Followers
like Batu
Jumlah Paparan Halaman
Jumaat, 12 Ogos 2011
Layakkah Graduan Yang Berhutang Membayar Zakat?
Terdapat satu kemusykilan yang saya nak utarakan di sini. Ia berkaitan bayaran zakat bagi graduan. Terdapat dua jenis graduan secara umumnya di Malaysia. Iaitu graduan berkemampuan yang tidak perlu meminjam semasa belajar di menara gading dan kumpulan kedua adalah graduan yang terpaksa meminjam pinjaman pelajaran seperti PTPTN, JPA dan MARA untuk menamatkan pengajian.
Jadi kita fokus kepada golongan kedua yang ramainya tergolong daripada kita sendiri. Golongan kedua ini pula tergolong kepada 2 pula, iaitu Graduan Bekerja dan Graduan Menganggur.
Bagi yang menanggur, semestinya tidak layak membayar zakat setahu saya kerana dia tidak bekerja sebaliknya dibebani hutang pula. Dia termasuk dalam golongan yang wajib terima zakat. Tergolong dlm asnaf orang yang berhutang di jalan Allah kerana menuntut ilmu adalah satu jihad di jalan Allah.
Elok saja zakat kita beri terus pada mereka ini, kerana kalau beri pada pusat zakat tentu mereka tak tersenarai untuk menerima. Dan tiap-tiap tahun ada je lebihan wang zakat diumumkan walaupun kita dapati masih ramai lagi orang susah di sekeliling kita hingga terpaksa masuk ke gereja untuk meminta-minta..
Rata-rata orang yang saya temui, mereka tidak mempercayai pusat zakat. Ramai yang memberi sendiri kepada golongan yang wajib terima zakat daripada memberi kepada pusat zakat. Apakah kita juga perlu membuat sedemikian, atau boikot saja pusat zakat ini.
Rujuk syarat terima zakat di bawah:- Zakat ini mesti dibayar kerana ia akan digunakan untuk kerja kebajikan seperti memberi bantuan kepada 8 golongan asnaf yang berhak untuk menerima wang zakat. 8 golongan adalah:
1. Fakir - Orang yang tidak berharta serta tidak mempunyai pekerjaan sama sekali, atau orang yang mempunyai harta dan pekerjaan tetapi tidak dapat menampung keperluan hariannya. Contoh, keperluannya sehari ialah RM 10.00 tetapi dia hanya ada RM 2.00 sahaja.
2. Miskin - Orang yang mempunyai harta tetapi tidak mencukupi keperluan hariannya. Contoh, keperluan hariannya RM 10.00, tetapi dia hanya ada RM 7.00 sahaja.
3. Amil - Orang/Pekerja yang ditugaskan oleh pemerintah mengutip/mengagih zakat.
4. Muallaf - Saudara baru memeluk Islam
5. Riqab - Hamba yang menebus dirinya secara ansuran.
6. Al-Gharimin - Orang yang menanggung hutang dan tidak mampu untuk menyelesaikanya
7. Fisabilillah - Orang yang berjuang di jalan Allah.
8. Ibnus sabil - Musafir yang terputus bekalannya semasa di perantauan Selain dari golongan 8 asnaf ini, mereka TIDAK LAYAK untuk menerima wang zakat.
Bagaimana pula dgn golongan Graduan yang bekerja? Mereka mempunyai gaji tetapi masih berhutang. Ada yang bergaji kecil, kerana zaman sekarang, tak semua graduan tu kaya.
Ada yang kerja buruh, operator kilang, restoran-restoran dll. kerana tiada peluang kerja setimpal dengan pencapaian akademik. Manakah yang patut didahului, sama ada melangsaikan hutang PTPTN, JPA,MARA atau membayar zakat dahulu.
Di surat PTPTN, JPA ,MARA ada tertulis hadis ”tergantung amalan seseorg manusia sehingga dia menjelaskan hutangnya”. Kalau nak langsaikan pun hutang ni sekaligus mungkin sukar kerana nilainya amat tinggi hingga kepuluhan ribu ringgit.
Rujuk syarat wajib zakat di bawah:- Mana-mana individu yang ingin membayar zakat harus di ambil kira syarat wajib zakat. Ia perlu difahami dan dipenuhi sebelum membuat sebarang taksiran. Syarat-syarat tersebut adalah:
• Islam
• Merdeka
• Sempurna milik
• Harta usaha yang baik sebagai sumber zakat
• Cukup nisab (jumlah perolehan untuk berzakat genap atau melepasi nilai minimum)
• Cukup haul (genap setahun Hijriah atau tahun Masihi)
• Niat untuk berniaga (zakat perniagaan sahaja) Kepada para pembaca yang berpengetahuan, diharap dapatlah memberi pandangan tentang ulasan saya ni.
Saya percaya bukan saya sahaja yang tertanya-tanya mengenai kemusykilan ini. Terima Kasih "
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan