Pages

Search This Blog

Followers

like Batu

Jumlah Paparan Halaman

Rabu, 9 Februari 2011

Pinda Akta Kerana Rakyat Tolak Media Penipu

Cadangan kerajaan untuk meminda Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 yang lebih komprehensif sehingga tidak terhad kepada bahan cetak semata-mata, adalah tindakan membalas dendam kepada rakyat yang menolak media Umno yang sarat dengan fitnah dan propaganda Umno semata-mata.

Buktinya ialah laporan oleh Audit Bureau of Circulations (ABC) antara tahun 2005 hingga 2009 , akhbar The Star daripada 310,000 naskhah kepada 287,000 naskhah (-7.4 per cent), New Straits Times daripada 139,000 naskhah kepada 111,000 naskhah (-20 peratus), Utusan Malaysia daripada 213,000 naskhah kepada 169,000 naskhah (-21 peratus) dan Berita Harian daripada 204,000 naskhah kepada 155,000 naskhah (-24 %). Akhbar Sin Chew sahaja yang meningkat daripada 324,000 kepada 382,000 (+18 %).

Syarikat ini hanya boleh bertahan kerana mendapat sokongan dan tajaan Umno sahaja. Jikalau BN tidak berkuasa di negara ini, maka syarikat ini akan berkubur.

PAS berpendapat ini adalah tindakan untuk memaksa rakyat supaya menerima berita yang datang daripada satu saluran sahaja. Ini adalah tindakan terkebelakang, bertentangan dengan slogan  Perdana Menteri yang bercakap mengenai transformasi dan perubahan. Tindakan untuk menyekat maklumat daripada sampai kepada rakyat ibarat menyekat air yang laju. Kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib jangan paksa rakyat untuk menerima satu maklumat sahaja. Pepatah Arab ada menyebut “kamu boleh paksa unta pergi minum air, tetapi tidak boleh paksa minum air”

Tiada ulasan: