Pages

Search This Blog

Followers

like Batu

Jumlah Paparan Halaman

Khamis, 24 Mac 2011

Usul Libya: 18 (1) Selamatkan Rakyat Libya

Saya memandang berat keadaan di Libya. Sebuah negara yang Lagu Kebangsaan mereka ialah Azan.. ya bang kalau dalam bahasa Kedah. Saya memohon izin pimpinan PAS  untuk mengemukakan isu besar ini. saya kemukakan selasa 15 Mac. Namun baru harini dibenarkan berbahas di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) iaitu menangguhkan mesyuarat bagi membincangkan perkara tertentu, berkepentingan ramai dan perlu disegerakan. 
US destroyer USS Barry launches Tomahawk missiles on Libya (19 March 2011)Usul ini juga saya bawa untuk dibincangkan di dalam mesyuarat Majlis Perundingan Pertubuhan islam Malaysia (MAPIM). Campurtangan tentera bersekutu menjadikan usul ini perlu dibuat pindaan. Walaupun usul ini ditolak, cukuplah bagi saya menunaikan tanggungjawab persaudaraan saya kepa ribuan yang mati di tengah konflik dan ratusan ribu yang menjadi pelarian. Kehadiran kuasa bersekutu melalui resolusi terbaru Khamis lalu iaitu 1973 (No Fly Zone) menjadikan Libya seolah-olah mengulangi insiden Iraq.. Sedih dan amat sedih. Namun dengan membenarkan usul ini dibaca sudah cukup untu menyatakan solidariti kepada masyarakat Libya. Inilah usulnya untuk tatapan tuan-tuan.
YB Tan Sri Pandikar Amin Mulia
Yang Dipertua Dewan Rakyat
YB Tan Sri
USUL MENANGGUH MESYUARAT DI BAWAH PERATURAN 18(1)
YB Mohd Nasir Zakaria (Padang Terap) akan mencadangkan.
“Bahawa Dewan ini hendaklah ditangguhkan bagi membolehkan satu isu tentang ketegangan Libya dibincangkan”

Tan Sri Yang Dipertua,

Ketegangan yang sedang berlaku, antara golongan anti Gadafi dan tentara Gadafi sekarang semakin runcing dan kini
memuncak kepada perang saudara yang amat merbahaya.Laporan serangan tentera Gadafi yang menggunakan jet pejuang
untuk menyerang kawasan yang dikuasai oleh golongan pemberontak telah mengakibat kan ramai yang terbunuh dan cedera
terutama dikalangan rakyat awam.
Sebagai sebuah negara yang menganggotai OIC , Malaysia tidak boleh membisu dan tidak bertindak . Malaysia
sepatutnya bimbang keadaan di Libya akan mengulangi apa yang berlaku di Iraq. Malaysia sepatutnya  merasa
amat malang apabila negara-negara Arab di Teluk serta badan antarabangsa di kalangan umat Islam iaitu OIC
terus membisu dan tidak mengambil inisiatif untuk meredakan keadaan demi menyelamatkan nyawa rakyat di Libya.
Masalah ini adalah masalah yang besar. Oleh itu saya mencadangkan agar :
Pertama : Kerajaan Malaysia dengan segera menggerakkan penghantaran misi bantuan kemanusiaan ke Libya.

Kedua: Resolusi 1970 yang telah diluluskan oleh Majlis Keselamatan PBB hendaklah dilihat sebagai suatu alat
untuk menyekat Gadafi dari terus bertindak ganas terhadap rakyatnya sendiri.

Ketiga : Segala usaha mesti digerakkan bagi meredakan ketegangan bagi mengelakkan berlakunya  perang sivil
yang bakal menghancurkan seluruh negara tersebut.
Keempat : Misi bantuan kemanusiaan hendaklah segera dihantar ke Libya memandangkan ketegangan tersebut telah
mengakibatkan bekalan makanan dan ubatan terputus di beberapa kawasan di Libya seperti di Zawiyah, Ras Lanuf,
Brega, Benghazi dan di sempadan Tunisia dan Mesir. Ratusan ribu pelarian kini sangat memerlukan bantuan makanan.
Kelima : Mendesak sidang Parlimen Malaysia yang berjalan sekarang segera mengusulkan supaya semua agensi
antarabangsa seperti OIC , UN , Liga Arab , Kesatuan Eropah , Kesatuan Afrika mengambil inisiatif supaya krisis
di Libya diselesaikan dengan rundingan demi mengelakkan pertumbuhan darah terus berlaku.
Keenam :  Menggesa sidang Parlimen Malaysia mengambil inisiatif untuk menghantar delegasi khas bagi mendapatkan
maklumat lebih dekat mengenai ketegangan yang berlaku di Libya dan mengesyorkan tindakan yang boleh diambil oleh
Malaysia sendiri.
Kerana itu saya berpandangan bahawa isu ini adalah perkara tertentu, berkepentingan ramai dan perlu disegerakan.
Saya yang mencadang.
Libya airstrikes map

Tiada ulasan: