PELAYARAN DI BAHTERA PALING BESAR
"Ya Tuhanku! Ampunilah aku, ibu bapakku, orang yang masuk ke rumahku dengan beriman dan semua orang yang beriman laki-laki dan perempuan. Dan janganlah Engkau tambahkan bagi orang-orang yang zalim itu selain kebinasaan".
ayat 28, surah nuh
Seperti yanh saya terangkan pada aritkel dahlu, bahtera ini menyimpan pelbagai spesis haiwan dan golongan manusia beriman kepadaNYA demi penerusan kehidupan. Di dalam injil dan kitab-kitab terdahulu (owh..sudah tentu anda akan melatah dan berkata 'kenapa nak ikut kitab dulu?!) ada mengatakan tentang makhluk gergasi yang di namakan Nephilim. Di katakan mereka ini telah pun mendominasi bumi pada ketika itu dan perangai mereka pun boleh tahan jahat. Di katakan Nephilim ini adalah kombinasi genetik Fallen angle dan manusia.
Di dalam blog dan forum di barat, mereka menceritakan tentang kajian mereka tentang Nephilim ini. Nephilim ini telah pun mendominasi dunia pada ketika itu dan perang terjadi di mana-mana. Ternyata Nephilim ini adalah golongan perosak sebelum banjir besar itu berlaku.
Bila kita melihat balik pada Surah Nuh, ayat 7:-
"Dan sesungguhnya setiap kali aku menyeru mereka agar Engkau mengampuni mereka, mereka memasukkan anak jari mereka ke dalam telinganya dan menutupkan bajunya dan mereka tetap dan menyombongkan diri dengan sangat."
dan surah nuh, ayat 23
Dan mereka berkata: "Jangan sekali-kali kamu meninggalkan tuhan-tuhan kamu dan jangan pula sekali-kali kamu meninggalkan wadd, dan jangan pula suwwa', yaghuts, ya'uq dan nasr ".
Kita dapat Nephilim bukanlah sedar raksasa, akan tetapi mungkin sebagai sesuatu yang dapat menguasai semua yang berada di bawah penguasaan 'satu umat' pada ketika itu. JIka saya kata Nephilim ini adalah para elite pada masa itu, anda bersetuju? Banyak persamaan apa yang berlaku di zaman Nuh dan kita ini.
Kita di kuasai oleh Hidden Hand dan di katakan berupa 'serpent atau lizard men'. Pada era nuh pula, mereka di kuasai Nephilim dan berupa raksasa yang mempunyai sesuatu kekuasaan yang mendominasi. Di tambah pula, pada ketika itu, umat manusia mulai menyembah berhala yang mereka idolakan dari kalangan para raja-raja agung yang terdiri dari waris nabi ADAM yang juga di gelar dewa-dewi. Kemudiannya, dengan teknologi serta perkara di luar adat yang dapat mereka lakukan, kesombongan mereka makin terserlah. Demikianlah para kafir pada ketika itu terjadi. Di dominasi, di manipulasi dan di exploitasi.Jadi, samakah kita dengan era nabi nuh itu?!
Berbalik pada pelayan di bahtera paling besar, jika kita amati kata-kata baginda nuh a.s, para manusia yang bersamanya di gelar 'ahli rumah'. Pada ayat 28, surah nuh, jelas di katakan sesiapa yang masuki 'rumah' Nuh itu, akan di ampuni dosanya. Dan demikianlah 'dosa-dosa' itu
di ampunkan yakni dengan memulakan kehidupan baru di rumah baru dan daratan baru.
Di artikel yang lalu, saya ada menerangkan tentang campuran manusia di dalam bahtera NUh menghasilakn bangsa pertama di dunia yakni bangsa MIM. Sebenarnya, tidak di ketahui nama sebenar bangsa ini. Ada yang mengatakan merekalah Quraisy kuno yang membawa kepada qurasiy baru yang melahirkan nabi muhammad dan seterusnya.
Pelayaran yang mungkin memakan masa yang cukup lama ini. Bagaimana pula dapat melahirkan 'suatu bangsa' dalam tempoh 10 tahun sahaja. Sudah tentu ia memakan masa paling cepat 100 tahun perkiraan kini. Jika kita amati secara mendalam, jika bahtera itu seperti kapal-kapal seperti kini, agaknya, mampukah ia bertahan lama meredah ombak dan memberi makan secukupnya pada ahli-ahli rumah itu?
Di katakan, Nabi Nuh adalah seorang yang di perlekehkan kerana telah mencipta bahtera di kala bumi sedang nyaman. Sedangkan pada ketika itu, ALLAH telah pun 'menghantar' pentanda-petanda kedatangan azab akibat banjir kepada mereka. Jika di ambil model Dryas dan mana-mana teori penyebab kemusnahan alam, sedikit perubahan bumi adalah petanda bagi mereka yang berfikir.
Nabi Nuh adalah seorang designer dan seorang ahli engineering serta arkitek yang hebat pada ketika itu. DIa tidak mengendahkan ejekan kaum-kaumnya yang tidak mahu berfikir itu. Bila tiba bencana, kaum-kaum yang beriman menaiki bahtera itu. Pelayaran itu kemudiannya menerusi 'gerak-geriNYA' dalam menyelamatkan kaum-kaum yang beriman di tempat yang lain seperti yang terkandung dalam mitos-mitos bangsa lain.
Pendaratan bantera itu kemudiannya di susuli dengan pegerakkan anak-anak Nuh a.s (yafidt, Sam dan Ham) lalu membentuk bangsa-bangsa mengikut warna kulit. Ada yang mengatakan Yafidt melahirkan bangsa berkulit putih dan bergerak menuju ke barat dan utara. Sam melahirkan bangsa berkulit kuning dan Ham melahirkan bangsa berkulit hitam (di katakan sebagai sumpahan kerana bersetubuh tika bencana).
Ketiga-tiga waris Nuh ini bergerak dan melahirkan ketamadunan dunia yang sedia kita ketahui seperti Sumeria, akkadian, mayan dan lain-lain. Bukanlah mereka yang membuka ketamadunan ini akan tetapi anak cucu kepada mereka-mereka inilah yang membukanya. Jadi, di manakah pula bangsa MIM ini. Golongan yang menjadi raja inilah bangsa MIM di setiap ketamadunan itu tadi. Rakyat-rakyat itu pula adalah waris dari golongan beriman yang menaiki
bahtera nuh itu tadi.
Bagaimana ini boleh terjadi?
Di dalam bahtera nuh itu anak-anak Nuh melahirkan waris mereka masing-masing. Umur mereka pada ketika itu juga amat panjang. Anak-anak Nuh itu bukanlah turun pada satu tempat akan tetapi berpisah di tiap-tiap daratan kerana itulah wasiat NOh. Apakah itu wasiat NOh?
Wasiat noh adalah kata-kata kepada warisnya supaya kembali semula ke tanah asal mereka yakni pentas sunda yang tenggelam itu. Jadi, demi memenuhi wasiat itu, di setiap pergerakkan waris anak-anak Nuh ini, akan terdirinya ketamadunan yang hebat.
.....................................................................
PERGERAKKAN WARIS NUH YANG HEBAT
"Sesungguhnya Allah telah memilih Adam, Nuh, keluarga Ibrahim dan keluarga 'Imran melebihi segala umat"
ayat 33, surah ali-imran
Waris-waris Nuh ini bergerak menuju ke pentas sunda setelah mendarat di daratan yang cukup jauh dari kampung halaman mereka. Ayat quran di atas adalah klue yang harus kita ambil demi membongkar siapakah sebenarnya 'ahli rumah' atau 'ahlul bait' ini. Ahlul bait bukanlah syarif atau syarifah dari golongan arab semata-mata. Kita harus membongkar agar kesenimbungan waris ini dapat di jalinkan.
Kita telah mengetahi tentang Waris ADAM yang melahirkan raja-raja (khalifah) agung yang bertaraf dewa-dewi. Dan kemudiannya, ilmu segala itu di wariskan pula pada waris Nuh yang terselamat dan melahirkan ketamadunan yang sukar di jawab sepenuhnya pada zaman kini. Jadi, marilah kita selesaikan puzzle ini sebelum kita beralih arah ke waris Ibrahim pula. Tapi, jika anda mahu lebih pemahaman, saya ajurkan anda untuk pergi ke Mistis Files
dan membacanya sehingga tamat kerana di situ sudah di terangkan tentang pergerakkan waris IBRAHIM ini. Cuma, ada sedikit pertelingkahan tentang lokasi dan jarak masa yang berlaku. Biar apapun, misteri bangsa MIM yang melahirkan rumpun melayu kian terbongkar.
Berbalik pada topik waris nuh dan pergerakkannya, kita harus mengali di dalam Al-quran tentang kisah pergerakan waris-waris ini. Di dalam Al-quran, banyak di kisahkan mengenai nabi dan kaumnya yang engkar. Akan tetapi, pernahkah kita mendalami dan mengkaji dari segi genetik dan 'family tree' para nabi ini. Untuk mempermudahkan pemahaman anda, mari kita menkaji surah Al-araf yang bermaksud 'tinggi' atau 'atap' ini.
Apa yang di maksudkan dengan tinggi atau atap ini adalah, ada sesuatu dari tanah paling tinggi yang menjurus kepada evolusi atau pemecahan bangsa-bangsa yang bermula dari satu keturunan sahaja. YA, apa yang saya mahu maksudkan ialah, ADAM dan anak cucunya sebelum banjir besar menetap di tanah yang cukup tinggi.
Jika di lihat dari sudut sains dan geologi, nusantara adalah bekas tapak tanah tinggi dan penuh dengan gunung berapi. Tanah-tanah yang kita diami kini adalah puncak-puncak tertinggi selepas banjir besar mulai surut. Jika di fikirkan secara logik, andai kata tanah itu rendah,
sudah sama sekali tanah itu tidak akan muncul-muncul. Tapi, mesti anda hairan, kenapa hanya pentas sunda yang melahirkan nusantara ini sahaja yang tenggelam sedangkan tanah lain tidak begitu. Tambahan pula, tadi saya katakan bahawa seluruh dunia mengalami banjir yang cukup hebat. Tidakkah keduanya bertentangan?! Jawapannya ialah, kita harus kembali kepada apa penyebab berlakunya peristiwa banjir itu. Ada yang mengatakan tentang tercetusnya peperangan antara ketamadunan (tambahan pula Nephilim yang memanipulasi). Ada juga yang mengatakan tentang berlakunya hujan ais dari bulan kedua bumi yang telah 'melarikan diri'. Hal ini telah di buktikan oleh para saintis. Bulan itu di gelar "3753 Cruithne". Pada zaman dahulu, bumi juga mempunyai gegelang ais seperti planet zuhal akibat penarikan graviti yang tinggi oleh kedua-dua bulan yang bumi ada. Apabila berlaku sesuatu di angkasa
(tanda yang ALLAH berikan sebelum berlakunya banjir besar - surah nuh ayat 1)
Apabila banjir berlaku, di dalam bahtera yang besar itu, berlakunya perjanjian 'ahli rumah' di mana, manusia-manusia yang berasimilasi itu akan di pimpin oleh waris-waris nabi nuh a.s sebagai raja-raja mereka. Bila banjir surut, anak-anak nabi nuh di turunkan di tempat yang berasingan dengan pengikut masing-masing. Mereka membina ketamadunan yang hebat di sepanjang perjalanan mereka menuju ke pentas sunda dengan harapan IBU TANAH itu akan di jaga kembali.
"Lalu mereka mendustakan Nuh, maka Kami selamatkan dia dan orang-orang yang bersamanya di dalam bahtera, dan Kami jadikan mereka itu pemegang kekuasaan dan Kami tenggelamkan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka perhatikanlah bagaimana kesesudahan orang-orang yang diberi peringatan itu."
Ayat 73, surah yunus
Darah keturunan Nuhlah yang menjadi raja dan bangsawan sehingga menerbitkan raja-raja agung di ketamadunan yang hebat. Akan tetapi, semakin lama semakin mereka lupa akan wasiat itu. Cuma segolongan yang 'ingat' sahaja akan meneruskan perjalanan mereka menuju 'the promised land'. Hal ini di tambah pula dengan penyembahan berhala akibat dari pemujaan dewa-dewi serta raja-raja agung pada zaman dulu kala. Dek kerana itulah turunnya para rasul dan nabi untuk memberi peringatan dan amaran tentang kesalahan mereka yang berat itu.
Dari surah Al-araf, di terangkan secara baik tentang susur galur kenabian ini bermula dari ADAM, NUH dan seterusnya. Daripada klue yang kita dapat pada surah Al-Imran ayat 33, empat keluarga inilah yang membentuk sesuatu di kemudian hari. Jadi untuk itu, marilah kita menelusuri zaman-zaman selepas banjir Nuh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan