Tuhan telah menunjukkan kuasa-Nya,
Di luar logik Manusia,
Tuhan menggunakan khazanah laut-Nya,
Air dan segala isinya diledakan ke darat,
Tsunami namanya,
Akibatnya ratusan ribuan nyawa diragutnya,
Berbillion-billion nilai harta benda dimusnahkannya,
Berpuluh-puluh ribu anak yatim kehilangan ibu bapa,
Bangunan jadi rata,
Banyak kampung hilang dibuatnya,
Ada pulau yang hilang lenyap ditelan oleh laut,
Maka peta dunia dirubahnya,
Dunia hairan dan tercengang dibuatnya,
Tsunami buatan Tuhan merubah segala-galanya
Berubah fikiran manusia kerana berlaku diluar logik akal manusia,
Merubah jiwa dan perasaan manusia didalam keadaan trouma dan ketakutan,
Ada orang, Tuhan telah disebut semula,
Ada orang sudah nampak kebenaran, sebelum ini tidak memperdulikannya,
Setengah orang sudah takut hendak membuat kemungkaran,
Orang yang sombong sudah mula bungkam mulutnya,
Tidak berani bercakap sesuka hati seperti biasa,
Rupanya Tsunami lebih berkesan daripada ceramah dan dakwah,
Ceramah berpuluh-puluh tahun orang tiada ambil perhatian,
Sekali berlaku Tsunami orang mengambil peringatan,
Inilah hikmahnya berlakunya Tsunami,
Adillah Tuhan melakukan sekali terjadi ia memberi kesan,
Oleh itu ambillah ingatan Tuhan didalam ceramah-ceramah dan pengajian,
Jangan Tsunami memberi ingatan kita tidak tahan,
Jika kita ulangi sikap kita seperti biasa,
Tsunami akan berulang lagi memberi ingatan kepada kita,
Jangan-jangan Tsunami yang kedua lebih besar daripada yang pertama,
Kerana itulah berita sejarah didalam Al Quran
Apabila ingatan tidak diperdulikan,
Ancaman Tuhan pun datang memberi peringatan,
Tsunami ini sama cerita seperti didalam Al Quran,
Setelah ingatan demi ingatan tidak diperdulikan,
Ancaman Tuhan pun datang memberi ingatan,
Sekarang pemimpin senang memberi arahan
Sebab Tsunami keinsafan sudah mulai datang.

6 ulasan:
insap~
thnks ats mklumat yg dberi,,ia mberi keinsafan pd kte,,amim smga kte xlalai,,
moga2han
subhanallah..
buat ingatan untuk sejagat :)
Recently: terlajak perahu boleh undur.. terlajak kata apa cer?
Terkesima dalam keinsafan di buai alanun muzik mengasikkan, di belai kata-kata penuh hidayah mu....
Subhanallah!
Catat Ulasan