Sanford Wallace, atau juga dikenali sebagai"raja spam", diserahkan kepada agen Biro Penyiasatan Persekutuan, FBI di California.
Menurut pihak pendakwaan, Sanford Wallace dikatakan telah membina sebuah program yang berjaya menembusi sistem penapisan Facebook (spam filter) dan mengumpan para pengguna untuk menghantar butiran akaun mereka.
Wallace bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan yang dikenakan ke atasnya yang mana boleh membawa kepada hukuman penjara sehingga 10 tahun.
Dia dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak $100,000 (RM350, 000)
Pihak pendakwa berkata, program yang dibina oleh Wallace itu akan menghantar mesej-mesej penyibuk (spam) di dinding pengguna Facebook dari akaun milik rakan-rakan facebook individu tertentu, mengajak untuk melawat sebuah laman sesawang yang akanmengumpulkan butiran maklumat mangsa.
Para pengguna ini kemudiannya akan diarahkan ke sebuah laman sesawang affiliate yang akan memberikan "keuntungan besar" kepada Wallace.
Kira-kira 500,000 akaun Facebook telah dimanipulasi di antara November 2008 dan Mac 2009, membawa kepada penghantaran lebih 27 juta mesej-mesej penyibuk kata pendakwaraya.
Facebook telah mengambil tindakan undang-undang ke atas Wallace pada tahun 2009 dan mahkamah persekutuan telah memerintahkannya agar tidak memasukki sistem rangkaian Facebook. Bagaimanapun, menurut pendakwa, dia berulang kali melanggar arahantersebut dalam tahun ini.
Wallace juga kalah terhadap saman sivil yang dikenakan ke atasnya oleh MySpace dalam tahun 2008, kerana menghantar longgokan mesej-mesej penyibuk kepada pemilik akaun di laman sosial itu.
2 ulasan:
Pasni kat Malaysia kena buat mcm ni jgk lah... Sape spam dekat group kena tangkap..hahahaha
ni carik pasal namenyer....
*SPAM la org2 kaye lg bagus....
latest entry Apa Yang BLOGGER PERLU ADA?? [PART 2]
Catat Ulasan