Kita selalu diajar untuk berdoa, "Ya Allah murahkan rezeki ku" Memang doa ini biasanya tidak ketinggalan dimasa beribadat terutama selepas solat.
Intipadi daripada doa kadang kala kita tidak ambil kisah sangat kerana doa yang kita lakukan sekadar menjadi satu tradisi untuk setiap kali beribadat atau dalam mana-mana majlis yang berciri majlis agama.
Rezeki adalah pemberian Allah, kadang kala kita dapat lebih dan kadang kala kita dapat kurang. Ada juga yang tak dapat hingga kebularan. Ada peribahasa menyebut rezeki dalam mulut harimau sekali pun boleh diambil. Betul makanan yang dah masuk dalam mulut kita belum lagi dijamin menjadi rezeki kita, selagi kita belum telan. Dah telan pun boleh keluar semula kalau Allah tak takdirkan itu bukan rezeki kita.
Kekayaan, kesenangan dan bahagia itu adalah hak Dia. Saya sebut kekayaan kerana ramai sangat orang membuat anggapan seolah-olah rezeki yang baik itu adalah kekayaan. Walapun tak tepat 100% tapi saya rasa perbincangan kali ini hampir menjurus maksud yang tak tepat ini.
Saya ada kawan baik seorang pekerja sendiri sebagai tukang rumah. Ada sebuah kereta 'berapa kali hand' Pegueot 404, dan sebuah lagi kereta Toyota Corolla Wagon buruk yang dibelinya RM3000 untuk mengangkut perkakasan pekerjaannya.
Dia tak lulus SPM, sekadar pangkat 3 setelah 2 kali ambil masih gagal. Akhirnya dia buat kerja yang mana patut.
Saya kategorikan dia ini Allah bagi "Rezeki Murah". Kenapa. Dia baik dengan semua orang, jika ke pasar selalu dapat ikan free, kalau belipun harganya murah. Jika dia membeli barang, barang yang dibeli juga murah harganya dibandingkan dengan orang lain. Nak baiki barangan elektrik dia juga ada kawan yang selalunya kawannya akan ambil harga kos barang yang ditukar.
Bukan itu sahaja, saya perhati sarapan pagi di warung dalam seminggu dia hanya bayar sendiri sekali atau dua kali sahaja. Ada sahaja orang tolong bayarkan. Walaupun dia nampak macam mengelak atau kadang kala mengeluarkan wang untuk membayar tapi rakan-rakan dia selalu menegah.
Satu lagi pakaian yang dipakai sehingga saya terlintas untuk bertanya adakah dia beli 2 atau 3 helai warna dan jenis yang sama. Kerana pakaian dia pun tak rosak.
Pernah kita terfikir, kenapa kita beli barang selalu mahal sedangkan orang lain beli lebih murah. Pakaian, peralatan dan apa sahaja milik kita selalu rosak sedangkan kita baru beli. Kita sellau sakit dan perlu banyak duit untuk perubatan.
Murah rezeki itu tidak semestinya kaya, tapi Allah memberikan kita kerbekatan pada rezeki kita. Jika membeli kita dapat murah, jika mengguna selalunya lama, tak mudah rosak. Pakaian dan peralatan kita selesa. Kesihatan kita baik, walaupun ada sakit sekadar Allah menguji tetapi bukan sakit yang menyebabkan kita terpaksa mengeluarkan perbelajaan besar untuk pengubatan.
Allah akan memberikan kita apa yang ada pada orang lain, hanya mungkin kita tak dapat awal, tapi kita juga akhirnya dapat merasainya.
Bersyukur dengan apa yang ada, sesungguhnya jarang orang bersyukur!
1 ulasan:
syukur itu sifat mulia.. =)
Catat Ulasan