Search This Blog

Followers

like Batu

Jumlah Paparan Halaman

Rabu, 31 Ogos 2011

MESTI TAHU :Siapakah Sir Henry Gurney?

Menjelang Hari Kemerdekaan ini, banyak timbul isu yang berkaitan dengan sejarah negara. Jika dahulu dengan kekurangan media alternatif dan kejahilan Ummah, kita terima bulat-bulat apa yang diperkatakan di dalam Buku Tawarikh maupun Buku Sejarah. Tiada masa berfikir di luar kotak.

Kini masa telah berubah. Anak-anak muda yang berjiwa panas, gelora, ingin tahu, berfikir di luar kotak mula mencari "sesuatu yang berkurangan" dalam pengkisahan sejarah negara.

Sejarah adalah peristiwa lampau yang memberi pengajaran untuk generasi mendatang. Jika sejarah itu disonsangkan dan diselewengkan, kita bakal "di maki hamun" bahkan mungkin kubur kita bakal "di kencingkan" oleh generasi mendatang!


Tahun 70an, buku Tawarikh(Sejarah) sekolah rendah ada menceritakan tentang Kamal Artatturk. Beliau digambarkan sebagai seorang yang membawa perubahan moden kepada Turki. Digambarkan juga bagaimana beliau "menghapuskan kejumudan" orang Turki seperti mengharamkan tudung untuk wanita Turki dan meperkenalkan topi menggantikan kopiah. Manakala Sultan Abd Hamid dan Kerajaan Uthmaniyyah sebagai Kerajaan zalim dan mundur.


Begitu berkesan cara pengajaran sejarah ketika itu hinggakan pelajar Islam Malaysia menganggap Kamal Artatturk perwira Islam Turki.


Kisah Kamal Artatturk itu diceritakan dalam Buku Tawarikh(Sejarah) di sekolah-sekolah dalam negara kita dalam keadaan kita sudah merdeka.


Tidak dapat digambarkan bagaimanakah kisah-kisah Haji Abd Rahman Limbong, Tok Janggut, Mat Kilau, Dato Bahaman, Antanom dan Dato Maharaja Lela dikisahkan dalam buku sejarah semasa penjajahan Inggeris. Sudah pasti mereka semua dilabelkan sebagai penderhaka kepada raja, pengganas, pembunuh dan penentang kerajaan.


Awal tahun 80an, barulah kisah mereka semua "dipulihkan" dalam buku Sejarah sekolah setelah puluhan tahun perjuangan mereka di hina dan "di kaburkan" oleh kita sendiri.


Terkini, terbongkar satu lagi penyelewengan sejarah. Kisah Sir Henry Gurney. Pesuruhjaya British ( jawatan macam PM)di Tanah Melayu tahun 1948 hingga 1951. Digambarkan dalam Buku Teks Sejarah Tingkatan 3, beliau seorang yang berjaya mengekang pengaruh komunis di Tanah Melayu. Jasanya besar untuk Tanah Melayu kononnya. Akhirnya beliau dibunuh oleh PKM semasa dalam perjalanan ke Bukit Frasier.


Ramai tidak menyedari perlantikan Sir Henry Gurney sebagai Pesuruhjaya British ke sini kerana kerjanya yang hebat di Palestin selama 2 tahun (1946-1948). Apa kerjanya? Membawa pendatang Yahudi masuk ke Palestin dari Eropah dan menghalau dan membunuh rakyat Palestin dari bumi mereka sendiri.


Ketika Henry Gurney bertugas di Palestinlah berlaku siri pembunuhan kejam di bumi Palestin. Pengganas Yahudi Haganah dan Irgun kemuncak keganasan mereka adalah ketika Henry Gurney bertugas di Palestin.


Ingat! Peristiwa Dier Yasin ( Mei 1948)yang meragut nyawa 300 orang wanita dan kanak-kanak Palestin berlaku ketika Henry Gurney masih berada di bumi Palestin. Beliau datang ke Tanah Melayu Oktober 1948.


Malangnya, nama beliau di sanjung di sini. Jalan dan sekolah diabadikan nama Henry Gurney. Bahkan tempat beliau dibunuh pun diberi papantanda. Tololkah kita?


Apakah jasa beliau di sini? Ingat! Beliau dibunuh dalam keadaan menjadi Ketua Penjajah! Dalam keadaan tangannya berlumuran darah rakyat Palestin!


Saya berharap pada guru Sejarah seluruh negara yang mengajar Sejarah Tingkatan 3 agar jangan lupa untuk ceritakan kisah sebenar sejarah Henry Gurney kepada anak murid mereka. Moga mereka tahu kisah sebenar Sir Henry Gurney.
Read More..

Siapa Pejuang Kemerdekaan Yang Sebenarnya, Ulama' atau UMNO?

http://3.bp.blogspot.com/_EHqKK1664uE/SGRs-QzTaRI/AAAAAAAABGk/JTt1ROaB87Q/s200/3+-+Tuan+Guru+Syaikh+Muhammad+Nur+al-Fathani.jpgUmno perjuang kemerdekaan Tanah Melayu dan bangsa Melayu yang membebaskan orang Melayu daripada cengkaman penjajah, fahaman ini seolah-olah sudah terpahat diminda orang-orang Melayu sejak merdekanya Tanah Melayu pada tahun 1957. Orang-orang Melayu menganggap seolah-olah hanya UMNO dan pemimpinnya sahaja yang memperjuangkan kebebasan Tanah Melayu daripada cengkaman penjajah.

Tapi kebanyakan daripada kita pasti terkejut pada realiti sebenar yang tidak pernah diperkatakan dan seakan-akan sengaja dilupakan oleh UMNO dan dipadamkan daripada fakta sejarah kemerdekaan negara Malaysia. Saya ingin tegaskan disini bahawasanya Ulama'lah golongan yang memainkan peranan penting dalam perjuangan memerdekakan Tanah Melayu daripada cengkaman penjajah.

http://2.bp.blogspot.com/-s2kLdeldGBQ/TY8QMR3ExKI/AAAAAAAAA4M/qmbVS8h2SQM/s320/JAMALUDDIN+AL-AFGHANI.jpeghttp://2.bp.blogspot.com/_SQXakRSaddI/So9yflsCNGI/AAAAAAAADu4/gelsDCBDg-w/s320/Muhammad+abduh.jpg
http://mideastweb.org/Middle-East-Encyclopedia/hassan_al_banna.jpg
http://3.bp.blogspot.com/_EHqKK1664uE/SGRs-QzTaRI/AAAAAAAABGk/JTt1ROaB87Q/s200/3+-+Tuan+Guru+Syaikh+Muhammad+Nur+al-Fathani.jpg
http://img196.imageshack.us/img196/531/newpictureg.png
Susur galur perjuangan Ulama' daripada atas sebelah kiri Sayed Jamaluddin Al-Afghani(Pengasas Pan-Islamic),
Sheikh Muhammad Abduh(Anak murid Sayed Jamaluddin), Imam syahid Hassan Al-Banna(Pengasas Ikhwanul Muslimin),Sheikh Ahmad Al-Fathani dan Dr. Burhanuddin Al-Helmi (Presiden Pas ke-3)


Kenyataan ini seolah dipandang sepi oleh masyarakat Melayu dan orang-orang Malaysia umumnya. Sejak daripada mula lagi Ulama' sebenarnya telah memainkan peranan yang sangat penting dalam pegerakan-pegerakan pembebaskan Tanah Melayu dari cengkaman penjajah dan perjuangan untuk memartabatkan kalimah ALLAH di Tanah Melayu.

Bermula dengan kemunculan tokoh-tokoh reformis Islam lulusan Mekah dan Mesir yang mendapat pengaruh daripada insan yang sepatutnya mendapat gelaran Bapa Kemerdekaan Tanah Melayu iaitu Sheikh Wan Ahmad bin Wan Muhammad Zain @ Zainal Abidin bin Wan Mustafa Al- Fathani atau lebih dikenali sebagai Sheikh Ahmad Al-Fathani.

Beliau lahir pada 10 April 1856 (5 Sya’aban 1272) di Kampung Sena Janjar, Jambu,Negeri Jerim,Pattani dan wafat pada 14 Jan 1908.Perjuangannya membebaskan Tanah Melayu pada mulanya berpusat di kota Mekah. Disana beliau mengumpul pelajar-pelajar melayu yang berlajar di Timur Tengah khususnya Mesir dan kemudian memperkenalkan mereka kepada tokoh Ulama dan reformis Islam iaitu Sheikh Muhammad Abduh murid kepada Sayid Jamaluddin Al-Afghani yang membawa konsep 'Pan Islamic' yakni islam secara global.

Pencetusan gerakan Islah oleh Syed Jamaluddin al-Afghani dan Syeikh Muhammad Abduh pada 1882 telah mempengaruhi kebangkitan semangat kebangsaan di Tanah Melayu. Golongan pelajar di Tanah Melayu yang mendapat pendidikan di Timur Tengah, khususnya di Mesir telah membangkitkan semangat kebangsaan. Mereka yang menuntut di Universiti al-Azhar telah terpengaruh dengan idea pemulihan Islam yang dibawa oleh Sayid Jamaluddin al-Afghani dan Syeikh Muhammad Abduh.

Sekembalinya mereka ke tanah air, mereka telah memulakan Gerakan Islah di Tanah Melayu. Golongan ini dikenali sebagai Kaum Muda.Kemudian lahirlah pejuang2 kemerdekaan yang berjuang dan ada antaranya syahid semata-mata untuk perjuangan Islam,bangsa dan tanah air.

Antara nama-nama yang turut berjuang ialah Muhammad Yusuf Ahmad@
'Tok Kenali',Haji Hassan Munas@ 'Tok Janggut', Dr Bahanuddin Al-Helmy dan ramai lagi sehingga tidak mampu saya nyatakan kerana terlalu ramai Ulama' yang turut berjuang demi Agama dan Tanah Air.

Penubuhan Parti Islam Semalaysia(PAS) juga adalah lanjutan perjuangan menegakkan syiar Islam pada era kemerdekaan. PAS tertubuh kerana golongan Ulama yang ketika itu berpendapat bahawa UMNO telah lari daripada prinsip mereka yakni 'Amal maaruf dan Nahi mungkar' ini berikutan sikap pemimpin UMNO yang berfikiran sekular dengan memisahkan prinsip pemeritahan daripada prinsip Islam yakni Al-Quran dan As-Sunnah.

Walaupun PAS menentang keras dasar sekular UMNO tapi mereka masih menganggap PAS sebagai sayap mereka,tapi kebenarannya ialah prinsip perjuangan PAS adalah berbeza kerana PAS berpegang teguh pada prinsip pemerintahan berteraskan 'Al-Quran dan AS-Sunnah' dan ini sesungguhnya amat bercanggah dengan prinsip sekular yang diterapkan oleh pemimpin UMNO pada ketika itu dan keadaannya tidak banyak berbeza sekarang . Jika dulu ada 'Loteri Rakyat' kini 'Judi' dihalalkan bahkan ada pula pemimpin UMNO yang mempunyai saham dalam syarikat Judi dan Arak.

Tapi adalah amatlah malang apabila perjuangan para Ulama' yang bermati-matian itu, secara tiba-tiba sahaja agenda perjuangan itu dirampas oleh UMNO yang hanya mula bercakap soal kemerdekaan pada tahun 1951.

Anak didik British ini memperoleh manfaat dan dikenang sebagai perjuang ulung kemerdekaan Tanah Melayu. Mereka meminggirkan bahkan melupakan perjuangan para Ulama'.

Sejarah hanya tertulis bahawasanya hanya UMNO yang memperjuangkan kemerdekaan seperti yang sudah terpahat difikirkan kita. Berfikirlah sejenak siapakah yang sebenarnya bermati-matian menumpahkan darah demi Malaysia dan Islam, Ulama atau UMNO? 
Read More..

Menjawab Tohmahan kpd Mat Sabu: Bagaimana DGN kejatuhan OTHMANIAH?

Mat Sabu di tuduh membela komunis dlm peristiwa Bukit Kepong dan tidak mengiktiraf TAR dan THO antara pejuang kemerdekaan.

Sejarah sebenarnya ditipu oleh British di semua negara Islam jajahannya dgn menggunakan kaedah yg sama iaitu dgn bekerjasama dgn wakil penduduk setempat, menaikkan nama mereka kemudianmelantik mereka sebagai pemerintah.

SAYA TULIS DISINI SEJARAH KEJATUHAN OTHMANIAH di tangan Mustafa Kamal dgn bantuan penipuan British. Cuba fahamkan kerana itulah juga yg cuba dimaksudkan Mat Sabu-jalan cerita penjajahan yg sama.

Beliau ialah Mustafa Kamal Ataturk yang diberi gelaran al-Ghazi (orang yang memerangi). Perkataan Ataturk bermakna bapa orang Turki. Artaturk ialah orang yang bertanggungjawab meruntuhkan Khilafah Islam -Turki pada tahun 1343H (1924M).

Beliau dilahirkan pada tahun 1299H (1880M) di bandar salonika, Greek yang ketika itu merupakan taklukan Khilafah Uthmaniyyah. Bapanya bernama Ali Reda Afandi, berkerja sebagai pengawal di jabatan Kastam. Ada yang mengatakan belaiu ialah bapa tiri Ataturk dan bukan bapa kandungnya. . Ada juga yang mengatakan Ataturk oleh Guru matematiknya yang bernama Mustafa. Mustafa bertugas di sekolah Ataturk iaitu sebuah sekolah menengah tentera dan pada ketika itulah beliau tertarik dengan kebolehan Ataturk dalam bidang matematik lalu mencadangkan nama Mustafa Kamal.

H.S. Armstrong, salah seorang pembantu Ataturk dalam bukunya yang berjudul al-Zi'bu al-Aghbar atau al-Hayah al- Khasah li taghiyyah telah menulis:

'Sesungguhnya Ataturk adalah daripada keturunan Yahudi. nenek moyangnya adalah Yahudi yang berpindah dari Sepanyol ke bandar Salonika.'

Golongan Yahudi ini dinamakan dengan Yahudi Daunamah yang terdiri daripada 600 buah keluarga. Mereka mendakwa memeluk Islam pada tahun 1095H (1683M), tetapi masih menganut agama Yahudi secara senyap-senyap. Ini diakui sendiri oleh bekas Presiden Israel, Yitzak Zifi, dalam bukunya Daunamah terbitan tahun 1377H (1957M):

Ada kumpulan-kumpulan agama yang masih menganggap diri mereka sebahagian daripada Nabi Israel...... Antara mereka ada satu kumpulan iaitu kumpulan Daunamah yang Islam hanya pada zahir tetapi mengamalkan ajaran Yahudi secara senyap-senyap.

Ketika Mustafa kamal mencapai usia 12 tahun, beliau memasuki Sekolah Tentera Salonika. Kemudian beliau menyambung pelajaran di Akademi Tentera Monasitar pada tahun 1302H (1885M). Pada tahun 1322H (1905M), beliau memasuki kolej tentera di Istanbul dan menamatkan latihan ketenteraannya pada tahun 1325H. (1907M). Kemudiannya, belaiu telah ditugaskan di Kem Tentera Batalion ketiga di Salonika.

Disini bermulanya usaha Ataturk dalam memusuhi Khalifah Uthmaniyyah dan agama islam. Dengan kedudukannya sebagai graduan kolej tentera, beliau telah mengigatkan rakan-rakan pegawainya agar tidak tertipu dengan pemikiran dunia Islam.

Beliau telah mengubah ucapan Assalaualakum kepada Marhaban Bikum (Selamat Datang). Tindakan belaiu selanjutnya ialah menubuhkan Pertubuhan Kebagsaan dan Kebebasan yang bertujuan untuk menghapuskan Kerajaan Uthmaniyyah yang menurutnya mengamalkan pemerintahan kuku besi,tetapi malangnya Pertubuhan Bersatu dan Maju yang ketika itu juga bergiat cerdas menentang pemerintahan Islam telah menjadi batu penghalang kepada pengerakan Ataturk ini.

Imej Mustafa Kamal menonjol selepas meletusnya Perang Dunia Pertama apabila beliau dipilih sebagai panglima pasukan ke -19 di Sinaq Qal'ah .Pasukannya dapat mengalahkan tentera British sebanyak dua kali di Semanjung Ghalibuli di Balkan Darnadil mestkipun kekuatan tentera British mampu mengalahkan tentera Artaturk . Dengan kemenangan tersebut, Ataturk telah dinaikkan pangkat kapten dan kemudiannya jeneral pada tahun 1335H.(1916M).

Pada hakikatnya, kemenangan yang dicapai oleh Mustafa kamal adalah kemenangan yang disengajakan dirancangkan oleh tentera Inggeris supaya reputasi Ataturk dipandang tinggi oleh Kerajaan Uthmaniyyah. I ni kerana peperangan di antara tentera Uthmaniyyah dengan tentera bersekutu berlanjutan selama beberapa hari tanpa mana-mana pihak mencapai sebarang kemenangan sehingga menyebabkan kedua-dua belah pihak bertahan dikawasan masing-masing untuk beberapa bulan. Akirnya pihak Inggeris secara mengejut tanpa disangka-sangka telah meninggalkan kawasan pantai Ghalibuli.Pada tahun 1337H (1918M), Ataturk telah mengetuai satu pasukan tentera di Palestin . Beliau telah menghentikan peperangan terhadap Inggeris, musuh Kerajaan Kerajaan Uthmaniyyah secara mengejut dan membenarkan Inggeris mara ke sebelah utara tanpa mendapat sebarang tentangan . Ketika itulah ia mengadu jatuh sakit dan telantar di di Kem Nablus. Tindakannya itu telah menimbulkan pelbagai spekualasi dan tanda tanya, lantas beliau membawa pasukan tenteranya ke utara sehingga ke Damsyik. Di sana, beliau telah mengeluarkan perintah supaya menghentikan tentangan terhadap Inggeris sekaligus membuka peluang kepada Inggeris untuk mara ke wilayah-wilayah Uthmaniyyah.

Selepas kekalahan Turki dan perisytiharan gencatan senjata, Inggeris meminta khalifah membubarkan Dewan Rakyat yang berkuasa menentukan kekuasaan khalifah. Selepas pembubaran itu, Inggeris mencetuskan pula huru hara dalam istana Kerajaan Uthmaniyyah sepanjang tempoh dua tahun 1337 - 1338H (1918-1919M ) dan meminta khalifah menghentikan angkara yang sengaja mereka rancangkan itu. Mereka kemudian mencadangkan Mustafa Kamal untuk memikul tugas tersebut. Ini supaya Mustafa dapat menjadi orang yang berupaya memenuhi aspirasi rakyat dan satu-satunya pegawai tinggi tentera yang layak mendapat penghargaan daripada pihak tentera.

Kedudukkan dan kehebatan Mustafa kamal kini kian terserlah di mata orang ramai, manakala reputasi institusi khalifah pula semakin menurun. Pada waktu yang sama beliau telah merealisasikan perancangan Pihak Bersekutu untuk menguasai wilayah-wilayah Kerajaan Uthmaniyyah.

Taktik yang digunakan oleh Inggeris untuk menjayakan rancangan tersebut ialah dengan membebaskan Greek daripada penguasaan Izmir dan ini terang-terang bercanggah dengan teks perjanjian yang telah dimenteraikan oleh Pihak Bersekutu. Semua ini berjalan dengan pantas sekali apabila tentera Greek melepaskan tembakan kepada orang islam Turki di jalan-jalanraya, memaksa mereka menaggalkan tarbus yang kemudian dipijak-pijak dengan kaki, menaggalkan purdah yang dipakai oleh wanita Muslim, membakar perkampungan Islam di Izmir dan menyembelih orang Islam tanpa belas kasihan.

Di tengah-tengah kegawatan tersebut, kapal Ainabuli telah berlabuh di perairan Izmir di tengah-tengah armada laut Inggeris dan Greek, lalu Ataturk menuju ke Izmir dan mengerah segala keupayaannya dan memperlihatkan modus operandi yang menyakinkan dalam menentang Greek .

Ataturk mengutus telegram kepada khalifah untuk menjelaskan keadaan yang genting ini. Akan tetapi khalifah mendesak beliau pulang untuk mengelakkan belaiu daripada terus menibulkan huru-hara. Khalifah cuba memujuk Ataturk tetapi belaiu tetap enggan pulang malahan menghantarkan telegram kepada baginda, "Saya akan tinggal di anadul sehingga kemerdekaan dapat dicapai."

Ataturk mula melancarkan revolusi yang disokong sepenuhnya oleh Inggeris dan beliau telah berjaya pada peringat permulaan. Ini berlaku apabila gerakan belaiu telah diserati oleh para pemimpin muda dan pemikir-pemikir yang meletakkan syarat agar tidak membabitkan khalifah.

Pertempuran di antara tentera Uthmaniyah dengan Greek telah berlanjutan selama satu setengah tahun. Semasa pertempuran sedang berlaku, Pihak Bersekutu telah mengumumkan bahawa mereka berkecuali. Sungguh menghairankan kerana senjata-senjata yang dibekalkan kepada Mustafa Kamal adalah dari Rusia hasil perancangan rapi pihak Inggeris di Busfor sekalipun Rusia memang memusuhi Kerajaan Uthmaniyyah.

Pada 23 Mac 1921M (1340H), tentera Greek mencetuskan kembali api peperangan. Pada bulan September tahun yang sama, pertempuran di antara kedua-dua belah pihak terhenti apabila Greek menarik keluar tenteranya dari Izmir. Dua hari selepas itu, tentera-tentera Uthmaniyyah dibawah Mustafa Kamal mula memasuki Izmir tanpa menggunakan sebarang kekerasan.

Propaganda Barat telah membesar-besarkan kemenangan pimpinan Mustafa Kamal ini dan menyebarkannya dengan cepat ke negara-negara Islam. Orang islam telah tertipu dengan tindakkan Mustafa yang berjaya memenuhi aspirasi mereka sehinggakan Ahmad Shauqi pernah memuji belaiu melalui sebuah qasidah yang mengumpamakan Ataturk seperti Khalid bin al-Walid.

Maha Besar Allah betapa kemenangan yang penuh keajaiban, Khalid Turki hidupkanlah kembali, Khalid Arab.

Malangnya impian mereka yang tertipu dengan tindakan Mustafa tidak tercapai kerana 3 Mac 1343H (1924M)., tersiar berita tentang pembubaran Kerajaan Khalifah. Khalifah dan kerabat diraja telah dihalau keluar dari negara Turki, manakala dua buah kementerian iaitu Kementerian Wakaf dan Kementerian Undang-undang Syari'ah telah dimansuhkan. Sekolah-sekolah agama telah ditukar menjadi sekolah-sekolah awam.

Musuh-musuh Islam melihat bahawa penghapusan Khilafah Islamiah bukanlah suatu perkara mudah. Ia hanya akan tercapai dengan cara menonjolkan seorang wira yang agung dan Mustafa merupakan orang yang digelar wira tersebut.

Pihak Inggeris telah melaksanakan rancangan ini bersama-sama Mustafa Kamal sendiri. Mereka juga telah membebaskan Greek dari Izmir dengan mendakwa Mustafa adalah pahlawan sebenar yang menjayakan kemenangan tersebut. Seluruh rakyat mula mempercayai perkara ini dan bagi Inggeris inilah masa yang paling sesuai untuk memasukkan jarumnya bagi menghancurkan Islam.

Sungguh menghairankan, cara ini masih tetap digunakan oleh musuh-musuh Islam untuk menlancarkan serangan terhadap islam sehingga hari ini.

Inggeris mengiktiraf kemerdekaan Turki dan mengundurkan tenteranya apabila Ataturk membubarkan pemerintahaan khalifah. Pernah seorang ahli Parlimen Inggeris menyoal Lord Carrizon (Menteri Luar British ketika itu) dalam Dewan Parlimen Britain tentang pengiktirafan kemerdekaan Turki. Lord Carrizon membalas, "Apa yang berlaku ialah Turki telah dikuasai tanpa sebarang tentangan kerana kita telah menguasai kekuatan spiritualnya iaitu Sistem khilafah Islam". Syeikhul Islam, Mustafa Sabri selepas melarikan diri ke Mesir pernah berkata, Memang mudah sekali Inggeris menjadikan Mustafa Kamal sebagai wira pada saat mereka menekan Khalifah dan menggulingkan baginda.

Dalam episod ini terserlahlah kebolehan Ataturk pada pandangan orang islam. Ataturk adalah seorang lelaki yang tidak ada tolok bandingnya bagi Inggeris. Beliau telah meruntuhkan kesucian Islam (lebih-lebih lagi peradabannya) dalam masa satu hari sahaja sedangkan pihak Inggeris sendiri tidak mampu untuk melakukannya walaupun setahun. Apabila Inggeris berasa yakin dengan keupayaan dan kekuasaan Ataturk, mereka melantiknya menjadi ketua kerajaan boneka tersebut dan sesudah itu mereka pun ke luar dari negara kami."

Sesungguhnya pembubaran Sistem Khilafah Islamiah merupakan titik tolak dalam urutan strategi yang didokong oleh Ataturk demi untuk memisahkan agama Islam daripada sistem pemerintahan di Turki dan meminggirkan Islam daripada aspek kehidupan."
 
Read More..

Mat Sabu Bukan Penghianat

Ucapan dan ceramah yang disampaikan oleh pimpinan parti Pas saudara Mat Sabu itu adalah tepat dan benar. Malah Tukar Tiub dari awal lagi telah berkata bahawa pada bulan Ogos ini United Malay National Organisation akan menjadi mamai. Pada bulan Malapetaka ini United Malay National Organsiation akan membuka kesah kesah dongeng tentang perjuangan mereka.

Mereka menaburkan kesah dogeng bahawa mereka bangun menentang komunis. Ini cerita sasau. Rakyat Tanah Melayu sedang bermandi darah bangun mengangkat senjata melawan penjajah British. Mangkok hayun ini melawan orang yang melawan British. Nationalis kepala bana jenis apa ini?

Mari kita ambil pertempuran gerila Rakyat Tanah Melayu pada tahun 1950 di Bukit Kepong. Baca betul betul. Ini berlaku pada 23 Februari tahun 1950. Yang berkuasa British. Justeru yang diserang ialah soldadu upahan British. Ketika itu ada soldadu upahan British dari Ghana, Kenya, Fiji, Nepal dan termasuk anak tempatan. Anak tempatan direkrut kerana tidak ada kerja lalu menjadi soldadu upahan Bristish. Ini hakikat. Ini hakikat fakta sejarah.

Sila pergi lawati Taman Tasek di Taiping atau pergi ke tanah perkuburan di hadapan Dewan Bahasa para pembaca budiman akan bertemu dengan kubur soldadu upahan dari luar negara. Jika ini bukan bukti wujudnya tentera upahan British maka Rosmah Mansor masih anak dara lagi.

Dalam serangan ke atas Rumah Pasong Bukit Kepong – yang memimpin serang ini ialah Mat Indera. Sosok ini adalah nasionalis yang bangun mengangkat senjata bersama Parti Komunis Malaya untuk memnghalau British. Memang betul soldadu dalam Rumah Pasong ialah Melayu – mereka soldadu upahan. Memang betul Mat Indera juga Melayu

Dalam serangan ini bukan Melayu atau Punjabi atau Mamak Kutty yang di pentingkan. Yang penting ialah garis perjuangan – menentang British atau menjadi barua British. Inilah dua garis politik ketika itu. Hanya gerombolan United Malay National Organisation yang kepala hangguk - heboh tentang Melayu hingga ke hari ini.

Sekali lagi Tukar Tiub mengingatkn para bahawa bahawa serangan keatas Rumah Pasong di Bukit Kepong berlaku pada tahun 1950 – di zaman British memerintah. Sila buka kepala dan fikir betul betul.

Pejuang Mat Indera ini penuh dengan cerita dan mitos rakyat. Hingga ke hari ini. Terbukti kesah kebenaraan tidak mungkin dapat ditutup. Mungkin untuk sementara fakta sejarah boleh dikaburi tetapi akhirnya fakta akan muncul.

Akhirnya Mat Indera mati digantung oleh British. Saya sendiri telah melihat tempat Mat Indera di gantung. Pejuang nasionalis kita ini digantung di penjara Ayer Molek Johor Bahru. Saya sempat melihat tempat itu kerana pada September 1974 saya telah ditahan di penjara yang sama kerana menyokong peneroka bandar Tasek Utara. Seorang warden Melayu dengan sedih tetapi merasa bangga telah menunjukkan kepada saya wilayah dimana nasionalis Mat Indera digantung. ( Jika apa yang saya nyatakan ini salah – maka saya telah diberi maklumat yang salah)

Apakah Onn Jaafar nasionalis?
Apakah Tunku nasionalis?


Pasti jawabnya TIDAK dan BUKAN. Mereka bukan berjuang menentang British. Mereka tidak bangun berjuang menentang British. Mereka berebut-rebut untuk menjadi barua British. Cuba ingatkan apa kata Onn Jaafar ‘... nak buat jarum pun belum tahu...inikan pula nak merdeka....’ Ini hakikat sejarah. Hari ini dengan wujudnya internet satu demi satu cerita karut lagi marut dari United Malay National Organisation telah dibongkar.

Ini fakta sejarah - parti nasionalis yang tertua di Tanah Melayu ialah KMM – Kesatuan Melayu Muda . Ditubuhkan pada tahun 1938.....deek sila lihat tarikh ini... 1938 deek. Slogan mereka ialah MERDEKA.

United Malay National Organisation yang memakai nama Inggeris hingga ke hari ini ditubuh pada 1946. Gerombolan ini tidak berani bangun menuntut Medeka. Justeru slogan mereka ialah Melayu kurang oxygen - Hidup Melayu – hingga ke tahun 2011 ini mereka masih lagi kureeeng oxygen.

Bulan Ogos ini adalah Malapetaka untuk Tanah Melayu. Pada 15 Mei setiap tahun warga Palestin mengingati Nakba. Nakba ialah malapetaka yang terjadi pada tarikh ini apabila Israel diwujudkan di bumi Arab. Tanah Melayu juga ada Nakba nya – Malapetaka terjadi pada 31 Ogos 1957 apabila British menyerahkan pentabiran Tanah Melayu kepada United Malay National Organisation. Seluruh Tanah Melayu ditimpa Malapetaka.

Kepada jenerasi muda yang kurang faham biar diterangkan disini. Pada tahun 1958 bukan main heboh lagi gerombolan ini berlabon tentang pencapaian Merdeka tanpa tumpah darah. Bongak. Ini bohong. Rakyat Tanah Melayu telah bangun angkat senjata untuk menghalau British. Kuasa imperial Brtish telah digugat hingga ke akar umbi oleh Tentera Pembebasan Rakyat Malaya – ini fakta sejarah. Jika kurang percaya sila pergi rujuk ke Colonial Office di Kew Garden London. Semua bahan sejarah ini wujud disana. Busuk busuk pun British merekaTIDAK akan mengubah fakta sejarah – mereka mungkin memberi analisa yang berbeza. Ini British - mereka main criket bukan main guli.

Kalau tak yakin sila selidik dan tanya siapa dia Shamsiah Fakeh. Siapa dia Ahmad Boestaman. Siapa dia Burhanuddin al-Helmi. Siapa dia Rashid Mydin. Siapa dia Abdullah Sidi. Siapa dia Chen Peng. Siapa dia Mukhtaruddin Lasso. Siapa dia Ibrahim Yacob.

Justeru, kenyataan Mat Sabu berasaskan fakta. Tidak ada apa apa penghinaan. Menyangkut kan mat Sabu dengan DAP adalah hujah lapok gerombolan. Untuk Hishamudin Husssein sila jangan buka bontot sendiri. Hussein Onn anak Jaafar Onn ayah kepada Hishamudin ini adalah soldadu upahan British. Ketika British menjajah Iraq, Hussein Onn adalah barua setia kepada British. Sila lihat dan baca fakta sejarah. Jangan malas membaca dan menkaji. Jangan Jadi Melayu yang malas.Jangan jadi Melayu yang suka mendengar tetapi malas membaca dan mentelaah.

Justeru, amat jelas bahawa United Malay National Organisation membawa Malapetaka ke Tanah Melayu. Buktinya lagu Terang Bulan diciplak untuk dijadikan lagu kebangsaan kita. Tidak ada apa apa kebangsaan dalam lagu Terang Bulan ini. Ini bukan lagu ciptaan anak watan Tanah Melayu. Ini diciplak dari lagu Memula Moon lagu Peranchis. Lagu ini wajib dilupuskan.

Satu lagi bukti yang jelas ialah bendera. Ini juga dicaplak dari bendera Amerika. Motif Nusantra ialah Merah dan Puteh. Justeru lihat bendera Singapura, lihat bendera Indonesia malah bendera United Malay National Organisation sendiri menggunakan motif Nusantra. Bendera ini juga wajib dilupuskan dan direka bendera baru.

Kita jangan merasa gentar dengan ancaman dan tuduhan bahawa kita tidak hormat atau menghina Onn Jaafar atau Tunku. Tidak ada apa apa yang perlu dihormati. Mereka berdua hanya sibuk berebut untuk menjadi barua British.

Tidak ada apa apa yang hebat. Kalau tak percaya sila tanya Mahathir Muhamad sendiri. Apabila Tunku meninggal dunia Mahathir Muhamad Perdana Menteri ketika itu. Apa terjadi? Tidak ada cuti am untuk pengkebumian Tunku. Mahathir Muhamad yang menjadi Presiden United Malay National Organsiation sendiri tidak hormat kepada Tunku – jangan harap orang lain ambil pot. Pelik ketika itu tidak ada pula yang berani menuduh Panddy Kuttyy ini tidak hormat pada Tunku.

Juga sila jangan campur adukkan tentang Bukit Kepong sebagai penghinaan terhadap Polis Diraja Malaysia. Kesetiaan mata-mata upahan pada ketika itu kepada Baginda Raja Britain. 

Biar saya dituliskan disini sejelas mungkin. Pada tahun 1950 mereka BUKAN dipanggil polis. Orang Melayu dengan tepat telah memanggil mereka MATA-MATA. Sila rujuk sejarah – ini bukan tohmah. Justeru mereka adalah mata-mata penjajah. Juga tempat itu bukan BALAI POLIS tetapi dipanggil RUMAH PASONG. Ini nama yang telah diberi oleh orang Melayu kerana rumah ini ramai rakyat telah dipasong.

Justeru serangan pada 23 Febuarari itu ialah serangan nasionalis terhadap Mata-Mata British di Rumah Pasong Bukit Kepong. Khalas. Perid. End. Fin.

Sumber: malaysia-today.net
Blog Penulis : tukartiub.blogspot.com 
Read More..

Selasa, 30 Ogos 2011

Komen-komen terhadap tulisan Mat Indera Sebagai Perjuang Kemerdekaan



KomentarMat Indra ternyata seoarng pejuang sama dengan tokoh-tokoh yang lain seperti Rashid Maiden dan Chin Peng..tetapi pengorbanan beliau tidak di hargai oleh masyarakat yang kebanyakan nya mereka menuduh golongan in membabi buta tanpa mencari bukti-bukti bagi mengukuh kan tuduhan Mat Indra adalah seoarng penghianat bangsa....sedang kan aliran beliau juga sama ..ingin memerdekakan negara dari serangan penjajah.............. - Pippo

Askar dan polis kerja dibawah british...maka ianya talibarut penjajahlah. Mereka berjuang untuk kekalkan kuasa penjajah di malaya, oleh itu siapa yang melawan british mereka anggap musuh. Orang melayu kalau diumpan dengan wang cukup senang untuk BELOT dengan bangsanya sendiri. Mat Indera ini dari kacamata saya ianya seorang yang berjiwa merdeka dan ada semangat setia bangsa serta tidak tunduk dengan kemewahan dunia. Orang melayu lain ibarat ayam daging yang digemokkan untuk disembelih oleh penjajah british. Akibat perangai melayu yang tidak tetap pendirian inilah maka hingga sekarang dijajah oleh wakil british ?...UMNO lah ngok. - IATTIB
....
Saya baru membaca apa yg saudara tulis mengenai peribadi abang saya.saya ucapkan berbanyak terima kaseh.

Dia bukan saorang komunis tetapi dia saorang Islam sejati,masuk hutan keran mahu melawan penjajah British yg menjajah kita pada masa itu. - bahrom shah bin indra

....
Kekadangku rase, kerana polis le kite lambat merdeka, mereka digunakan untuk menangkap dan menyiksa pejuang yang berjuang sebenar2nya mempertahankan tanahair. Force 136 seperti cerita sarjan hasan hanya berjuang untuk bebaskan dari Jepun bagi pihak British, setelah Jepun kalah terus balik ke kampung, tiada keinginan untuk memerdekakan tanah air dari penjajah, mentadbir tanah air sendiri.  - AFirdaus
.....
asalamualaikum pada semua pembaca..yer betol apa yg ayah saya katakan(bahrom shah bin Indra)..mat Indra bukan komunis..PEACE  - bahar@din

saya ingin membetulkan ayat jay bond...atuk sy mat indra bkn petualang tetapi dia ingin menentang penjajahan British ke atas tanah melayu...sekian  sy anak kpd bahrom shah(bahar_bts@yahoo.com) 

.....

There are too many spaculations over the net about this particular uncle of mine. I can see uncle Rom and his son here too. Berjuang demi Melayu - itulah arwah. Ramai yg memperkotak katikkan sesuka hati thadap perjuangan beliau. Ramai yang mencemuh dan memaki hamun. Tapi, pernah kah generasi2 baru cuba mendalami isu sebenar pada zaman itu? Generasi skg, hanya mendengar dan membaca. Silap sumber, maka silaplah pemahaman mereka. Cuba lah generasi (bukan merayu, mahu kamu berfikir), letakkan diri kamu di tahun 1948-1952.. Buang segala kemudahan yg ada depan mata, letak diri kamu di dalam sebuah rumah di dalam kebun yg dikelilingi hutan.. Apakah yg kamu boleh buat untuk diri dan bangsa sendiri?? Berjuang tidak semestinya memegang senjata - singkap wikipedia apa itu warfare? Berapa bahagiankah warfare?? Cuba fikirkan. Kamu adalah generasi baru, generasi maju. Malaysia dah maju, anak-anak yg bijak pandai. Propah yg dsebarkan oleh brits dan juga melayu yg tkabur dengan habuan di waktu itu - mjadikan arwah musuh sedangkan perjuangan beliau sama dengan apa yg dperjuangkan oleh Melayu lain. Apa? Kemerdekaan.. Yg mbunuh, bukan beliau. Yg menyiksa rakyat, bukan beliau. Malah beliau sampai di BK selepas BK di serang. Pernah kah kamu tfikir, berapa melayu yg telah arwah selamatkan? Siapakah yg menangis semasa beliau di gantung? Melayu juga.. Kenapa?? Sebab Melayu pada waktu itu, tahu apa yg diperjuangkan beliau. Siapakah yg tersenyum di waktu itu?? Kamu fikirkan lah sendiri..  - UNknow

....

saya org banjar batu pahat..menurut cerita org tua saya..mmg betulla apa yg korg cakap.mat indera bukan komunis  - jamal

...

pokok pangkalnya sekarang adakah Mat Indera seorang komunis?


adakah dia berfahaman komunis?


bukankah dia ahli rejimen ke 10?


bukankah bukan semua ahli rejimen ke 10, malah tiada seorang pun yang terbukti berideologi komunis?


kalau yang politik kiri tu memang hampir semuanya, tapi tak semua yang kiri itu komunis.


ingat, kalau tak kerana British hambat semua pejuang kiri Melayu demi memenangkan puak kanan (baca: bourgeois/bangsawan kanan Melayu) yang akan jadi pak turut British, puak kiri takkan lari masuk ke hutan mendapatkan perlindungan dari PKM.


Orang Melayu Johor waktu tu tak sedoboh Melayu sekarang.


Mereka sendiri tak criminalize Mat Indera. Bagi mereka PKM adalah PKM, Rejimen ke-10 adalah R-10. Polis juga di satu pihak pada waktu itu sudah dilihat Melayu dengan pandangan yang rendah kerana kronisme dan korupsi.


Tidak sampai 10 tahun sebelum UMNO mula berkuasa (pilihanraya pertama adalah pada 1949), orang Melayu tak suka dengan UMNO.


Gelora perjuangan Melayu bangkit dengan API, AWAS, SEDAR, KMM, dll. yang mana tokoh-tokohnya adalah mereka yang berada di dalam Rejimen ke-10.


Hanya setelah zaman 50an baru masyarakat pandang rendah pada tokoh-tokoh tersebut setelah ejen-ejen propaganda UMNO menyebarkan fitnah terhadap mereka (cth: Shamsiah Fakeh bunuh anak sendiri dalam hutan, dsb).




Polis hanya balaci pemerintah.




Zaman British diorang ikut cakap British, zaman UMNO ikut cakap UMNO. - Megat Seri Rama
.....
antara ucapan Mat Sabu - ....Bukit Kepong, polis itu polis British, hak serang Bukit Kepong tulah pegawai kerajaan, ketuanya MaT Indra, Melayu, tetapi semua sejarah itu ditutup, Jins Samsuddin buat filem, Jins Samsuddin tu UMNO, cerita bukit Kepong, hak serang balai polis tu penjahat, polis tu polis British, sebelum merdeka negara kita diperintah oleh British, tapi dia buat filem yang hero hak pertahan balai polis, hak serang tu pengganas, padahal Mat Inda ketua penyerang balai polis tu dan akhirnya dia dihukum gantung di Jering Taiping, begitulah juga Tok Janggut, Tok Janggut ni lawan British, tapi sebelum British nak..nak bunuh dia, dia menghasut Sultan Kelantan untuk mengishtiharkan Tok Janggut sebagai penderhaka, bila ishtihar Tok Janggut sebagai penderhaka, barulah tok Janggut dihukum gantung di Pasir Puteh Kelantan. Semua sejarah negara kita bohong.... agnako 
.......





Polis pejuang kemerdekaan?


Tok Janggut pejuang penjajahan kalau gitu?






Lt. Adnan pejuang kemerdekaaan?


Lawan Jepun demi British?
.........




--end--


P/S Artikel Disalin Kembali
Read More..

MERDEKA : Perlukah kita berfikir di luar kotak ?


" Isu tentang sejarah pembabitan Mufti Palestin Sheikh Muhammad Amin Husaini dengan Hitler dan juga pembabitan orang Melayu dalam Rejimen 10 PKM adalah suatu perkara menarik untuk kajian.

Dua isu ini mempunyai 2 pandangan sisi.

Pandangan popular adalah pandangan dari pihak yang berkuasa dan menguasai media.Pandangan ini juga dimasukkan dalam subjek Sejarah maupun filem-filem.

Selama ini kita disogokkan tentang kejahatan Nazi dan Hitler. Hitler dilabelkan sebagai manusa yang laparkan darah Yahudi. Buku-buku sejarah banyak menceritakan tentang"keganasan dan kezaliman" Nazi pimpinan Hitler.

Dikuatkan dengan propaganda Yahudi dengan peristiwa "Holocaust". Banyak filem tentang peperangan antara Amerika dengan Jerman menceritakan dakyah kehebatan Amerika dan kezaliman Nazi.

Tiba-tiba kita disajikan satu lagi fakta tentang Hitler dan Nazi. Bagaimana pembabitan Mufti Palestin dengan Hitler. Juga hubungan Kerajaan Uthmaniyyah Turki dengan Tentera Nazi dalam menghadapi Tentera Bersekutu.

Di sini kita melihat hubungan Sheikh Husaini dengan Hitler dan Uthmaniyyah dengan Nazi. Semuanya membabitkan musuh yang sama Yahudi.

Kita juga melihat bagaimana pihak Yahudi yang menguasai media,akhbar dan filem begitu ghairah menggambarkan "kejahatan dan kezaliman" Hitler dan Nazi.

Mesti ada sebabnya. Antaranya untuk menutup dan menghapuskan fakta tentang hubungan Mufti Palestin dan Kerajaan Uthmaniyyah dengan Hitler dan Nazi.

Hubungan erat Mufti Palestin dengan Hitler dan Nazi untuk menentang musuh yang sama Yahudi mengundang kepada kita untuk berfikir.

Ketika itu Palestin sudah mula didatangi Yahudi. Palestin mula dijajah pendatang Yahudi dari Eropah yang dibantu Amerika dan British.

Tentunya Mufti Palestin bersama Hitler untuk bersama-sama menentang penjajahan Yahudi Palestin kerana Hitler mempunyai pengalaman tentang kejahatan Yahudi di Jerman.

Begitu juga di negara kita. Ramainya pejuang kemerdekaan dilabelkan sebagai"pengganas komunis" atau Golongan Kiri. Itu belum lagi gelaran penderhaka dan pengkhianat.

Bermula dengan Datuk Maharaja Lela, Mat Kilau, Tok Janggut, Dato Bahaman, Haji Abdul Rahman Limbong, Mat Salleh seterusnya Ahmad Boestaman, Dr Burhanuddin Helmi, Abu Bakar Baqir, Shamsiah Fakeh, Rashid Maidin hinggalah Assyahid Ibrahim Libya dan terkini Anwar Ibrahim.

Semuanya "menerima nasib yang sama" dari skrip yang sama oleh Sang Penguasa!

Kita disogokkan dalam buku Sejarah tentang "kejahatan" Golongan Kiri dan PKM.Puluhan tahun buku sejarah di sekolah membawa propaganda ini.

Kta tidak dibawa berfikir mengapa Shamsiah Fakeh dan Rashid Maidin lari ke hutan dan bergabung dengan PKM ?

Kita juga disogokkan dengan "kejahatan " PKM membunuh Pesuruhjaya British Henry Gurney.

Tetapi kita tidak dibawa berfikir siapakah dia Henry Gurney? Beliaulah antara pembunuh rakyat Palestin yang bersekongkol dengan Menahem Begin, Irgun dan Haganah yang menyembelih rakyat Palestin di Dier Yasin!


Yang pastinya selama British menjajah negara kita TIADA seorangpun pimpinan UMNO dibunuh,digantung,dipenjara dan dilabelkan sebagai pengkhianat, pengganas dan penderhaka.

Mengapa? Fikir sendiri."
 
Read More..

Penubuhan MALAYSIA : perancangan USA sejak 1889?, kertas kerja HARVARD UNIVERSIT



1) kajian yang telah dijalankan oleh UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA dari Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polis kata nama MALAYSIA sudah ada pada tahun 1889 lagi.. perancangan penjajah barat memecah-belahkan dan melemahkan dunia Melayu sudah beratus-ratus tahun dirancang oleh FREEMASON! (buka spoiler untuk tengok gambarnya)

2) kritikan perancangan penubuhan negara MALAYSIA pada tahun 1937 oleh penasihat luar USA Rupert Emerson yang membentangkan kertas kerjanya di HARVARD UNIVERSITY!.. 10 tahun selepas batu asas FREEMASON (gerakan sulit yang diasaskan oleh Yahudi) diletakkan di Northam Road di Pulau Pinang.. semasa perletakan batu asas FREEMASON tu pada tahun 1927, Rupert Emerson baru sahaja menjawat jawatan professor di Harvard University.. USA panggil dia “specialist on nationalism in Asia” mungkin salah seorang ahli kuat FREEMASON nih..
This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 720×576.
3) aku rasa macam nak menangis je bila jumpa benda ni semasa aku cari mengenai sejarah sebenar penubuhan negara MALAYSIA dan INDONESIA, ia bermula ketika aku berasa amat hairan kenapa FILIPINA suatu ketika dahulu pernah nak klaim nama MALAYSIA, sebelum Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura dapat dulu dulu nama MALAYSIA.
4) rupa-rupanya perancangan negara MALAYSIA sudah ada kertas kerjanya beratus tahun sebelum diisyhtiharkan “merdeka”, dan yang amat jelas ialah kertas kerja penubuhan negara MALAYSIA serta kritikannya di HARVARD UNIVERSITY pada tahun 1937 oleh Rupert Emerson yang merupakan PENASIHAT LUAR USA pada ketika itu serta professor of political science and international relations in Harvard University (gambar disertakan)
5) dokumen rahsia USA mengenai penubuhan negara Malaysia bertajuk seperti dibawah telah dibuang oleh USA di dalam website rasmi dia setelah artikel mengenainya diterbitkan di Universiti Teknologi MARA…. kuat betul perisik CIA nih
“Foreign Relations, 1964-1968, Indonesia; Malaysia-Singapore; Philippines.Editor: Edward C. Keefer General Editor: David S. Patterson, United States Government Printing Office, Washington, 2001.”
6) Dato Onn Jaafar : pengasas Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR), tulisan asal ڤرتوبوهن كبڠسأن ملايو برساتو atau nama sekarang telah diInggeriskan menjadi United Malay National Organisation(UMNO) atas sebab British mengharamkan semua parti yang tidak diInggeriskan

Di fitnah teruk oleh bangsa sendiri
7) Ucapan terakhir Dato Onn Jaafar sebagai Yang DiPertua UMNO pada 26 Ogos 1951:
“Oleh kerana saya mempunyai beberapa peluang dapat melihat sesuatu gerak langkah, sesuatu perbuatan atau cadangan yang hendak dijalankan di Tanah Melayu ini; langkah-langkah dan perbuatan yang mendatangkan kebimbangan kepada diri saya sendiri.
…saya dapat peluang itu oleh kerana dapat melihat tempat2 yang tidak dapat dimasuki kebanyakkan orang. (adakah Dato Onn Jaafar sudah berjaya masuk ke dalam salah satu loji FREEMASON di Tanah Melayu ketika itu?) Melihat gerak langkah dan cadangan-cadangan yang hendak didatangkannya ke atas Tanah Melayu ini.
Malang mulut saya tertutup, malang saya berkata mulut saya ini tertutup tidak dapat menzahirkan kepada umat Melayu Semenanjung ini apa yang diketahui oleh saya dalam masa menyempurnakan pekerjaan2 dan tanggungan saya itu…“
rujukan : (Mohamed Abid, 2003, muka surat 191-192)
penubuhan salah satu loji FREEMASON oleh penjajah pada tahun 1927 di Pulau Pinang, upacara perletakan batu asas
antara bangunan FREEMASON di JOHOR (perhatikan betul2 apa dia tulis di peti suratnya dan lambangnya)
7) Gagasan USA tentang Malaysia sepertimana yg dihasratkan Rupert Emerson (kemungkinan besar ahli FREEMASON) menjadi kenyataan pada tahun 16 September 1963 bilamana Singapura, Tanah Melayu (atau suka dikenal sebagai Malaya), Sabah dan Sarawak bersama-sama menubuhkan Malaysia. Brunei di saat akhir, menarik diri daripada menyertai Malaysia, dan kekal dibawah naungan jajahan Inggeris hingga ke tahun 1984. manakala Singapura pula menyertai Malaysia setakat tahun 1965.
8) Pendokong gagasan Nusantara Melayu Raya seperti Lim Chin Siong dan Said Zahari yang menentang penubuhan Malaysia sebagai projek kolonial A.S, juga beranggapan Singapura sememangnya sudah menjadi bahagian Tanah Melayu, tidak timbul persoalan tentang Singapura masuk Malaysia. Kita tidak akan semudahnya melupakan derita suatu pengorbanan cita2 masa lalu yg gagal. Perlembagaan rakyat dan gabungan Putera AMCJA, perang anti British darurat, dan kemerdekaan, Barisan Sosialis dan penangkapan ISA terhadap hampir kesemua wakil rakyat Parti Rakyat dan Parti Buruh, Adun, Ahli Parlimen, Ahli Pihak Berkuasa Tempatan, juga pemimpin bahagian dan cawangan, pengharaman pilihanraya majlis tempatan atas kemenangan hampir seluruh kerusi kepada Barisan Sosialis. Presiden Pas, Dr Burhanudin Al-Helmy juga turut merengkok di dalam ISA atas tuduhan kununnya menentang penubuhan Malaysia. Hal ini ditulis Pak Said Zahari, yang dipenjara ISA oleh Lee Kuan Yew di Singapura, selama 17 tahun tanpa bicara, dalam buku memoirnya “Meniti lautan gelora.”
9) Jadi bukan Tunku Abdul Rahman lah yang mencipta nama Malaysia. Jika begitu tertipulah kita gamaknya. Dan sudah tentunya juga mereka inilah yang telah mencatur dan mengatur (indirect rule) siapa yang patut memerintah dan generasi yang bagaimana patut dilahirkan oleh negara Malaysia itu kelak.
10) Realitinya, Dato’ Onn sudah dapat mengesan perancangan ‘mereka’ itu sedari awal lagi, malangnya orang UMNO telah dibutakan oleh dakyah barua British dan agen2nya sehingga ke hari ini. Akhirnya Dato Onn pula yang dihina dan dituduh talibarut British. (Mohamed Abid, 2003, p189)
11) sesuatu yang besar pasti berlaku selepas era pemerintahan Najib Tun Razak kerana pencaturan Perdana Menteri Malaysia telah berakhir!
R – Tunku Abdul Rahman
A – Tun Abdul Razak
H – Tun Hussein Onn
M – Tun Dr. Mahathir Mohamad.. (Musa Hitam bertanding tapi kalah kepada Dr.M M)
A – Abdullah badawi (Anwar Ibrahim dipenjarakan atas tuduhan liwat/sodomi)
N – Najib Tun Razak (seperti menang tanpa bertanding kerana tiada lagi orang ada nama N)
12) “Kerajaan telah memilih Perang Besar” (sekarang namanya PUTRAJAYA).. sumber rasmi petikan ucapan ini :http://www.pmo.gov.my/ucapan/?m=p&p=mahathir&id=1692
mengikut perancangan ILLUMINATI.. di mana FREEMASON telah bergabung dengannya.. Perang Dunia Ketiga mesti dijalankan disebelah Timur Dunia untuk membentuk New World Order : 1World Government, perhatikan huruf G dalam logo FREEMASON, ia merujuk kepada Government!
“…sent them away from his son Isaac to the land of the east.”
(Genesis 25:6 New International Version)
14) mengikut ramalan orang Yahudi berfahaman zionis yang sekarang sedang menguasai negara Israel serta parlimen USA (ditubuhkan oleh salah satu sayap gerakan mereka iaitu FREEMASON yang selepas itu sudah bergabung dengan gerakan Yahudi satu lagi dinamakan ILLUMINATI).. Keturunan dari Keturah/Quntura/Ketura iaitu isteri ketiga nabi Ibrahim selepas Hajar dan Sarah, akan mencabar kekuasaan mereka pada ketika dunia hampir kiamat dan Imam Mahdi atau nama lainnya Messiah akan lahir di Timur Dunia, sebelumnya Allah menurunkan Nabi Isa atau nama lainnya Jesus kembali ke bumi untuk membanteras Dajjal yang akan mengaku dia adalah tuhan sebenar, padahal dia menipu (aku pernah baca bahawa dia adalah Samiri pada zaman Nabi Musa atau nama lain Moses yang Allah panjangkan umurnya hingga ke hari kiamat, setelah dia mengintai Nabi Musa yang dipanggil menghadap Allah, dia mengumpul bekas laluan malaikat jibril atau nama lain Gabriel, lalu dia mencipta “tuhan” berbentuk LEMBU yang diperbuat dari emas yang dikumpul dari seluruh kaum Yahudi dan selepas dia mentaburkan sisa-sisa tapak malaikat Jibril itu, tiba2 boleh bergerak dengan cergas untuk beberapa saat dan dia menyesatkan kesemua kaum Yahudi dengan mengatakan LEMBU EMAS, “lembu suci”, “holy cow” itu adalah tuhan… cerita ini ada dalam Al-Quran dalam surah Al-Baqarah, dan ajaran Samiri ini kemungkinan besar dia adalah Dajjal dan masih menjadi kepercayaan kuat pengikut agama Hindu yang tamadun besar mereka bermula di Sungai Indus di India)
15) dengan kepercayaan kuat Yahudi ini yang percaya bahawa suatu bangsa keturunan dari isteri ketiga Kunturah /Quntura/Ketura ini akan mencabar dan mengalahkan mereka, kebanyakan negara kuasa Timur cuba dilemahkan dan dipecahkan manakala kuasa barat cuba dikuatkan.. dunia Melayu dipecahkan kepada paling kurang enam negera – Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura, Brunei dan Timor Timur.. dunia Cina dipecahkan kepada China, Taiwan, Macao, Hong Kong.. dunia Korea dipecahkan kepada Korea Utara dan Korea Selatan.. cubaan menguasai Vietnam.. serta dibom teruk negara Jepun dan dibina pangkalan tentera termaju USA di Jepun, Filipina pelbagai lagi negara di seluruh dunia ini serta serta diberi bantuan ketenteraan melampau kepada Singapura (perhatikan sistemnya hampir sama dengan Israel semasa Israel menang peperangan 6 hari dalam hari dengan negara2 Arab) serta dihantar Jeneral Israel mereka mencatur strategi ketenteraan Singapura.. Lee Kuan Yew namakan mereka sebagai The Mexican.. serta dibinanya fahaman politik2 didunia ini seperti komunis dan sossialis moden yang pengasasnya sama iaitu Karl Marx yang berbangsa Yahudi, serta mahu seluruh dunia mengamalkan demokrasi yang juga sistem asasnya adalah rekaan Yahudi juga, juga dilagakan USA dan RUSSIA yang terletak disebelah timur dunia.. dan diciptanya GOOGLE dan FACEBOOK yang pengasasnya juga adalah Yahudi serta dibelinya YOUTUBE dan juga dikuasai kebanyakan media-media utama dunia, diasaskan juga HOLLYWOOD serta diasaskan kebanyakan syarikat2 studio perfileman di USA untuk pengaruhi seluruh dunia yang dinamakan GLOBALIZATION.
16) antara perkara yang amat menghairankan juga macam mana Anwar Ibrahim boleh menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia dengan amat cepat serta boleh pula dia rancang strategi Foundation For Future (sebuah pertubuhan yang sengaja direka oleh USA dan Yahudi untuk merancang politik di Asia) dan berkwan amat rapat dengan Paul Wolfowitz (perancang utama peperangan di Iraq dan Afghanistan).. manakala Najib seperti mengungkapkan misi utama ILLUMINATI atau FREEMASON ini 1World Government : New World Order.. serta pilihanraya Malaysia dulu semasa era pemerintahan Abdullah Badawi diadakan bertarikh “13″ (suatu nombor keramat bagi pengikut FREEMASON dan ILLUMINATI).. dan apakah pentingnya nombor “7″ dalam FREEMASON? bubuh batu asas FREEMASON di Pulu Pinang pada tahun 1927, perancangan dan kritikan penubuhan negara Malaysia pada tahun 1937 dan pengingsyhtiharan “kemerdekaan” negara Malaysia pada tahun 1957..
LUCIFER show 1World Government sign..
17) fahaman FREEMASON, ILLUMINATI, ZIONIS ISRAEL..
They (no matter what race) who sold their soul to the ‘MASTER‘ to do all the above will be given the power:
a. to induce spiritual blindness
b. to convince
c. to convert
d. to corrupt
……..
politik dunia ini semuanya seperti sudah dirancang semuanya oleh FREEMASON dan bangsa YAHUDI.. di facebook tulis “what are you thinking” dan google sebenarnya ada satu pangkalan data khas serta graf dan macam2 lagi untuk mengetahui mengetahui apa sebenarnya manusia suka cari di internet… semuanya adalah perancangan yang amat rapi!
info ni aku sedut je… jom tengok. dari awal sejarah. takyah dok salahkan sesama melayu. tu menganaiya diri je….
Read More..

Isnin, 29 Ogos 2011

Perutusan Aidilfitri


Selama sebulan kita menahan diri dari makan dan minum di samping melatih seluruh anggota bermula dari hujung rambut hingga ke hujung kaki, anggota zahir dan batin agar sentiasa taat dan patuh kepada perintah ALLAH SWT.

1 Sayawal kini menjelma lagi dengan memberikan seluruh kehidupan ini bermula dengan “fitrah” (bersih) seolah-olah seperti bayi yang baru dilahirkan berkat kerahmatan, keampunan dan kelepasan dari api neraka seperti yang dijanjikan oleh ALLAH swt.

Alangkah indahnya jika momentum ini dapat diteruskan lagi dalam semua lapangan kehidupan manusia. Jika ia seorang ahli politik bersihlah mulutnya dari mengungkap janji-jani palsu, jika ia seorang pemerintah jadilah ia seorang yang patuh dan taat melaksanakan segala hukum-hakam yang berpandukan Al Quran dan Hadith, jika ia seorang majikan jadilah orang yang menjaga kebajikan orang bawahannya, jika ia seorang pegawai yang berkuasa bersihkanlah perutnya dari memakan rasuah dan begitulah seterusnya sehingga jika seorang bapa maka jadilah seorang yang bertanggungjawab terhadap ahli keluarganya. Siapa juga kita maka pastikanlah kita menjunjung segala perintah ALLAH dan menjauhkan diri sejauh-jauhnya dari larangan ALLAH.

Sesungguhnya Ramadhan yang berlalu amat bererti untuk umat ini. Ramadhan adalah program tarbiyah untuk menjana manusia berkualiti tinggi laksana sifat-sifat Sahabat Rasullah dan para solehin. Namun agak malang mutakhir kini selepas menjalani proses pertarbiyahan serta pembersihan jiwa selama sebulan Ramadhan ini tiba sahaja Syawal maka sebulanlah kita didedahkan pula dengan hiburan Hari Raya yang melalaikan. Kenapa sambutan Aildilfitri perlu ada nyanyian, tari menari dan pergaulan bebas lelaki perempuan yang bukan mahram.???

Sempena 1 Syawal ini saya menyeru dan mengajak diri saya dan muslimin muslimat sekalian supaya dapat meneruskan lagi “tamak haloba” kita untuk beribadah seperti yang kita sama-sama laksanakan dalam bulan Ramadhan.


Read More..

Sabtu, 27 Ogos 2011

Mencari Lailatul Qadar


"Salam sihat sejahtera semua.

Puasa kita telah meghampiri ke penghujungnya, esok hari yang ke 17 kita laluinya. Entah sempat entah tidak untuk kita harungi kehidupan seterusnya. Insyaallah, kuatkan semangat dan sentiasalah berdoa semoga kita dapat lalui dan rasai kenikmatan Ramadhan dalam mengharungi sisa-sisa kehidupan di dunia ini.

Lebih kurang 3 hari saja lagi untuk kita meghampiri 10 hari yang terakhir pada bulan Ramadhan. Inilah hari-hari yang sangat-sangat ditunggu oleh umat Islam yang beriman kepada Allah.
Tentang waktunya, Rasulullah s.a.w. bersabda: "Carilah Lailatul Qadar pada (bilangan) ganjil dari sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan." (HR. Al-Bukhari, Muslim dan lainnya).

Allah Ta'ala berfirman: "Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al-Qur'an) saat Lailatul Qadar (malam kemuliaan). Dan tahukah kamu apakah Lailatul Qadar itu? Lailatul qadar itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala uuusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar." (Al-Qadr: 1-5).
Jika anda telah mengetahui keutamaan-keutamaan malam yang agung ini, dan ia terbatas pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan maka sewajarnya anda bersemangat dan bersungguh-sungguh pada setiap malam dari malam-malam tersebut, dengan solat, zikir, do'a, taubat dan istighfar. Mudah-mudahan dengan demikian anda mendapatkan Lailatul Qadar, sehingga anda berbahagia dengan kebahagiaan yang kekal yang tiada penderitaan lagi setelahnya Di malam-malam tersebut, hendaknya anda berdo'a dengan do'a-do'a bagi kebaikan dunia-akhirat, di antaranya:
1. "Ya Allah, perbaikilah untukku agamaku yang merupakan penjaga urusanku, dan perbaikilah untukku duniaku yang di dalamnya adalah kehidupanku, dan perbaikilah untukku akhiratku yang kepadanya aku kembali, dan jadikanlah kehidupan (ini) menambah untukku dalam setiap kebaikan, dan kematian menghentikanku dari setiap kejahatan. Ya Allah bebaskanlah aku dari (siksa) api Neraka, dan lapangkanlah untukku rezki yang halal, dan palingkanlah daripadaku kefasikan jin dan manusia, wahai Dzat Yang Hidup dan terus menerus mengurus (makhluk-Nya)"
2. "Wahai Tuhan kami, berikanlah kepada kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan jagalah kami dari siksa Neraka. Wahai Dzat Yang Hidup lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya), wahai Dzat Yang Memiliki Keagungan dan Kemuliaan."
3. "Ya Allah, sesungguhnya aku memohon hal-hal yang menyebabkan (turunnya) rahmat-Mu, ketetapan ampunan-Mu, keteguhan dalam kebenaran dan mendapatkan segala kebaikan, selamat dari segala dosa, kemenangan dengan (mendapat) Syurga serta selamat dari Neraka. Wahai Dzat Yang Maha Hidup dan terus menerus mengurusi makhluk-Nya, Wahai Dzat yang memiliki Keagungan dan Kemuliaan."
4. "Ya Allah, aku memohon kepada-Mu pintu-pintu kebajikan, kesudahan (hidup) dengannya serta segala yang menghimpunnya, secara lahir-batin, di awal mahupun di akhirnya, secara terang-terangan mahupun rahasia. Ya Allah, kasihilah keterasinganku di dunia dan kasihilah kengerianku di dalam kubur serta kasihilah berdiriku di hadapanmu kelak di akhirat. Wahai Dzat Yang Maha hidup, yang memiliki Keagungan dan Kemuliaan."
5. "Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu petunjuk, ketakwaan, 'afaaf (pemeliharaan dari segala yang tidak baik) serta kecukupan."
6. "Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, mencintai pengampunan maka ampunilah aku."
7. "Ya Allah, aku mengharap rahmat-Mu maka janganlah Engkau pikulkan (bebanku) kepada diriku sendiri meskipun hanya sekejap mata, dan perbaikilah keadaanku seluruhnya, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Engkau."
8. "Ya Allah, jadikanlah kebaikan sebagai akhir dari semua urusan kami, dan selamatkanlah kami dari kehinaan dunia dan siksa akhirat."
9. "Ya Tuhan kami, terimalah (permohonan) kami, sesungguhnya Engkau Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui, wahai Dzat Yang Maha Hidup, yang memiliki keagungan dan kemuliaan."
Semoga shalawat dan salam dilimpahkan kepada Nabi Muhammad s.a.w, segenap keluarga dan para sahabatnya.
Aminnn
Semoga mendapat maanfaat dari nya.


Read More..

Pembangunan Mekah Dan Kedatangan Dajjal



Sehubungan dengan artikel AnakRimau berkenaan dengan pembangunan Mekah, saya ingin membuat ulasan lebih lanjut tapi dari aspek yang sebaliknya. Mekah tempat lahirnya Nabi Muhammad saw dan tempat terletaknya Kaabah yang menjadi kiblat umat Islam sedang mengalami pembangunan komersial yang terhebat dalam sejarah. Beratus-ratus buah bangunan sedang dalam pembinaan tanpa meninggalkan sedikitpun sejarah dan binaan asal dari Rasulullah, para sahabat dan kesemua tinggalan Khilafah Rashidin dan apatah lagi Khilafah Othmaniyyah. T

Tinggalan Kubu Ajyad dari zaman Othmaniyyah pada abad ke 18 merupakan kubu yang dibina untuk mempertahankan Mekah pada masa itu telah diratakan tanpa sebarang kesan. Dengan satu malam sahaja bukit yang menempatkan kubu tersebut telah diratakan untuk pembinaan menara Abraj Al Bait. Begitu juga seluruh penduduk yang mendiamai kawasan tersebut telah dipindahkan ke pinggir-pinggir Mekah dan bandar-bandar yang berdekatan. Kawasan yang dulunya adalah bersejarah dalam tamadun Islam akan bertukar menjadi komplek membeli belah yang terhebat, hotel termasyhur dan kediaman mewah.


Apakah Hijaz yang dikuasai Raja Badwi itu adalah milik sepenuhnya. Apakah tujuan pembangunan besar-besaran itu untuk kebaikan umat Islam? Gabenor Mekah, Putera Khaled Al Faisal sering melaung-laungkan menjadikan Mekah bandar abad 21, menukar destinasi ibadat haji ini kepada bandar contoh dari segi pembangunan dan pemodenan. Mereka berpegang dengan fatwa tempat tinggalan Rasulullah dan sahabatnya adalah bidaah tapi peliknya membawa masuk pengaruh yahudi di Mekah dan Madinah, telah memusnahkan semua sejarah dan senibina yang telah di asaskan oleh Rasulullah s.a.w dan sahabat.

Pembangunan Mekah sepatutnya dikongsi bersama oleh umat Islam bukan dibolot oleh dinasti Raja Badwi sahaja. Setidak-tidaknya umat Islam tidak terbeban dengan kewangan yang tinggi bagi menunaikan rukun Islam yang kelima itu. Tetapi motif sebenar pembangunan tersebut seperti yang terjadi adalah kerana dorongan keuntungan kepada suku sakat Raja Badwi semata-mata.

Pembangunan di Mekah menyebabkan harga tanah melonjak lebih dua puluh kali ganda sejak sepuluh tahun lepas kepada purata $70,000 per meter persegi dan harga apartment sekurang-kurangnya $3 juta. Akibat dorongan mendapatkan keuntungan semata-mata, pemaju pembinaan tidak memberikan keutamaan kepada keperluan sebenar jemaah haji (tidak seperti didakwa pemerintah). Kesemua pembangunan setakat ini hanya menumpukan kepada keperluan golongan berada dan hartawan, daripada gedung membeli belah ternama, restoran terkenal berada dalam mall hinggalah hotel-hotel berjenama antarabangsa (yang dikuasai Yahudi) yang mengenakan caj sekurang-kurangnya $700 semalaman. Umat Islam amat berkira untuk berbelanja supaya tidak terbeli barangan buatan Yahudi tapi rupanya di Mekah uamt Islam berbelanja tanpa had di gedung-gedung dan hotel-hotel milik Yahudi! Siapakah yang menggadaikan tanah suci dan kiblat umat Islam ini? Inilah tahap umat Islam sekarang ini yang tergambar oleh Rasulullah s.a.w ketika hampir wafatnya beliau, ya ummati, ya ummati!



Antara mercutanda terbaru ialah pembinaan Menara Abraij Al Bait (menara Jam) atau Fairmont Tower merupakan pembangunan yang merangkumi Masjidil Haram itu sendiri. Komplek menara tersebut mempunyai keluasan lantai 15.6 juta kp adalah terbesar didunia dan menaranya adalah antara tertinggi didunia; binaan pencakar langit akhir zaman seperti yang di beritahu oleh Rasulullah yang dibina oleh kaum badwi adalah betul-betul berada di hadapan Kaabah!

Abraij Al Bait merupakan penswastaan komersial yang terbesar didunia. Ia dibiayai sepenuhnya oleh Saudi Binladen Group (SBG), dan diberi kontrak selama 25 tahun untuk menguruskan komplek tersebut. Sebahagian akan disalurkan kepada Wakaf Malik Abdul Aziz tetapi SBG mempunyai hak terhadap keuntungan selepas tamat tempoh penswastaan selama 25 tahun.
Sebelum ini umat Islam di warwarkan menara tertinggi ini akan menempatkan jam terbesar didunia yang akan menjadi kemegahan umat Islam dan bilik-bilik penginapan akan dibuka untuk pelaburan umat Islam seluruh dunia. Tetapi sebenarnya kesemuanya sebanyak 1005 bilik telah diserahkan kepada  rangkaian hotel antarabangsa Yahudi, Fairmont hotel; rangkaiannya meliputi kasino di Monte Carlo hingalah Tel Aviv.  Fairmont hotel ini diasaskan oleh Benjamin Swig seorang banker dan aktivis Yahudi di San Francisco pada tahun 1945. Dia merupakan tokoh Yahudi dan termasuk dalam senarai tokoh Yahudi paling berpengaruh.


Siapakah penduduk Madinah yang menjadi pengikut Yahudi dan bersama Dajjal?
Diriwayatkan dari Aisyah radhiyallahu ‘anha:


“Rasulullah masuk ke kamarku dalam keadaan aku sedang menangis. Beliau berkata kepadaku: ‘Apa yang membuatmu menangis?’ Aku menjawab: ‘Saya mengingat perkara Dajjal maka aku pun menangis.’ Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam berkata: ‘Jika dia keluar sedang aku masih berada di antara kalian niscaya aku akan mencukupi (melindungi) kalian. Jika dia keluar setelah aku mati maka ketahuilah Rabb kalian tidak buta sebelah. Dajjal keluar bersama orang-orang Yahudi Ashbahan hingga datang ke Madinah dan berhenti di salah satu sudut Madinah. Madinah ketika itu memiliki tujuh pintu, setiap celahnya ada dua malaikat yang berjaga. Maka keluarlah orang-orang jahat dari Madinah mendatangi Dajjal ….” (HR. Ahmad, Abdullah bin Ahmad, Ibnu Hibban. Asy-Syaikh Al-Albani rahimahullahu berkata: Sanadnya shahih)


Badge Askar

Lambang Polis

Emblem Askar
New World Order

Sila perhatikan simbul-simbul tersebut adakah terdapat persamaan, sila buat kesimpulan masing-masing. Semoga Allah memberi petunjuk dan keselamatan  kepada kita semua. Wallahu’alam.
sumber 
Read More..