Pages

Search This Blog

Followers

like Batu

Jumlah Paparan Halaman

Ahad, 14 Ogos 2011

BANGSA 'MIM NUSANTARA ( 17 )

KAITAN DENGAN MASA DEPAN

"Ya Tuhanku! Ampunilah aku, ibu bapakku, orang yang masuk ke rumahku dengan beriman dan semua orang yang beriman laki-laki dan perempuan. Dan janganlah Engkau tambahkan bagi orang-orang yang zalim itu selain kebinasaan".
ayat 28, surah nuh

Pada era banjir besar dulu, NUH dan anak-anaknya menaiki bantera lantas di gelar 'ahli rumah'. Asimilasi bangsa-bangsa yang sempat di selamatkan dan di bawa ke atas bahtera itu menghasilkan satu bangsa yang satu yang di gelar MIM. Di kalangan mereka adalah waris dari NUH a.s yang harus menjadi raja kerana haqnya. Hal ini seterusnya di bawa hinggalah ke hari ini. \Walaubagaimanapun, ia telah dirampas oleh mereka yang tiada haq. Dek kerana itulah bangsa ini sudah 'tiada daulat' dan islam umpama 'buih-buih di lautan'.

Pernah dengarkah frasa 'masuk jawi'? Frasa ini adalah perlambagaan tentang seseorang yang mengucap dua kalimah syahadah dan di saksikan oleh beberapa orang sambil jari telunjuknya mengangkat lantas membentuk MIM. Jadi, orang dulu telah berpegang pada frasa "masuk islam, masuk melayu". Dek kerana itulah islam utuh di zaman dulu dan tiada permasalah yang terjadi. Tapi kini tidak, semuanya mahu di ikut akal yang boleh mati dan terhad itu. Semuanya harus mengikut logik akal. Semuanya harus menuju permodenan dan barat. kalau nak jadi ulama harus ikut Arab sebab mereka adalah pilihan tuhan. Kegilaan apakah ini? Anda sendiri yang jawab.

Sabda Nabi: “Sesiapa yang menyerupai kaum tertentu, maka dia termasuk dalam kaum itu”

Allah telah menjadikan pelbagai bangsa untuk saling kenal mengenali. Tiap bangsa ada ketamadunan dan adat istiadat masing-masing. Islam itu pula bersifat universal. Jadi, tidak harus islam itu menjadi sebuah ritual keagamaan berdasarkan pak-pak arab kerana adat di sana dan di sini cukup lain. Yang penting adalah islam itu meresap masuk ke dalam kemelayuan lalu menjadi adat resam kemelayuanislam.

Berbalik pada ilmu segala yang telah di punyai oleh waris ADAM, ia tidak lah hilang tapi ia tetap di warisi sehingga kini. Meskipun begitu, hanya beberapa segolongan sahaja yang berhak memdapatkannya kerana amanah yang cukup berat dalam menjadi khalifah. Menjadi khalifah bukan perkara yang senang untuk di cakap-cakap. Anda harus tahu khalifah itu apa? Khalifah itu wakil ALLAH di bumi dalam memakmurkan langit dan bumi. Untuk menjadi khalifah anda harus mempunyai ilmu yang cukup untuk 'menguasai' yang lainya seperti jin, malaikat dan sebagainya. Jika tidak, anda hanyalah seorang raja semata-mata. Tahukah anda Khalifah itu 'title' yang sangat besar. Khalifah SULAIMAN merupakan antara raja yang dapat menguasai segalanya.

Kita di hujung akhir zaman ini memerlukan seorang khalifah yang tidak terkalah. Ini ada di sebut dalam hadis-hadis nabi yang menyebut mengenai kebangkitan islam nanti. Pemuda bani tamim itu tidak terkalah langsung bahkan hebatnya mereka ini mampu untuk mengoncang dan mendebuhanguskan gunung ganang. Nah, siapakah pemuda bani tamim ini. Biar saya beritahu anda satu rahsia. Meskipun ia rahsia, ia sudah tidak rahsia lagi kerana tinggal beberapa hari saja lagi kita akan melangkah ke akhir fasa kurun hijrah yang mana harus 'seorang pembela islam' akan muncul. Jadi, siapakah pemuda bani tamin itu?

Tiada ulasan: