Sekonyong-konyong Panglima ATM Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin mengadakan sidang media dengan dihadiri kesemua Panglima TD, TL dan TU untuk menangkis dakwaan bekas anggotanya mengenai undi pos sesuatu yang memeranjatkan.
Sepatutnya isu ini dijawab secara politik. Bukan oleh orang yang mendakwa sebagai apolitikal. Adakah Jeneral Zulkifeli mengadakan sidang media atas arahan Zahid atau PMNajib?
Lebih hebat lagi dalam sidang media itu, beliau mendakwa bekas anggotanya itu sebagai "alat pembangkang". Jika begitu, kita juga boleh mengata Jeneral Zulkifeli sebagai alat UMNO lebih tepat lagi sebagai "budak suruhan" Najib!
Kita melihat perangai buruk orang-orang atasan ini ialah "cepat menafikan" tanpa usul periksa atau suka meletakkan kesalahan kepada orang lain.
Lihat bagaimana sepupu Najib, Hishamudin yang cepat menafikan tembakan gas kearah hospital dan akhirnya terbukti benar.
Begitu juga Pengerusi SPR yang pantas menafikan pengundi hantu dan meletakkan kesalahan kepada JPN walaupun kes itu terbukti benar.
Nampaknya perangai pegawai atasan sejenis dan se spesis dengan UMNO. Tidak mengaku kesalahan dan kelemahan diri dan suka salahkan orang lain. Satu lagi perangai buruknya ialah menuduh orang sebagai alat, pengkhianatan, hendak pecahkan ATM dan mencemarkan imej ATM.
Patutkah sebagai Panglima ATM bercakap macam JKKK ? Rendah betul tahap pemikiran anda. Cepat menuduh dan melatah entah apa-apa.
Barangkali Panglima ATM ini gelabah dan panik apabila penyelewengan undi terbongkar satu persatu angkara pegawai atasan. Sebabnya selama ini kes ini boleh disimpan di Depoh Simpanan C4 !
Jika C4 yang dikawal ketatpun boleh dikeluarkan untuk letup orang, takkan kes undi inipun susah dimanipulasikan?
Sepatutnya jika anda sebagai orang yang bergelar Panglima ATM yang hebat perlu bertindak secara rasional dan professional.
Untuk makluman Jeneral Zul, undi pos adalah undi hayat PMNajib. Kawasan Parlimen Najib mempunyai ribuan undi pos tentera. Kem tentera dimasukkan dalam Parlimen Pekan untuk selamatkan Najib yang hampir tersungkur dalam PRU 1999.
Bekas tentera sekarang berani mendedahkan perkara ini kerana mereka tidak lagi terikat dengan arahan tentera. Bayangkan jika ada anggota yang berkhidmat berani dedahkan perkara ini, apakah nasib yang bakal dialaminya? Barangkali diikat C4 di pinggangnya!
Jeneral Zul, jika anda betul-betul seorang Panglima bukan Pengecut, dakwa bekas anggota anda di mahkamah! Itu lebih baik dari bercakap macam JKKK.
Berani kerana benar. . . takut kerana bersalah. Apa susah! "
Tiada ulasan:
Catat Ulasan