Pages

Search This Blog

Followers

like Batu

Jumlah Paparan Halaman

Selasa, 2 Ogos 2011

BANGSA 'MIM NUSANTARA ( 8 )

ERA KEHANCURAN - PELAYARAN NOH

"Apakah mereka tidak memperhatikan berapa banyak generasi yang telah Kami binasakan sebelum mereka,padahal telah Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi, yaitu keteguhan yang belum pernah Kami berikan kepadamu"

surah al-an'am ayat 6

Selepas beberapa siri peperangan yang amat hebat, di khabarkan bahawa bumi ketika itu harus di 'bersih'kan demi kesejahteraan ADAM - manusia khalifah. Pada ketika tu, banjir besar mulai melimpah-limpah. Terdapat bukti saintifik mengatakan bahawa pada jutaan tahun dulu, bumi mempunyai dua bulan dan satu daripadanya telah 'lari' dan menyebabkan gegelang bulan yang terdiri dari ais itu jatuh ke bumi lalu menyebakan banjir besar.

Dalam buku EDEN IN THE EAST pula, STEPHEN OPPENHEIMER mengatakan sebelum terjadinya banjir besar terhebat ini, sudah terjadi 2 siri banjir sebelumnya tapi ia tidak membawa kepada kemusnahan. Pada kali ketiga itu, suhu mulai menurun dan menyebabkan banyak tanah-tanah membeku. Bila tiba masanya, secara tiba-tiba, ais ini mencair dan menyebakan banjir yangmembinasakan di seluruh dunia. Akibatnya, dunia dalam era banjir besar.

Bahtera NOH yang dapat memuatkan ribuan umat manusia dan ribuan spesis haiwan ini amat menghairankan saintis pada zaman ini.Jika benarlah apa yang di khabarkan di dalam BIBLE dan AL-QURAN, makanya, bahtera ini cukup-cukup besar kerana dapat membuatkan sekalian mahkluk demi penghidupan selanjutnya.

Di atas bahtera itu, NOH lah raja dan di ibaratkan BAHTERA itulah satu-satunya tanah yang berpenghuni. Jika di selidiki, NOH lah yang mempunyai ILMU SEGALA itu. Jika tidak, masakan dapat beliau membina bahtera yang cukup besar dan mengarah sekalian makhluk menaiki bahteranya itu, baik haiwan, manusia atau jin sekali pun.

Persoalannya, besar manakah BAHTERA itu?
Saya ajukan persoalan ini kepada seorang tua di Cheras. Dia mengatakan bahawa, besarnya bahtera noh itu adalah sehinggakan di dalamnya wujud sungai, pokok-pokok dan bukit-bukit tempat bernaungnya haiwan-haiwan. Saya soal lagi, 'apakah itu tanah yang terapung?'. Orang tua itu menjawab; "tidak. Ia adalah bahtera dan lamanya ia berlayar, sehinggakan muncul satu kaum hasil daritransformsi UMAT YANG SATU itu."

Jadi, jika benarlah kata orang tua itu, maka memang benarlah NOH adalah 'raja lautan' dan waris NOHlah yang mewarisi ilmu segala itu. Selepas lamanya pelayaran itu (akibat menunggu air banjir surut), akhirnya, bahtera mereka terdampar di suatu tempat di sekitar Asia tengah, di mana, di sinilah bermulanya era ketamadunan baru muncul.

Dari transformasi dan asimilasi, wujud manusia yang berupa kini yang mana merekalah yang akan meneruskan penceritaan bumi baru ini sehingga ke hari kiamat. Ada bezakah manusia kini dan manusia dulu? Dari pengetahuan saya,perbezaannya adalah pada limitasi manusia itu sendiri di mana, manusia kini tidak lagi mampu untuk membuat kelakuan di luar adat (magik) dan tidak mampu untuk berubah bentuk lagi seperti manusia zaman Era ADAM.

Akhirnya, pelarian dari tanah tenggelam itu mendarat dan membina ketamadunan mereka sendiri. Berlarianlah mereka ke seluruh dunia sehingga tiba masanya, wasiat NOH harus di tunaikan. APAKAH WASIAT NOH itu? Owh ya, tadi saya katakan tentang, wujudnya satu bangsa baru di dalam bantera noh itu bukan?!

Definisi untuk bangsa ialah, suatu kumpulan manusia yang mempunyai identiti, kebudayaan, genetik, siri wajah dan ketamadunan yang sama. Jadi, apakah bangsa yang pertama sekali wujud di muka bumi itu? Bangsa itu adalah bangsa yang berdarah di raja dan berisi ilmu segala yang mengetahui wasiat NOH. Bangsa itu adalah bangsa MIM...?!
.....................................................................



Saksikan artikel yang akan datang dalam menjawab pelbagai persoalan yang cukup berat dan tidak pernah di beritahu sebelum ini. Kerahsiaan ini terbuka kerana inilah waktunya untuk di buka dan bila di buka, rantaian kejadian kebangkitan akan berlaku. Jadi, bersama saya HASELL USIBY di dalam 'mesin waktu' pada artikel akan datang dalam membongkar; wasiat NOH, bangsa MIM, pelbagai tamadunan...1 cerita, masih wujudkah hubungan kayangan dan bumi
dan banyak lagi. Insyallah

p/s: dari mana saya dapat semua ini? sudah tentulah dari mereka yang lebih mengetahui dan kemudiannya dari quran takkala saya mengalami was-was dan saya menambahkannya lagi dengan info dari buku kajian yang berlambak di luar sana. Siapakah mereka itu? ha3, untuk mengetahuinya, anda semua haruslah lebih banyak berjalan-jalan di muka bumi ALLAH ini. Jangan hanya tahu makan suap dan syak wasangka sahaja. wassalam

Tiada ulasan: