaki.
Rumahtangga seorang akhi dan seorang ukhti, tetap sebuah rumahtangga seorang lelaki dan perempuan. Jika mereka bertaqwa dalam menjunjung Syariatullah, tinggal satu lagi persoalan, bagaimanakah pula Sunnatullah dalam hubungan mereka?
Sesungguhnya kejayaan menghindarkan diri dari pergaulan bebas serta bantuan institusi Bait Muslim, hanyalah ikhtiar kita untuk membina permulaan rumahtangga yang baik. Tetapi selepas berumahtangga, suami dan isteri harus peka dengan perkembangan emosi dan komunikasi masing-masing kerana ketaatan kepada halal dan haram hanya separuh dari maksud Taqwa.
Bagaimana dengan cinta? Bagaimana Sunnatullah ke atas lelaki dan perempuan yang dicipta-Nya?
Saya meratapi tragedi yang sedang merebak ini…
Read More..

Rabu, 23 Februari 2011

Mesir dalam kegemilangan Kebangkitan Revolusi

Sejak Kelahiran Nabi Yusuf a.s, hingga pengembaraan iskandar zulkarnain dan membawa kepada kelahiran Nabi Musa a.s yang sendiri menyaksikan kezaliman firaun,bangsa mesir terus melarikan diri dan tidak mengambil keputusan untuk melawan.

Tetapi hari mesir ke arah satu kegemilangan intifada semenjak Ikwanul Muslimin, sebuah gerakan Islam yang telah melahirkan Fatah dan Hamas ditindas dan di haramkan kini membawa ke arah sebuah kebangkitan.

Kebangkitan yang di lihatan sebagai rentetan sejarah kebangkitan umat manusia menentang ketidakadilan.Revolusi rakyat china,Bolsheviks,Revolusi Islam Iran dan Revolusi jasmin Tunisia menjadi inspirasi kepada kebangkitan melawan.

Bumi yang menjadi kelahiran para anbiya' kini menjadi medan menuntut erti keadilan men;nyahkan barua - barua israel dari muka bumi mesir.demonstrasi berturut - turut menjadi satu pengajaran pada para diktator.



PILIHAN JALAN RAYA BUKAN PILIHAN RAYA
Rakyat Mesir dan rakyat Arab yang bangun pada pagi ini melihat dunia telah berubah. Dunia baru ini bukan dunia yang ditempah dan di canai di Rumah Putih atau Tel Aviv.

Dunia baru kali ini adalah dunia buatan mereka sendiri. Dunia ini ditempah di jalan raya.

Selama 30 tahun rakyat Mesir digula-gula dengan pilihanraya. Kali akhir tahun 2005 di mana Mubarak dan National Demokratik Parti telah menipu dalam pilihanraya itu.



Husni Mubarak telah menggunakan Suruhanjaya Pilihanraya, Polis, Mukhabarat/SB, Soldadu untuk menipu, mengancam dan menekan pengundi agar memilih NDP dalam pilihanraya ini.

Husni Mubarak juga telah menolak:

- penggunaan dakwat
- menggunakan undi pos
- hanya NDP boleh ada laporan media
- hanya NDP boleh membuat iklan di media



Malah ada tempat tempat langsung tidak ada proses pengundian berjalan. Calon NDP terus menang.

Akhirnya warga Mesir telah memilih jalan raya. Hanya jalan raya dan bukan pilihanraya yang difajhami oleh trejim rejim zalim dan menipu.

Apabila Husni Mubarak telah diundurkan maka barulah boleh satu pilihanraya yang jujur, adil dan diyakini dapat dijalankan.

Sejarah telah menunjukkan yang zalim ganas hanya boleh dilawan dengan jalan raya bukan pilihanraya:

Ahmad Reza Pahlevi Raja Segala Raja Iran jatuh kerana jalan raya.

Marcos jatuh kerana jalan raya.

Suharto jatuh kerana jalan raya.

Park Chung Hee jatuh kerana jalan raya.

Emperor Bokassa jatuh kerana jalan raya.

Dan terakhir ini Hosni Mubarak jatuh kerana jalan raya.

Salut kepada mereka yang memilih jalan raya.

Hari ini umat manusia meraikan pesta demokrasi,kemahuan dan hak mesti di tuntut bukan di turut

AKHIRNYA setelah 18 hari berhimpun, berdemo, mendesak hingga ratusan rakyat marhaen yang terkorban, akhirnya Hosni Mubarak pergi jua....

Inilah yang dikatakan "kuasa rakyat kuasa keramat".... Ambillah iktibar buat semua pemimpin, jangan sombong dan angkuh serta menindas rakyat bila berkuasa...

OLEH ITU MARI KITA RAIKAN KEJAYAAN KEBANGKITAN REVOLUSI RAKYAT JUMAAT INI!!!!!!!
Read More..