Search This Blog

Followers

like Batu

Jumlah Paparan Halaman

Khamis, 31 Mac 2011

Tip percuma resume penting untuk graduan mencari pekerjaan


"Kebelakangan ini ramai jiran dan kenalan bertanyakan saya ada tak kerja kosong di tempat saya, anak mereka yang tamat pengajian di IPT dan kolej telah lama menganggur walaupun banyak tempat mencuba. Memang diakui pasaran kerja sekarang amat terhad dan kompetitif.

Akan tetapi masih ramai graduan kita gagal peringkat pertama memohon pekerjaan apabila gagal mempersembahkan surat permohonan kerja dan resume yang baik, iaitu short and sharp, lebih-lebih lagi kalau memohon di syarikat swasta atau multinasional.

Saya minta pada jiran saya berikan resume anaknya, ringkas, tak perlu sertakan semua sijil-sijil. Resume 2 ke 3 mukasurat cukup dengan surat permohonan. Dia hanya beri resume tanpa surat permohonan. Lalu saya beri penjelasan kepada dia surat permohonan ini penting, perlu dinyatakan jawatan apa yang dipohon dan berapa jangkaan gaji.

Sekiranya syarikat tiada kekosongan, jika surat permohonan dan resume menarik mereka akan simpan KIV atau hantar surat tersebut ke jabatan atau syarikat lain.

Anak jiran saya tadi mempunyai keputusan yang cemerlang, tetapi boleh dikatakan gagal dari segi surat permohonan dan membuat resume.

Kepada mereka yang sedang mencari pekerjaan, dapatkanlah tip-tip yang berkesan untuk memohon pekerjaan. Ijazah, sijil dan keputusan peperiksaan yang cemerlang tidak menjanjikan seseorang itu mendapat pekerjaan.

Yang penting usaha, doa dan tawakal.

Kepada para graduan kolej, IPT dan lain-lain yang ingin bertanya lanjut mengenai cara membuat surat permohonan dan resume boleh e-mel kepada saya rozmal@yahoo.com , insyaAllah saya akan cuba berikan maklumbalas mengikut kemampuan saya.

Artikel saya sebelum ini : IPTA kita gagal lahir graduan buru kerjaya di Blogwaghih.blogspot.com

Read More..

Fatwa dan Hukum Menyambut April Fool

"Dr. Yusuf al-Qardawi menyebut :

Menipu adalah satu sifat yang buruk. Ia tidak layak diamalkan oleh manusia yang berakhlak dan beriman. Bahkan ia adalah satu petanda kemunafikan. Ini kerana Rasulullah SAW bersabda : Orang munafik mempunyai tiga ciri : Dia menipu, tidak menepati janji, dan tidak menunaikan amanah. [HR al-Bukhari dan Muslim]

Rasulullah SAW memberikan amaran ke atas perbuatan menipu dengan tujuan menghiburkan manusia. Baginda SAW bersabda: “Kecelakaan ke atas sesiapa yang menipu untuk menghiburkan manusia, kecelakaan ke atasnya, kecelakaan ke atasnya.” [HR Abu Daud, at-Tirmizi, dan an-Nasai’e]

Rasulullah SAW juga bersabda: “Seseorang itu tidak dikira benar-benar beriman hinggalah dia meninggalkan penipuan yang bertujuan untuk bergurau dan meninggalkan berdebat walaupun dia membawa kebenaran”. [HR Ahmad dan At-Thabrani]. Sebahagian hadis Nabi SAW turut memberikan amaran ke atas umat Islam daripada menakutkan orang lain sama ada secara serius mahupun bergurau. Rasulullah SAW bersabda: “Tidak dibenarkan seseorang menakutkan seorang Muslim.” [HR Abu Daud]

Oleh kerana itu, menipu adalah dilarang dalam apa bentuk pun. Sambutan April Fool adalah dilarang kerana 4 sebab :

1. Larangan menipu yang sudah termaktub di dalam al-Quran dan as-Sunnah.

2. Kesedihan dan ketakutan yang tidak berasas (yang disebabkan penipuan itu) yang mungkin boleh menimpa seseorang mahupun kesemua ahli keluarganya walaupun hanya untuk satu jam.

3. Pengkhianatan ke atas kepercayaan yang diberikan.

4. Meniru budaya buruk yang bukan milik kita, iaitu penipuan.

Sheikh Atiyyah Saqr pula menyatakan :

Adalah menjadi kesepakatan kesemua agama dan akal yang waras bahawa kejujuran itu satu kebaikan, dan penipuan adalah lawannya. Untuk menyatakan kebenaran, kata-katamu hendaklah menerangkan realiti, sedangkan untuk menyatakan penipuan adalah dengan menyampaikan apa yang bercanggah dengan apa yang kamu katakan mahupun lakukan. Seburuk-buruk pendustaan adalah sumpah yang palsu, bahkan itu adalah satu bentuk kemunafikan.

Penipuan adalah dilarang kecuali ia dilakukan dalam keadaan darurat. Di dalam kes tersebut, kaedah “darurat menjadikan yang haram harus” digunakan. Darurat hanya boleh diambil apabila tiada pilihan lain. Salah satu bentuk penipuan yang dibenarkan ialah apa yang kita panggil sebagai helah, iaitu menggunakan perkataan yang membawa lebih daripada satu maksud. Umat Islam mungkin boleh mengambil pemahaman yang positif daripada penafsiran perkataan (yang mempunyai dua makna) tersebut.

Diriwayatkan bahawa penipuan dibenarkan untuk memberikan manfaat, bukan untuk melakukan kerosakan. Rasulullah SAW bersabda: “Seseorang yang mendamaikan di antara dua insan dan berkata perkara yang baik, walaupun ia tidak benar, bukanlah seorang penipu.” [HR al-Bukhari dan Muslim].

Ummu Kalsum binti ‘Uqbah turut berkata, di dalam tambahan lafaz ke atas hadis itu, “Aku tidak pernah mendengar Rasulullah SAW membenarkan menipu kecuali di dalam tiga situasi iaitu ketika perang, untuk mendamaikan di antara dua pihak yang bertelagah, dan perbualan biasa antara suami isteri.” Apa yang dimaksudkan dengan perbualan biasa antara suami isteri ialah untuk meredakan kesusahan di dalam kehidupan.

Sheikh Shalih Fauzan menyatakan :

Penipuan adalah tidak dibenarkan langsung, pada bila-bila masa sahaja. Bahkan adalah tidak dibenarkan untuk meniru orang kafir dan menjadi seperti mereka, sama ada pada hari April Fool, mahupun pada hari-hari yang lain. Ini kerana Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia sebahagian daripada mereka.”

Berdasarkan fatwa-fatwa di atas, kita mendapati bahawa budaya April Fool jelas bertentangan dengan ajaran Islam yang menuntut umat Islam sentiasa bersifat jujur.

www.solihinzubir.com"
 

Read More..

Teori Dajjal Sebagai Perancang Konspirasi Yahudi Sudah Lama Wujud

Dengan tajuk yang agak panjang di atas, saya ingin menegaskan bahawa Muhammad Isa Dawud (Penulis/Wartawan) bukanlah orang pertama yang mempercayai bahawa Dajjal (Antichrist) merupakan perancang utama terhadap konspirasi Yahudi. Setiap apa yang dilakukan oleh Yahudi dalam gerak kerja mereka sejak dari zaman Nabi Musa hinggalah sekarang dipercayai dipengaruhi oleh seseorang yang amat berkuasa.
Muhammad Isa Dawud mula memperkenalkan teorinya tentang Dajjal mengatur segala konspirasi dunia pada tahun 1996. Teorinya itu diperkenalkan di dalam buku kontroversinya yang bertajuk “Dajjal Akan Muncul Dari Kerajaan Jin di Segitiga Bermuda”. Buku ini adalah terbitan Darul al-Basyir, Kaherah dan diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu oleh Pustaka Hidayah (Indonesia) dan Pustaka Syuhada (Malaysia).
Namun demikian, 95 tahun sebelum Isa Dawud menulis buku tentang Dajjal, terdapat seorang cendekiawan dari Russia yang telah pun mengesyaki bahawa Dajjal adalah perancang utama konspirasi Yahudi. Cendekiwan yang sedar ini bernama Prof. Sergius A. Nilus yang hidup sezaman dengan Henry Ford ketika itu.
  
Prof. Sergey A. Nilus (Kiri), Buku pertama edisi Rusia (Kanan)
Hasil Kerja Prof. Nilus
Prof. Nilus menerbitkan buku yang bertajuk “The Great Within the Small” yang diterbitkan pada 1901 dalam bahasa Rusia. Hasil kerja Prof Nilus telah dibawa keluar dari Rusia oleh seorang rakannya yang bernama G. Butmi untuk disebarkan kepada masyarakat dunia. Senaskah daripadanya berjaya disimpan di Muzium British pada 10 Ogos 1906.

Dr. Theoder Herzl, Pengasas Pertubuhan Zionist Antarabangsa.
Buku karangan Prof. Nilus mengandungi himpunan-himpunan Protokol Pertubuhan Zionis yang mana pada zaman itu, organisasi Zionis masih dipimpin oleh pengasasnya iaitu Dr. Theoder Herzl. Apa yang mengejutkan ialah Prof. Nilus berjaya membawa keluar minit-minit mesyuarat kongres Zionis di Bassel yang diadakan paa tahun 1897.
Amat dipercayai bahawa, maklumat-maklumat yang dimiliki oleh Prof. Nilus adalah hasil kerjasamanya dengan seorang perisik Rusia yang bernama Miss Glinka. Beliau (Glinka) telah mengupah seorang pencuri yang bernama Joseph Schorst untuk mencuri dokumen-dokumen mesyuarat Zionis selepas kongres Zionis itu berlangsung. Sebenarnya Schorst juga seorang Yahudi tetapi dia tidak terikat dengan ideologi ekstrim Yahudi Zionist. Apa yang diketahui ialah Schorst adalah salah seorang ahli Mizrain Lodge di Paris.

Kongress Zionist di Bassel (atas)
Dipercayai juga bahawa, rakan Prof. Nilus iaitu Prof. Philip P. Stephanov juga memiliki dokumen protokol Yahudi itu. Stephanov telah mencetak dokumen tersebut lebih awal secara persendirian pada tahun 1897. Kemudian pada 1901, barulah Prof. Nilus menerbitkan dokumen tersebut dalam buku kontroversinya yang bertajuk “The Great Within the Small”. Bezanya ialah, dokumen protokol Yahudi yang diterbitkan oleh Prof. Nilus mengandungi ulasan-ulasan yang mistirius dan hanya dapat difahami oleh masyarakat Islam sedangkan beliau berada di Rusia ketika itu bukannya di negara Arab.
Pada Januari 1917, Nilus menerbitkan edisi kedua, tetapi tidak sempat kerana tercetusnya Revolusi Rusia pada Mac 1917. Perampas kuasa ketika itu, Kerenski (berbangsa Yahudi) telah mengarahkan Prof. Nilus ditangkap. Beliau dipenjarakan dan diseksa, malahan semua hasil karangannya dihapuskan. Ramai pengkaji mempercayai Kerenski adalah salah seorang ahli pertubuhan Yahudi sama ada Zionis atau Freemason.

Rejim Kerenski yang berjaya menguasai Rusia 1917. (atas)
Dengan kuasa tuhan, beberapa naskah Prof. Nilus berjaya di selamatkan dan diterbitkan di Jerman pada 1919, di Perancis dan Amerika pada 1920 dan di beberapa negara lain iaitu Arab, Itali dan Jepun.
Ulasan-Ulasan Aneh Prof. Nilus Tentang Raja Yahudi
Berikut di bawah ini adalah ulasan-ulasan aneh Prof. Nilus yang mana saya pecaya Muhammad Isa Dawud bukanlah orang pertama yang mengesyaki Dajjal sebagai perancang utama. Atau pun, Muhammad Isa Dawud sendiri telah mendapat ilham dari hasil ulasan Prof. Nilus. Wallahualam…
Ulasan Prof. Nilus dalam Bukunya “The Great Within the Small”
“….sudah hampir empat tahun Protokol-Protokol Para Ilmuwan Zionis ini berada di dalam simpanan saya. Hanya Tuhan sajalah yang mengetahui, betapa saya telah berusaha untuk membawanya ke pengetahuan ramai – tetapi sia-sia – malah untuk memberikan amaran kepada mereka yang berkuasa, dengan mendedahkan punca-punca keributan yang melanda Rusia yang seolah-olah bersikap tidak acuh…..”
“…..hanya sekarang, apabila saya khuatir ianya mungkin sudah terlambat, saya telah berjaya menerbitkan hasil kerja saya ini, dengan harapan ia dapat memberi amaran kepada mereka yang masih mempunyai telinga untuk mendengar dan mata untuk melihat.”
“…seseorang itu tidak dapat meragui lagi bahawa kemenangan kerajaan Raja Israel dicapai setelah dunia mengalami kemorosotan samalah seperti kuasa Syaitan, dengan kuasa dan sifatnya yang menggerunkan; Raja yang dilahirkan dari keturunan Zionis (Yahudi) iaitu AntiChrist (Dajjal) – makin hampir untuk menduduki takhta empayar sejagat (masyarakat dunia)….”
“….peristiwa-peristiwa dicetuskan dalam jangkamasa yang pantas di dunia: perkelahian, peperangan, kebuluran, khabar angin, wabak penyakit, gempa bumi – kesemuanya yang kelihatan mustahil sebelumnya, pada hari ini menjadi kenyataan…..Seseorang itu mungkin tidak terfikir hari-hari berlalu terlau pantas untuk menyegerakan matlamat insan pilihan (Dajjal).”
“….di sanubari saya, saya dapat merasakan bahawa masanya telah tiba untuk mengadakan Majlis Oecumenical ke-8 yang akan menyatukan pastor dan wakil-wakil semua umat kristian. Semua perbalahan sekular dan perpecahan akan dilupakan bagi menyiapkan diri untuk menentang ancaman AntiChrist (Dajjal) yang mendatang.”
Saya percaya bahawa Prof. Nilus seorang yang berpegang teguh kepada ajaran Kristian dan beliau tidak meragui bahawa Dajjal (AntiChrist) itu wujud dan ada bersembunyi di sesuatu tempat yang rahsia. Saya juga percaya bahawa Prof. Nilus mengetahui semua perancangan rahsia Yahudi Zionis adalah diatur oleh Dajjal sendiri yang memberikan maklumat dari suatu tempat lain yang rahsia dan misteri.
Dan kemudian sehinggalah pada 1996, Muhammad Isa Dawud memecahkan kebuntuan Prof. Nilus (walaupun tidak disebut dalam karyanya) tentang tempat perancangan Dajjal tersebut. Muhammad Isa Dawud dengan hujah-hujahnya yang tersendiri dengan yakin menyatakan Dajjal sedang bersembunyi di Segitiga Bermuda.
Pembaca-pembaca yang telah membaca buku Muhammad Isa Dawud yang bertajuk, “Dajjal akan Muncul….” juga harus ingat bahawa Muhammad Isa Dawud ada menulis dalam bukunya seperti berikut, “….Dajjal melalui agen-agennya….” Perkataan tersebut diulang berkali-kali seolah-olah ingin memberitahu kita bahawa ada manusia-manusia Yahudi yang mengetahui Raja mereka sedang bersembunyi di suatu tempat yang misterius dan hanya menunggu masa untuk keluar.
Saya secara peribadi bersyukur dengan terbitnya buku Muhammad Isa Dawud tentang Dajjal itu kerana ia telah merungkai dan membuktikan kebenaran beberapa ulasan-ulasan penyiasat konspirasi Yahudi sebelumnya seperti Henry Ford, Victor E. Marshden dan Prof Nilus sendiri.
Namun begitu, kesemua hipotesis-hipotesis di atas sangat abstrak untuk difikirkan secara logik oleh kebanyakan masyrakat. Oleh itu, terpulanglah kepada kebijaksanaan kita untuk menilai dan mencari maklumat yang sebenarnya.
Wassalam…
Read More..

Kebangkitan China : Satu Ancaman atau Peluang bagi Usahawan Melayu

"China sebuah negara yang didiami paling ramai manusia di dunia bangkit sebagai sebuah kuasa ekonomi yang besar sejak 30 tahun yang lepas.

Pertumbuhannya adalah secara purata sepuluh peratus sejak 30 tahun yang lalu.




Kelebihan yang ada pada China tentulah, rakyatnya yang ramai, kerajaan pentadbiran pusat (central planner), infrastruktur yang lengkap, kos bahan mentah yang murah dan hubungan luarnya yang baik.

Tidak pernah berlaku sebelum ini, sebuah kuasa ekonomi adalah sebuah negara yang membangun.

Mengikut ramalan oleh Goldman Sach dan BNP Paribas, ekonomi China akan melebihi Amerika Syarikat pada tahun 2025 dan 2027 masing-masing. Ini bakal merubah iklim ekonomi dunia.

Mari kita lihat samada kebangkitan luar biasa China ini adalah satu ancaman atau peluang bagi kita di Malaysia.

Ramai orang melihat China sebagai satu ancaman dengan alasan, banyak syarikat-syarikat asing berpindah daripada beroperasi di negara kita.

Kita perlu faham, kita tidak mungkin lagi bersaing dalam pasaran buruh yang murah. Bukan saja dengan China malah dengan negara jiran seperti Indonesia, Thailand dan Vietnam pun kita tidak mampu.

Rakyat kita yang rata-rata berpelajaran boleh sebaliknya menumpukan tenaga dan pemikiran kearah bidang yang lebih kreatif dan berpendapatan tinggi.

Ada juga beralasan, dengan kebangkitan luar biasa ini, China akan bertindak menelan negara jirannya dari segi politik mahupun ketenteraan.

Melihat kepada sejarah, China adalah sebuah negara yang tidak menjadi ancaman dari segi politik mahupun ketenteraan.

Ini dibuktikan dengan pelayaran Laksamana Cheng Ho dari China ke Afrika dengan delegasi beribu buah kapal, tidak menyerang mana-mana negara. Malah pelayaran ini menjadi simbol jalinan hubungan mesra antara China dan negara-negara lain di dunia.

Peluang atau Ancaman ?

Bagi saya, saya melihat kebangkitan China ini bukan sebagai ancaman, malah sebagai sebuah peluang besar yang dapat digarap oleh usahawan Melayu.

Melalui perjanjian ACFTA (ASEAN-China Free Trade Agreement) yang dimetrai oleh anggota ASEAN dan China, usahawan ASEAN dan China hampir sepenuhnya bebas untuk mengimport atau mengeksport produk masing-masing.

Jadi saya melihat peluang bagi kita dalam 3 aspek yang utama.

1. Pasaran China yang besar adalah syurga pemasaran bagi usahawan yang ingin menerokainya. Usahawan kita perlu bijak mengambil peluang dengan mewujudkan produk yang kreatif yang memenuhi kehendak pasaran di China. Memahami budaya setempat sesebuah negara sebelum menerokainya adalah satu aspek yang penting. Kerajaan juga boleh memainkan peranan dengan menyertai pameran-pameran perniagaan di China dan menghantar delegasi-delegasi untuk bekerjasama dengan persatuan peniaga tempatan di China.

2. Ramai peniaga di Malaysia, menjadi risau dengan lambakan produk dari China. Kerisauan mereka berkisar sekitar bagaimana mereka ingin bersaing harga dengan produk-produk ini.

Kita juga boleh melihat ini sebagai peluang. Bagaimana ? Kita perlu berusaha untuk menambah nilai barangan yang diimport dari China dan seterusnya mengeksport ke negara-negara Eropah dan Arab. Nama kita lebih harum dan disukai oleh masyarakat di sana berbanding jika produk itu adalah "made in China".

Produk yang telah 40% ditambah nilai di dalam negara kita boleh dilabelkan sebagai "buatan Malaysia". Jadi gunakanlah peluang ini.

Penambahan nilai boleh dilakukan dengan memasukan software yang baru, menukar pembungkusan, membuat kawalan kualiti dan sebagainya.

3. Peluang seterusnya bagi usahawan Melayu adalah melalui pasaran Halal. China kini sedang membangunkan Kashgar sebuah bandar di wilayah Xinjiang yang didiami oleh majoriti orang Islam menjadi sebuah bandar mega. Projek yang mendapat jolokan "New Shenzhen", bakal menjadi sebuah pintu masuk ke pasaran Rusia dan negara-negara bekas Soviet seperti Kazakstan, Uzbekistan, Kyrgyzstan dan Tajikistan. Kita juga sedia maklum bahawa pengiktirafan halal di negara kita diiktiraf di seluruh dunia Islam. Ini adalah peluang besar bagi usahawan makanan dan kosmetik untuk menembusi pasaran halal di China, Asia Tengah dan Rusia.

Melalui 3 peluang yang dibentangkan di atas, dapat dilihat bahawa kebangkitan China bukanlah satu ancaman buat kita usahawan di Malaysia, malah ianya sebuah peluang yang perlu digarap.

Kebangkitan China perlulah dilihat sebagai sebuah enjin kepada perkembangan ekonomi negara kita.

Terima kasih..



P/s: artikel ini di salin kembali..
Read More..

Kasih Si Kecil

Seekor anak kucing yang kecil mungil sedang berjalan-jalan di ladang pemiliknya. Ketika dia mendekati kandang kuda, dia mendengar binatang besar itu memanggilnya. “Kamu mesti masih baru di sini, cepat atau lambat kamu akan mengetahui bahawa pemilik ladang ini mencintai saya lebih dari binatang lainnya. Kerana saya mampu mengangkut banyak barang untuknya, saya kira binatang sekecil kamu tidak akan bernilai sama sekali baginya”, ujarnya dengan sinis.

kucing kecil itu menundukkan kepalanya dan pergi. Tapi, dari kandang sebelah, ia mendengar suara seekor lembu. “Saya adalah binatang yang paling terhormat di sini sebab puan di sini membuat keju dan mentega dari susu saya. Kamu tentu tidak berguna bagi keluarga di sini”, dengan nada mencemuh.

Belum lagi kesedihannya hilang, ia mendengar teriakan biri-biri. “Hai lembu, kedudukanmu tidak lebih tinggi dari saya. Aku memberi bulu kepada pemilik ladang ini. Saya memberi kehangatan kepada seluruh keluarga. Tapi kata-katamu soal kucing kecil itu, memang benar. Dia sama sekali tidak ada manfaatnya di sini.”

Satu demi satu binatang di situ ikut serta dalam pencemuhan itu, sambil menceritakan betapa tingginya kedudukan mereka di ladang itu. Ayam pun berkata bagaimana dia telah memberikan telur, Semua binatang sepakat kalau si kucing kecil itu adalah makhluk tak berguna dan tidak sanggup memberikan sumbangan apapun kepada keluarga itu.

Terpukul oleh kecaman binatang-binatang lain, kucing kecil itu pergi ke tempat sepi dan mulai menangis menyesali nasibnya. Sedih rasanya, sudah yatim piatu, dianggap tak berguna, disingkirkan dari pergaulan pula…

Ada seekor kucing tua di situ mendengar tangisan tersebut, lalu mendengar keluh kesah si kucing kecil itu. “Saya tidak dapat memberikan sumbangan kepada keluarga di sini, sayalah haiwan yang paling tidak berguna di sini…”

Terharu, kucing tua berkata, “Memang benar bahwa kamu terlalu kecil untuk menarik pedati. Kamu tidak berupaya memberikan telur, susu ataupun bulu. Tetapi bodoh sekali jika kamu menangisi sesuatu yang tidak mampu kamu lakukan. Kamu harus menggunakan kemampuan yang diberikan oleh Tuhan untuk membawa kegembiraan.”

Malam itu ketika pemilik ladang baru pulang dan kelihatan amat lelah Kerana perjalanan jauh di panas terik matahari, kucing kecil itu lari menghampirinya, menjilat kakinya dan melompat ke pelukannya. Sambil menjatuhkan diri ke tanah, pemilik ladang dan kucing kecil itu berguling-guling di rumput disertai tawa ria.

Akhirnya pemilik ladang itu memeluk dia erat-erat dan mengelus-elus kepalanya, dan berkata, “Meskipun saya pulang dalam keadaan letih, tapi rasanya semua jadi sirna, bila kau menyambutku semesra ini. Kamulah yang paling berharga di antara semua binatang di ladang ini. Kamu kecil, tapi sangat mengerti ertinya kasih…”.
Read More..

Rabu, 30 Mac 2011

Foto : Meninjau Reruntuhan Rumah Rasululllah s.a.w.


Berikut adalah foto rumah Nabi Saw dan Sayyidah Khadijah, tempat mereka berdua tinggal selama 28 tahun. Kita dapat melihat apa yang pernah di sampaikan oleh sahabat-sahabat tentang keadaan rumah ini dan bagaimana keadaannya.


Di dalam rumah yang tidak ada apa-apa, kecuali kesederhanaan dengan modal iman. Zaid bin Tsabit, “Anas bin Malik, pelayan Rasulullah pernah memperlihatkan kepadaku tempat minum Rasulullah yang terbuat dari kayu yang keras yang di patri dengan besi, lalu Anas berkata, ‘Wahai Tsabit, inilah tempat minum Rasulullah.’” (HR. Tirmidzi) “Dengan gelas kayu itulah Rasulullah minum air, perasan kurma, madu, dan susu.” (HR. Tirmidzi) dari Anas bin Malik.

Sedangkan, perabot lain yang tampak adalah baju besi yang biasa di pakai Rasulullah saat perang. Akan tetapi, tak lama sebelum beliau meninggal, baju besi itu di gadaikan kepada seorang Yahudi dengan 30 sha’ gandum seperti yang di ceritakan Aisyah. Dan ketika beliau wafat baju itu ada di tangan Yahudi dan belum di tebusnya.

Salah satu akhlak Rasulullah yang pelu dicontoh adalah jika datang dari bepergian di waktu malam, beliau tidak langsung masuk rumah secara tiba-tiba, agar tidak mengejutkan istri dan keluarganya, melainkan terlebih dahulu menunggu sampai pagi. Dan seperti biasanya, tidak lupa beliau mengucap salam ketika masuk ke dalam rumah.

Rumah Nabi Saw dan Sayyidah Khadijah, tempat mereka berdua tinggal selama 28 tahun


Foto ini adalah reruntuhan pintu masuk ke kamar Rasul Saw


Foto ini adalah sisa reruntuhan kamar Rasul Saw dan Sayyidah Khadijah.


Di bawah ini adalah foto reruntuhan tempat Sayyidah Fatimah , putri kesayangan Rasulullah Saw dilahirkan.


Ini adalah foto reruntuhan mihrab tempat Rasulullah saw biasa melakukan solat.


Foto ini adalah makam Sayyidah Khadijah (yang besar) dan putranya, Qasim (yang kecil) di sudut


Berikut ini pula kumpulan Foto Jubah Nabi Muhammad yang dipamerkan di Istambul, Turki. Para pengujung menyaksikan jubah Nabi Muhammad yang berumur lebih dari seribu tahun.

Sebuah jubah milik Nabi Muhammad di pamerkan di Masjid di Istambul, Turki. Masjid yang di bangun tahun 1851 ini oleh Sultan Abdulmecit, dikhususkan menyimpan barang-barang Nabi Muhammad, Sabtu (21/8).







Read More..

Bangsa Melayu Muslim... BERPOLITIKLAH !! KRN POLITIK ITU IBADAH..

Umum mengetahui POLITIK ialah
soal-soal kenegaraan, soal-soal kepemimpinan.....


Tetapi intipati ini kadang-kadang tenggelam begitu sahaja
kerana sikap rakus manusia yang semata-mata inginkan nikmat dunia.

Lahirlah : politikus rasuah, politikus gila jawatan, politkus kaki botol..kaki perempuan...menggadai tanah rakyat...menghimpun kekayaan...menfitnah, maki hamun dan lain-lain lagi.....

PUNCANYA KERANA BODOH POLITIK...

Dengan nama Allah, mari kita teruskan apa yang ingin dibicarakan oleh sarjana islam lampau berkenaan politik :

............................................................................................

APAKAH ERTI IMAAMATUL ‘ UZMAالإمامة العظمى ) ( ATAU
KHILAAFAH الخلافة ) ( / KHALIIFAH الخليفة ) ( / PEMIMPIN TERTINGGI UMMAH


Kandungan konsep Politik Quranik berlegar di dalam perbahasan takrif Khilaafah atau Khaliifah atau Imamatul ‘Uzma yang boleh dijadikan asas dan panduan dalam memahami konsep politik yang berteraskan Al Quran.

Idea Idea TAKRIF :


Arrow A. Ibnu Khaldun (( Mukaddimah Ibni Khaldun (Cet. Muassasah Al A’limi lil Matbu’ah, Berut, m/s : 191) )) telah memberikan takrif “ Imamatul Uzma ” seperti berikut :

خلافة عن صاحب الشرع
في حراسة الدين وسياسة الدنيا به.

Maksudnya :

Pengganti ( pelaksana hukum-hakam) Pemilik Syarak (Allah)
dalam ( urusan ) memelihara agama ( islam ) dan mentadbir dunia dengan agama (islam).



Arrow B.Imam Mawardi (( Al Ahkam As Sultoniah wal Wilayat Ad Diniyyah (Cet Maktabah Taufiqiyyah Mesir, Tahkiq : Imad Zaki Al Barudi,
m/s 15.) )) pula menta’rifkan “ Khilafah ” iaitu :

الإمامة موضوعة لخلافة النبوة
في حراسة الدين وسياسة الدنيا.

Maksudnya :

Kepimpinan ialah suatu perbahasan mengenai – Pengganti Nabi / Rasul -
dalam urusan menjaga atau menegakkan agama - dan mentadbir dunia .



Arrow C.Qodhi Abdul Rahman Al Iji (( Al Khilafah Al Islamiah (Cet Maktabah Darussalam Mesir, karangan : Profesor Dr Shoodiq Syaayif Nu’man m/s 14.) )) pula menta’rifkan Khilaafah seperti berikut :

خلافة رسول الله
في إقامة الدين بحيث يجب إتباعه على كافة الأمة .

Maksudnya :

SAW Pengganti ( pelaksana risalah) Rasulullah
dalam melaksanakan ( tuntutan ) agama dan mentadbir dunia

Ketika itu wajib seluruh rakyat mentaatinya.

Arrow D. Prof Dr SHoodiq Syaayif Nu’maan (( Al Khilafah Al Islamiah (Cet Maktabah Darussalam Mesir, karangan : Profesor Dr Shoodiq Syaayif Nukman m/s 15.) )) pula menta’rifkan Khilaafah seperti berikut :

رياسة عامة تتمثل
في إقامة الدين وسياسة الدنيا به لشخص واحد من الأشخاص خلافة عن النبي

Maksudnya :
Ketua umum / pemerintah
dalam melaksanakan ( tuntutan ) agama dan
mentadbir dunia dengan agama
kepada rakyat tertentu (yang taat) ( yang peranannya adalah sebagai) pengganti (pelaksana risalah ) Nabi SAW



KESIMPULAN DARIPADA TAKRIF DI ATAS

Kesimpulan dari takrif di atas ialah :

1) Pemimpin / ahli politik ialah ‘ Pengganti Pemilik syarak :Ini bermakna pemimpin / ahli politik adalah pemegang amanah Allah iaitu pelaksana segala syariat Nya di muka bumi .

2) Pemimpin / ahli politik ialah “ Pengganti Nabi dan Rasul ”:Iaitu penerus perjuangan Baginda SAW dalam menyebarkan risalah tauhid di muka bumi.

3) Pemimpin / ahli politik ialah mereka yang “ Mentadbir Dunia dengan Asas Agama Islam ” :Iaitu mereka yang mengurus khazanah dunia dan memakmurkan dunia dengan amanah
berpandukan Undang-Undang Pencipta dunia dan segala isinya.

4) Pemimpin / Ahli politik yang wajib diberikan sokongan dan dokongan ialah Pemimpin atau ahli politik Yang melaksanakan amanah Allah, yang meneruskan risalah Rasulullah SAW dan yang mentadbir dunia dengan syariat Allah.

Dari sisi lain,ia bermaksud haram memberi sokongan dan dokongan terhadap pemimpin yang yang tiada ciri-ciri di atas. Iaitu pemimpin yang khianat dengan amanah Allah dan Rasul SAW. Bila Allah dan Rasul SAW tergamak untuk dikhianati, ia juga sangat berpotensi menghianati rakyat.

Allah berfirman dalam surah Hud ayat 113 :
وَلَا تَرۡكَنُوٓاْ إِلَى ٱلَّذِينَ ظَلَمُواْ فَتَمَسَّكُمُ ٱلنَّارُ وَمَا لَڪُم مِّن دُونِ ٱللَّهِ مِنۡ أَوۡلِيَآءَ ثُمَّ لَا تُنصَرُونَ (١١٣)

113. Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang Yang berlaku zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), api neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang Penolong pun Yang lain dari Allah. kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan.


Allah berfirman dalam surah Al Maaidah ayat 57 :

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَا تَتَّخِذُواْ ٱلَّذِينَ ٱتَّخَذُواْ دِينَكُمۡ هُزُوً۬ا وَلَعِبً۬ا
مِّنَ ٱلَّذِينَ أُوتُواْ ٱلۡكِتَـٰبَ مِن قَبۡلِكُمۡ وَٱلۡكُفَّارَ أَوۡلِيَآءَ‌ۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ إِن كُنتُم مُّؤۡمِنِينَ (٥٧)

57. Wahai orang-orang Yang beriman! janganlah kamu mengambil orang-orang Yang menjadikan ugama kamu sebagai ejek-ejekan dan permainan - dari orang-orang Yang telah diberikan Kitab sebelum kamu, dan orang-orang kafir musyrik itu: menjadi penolong-penolong; dan bertaqwalah kepada Allah, jika kamu benar-benar orang Yang beriman.

Oleh hal yang demikian segala ciri-ciri seorang pemimpin politik yang adil, amanah , bertanggungjawab, berjiwa rakyat dan seumpamanya sarat terkandung di dalam ta’rif di atas.

............................................................

Realiti konsep ini perlu dibawa dengan hikmah dlm masyarakat....
Samaada mereka menerima atau tidak...

yang penting...
SUDAH TERTUNAI AMANAH DAKWAH.....

kepada Allah aku memahon hidayah................................
Read More..

LIWAT DAN QAZAF DARIPADA PERSPEKTIF ISLAM

"Qazaf: Mangsa Fitnah"
Mensabitkan Kesalahan Zina Dan Liwat
Kesalahan zina dan liwat sabit dengan iqrar (pengakuan) atau melalui saksi-saksi yang memenuhi syarat syaratnya.
Iqrar (Pengakuan)
Hadis riwayat Abu Hurairah r.a. (al-Bukhari, kitab al-Hudud):
"Seorang lelaki datang mengadap Rasulullah s.a.w. di dalam masjid. Lelaki itu berkata: "Wahai Rasulullah! Saya telah melakukan zina." Rasulullah s.a.w. berpaling ke arah lain (yakni seperti tidak melayannya), lelaki itu mengulangi pengakuannya sebanyak empat kali. Setelah lelaki itu membuat pengakuan sebanyak empat kali, akhirnya Rasulullah s.a.w. bersabda: "Adakah engkau gila?" Dia menjawab: "Tidak." Rasulullah s.a.w. bertanya lagi: "Adakah engkau telah berkahwin?" Dia menjawab: "Ya." Lalu Rasulullah s.a.w. memerintahkan (para sahabatnya): "Bawalah lelaki ini pergi dan rejamlah dia."
Mengikut riwayat yang lain, Rasulullah s.a.w. bersabda: "Adakah engkau bercumbu-cumbu sahaja." Dia menjawab: "Tidak. Sebenarnya saya telah berzina."
Mengikut riwayat yang lain: "Setelah selesai sembahyang, dia (lelaki itu) datang lagi, lalu Rasulullah s.a.w. bersabda: "Tidakkah awak telah berwuduk dan telah bersembahyang? Dengannya Allah mengampunkan dosa." Tetapi lelaki itu terus mengaku berzina dan mahu supaya disucikan dirinya dengan hukuman.
Hadis riwayat Sulaiman bin Buraidah, daripada bapanya (riwayat Muslim, Kitab al-Hudud):
"Kemudian seorang perempuan dari qabilah al-Ghamidiyah datang mengadap Rasulullah s.a.w. Wanita itu berkata: "Wahai Rasulullah! Sucikanlah diri saya." Sabda Rasulullah s.a.w. : "Baliklah, beristighfarlah engkau dan bertaubatlah." Wanita itu berkata lagi: "Adakah engkau mahu melakukan kepada saya seperti yang engkau lakukan kepada Ma'iz bin Malik?" Rasulullah s.a.w. bertanya: "Apakah masalah engkau?" Wanita itu memberitahu bahawa dia sedang mengandung hasil perbuatan zina. Rasulullah s.a.w. bertanya: "Apakah benar?" Wanita itu menjawab: "Ya." Rasulullah s.a.w. bersabda: "Bersalinlah dahulu."
Wanita itu dijaga oleh seorang lelaki dari kalangan Ansar sehingga bersalin. Kemudian lelaki itu datang menemui Rasulullah s.a.w. memberitahu bahawa wanita itu telah bersalin. Baginda bersabda: "Kita tidak akan merejamnya dan membiarkan anaknya tidak dapat menyusu." Lalu bangun seorang lelaki dari kalangan Ansar dan berkata: "Biar saya uruskan urusan penyusuannya, wahai Nabi Allah." Lalu Rasulullah s.a.w. merejam wanita itu."
Kedua-dua hadis di atas diriwayatkan oelh para ulama hadis dengan riwayat yang sahih dan menjadi dalil dalam kes iqrar (mengaku) berzina. Para ulama telah menyimpulkan daripadanya hukum-hukum yang berkaitan dengan iqrar melakukan kesalahan zina dan liwat.
Syarat-syarat iqrar
1. Orang yang membuat pengakuan itu hendaklah seorang yang baligh dan berakal. Tidak sah pengakuan orang gila, mabuk dan sebagainya, kerana sabda Rasulullah s.a.w. (Abu Daud: Kitab al-Hudud):
"Diangkat qalam daripada menulis amalan kanak-kanak sehingga dia baligh, daripada orang tidur sehingga dia terjaga, dan daripada orang gila sehingga dia sedar."
2. Pengakuan hendaklah dilakukan dengan pilihan sendiri, tanpa dipaksa, sepeti dipukul, dibelasah, diberi bahan yang menghilangkan ingatan seperti dadah dan sebagainya. Maka tidak sah pengakuan orang yang dipaksa, kerana sabda Rasulullah s.a.w. (Ibn Majah: Kitab al-Talaq):
"Allah mengangkat (memaafkan) kesalahan umatku yang melakukan sesuatu kerana tersalah, terlupa dan dipaksa."
3. Iqrar (pengakuan) dilakukan secara lisan. Tidak diterima pengakuan dalam bentuk tulisan, pita rakaman dan sebagainya dalam perkara hudud.
4. Iqrar hendaklah dilakukan berulangkali dalam perkara zina dan liwat, iaitu sebanyak empat kali, dalam majlis yang berasingan, seperti yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. terhadap Ma'iz bin Malik.
5. Iqrar itu dilakukan di hadapan hakim dan hakim pula menunjukkan sikap tidak senang dan berusaha supaya orang yang beriqrar itu tidak mengulangi iqrarnya, kerana bertaubat lebih baik daripada menyerah diri secara iqrar di hadapan pihak yang berkenaan, kerana inilah cara yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w.
Menarik Balik Pengakuan
Seseorang yang mengaku melakukan zina dan liwat hendaklah diterima penarikan balik pengakuannya, walaupun sudah memenuhi syarat-syarat yang tersebut di atas, kerana Rasulullah s.a.w. menegur para sahabat baginda dengan keras kerana meneruskan hukuman terhadap Ma'iz bin Malik setelah dia melarikan diri ketika hukuman dijalankan.
Apabila seseorang lelaki mengaku zina dengan seseorang perempuan dan perempuan itu tidak mengaku salah, maka si lelaki sahaja yang dihukum, kerana inilah keputusan yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. seperti yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Abu Daud.
Saksi
Firman Allah (al-Nisa': 15) yang bermaksud: "Dan sesiapa yang melakukan perbuatan keji (zina) di antara perempuan-perempuan kamu, maka carilah empat orang lelaki di antara kamu yang menjadi saksi terhadap perbuatan mereka."
Firman Allah lagi (al-Nur:4) yang bermaksud: "Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi..."
Firman Allah lagi (al-Nur:13) yang bermaksud: "Sepatutnya mereka (yang menuduh) membawa empat orang saksi membuktikan tuduhan itu. Jika mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka mereka itu pada sisi hukum Allah, adalah orang-orang yang dusta."
Orang yang menjadi saksi hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut:
1. Baligh lagi berakal. Oleh itu tidak boleh diterima tuduhan yang dilakukan oleh orang gila, kerana cakapnya tidak boleh diterima.
2. Islam, sekiranya tuduhan dilakukan terhadap orang Islam, kerana kesedarannya terhadap perhitungan dosa pahala dan sebagainya. Di samping itu, perkara zina dan liwat ini termasuk dalam hukum hudud Islam yang dinaskan.
3. Mempunyai pancaindera yang sihat. Tidak diterima saksi yang tidak jelas penglihatan, tuli dan bisu.
4. Adil, yakni seseorang yang diketahui tidak melakukan mana-mana dosa besar, dosa kecil secara berterusan dan perkara-perkara yang menjatuhkan maruah, walau pun tidak berdosa.
5. Lelaki, yakni dalam perkara hudud dan qisas. Oleh kerana zina dan liwat termasuk dalam perkara hudud, maka saksi wanita tidak diterima dalam perkara ini.
6. Tiada tohmahan (kekeliruan yang menarik manfaat atau menolak mudarat), berkepentingan dan prejudis seperti menjadi saksi kepada bapa, anak atau majikannya, atau orang yang diketahui bermusuh dengan orang yang dituduh yang akan memburukkannya sahaja. Maka tidak boleh menerima penyaksian saksi yang ada kaitan dengan konspirasi politik dan sebagainya.
7. Bilangan yang cukup. Pada tuduhan zina dan liwat, memerlukan empat orang saksi.
8. Keempat-empat saksi melihat (perbuatan zina dan liwat itu) bersama-sama.
9. Memberi keterangan dalam majlis (persidangan) yang sama.
Saksi dalam tuduhan zina dan liwat bukan sahaja wajib memenuhi syarat-syarat tersebut tetapi juga hendaklah melihat kesalahan itu berlaku mengikut takrifnya secara jelas, yakni melihat anggota kemaluan yang melakukannya secara jelas. Para ulama bersepakat mengatakan bahawa keterangan melalui kesan air mani, pita video dan gambar tidak boleh mensabitkan kesalahan zina dan liwat. Keterangan saksi yang berlapis yang hanya menerima berita dari orang lain (hearsay) juga tidak boleh diterima.
Kesemua perkara tersebut menunjukkan bahawa tuduhan zina dan liwat, tidak boleh dilakukan secara sewenang-wenangnya.
Keterangan-Keterangan Yang Tidak Nyata
Penggunaan kepakaran untuk menganalisa darah dan air mani (atau ujian DNA) bagi mensabitkan kesalahan jenayah hudud seperti zina dan liwat tidak dibenarkan oleh Islam, kerana ada syubhat (kekeliruan). Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
"Hudud hendaklah ditolak (tidak dilaksanakan) dengan adanya syubhat (kekeliruan)."
Ketepatan analisa DNA boleh dipertikaikan kerana banyak kemungkinan-kemungkinan yang boleh menimbulkan keraguan. Sesetengah ulama membenarkan analisa ini untuk menafikan tuduhan sahaja, bukan untuk mengisbatkannya (mensabitkan kesalahan). Para ulama Islam telah menyebut perkara ini di dalam kitab-kitab fiqh, di antaranya Ibn al-Qayyim di dalam kitanya al-Turuq al-Hukmiyyah.
Begitu juga tuduhan tidak boleh disabitkan dengan gambar, pita video, kaset dan sebagainya yang bukan merupakan keterangan secara langsung.
Bersumpah
Tidak diharuskan bersumpah bagi mensabitkan jenayah hudud yang berkaitan dengan hak Allah, seperti zina dan liwat. Bahkan jenayah hudud dan qisas dalam perkara hak manusia juga tidak dibenarkan bersumpah menurut jumhur (kebanyakan) ulama kerana perkara hudud dan qisas yang berhubung dengan hak manusia juga dianggap menyerupai hak Allah.
Yang dimaksudkan dengan bersumpah di sini adalah sumpah mengikut hukum Islam dengan lafaznya yang ditetapkan, bukan seperti yang difahami oleh orang jahil yang mencadangkan supaya sumpah dilakukan secara menjunjung al-Quran, yang menyerupai sumpah yang dilakukan oleh penganut agama Kristian.
Syarat orang yang melakukan zina dan liwat
Orang yang melakukan kesalahan zina dan liwat itu pula hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut:
1. Baligh, yakni cukup umur mukallaf
2. Berakal
3. Secara pilihan dengan tidak dipaksa
4. Mengetahui pengharaman zina dan liwat
5. Tiada syubhah (seperti terkeliru atau tersilap kerana disangka isterinya)
6. Berzina atau berliwat dengan manusia
7. Melakukan perbuatan yang ditakrifkan sebagai zina atau liwat
Qazaf
Perkataan qazaf dalam bahasa Arab bermakna melemparkan sesuatu benda umpama batu dan sebagainya. Seterusnya perkataan itu dikhususkan kepada melemparkan sesuatu yang buruk termasuk menggunakan perkataan yang keji terhadap seseorang.
Menurut istilah hukum syarak, qazaf ialah menuduh zina terhadap seseorang tanpa saksi yang adil. Termasuk juga menuduh liwat, mengikut pendapat jumhur para ulama, di antaranya Mazhab Maliki, Syafie dan Hambali. Mazhab Hanafi pula hanya mengkhususkannya kepada tuduhan zina sahaja, manakala tuduhan liwat di sisi mereka termasuk dalam perkara takzir.
Qazaf termasuk dalam hukum hudud yang dinaskan di dalam al-Quran dan Hadis Nabi s.a.w. Perkara yang telah dinaskan, berada di luar bidang ijtihad para ulama, kerana haram meminda nas daripada Allah dan Rasul-Nya. Oleh itu, tidak boleh dinamakan hudud PAS atau hudud sesiapa. Sesiapa yang membuat kenyataan itu maka hukumnya berdosa kerana kenyataan yang dibuatnya itu berdasarkan kepada kejahilannya.
Perkara tersebut menjadi perkara yang wajib diketahui oleh orang-orang Islam, kerana fardhu ain itu, bukan sahaja terdapat pada perkara yang wajib ditunaikan, tetapi termasuk juga pada perkara yang diharamkan kita melakukannya agar kita menjauhinya, meninggalkannya dan mencegahnya, Manakala mendalaminya secara detail hukumnya adalah fardhu kifayah.
Di kalangan ulama ada yang membahagikan tuduhan itu kepada dua cara:
1. Secara sorih (berterus terang) dengan menujukan tuduhan zina atau liwat kepada orang yang tertentu. Sekiranya tuduhan itu diakui oleh orang yang dituduh secara sukarela dan memenuhi syarat-syarat pengakuannya, maka hukuman hudud boleh dijatuhkan oleh hakim ke atas orang berkenaan.
2. Secara sindiran. Seperti menafikan nasab daripada ayahnya mengatakan 'awak bukan anak kepada si anu' yang diketahui sebagai bapanya yang sebenar, atau 'awak anak daripada hasil zina' dan lain-lain tuduhan yang boleh difahamkan sebagai tuduhan zina atau liwat.
Hikmah Pengharaman Qazaf
Tujuan pengharaman qazaf adalah bagi memelihara maruah manusia, yang menjadi satu daripada perkara yang sangat penting bagi manusia sama ada bagi diri, keluarga atau masyarakatnya. Maruah sangat bernilai dalam hidup dan mati seseorang, membezakan manusia dengan binatang dan menjadi sebahagian daripada harga diri sehingga tidak boleh dinilai dengan harta benda yang paling mahal. Islam telah menegaskan kewajipan mempertahankan maruah dengan meletakkan maruah mengatasi harta yang juga wajib dipertahankan.
Demi menjaga maruah itulah, maka diwajibkan hukuman qazaf secara hudud yang ditetap oleh Allah dan Rasul-Nya s.a.w. supaya seseorang itu atau kumpulannya tidak boleh melemparkan tuduhan zina dan liwat ke atas seseorang yang lain secara sewenang-wenangnya.
Syarat-syarat Qazaf
Tidaklah mudah menentukan bahawa seseorang itu telah melakukan qazaf, kerana Islam mewajibkan syarat-syarat tertentu bagi orang yang melakukannya, orang menjadi mangsa dan tuduhan itu sendiri.
Syarat-syarat bagi orang yang melakukan tuduhan itu adalah:
1. Berakal. Tidak boleh diterima tuduhan yang dilakukan oleh orang gila, kerana cakapnya tidak boleh dipakai.
2. Baligh, yakni sampai umur mukallaf yang boleh dipertanggungjawabkan perintah-perintah agama ke atasnya. Kanak-kanak yang belum baligh, tidak boleh dikategorikan tuduhannya sebagai qazaf.
3. Tidak dipaksa. Tidak boleh menerima tuduhan yang dilakukan oleh orang yang dipaksa supaya melakukan tuduhan itu.
4. Tidak dapat mengadakan empat orang saksi yang memenuhi syarat-syarat saksi mengikut hukum Islam.
Orang yang dituduh juga hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut:
1. Berakal. Maka tidak sah menuduh orang yang tidak berakal. Oleh itu orang yang menuduh tidak boleh diambil tindakan qazaf
2. Baligh. Maka orang yang menuduh terhadap orang yang tidak baligh, tidak boleh dikenakan hukuman had qazaf. Dia hanya dikenakan hukuman ta'zir.
3. Islam, mengikut jumhur para ulama.
4. 'Iffah atau ihsan, yakni orang yang dituduh itu seorang yang diketahui kebaikan akhlaknya dan tidak pernah disabitkan melakukan zina.
5. Orang yang ditentukan tidak berlaku qazaf dengan menuduh seseorang yang tidak ditentukan secara khusus.
Syarat tuduhan pula hendaklah tuduhan dalam perkara zina, menurut ijmak para ulama dan tuduhan dalam perkara liwat, mengikut pendapat jumhur para ulama. Sekiranya tuduhan itu dalam perkara yang lain seperti berjudi, minum arak, rasuah dan sebagainya, maka tidak dinamakan qazaf yang mewajibkan hukuman hudud, tetapi berpindah kepada hukum takzir yang terserah kepada budibicara pihak yang berkenaan untuk menentukan hukumannya.
Mensabitkan Jenayah Qazaf
Kesalahan qazaf yang dijatuhkan hukuman had ialah apabila terbukti melalui dua cara:
1. Iqrar daripada orang yang melakukan qazaf.
2. Empat orang saksi yang memenuhi syarat-syarat saksi.
Hukum Hudud yang berkait dengan Qazaf
Terdapat kekhilafan di kalangan para ulama, adakah hukum qazaf berkait dengan hak Allah atau hak manusia?
Mazhab Hanafi menegaskan bahawa qazaf termasuk di dalam kategori hak Allah terhadap hamba-Nya kerana ia berkait dengan maruah seseorang. Hukum hudud yang ditetapkan ke atas jenayah qazaf berkait dengan maslahah umum, iaitu untuk memelihara kepentingan hamba-hamba Allah (manusia) dan maruah mereka, serta menghindarkan perkara kefasadan di kalangan manusia.
Apabila ia menjadi aspek umum maka ia termasuk dalam hak Allah terhadap hamba-hamba-Nya.
Mazhab Syafie dan Hanbali berpendapat bahawa qazaf termasuk dalam kategori hak hamba (manusia), kerana maruah secara langsung diberikan kepada manusia. Apabila maruahnya dijatuhkan melalui qazaf, ia bermakna seperti melakukan sesuatu ke atas batang tubuh orang yang tertentu, maka ia menjadi hak bagi diri orang itu.
Manakala ulama dalam mazhab Maliki berselisih pendapat. Ada di kalangan mereka yang bersetuju dengan mendapat Mazhab Hanafi, ada yang bersetuju dengan pendapat Mazhab Syafie dan Hambali. Di antara mereka adalah Ibnu Rusyd, dan ada yang berpendapat bahawa di dalam perkara qazaf ada kedua-dua hak tersebut.
Mereka yang berpegang kepada pendapat bahawa qazaf itu adalah hak Allah, bermakna setelah perkara itu dibawa kepada pihak yang berkenaan (berwajib) maka ia tidak boleh dimaafkan lagi, yakni mangsa tuduhan tidak boleh memberikan pengampunan.
Pengampunan hanya boleh diberi sebelum kes tersebut dibawa kepada pihak yang berkenaan. Manakala mereka yang menyatakan bahawa qazaf itu adalah hak manusia, maka mangsa tuduhan diberi hak untuk memberikan pengampunan kepada orang yang dijatuhkan hukuman kerana kesalahan melakukan qazaf.
Hak Tuduhan Qazaf
Mereka yang berpendapat bahawa qazaf termasuk dalam kategori hak manusia, mengatakan bahawa orang yang menjadi mangsa mempunyai hak pengampunan ke atas orang yang melakukan jenayah qazaf.
Sekiranya orang yang menjadi mangsa qazaf masih hidup, maka hak membuat pendakwaan terserah kepadanya sendiri. Sekiranya ia telah meninggal dunia, maka hak tersebut berpindah kepada keluarganya yang terdekat, iaitu bermula daripada ayah hingga ke atas, kemudian berpindah kepada anak hingga ke bawah. Ia tidak berpindah kepada saudaranya yang lain, kerana perkara qazaf sangat berkait dengan maruah zuriat secara langsung.
Hukuman ke Atas Orang Yang Melakukan Qazaf (Menuduh Zina atau Liwat)
Nas dan ijtihad para ulama yang berlandaskan roh syariat Allah yang maha adil, menunjukkan bahawa tuduhan yang menjatuhkan maruah seseorang seperti tuduhan zina dan liwat tidak harus dipermudah-mudahkan.
Untuk membuat tuduhan itu, wajiblah mempunyai alasan dan hujah yang kukuh. Perkara-perkara yang diwajibkan ke atas pihak yang berkenaan supaya dilaksanakan ketika melakukan sesuatu tuduhan, membuktikan bahawa kewajipan memelihara maruah juga menjadi tanggungjawab kerajaan setelah ditegaskan bahawa ianya adalah kewajipan individu.
Kesalahan tuduhan zina dan liwat amat besar, sehingga ia dimasukkan ke dalam jenayah yang dikenakan hukuman keras dan ditetapkan sendiri hukumannya oleh Allah SWT secara nas di dalam Al-Quran. Di akhirat pula ia dikira sebagai dosa besar yang disediakan azab yang pedih kepada pelakunya, sekiranya dia tidak bertaubat dan meminta maaf daripada mangsa tuduhan atau tidak menerima tindakan undang-undang Islam oleh pihak yang berkenaan.
Hukuman di dunia
Hukuman di dunia yang wajib dijatuhkan ke atas penjenayah qazaf oleh kerajaan Islam ditetapkan oleh Allah di dalam al-Quran.
Firman Allah (al-Nur: 4) yang bermaksud: "Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka delapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik."
Hukuman terhadap penjenayah qazaf di dunia ialah:
1. Disebat sebanyak 80 kali sebatan mengikut cara Islam. Bukannya sebatan seperti yang diamalkan sekarang. Iaitu dengan alat yang sederhana dan cara pukulan yang sederhana. Tidak dibenarkan mengangkat alat sebatan lebih tinggi daripada kepala dan sebatan itu tidak boleh menyebabkan kulit dan daging terkoyak. Orang yang disebat pula hendaklah berada dalam keadaan kesihatan yang baik dan memakai pakaian yang bersopan serta disaksikan oleh orang ramai.
2. Dihukum menjadi fasik dengan tidak diterima penyaksiannya dalam segala urusan, sama ada di mahkamah, ketika berjual beli, perkahwinan, melihat anak bulan Ramadan, Syawal dan lain-lain.
Hukuman di Akhirat:
Firman Allah (al-Nur: 23-24) yang bermaksud: "Sesungguhnya orang-orang yang menuduh perempuan-perempuan (dan lelaki-lelaki) yang terpelihara kehormatannya, yang tidak terlintas memikirkan sebarang kejahatan, lagi yang beriman akan dilaknat (oleh Allah) di dunia dan di akhirat dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang besar. Pada hari lidah mereka dan tangan mereka serta kaki mereka menjadi saksi terhadap diri mereka sendiri, tentang segala yang mereka lakukan."
Hukuman pada hari kiamat nanti lebih adil dan bijaksana. Allah Yang Maha Mengetahui tidak menghukum dengan sifat mengetahui-Nya sahaja, tetapi perbicaraan akan di ulang semula di mahkamah-Nya dengan bukti-bukti yang lebih terperinci. Ketika itu, anggota badan manusia, tangan dan kaki mereka akan menjadi saksi. Di samping itu terdapat catatan para malaikat, iaitu makhluk Allah yang paling baik dan suci, yang nalurikan dengan sifat sentiasa taatkan perintah Allah dan tidak sekali kali menderhakai-Nya.
Mereka akan dikerah untuk menjadi saksi sehingga mulut para pembohong dan pendakwa yang pandai mengubah kata dan meminda catatan tidak mampu lagi untuk memutarbelitkan kenyataan yang sebenar.- tajdid_
Read More..

Selasa, 29 Mac 2011

Pernikahan Yang Mencemarkan Masjid

"

Baru-baru ini tersiar di beberapa akhbar larangan mengadakan pernikahan di masjid. Kenyataan tersebut sedikit mengejutkan kerana memang telah menjadi kebiasaan bagi kalangan masyarakat kita hari ini memilih masjid sebagai tempat melaksanakan akad nikah.[1][2] Walau bagaimanapun, kenyataan tersebut masih boleh difikirkan dari beberapa sisi.



Selain semata-mata melakukan akad nikah di masjid, apa yang banyak berlaku hari ini adalah wujudnya beberapa acara sampingan yang lebih wajar untuk diambil sensitif! Apa yang penulis maksudkan adalah seperti perbuatan membuka aurat dan tabarruj (berdandan) bagi kaum wanita, percampuran hadirin lelaki dengan wanita (yang bukan mahram), majlis khusus membatalkan air sembahyang, adat sarung cincin, dan sesi fotografi yang disertai adegan “romantis” pengantin. Dan ini semua telah mula berlaku di masjid-masjid kita!


Hukum mendedahkan aurat adalah suatu yang maklum di kalangan umat Islam. Lebih-lebih lagi apabila berlaku sama perbuatan tabarruj seperti berpakaian menggambarkan bentuk tubuh wanita, bersolek tebal, berwangi-wangian bagi wanita, dan mencukur kening demi kelihatan cantik di hadapan tontonan umum.[3] Ini semua termasuk bentuk-bentuk peragaan tubuh ala jahiliyah yang telah diharamkan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala melalui firman-Nya (yang bermaksud), “Dan janganlah kamu berhias (tabarruj) dan bertingkah-laku seperti orang-orang Jahiliyyah.” (Surah al-Ahzab, 33: 33)

Tidakkah kita maklum bahawa hendak solat di masjid dengan berwangi-wangian bagi wanita pun dilarang Rasulullah, inikan pula untuk perkara selain solat?[4]

Malah Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pada zamannya telah menunjukkan contoh dengan membuatkan pintu-pintu khas bagi wanita yang ingin memasuki masjid.[5] Ini dilakukan beliau bagi mengelakkan pertembungan dan percampuran di antara lelaki dengan wanita di dalam masjid. Tetapi apa yang berlaku hari ini adalah sebaliknya. Di luar masjid memang tidak perlu kita cerita sudah. Jika di dalam masjid mereka saling bersalaman tangan lelaki dan wanita, di luar pula saling bertepuk-tampar dan bergurau-senda.[6]

Situasi ini memang agak merisaukan. Ditambah pula dengan beberapa acara tambahan yang merupakan bid’ah dalam akad pernikahan seperti ritual membatalkan air sembahyang sesama pasangan pengantin. Kemudian adat sarung cincin dan sesi fotografi sehingga saling berpelukan dan ada yang saling kucup-mengucup. Sedihnya acara ini berlaku di khalayak umum dan ketika dalam masjid pula.

Hakikatnya, sentuh, pegang dan kucuplah pasangan anda tersebut bagaimanapun, air sembahyang tersebut tetap tidak batal berdasarkan pendapat yang kuat. Bahkan Rasulullah sendiri sebelum pergi ke masjid dan menunaikan solat pun turut mengucup isterinya ‘Aisyah tanpa memperbaharui wudhuk.[7]

Memang ada pendapat yang menyatakan batalnya wudhuk apabila bersentuhan di antara lelaki dengan wanita sebagaimana dalam mazhab Syafi’i. Tetapi tidak pernah wujud di kalangan ulama mazhab ini anjuran supaya diadakan ritual khas membatalkan wudhuk sebaik akad nikah. Lebih-lebih lagi ianya bertolak-belakang dengan amalan Rasulullah sendiri.

Selain itu, sesi romantis seperti kucup-mengucup dan berpeluk cium itu pula amat tidak manis dilakukan di khalayak umum. Biarlah ia dilakukan di antara pasangan pengantin sahaja. Kenapa perlu dihebahkan sehingga bertebaran gambar-gambar mereka ke serata tempat? Apakah hendak mengajak orang ramai ghairah sebagaimana si mempelai ghairah terhadap pasangannya?

Diikuti dengan amalan sarung cincin sebaik akad pernikahan. Amalan ini disebutkan oleh Syaikh al-Albani rahimahullah dalam kitabnya Adabuz Zifaf sebagai adat yang menyerupai tradisi perkahwinan kaum Kristian kuno. Dan Islam pula melarang kita bertasyabbuh dengan amalan-amalan khsusus kaum kafir. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ

“Sesiapa yang bertsyabbuh (menyerupai) suatu kaum (dalam urusan khas agama), maka dia termasuk golongan mereka.” (Hadis Riwayat Abu Daud, 11/48, no. 3512. Dinilai sahih oleh al-Albani)

Apabila perkara-perkara seperti ini berlaku bersama-sama dengan acara akad nikah di masjid, tidak syak lagi bahawa ia termasuk perkara-perkara yang mencemarkan masjid.

Ini kerana masjid adalah tempat yang paling dicintai Allah Subhanahu wa Ta’ala.[8] Masjid adalah tempat untuk memupuk, membina, menyebar, dan mempertahankan kemurnian Islam. Iaitu sebagai tempat mengingati Allah dan menegakkan agama-Nya. Ini sebagaimana di zaman Rasulullah, masjid dikenali sebagai tempat duduk bagi orang-orang yang bertaqwa (untuk beribadah), tempat bermusyawarah urusan fii sabilillah, merangka strategi peperangan (jihad), tempat saling memberi nasihat, tempat majlis ilmu, dan juga tempat perlaksanaan solat lima waktu berjama’ah setiap hari. Tidak tsabit sama sekali Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam menjadikan masjid sebagai salah satu tempat khusus pernikahan.

Jauh sekali untuk membantu, menganjurkan, dan menjayakan upacara-upacara yang diiringi dengan maksiat dan kebencian Allah Subhanahu wa Ta’ala.

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:


إِنَّمَا بُنِيَتْ الْمَسَاجِدُ لِمَا بُنِيَتْ لَهُ

“Sesungguhnya masjid-masjid dibina bagi tujuan yang khusus (tersendiri).” (Hadis Riwayat Muslim, 3/196, no. 881)[9]

Pada hari ini masjid-masjid yang dibina tersergam penuh keindahan. Tetapi sebahagian besarnya sunyi sepi. Kita berbangga dengan masjid yang cantik-cantik, namun kita kecewa dan dukacita dengan fungsinya yang sebenar. Dari satu sisi, situasi ini seolah-olah memberi gambaran umum bahawa kita ini kaya nilai material, tetapi miskin dengan nilai-nilai rohani yang sejahtera.[10]

Lebih mengecewakan, sebahagian masjid hari ini dijadikan tempat menganjurkan majlis-majlis menyebar kisah-kisah dongeng, lawak jenaka, hikayat, menyebarkan hadis-hadis palsu, propaganda politik, sehinggalah kepada tempat melakukan hingar-bingar seperti berjual-beli, nyanyian (nasyid), dan bermain muzik. Kita amat bimbang trend ini kelak menjadi sebagaimana gereja yang di dalamnya dinyanyikan lagu-lagu gospel.

Sepatutnya, pihak-pihak bertanggungjawab perlu peka dan mengambil tindakan tegas terhadap perkara ini. Institusi masjid perlu dimuliakan dan menjadi pusat tradisi ilmu yang segar di atas fakta-fakta yang ilmiah lagi sahih.

Bagi masyarakat Islam umumnya, kuatkanlah semangat untuk mengimarahkan masjid. Jangan hanya datang ke masjid seminggu atau setahun sekali sahaja. Bukan juga hanya untuk acara pernikahan baru cari masjid, sedangkan hari-hari lain yang diwajibkan untuk solat berjama’ah di dalamnya jarang sekali diambil kisah.

Kenangkanlah masjid di zaman Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dan khalifah al-Rasyidin. Masjid pada ketika itu hanya dibina dengan dinding batu-bata, tiang batang kurma, berlantaikan pasir (tanah), dan beratapkan pelepah kurma. Tetapi syi’ar-syi’ar Islam begitu terserlah, subur dan tersebar melaluinya. Allah Ta’ala sentiasa memberikan kemenangan kepada mereka.

Berbeza dengan hari ini, umat Islam berlumba-lumba membina masjid, menghiasnya, dan membelanjakan harta yang banyak untuk itu. Masjidnya besar, tinggi-tinggi, dan lantainya marmar dilapik sejadah empuk.

Tapi sayangnya, kita hari ini lemah lagi porak-peranda. Wallahu a’lam.

______________________

Nota Kaki:


[1] Rujuk: Utusan Malaysia, 20/03/2011. Sinar Harian, 26/03/2011.

[2] Dari sudut hukum, penulis biarkan pembaca merujuk terus kepada penjelasan para ulama dari majlis fatwa Arab Saudi melalui website Islam QA. Klik: Edisi ArabIndonesia (Terjemahan).

[3] Untuk perbahasan lanjut berkaitan ini, sila rujuk tulisan penulis dengan tajuk, “Pakaian Seorang Wanita Beriman Menurut al-Qur’an dan as-Sunnah.”

[4] Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:


أَيُّمَا امْرَأَةٍ أَصَابَتْ بَخُورًا فَلَا تَشْهَدْ مَعَنَا الْعِشَاءَ الْآخِرَةَ


“Sesiapa sahaja dari kalangan wanita yang memakai wangi-wangian, maka janganlah mereka solat Isyak bersama kami.” (Hadis Riwayat Muslim, 2/448, no. 675)

Juga sabdanya:


أَيَّتُكُنَّ خَرَجَتْ إِلَى الْمَسْجِدِ فَلَا تَقْرَبَنَّ طِيبًا


“Sesiapa sahaja dari kalangan kamu (wanita) yang keluar menuju masjid, maka janganlah mengenakan wangi-wangian.” (Hadis Riwayat an-Nasaa’i, 15/377, no. 5041. Dinilai sahih oleh al-Albani)

Juga:


أَيُّمَا امْرَأَةٍ اسْتَعْطَرَتْ فَمَرَّتْ عَلَى قَوْمٍ لِيَجِدُوا مِنْ رِيحِهَا فَهِيَ زَانِيَةٌ


“Sesiapa pun dari kalangan wanita yang memakai wangi-wangian, lalu ia melintasi kaum lelaki supaya baunya dicium oleh lelaki tersebut, maka dia termasuk wanita penzina.” (Hadis Riwayat an-Nasaa’i, 15/370, no. 5036. Dinilai hasan oleh al-Albani)

[5] Rujuk Sunan Abu Daud, 2/182, no. 484. Dinilai sahih oleh al-Albani.

[6] Lihat perbahasan lanjut hukum menyentuh individu berlainan jantina yang bukan mahram di blog Fiqh Sunnah.

[7] Rujuk: Abu Malik Kamal as-Sayyid Salim, Shahih Fiqih Sunnah, 1/185-187. Terbitan/terjemahan Pustaka at-Tazkia.

[8] Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:


أَحَبُّ الْبِلَادِ إِلَى اللَّهِ مَسَاجِدُهَا وَأَبْغَضُ الْبِلَادِ إِلَى اللَّهِ أَسْوَاقُهَا


“Tempat yang paling dicintai Allah dalam sesuatu negeri (wilayah) adalah masjid-masjidnya, dan tempat yang paling dibenci Allah dalam sesuatu negeri adalah pasar-pasarnya.” (Hadis Riwayat Muslim, 3/425, no. 1076)

[9] Imam an-Nawawi rahimahullah menyatakan:


معناه لذكر الله تعالى والصلاة والعلم والمذاكرة في الخير ونحوها


“Maksudnya adalah untuk mengingati Allah, melaksanakan solat, menyebarkan ilmu, saling memberi peringatan dalam kebaikan, dan yang seumpamanya.” (Syarah Shahih Muslim, 5/55)

Imam asy-Syaukani rahimahullah berkata:


فالمساجد إنما بنيت لذكر الله والصلاة فلا يجوز فيها غير ذلك الا بدليل يخصص هذا العموم كما وقع من لعب الحبشة بحرابهم في مسجده صلى الله عليه وسلم وهو نيظر وكما قرر من كانوا يتناشدون الاشعار فيه


“Bahawasanya masjid dibina bagi tujuan (sebagai tempat) mengingati Allah dan melaksanakan solat, maka tidak dibenarkan di dalamnya selain itu kecuali dengan adanya dalil yang mengkhususkan keumuman ini. Ini adalah seperti kekhususan dibolehkan permainan lembing oleh orang-orang Habsyah di masjid Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam sambil baginda melihatnya. Juga sebagaimana perakuan Nabi Shallallahu ‘alaihin wa Sallam kepada orang-orang yang membaca sya’ir di dalamnya.” (as-Sailul Jarrar, m/s. 351 - Maktabah Syamilah)

[10] Syaikh Salim B. ‘Ied al-Hilali hafizahullah menjelaskan hukum dilarangnya menghias masjid dengan sesuatu yang tidak diperlukan dan berlebih-lebihan dengannya. Sila lihat: Mausuu’ah al-Manaahii asy-Syar’iyyah fii Shahih as-Sunnah an-Nabawiyah, 1/353-356 - Daar Ibn ‘Affan. Imam asy-Syaukani pula menyatakan bahawa menghias-hias masjid termasuk perbuatan bid’ah.

Selain itu, Islam juga melarang bermegah-megah dan berbangga-bangga dengan kecantikan atau kehebatan binaan masjid.

Anas B. Malik radhiyallahu ‘anhu berkata:


نهى رسول الله صلى الله عليه وسلم أن يتباهى الناس في المساجد


“Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam telah melarang berbangga-bangga dengan binaan masjid.” (Hadis Riwayat Ibnu Hibban, 4/492, no. 1613. Isnadnya sahih sebagaimana kata Salim al-Hilali dan Syu’aib al-Arnauth)

Dalam hadis-hadis yang lain menyebutkan perbuatan bermegah-megah terhadap binaan masjid termasuk tanda-tanda kiamat dan kehancuran.
Read More..