Pages

Search This Blog

Followers

like Batu

Jumlah Paparan Halaman

Selasa, 23 Ogos 2011

Permulaan Alam Semesta - Keajaiban Ilmiah Al Qur'an



Ilmu pengetahuan moden, ilmu astronomi, baik dari pengamatan mahupun berupa teori, dengan jelas menunjukkan bahawa seluruh alam semesta masih berupa dalam keadaan 'gumpalan asap' (iaitu komposisi gas yang sangat padat dan tidak tembus pandang, The First Three Minutes, a Modern View of the Origin of the Universe, Weinberg, perkara. 94-105.). Keadaan ini merupakan sebuah prinsip yang tidak dapat dinafikan lagi dan menurut piawaian astronomi moden. Para ilmuwan sekarang dapat melihat pembentukan bintang-bintang baru bermula dari 'gumpalan asap' itu (lihat gambar 1 dan 2)

Bintang-bintang yang berkilauan yang kita lihat di malam hari, sebagaimana seluruh alam semesta, duhulunya berbentuk asap. Allah telah berfirman di dalam Al Qur'an:


ثُمَّ اسْتَوَىٰ إِلَى السَّمَاءِ وَهِيَ دُخَانٌ 

Kemudian Dia menuju kepada penciptaan langit dan langit itu masih merupakan asap.
(Al Fushshiilat, 41: 11)

Kerana bumi dan langit di atasnya (matahari, bulan, bintang, planet, galaksi dan lain-lain) terbentuk dari 'gumpalan asap' yang sama, maka dapat dibuat kesimpulan bahawa matahari dan bumi dahulunya wujud dlm satu entiti. Kemudian mereka berpisah dan terbentuk dari 'asap' yang homogen ini. Allah telah berfirman:

أَوَلَمْ يَرَ الَّذِينَ كَفَرُوا أَنَّ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ كَانَتَا رَتْقًا فَفَتَقْنَاهُمَا

Dan apakah orang-orang yang kafir tidak mengetahui bahawasanya langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah suatu yang padu, kemudian Kami pisahkan antara keduanya. 
(Al Anbiya, 21:30)

 
Gambar 1. Sebuah bintang terbentuk dari gumpalan gas dan asap (nebula), yang merupakan peninggalan dari 'asap' yang menjadi asal kejadian alam semesta. (The Space Atlas, Heather dan Henbest, hal. 50)

Gambar 2Nebula Laguna adalah sebuah gumpalan gas dan asap yang berdiameter sekitar 60 tahun cahaya. Ia dipendarkan oleh radiasi ultraviolet dari bintang panas yang baru saja terbentuk di dalam gumpalan tersebut. (Horizons, Exploring the Universe, Seeds, gambar 9, dari Association of Universities for Research in Astronomy, Inc.)

Dr. Alfred Kroner

Dr. Alfred Kroner adalah salah seorang ahli ilmu bumi terkemuka. Beliau adalah Profesor geologi dan Ketua Jabatan Geologi di Institute of Geosciences, Johannes Gutenberg University, Mainz, Jerman. Beliau berkata: "Jika kita lihat tempat asal Muhammad... Saya fikir sangat tidak mungkin jika dia boleh mengetahui mengenai permulaan alam semesta, kerana para ilmuwan baru mengetahui hal ini dalam beberapa tahun yang lalu melalui berbagai cara yang rumit dan dengan teknologi yang terkini dan canggih. Inilah kenyataannya." Beliau juga berkata: "Seseorang yang tidak mengetahui apapun tentang astronomi 14 abad yang lalu, menurut saya, tidak akan pernah dapat mengetahui perkara ini."

 

Tiada ulasan: