Pages

Search This Blog

Followers

like Batu

Jumlah Paparan Halaman

Rabu, 10 Ogos 2011

Sultan dan Raja yang mengaku Ketua Agama Islam, tolong baca dan fahami


"Saya sendiri pernah beberapa kali berurusan dengan jabatan yang berkaitan agama Islam, tidak dapat dinafikan kerenah birokrasi mereka .... macam ... sial !!!

Harapan saya, sesiapa yang diberi tanggungjawab dan menerimanya... semoga mereka insaf di atas perangai sial mereka itu.. jangan terima tanggungjawab hanya disebabkan hendak gaji setiap bulan... tetapi cuai, culas dan khainati amanah yang diberikan.

Ada dua institusi terlibat:

1. Pegawai kerajaan di bahagian berkaitan agama Islam.
2. Sultan dan Raja-Raja Melayu yang mengaku sebagai ketua Agama Islam di negara Malaysia yang diperintah oleh regim zalim Umno / BN. ( Apakah Sultan ada perasaan malu? )

Setahu saya semua Sultan dan Raja-Raja Melayu yang hidup kaya raya dan mewah bergaya telah diwartakan sebagai ketua agama Islam di negeri masing. Pertanyaan saya kepadaSultan dan Raja-Raja Melayu yang hidup kaya raya dan mewah bergaya ini, mereka tahu dan ambil pedulikah kelaku pegawai kerajaan bahagian agama Islam yang berperangai macam pelesit dan kerjanya sedut darah manusia? (Saya keliru yang mana Sultan, yang mana Syaitan)


Must read:
Sultan of Pahang. The Sultan or The Devil?
Saya amat berharap Sultan danRaja-Raja Melayu yang hidup kaya raya dan mewah bergaya itu tidak leka dengan kemewahan mereka hasil daripada cukai yang dibayar oleh rakyat.

Sedarkah Sultan dan Raja-Raja Melayu yang hidup kaya raya dan mewah bergaya itu bahawa kemewahan mereka melaupaui batasan kesederhanaan yang dituntut dalam Islam? ( raja pelesit )

Akhirnya, saya mohon Sultan dan Raja-Raja Melayu yang hidup kaya raya dan mewah bergaya hasil daripada cukai yang dibayar oleh rakyat.. baca fakta di bawah ini.



‘SERANGAN JAIS’ KE ATAS GEREJA: TANYA DIRI KITA DULU!
Saya belum ingin mengulas tentang ‘serangan’ atau serbuan JAIS ke atas sebuah gereja di Petaling Jaya seperti yang disiarkan oleh berita beberapa hari ini di sudut tindakan ‘serangan’ itu. Cumanya, seperti mana yang kita ketahui bahawa tiada manusia yang bertamadun yang boleh menerima tindakan provokasi yang boleh mencetuskan permusuhan antara penganut agama tanpa alasan yang sah. Saya ingin menyentuh tentang orang-orang Islam yang hadir ke majlis tersebut yang dikatakan oleh pihak media hadir mereka terpengaruh dengan agama Kristian disebabkan sikap baik penganut agama berkenaan membantu mereka. Difahamkan bahawa orang-orang Islam yang hadir, terutama ibu-ibu tunggal terdiri dari kalangan mereka yang amat daif dan miskin. Mereka telah berulang kali memohon bantuan dari masyarakat Islam, tetapi gagal. Apabila ada pihak yang sudi menghulurkan bantuan dengan mudah, maka mereka rasa ‘jatuh hati’ dan‘terhutang budi’. Di sini beberapa persoalan patut ditimbulkan;
1. Ke mana perginya wang zakat kita? Ratusan juta hasil kutipan yang diumumkan saban tahun, apakah tidak mampu untuk membantu fakir miskin ini keluar dari kesusahan mereka sehingga tidak perlu meminta‘sedekah’ kepada orang lain?
2. Mengapa kerenah birokrasi begitu tinggi untuk fakir miskin mendapatkan bantuan zakat? Semua orang yang pernah berurusan dengan hal ini, akan ada pengalaman mereka sendiri. Untuk mendapatkan RM 100-200 pun, begitu banyak kerenahnya. Sedangkan pejabat zakat kelihatan mewah, gaji pegawai dan bos begitu tinggi dan peralatan urusan juga begitu canggih. Apakah belanja yang tinggi itu hanya untuk urusan mencari pembayar, tetapi tiada kesungguhan yang memadai untuk mencari penerima yang layak?
3. Tujuan zakat antaranya untuk mendekatkan hati manusia dengan Islam. Sebab itu, ada hak untuk golongan muallaf. Bagaimanakah mungkin pengurusan zakat gagal melakukan hal ini, sehingga yang sudah muslim ingin meninggalkan Islam kerana gagal mendapat bantuan dari umat Islam khususnya zakat?!
4. Bukan sesuatu yang haram untuk seseorang muslim menerima bantuan daripada bukan muslim. Apatahlagi, jika mereka dalam kesusahan yang amat. Tindakan mereka menerima bantuan tidak boleh dipersalahkan, sebaliknya perbuatan pihak muslim yang sepatutnya memberi bantuan kepada mereka tetapi tidak melakukannya itulah yang patut disalahkan.
5. Jika dibincangkan disudut bantuan, pada asasnya, kita tidak boleh menyalahkan orang lain kerana memberikan bantuan. Adalah menjadi hak setiap orang untuk memberikan bantuan kepada sesiapa yang mereka mahu. Selagi mengikut peraturan dan undang-undang, seseorang boleh memberikan bantuan kepada sesiapa sahaja tanpa terbatas dengan agama atau bangsa. Janganlah jika kita gagal membantu –sedangkan kita mampu- kita menyalahkan orang lain yang membantu.
6. Setiap orang akan terpengaruh dengan pihak yang berbuat baik kepadanya. Itu fitrah manusia. Jika dia lemah iman, mungkin agamanya juga diserahkan. Mereka yang terpengaruh dengan pihak gereja atas budi baik, itu sesuatu yang tidak pelik. Namun yang pelik, bagaimana dalam negara Islam, umat kita boleh menukar agama disebabkan layanan yang tidak memuaskan oleh masyarakat muslim? Sebaliknya mereka terpengaruh dengan sikap baik penganut agama lain. Apakah slogan-slogan agama kita selamat ini hanya kosmetik yang tidak berpijak kepada realiti kehidupan?
Maka, banyak persoalan perlu masyarakat muslim tanya diri sendiri sebelum menyalahkan orang lain. Tabiat menuding jari kepada orang lain untuk menutup kelemahan sendiri tidak akan dapat menyelesaikan masalah kita!
"

1 ulasan:

Unknown berkata...

post yg sangat baik..kita selalu menghukum, tp tak nampak sebalik kejadian yg berlaku. org islam murtad sbb tertarik dgn kebaikan agama lain. tak dinafikan. tp kalo islam tu diamalkan secara menyeluruh (mutlak), takde agama lain yg bleh lawan kebaikan islam. sedih dgn apa yg berlaku skrg.

apapun, masih berharap sangat sultan tak hanya sekadar nama menumpang kemewahan atas keperitan rakyat. tapi sbg pemimpin no 1 agama dan negara yg adil berjiwa rakyat dan adil.