Pages

Search This Blog

Followers

like Batu

Jumlah Paparan Halaman

Rabu, 31 Ogos 2011

Siapa Pejuang Kemerdekaan Yang Sebenarnya, Ulama' atau UMNO?

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiojim-0nj6EFWXjhFidqsGYC_bbEuCl1oASypkJz8px-dypu8m8Zu2coMe4lUqBGoKAneWQOBkdeYb-HrpPe6g-87HrfIdSg_n6vyamzkhJURaHDGeESb5hcWV00VbZk7lOX-1QOVzu-k/s200/3+-+Tuan+Guru+Syaikh+Muhammad+Nur+al-Fathani.jpgUmno perjuang kemerdekaan Tanah Melayu dan bangsa Melayu yang membebaskan orang Melayu daripada cengkaman penjajah, fahaman ini seolah-olah sudah terpahat diminda orang-orang Melayu sejak merdekanya Tanah Melayu pada tahun 1957. Orang-orang Melayu menganggap seolah-olah hanya UMNO dan pemimpinnya sahaja yang memperjuangkan kebebasan Tanah Melayu daripada cengkaman penjajah.

Tapi kebanyakan daripada kita pasti terkejut pada realiti sebenar yang tidak pernah diperkatakan dan seakan-akan sengaja dilupakan oleh UMNO dan dipadamkan daripada fakta sejarah kemerdekaan negara Malaysia. Saya ingin tegaskan disini bahawasanya Ulama'lah golongan yang memainkan peranan penting dalam perjuangan memerdekakan Tanah Melayu daripada cengkaman penjajah.

http://2.bp.blogspot.com/-s2kLdeldGBQ/TY8QMR3ExKI/AAAAAAAAA4M/qmbVS8h2SQM/s320/JAMALUDDIN+AL-AFGHANI.jpeghttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhxxSjs1gchZ-sblhp9A4Xnumn54hQ4NLIBhUsl-WjP04fPOB17ZOp7nHuXbcdAREwje0dOuWPH7expTKndO025XZcNa6Zk1TyywXz-AIjWp90AvV_giI7HQc63IGR7T_yYaAkUZinyVsuw/s320/Muhammad+abduh.jpg
http://mideastweb.org/Middle-East-Encyclopedia/hassan_al_banna.jpg
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiojim-0nj6EFWXjhFidqsGYC_bbEuCl1oASypkJz8px-dypu8m8Zu2coMe4lUqBGoKAneWQOBkdeYb-HrpPe6g-87HrfIdSg_n6vyamzkhJURaHDGeESb5hcWV00VbZk7lOX-1QOVzu-k/s200/3+-+Tuan+Guru+Syaikh+Muhammad+Nur+al-Fathani.jpg
http://img196.imageshack.us/img196/531/newpictureg.png
Susur galur perjuangan Ulama' daripada atas sebelah kiri Sayed Jamaluddin Al-Afghani(Pengasas Pan-Islamic),
Sheikh Muhammad Abduh(Anak murid Sayed Jamaluddin), Imam syahid Hassan Al-Banna(Pengasas Ikhwanul Muslimin),Sheikh Ahmad Al-Fathani dan Dr. Burhanuddin Al-Helmi (Presiden Pas ke-3)


Kenyataan ini seolah dipandang sepi oleh masyarakat Melayu dan orang-orang Malaysia umumnya. Sejak daripada mula lagi Ulama' sebenarnya telah memainkan peranan yang sangat penting dalam pegerakan-pegerakan pembebaskan Tanah Melayu dari cengkaman penjajah dan perjuangan untuk memartabatkan kalimah ALLAH di Tanah Melayu.

Bermula dengan kemunculan tokoh-tokoh reformis Islam lulusan Mekah dan Mesir yang mendapat pengaruh daripada insan yang sepatutnya mendapat gelaran Bapa Kemerdekaan Tanah Melayu iaitu Sheikh Wan Ahmad bin Wan Muhammad Zain @ Zainal Abidin bin Wan Mustafa Al- Fathani atau lebih dikenali sebagai Sheikh Ahmad Al-Fathani.

Beliau lahir pada 10 April 1856 (5 Sya’aban 1272) di Kampung Sena Janjar, Jambu,Negeri Jerim,Pattani dan wafat pada 14 Jan 1908.Perjuangannya membebaskan Tanah Melayu pada mulanya berpusat di kota Mekah. Disana beliau mengumpul pelajar-pelajar melayu yang berlajar di Timur Tengah khususnya Mesir dan kemudian memperkenalkan mereka kepada tokoh Ulama dan reformis Islam iaitu Sheikh Muhammad Abduh murid kepada Sayid Jamaluddin Al-Afghani yang membawa konsep 'Pan Islamic' yakni islam secara global.

Pencetusan gerakan Islah oleh Syed Jamaluddin al-Afghani dan Syeikh Muhammad Abduh pada 1882 telah mempengaruhi kebangkitan semangat kebangsaan di Tanah Melayu. Golongan pelajar di Tanah Melayu yang mendapat pendidikan di Timur Tengah, khususnya di Mesir telah membangkitkan semangat kebangsaan. Mereka yang menuntut di Universiti al-Azhar telah terpengaruh dengan idea pemulihan Islam yang dibawa oleh Sayid Jamaluddin al-Afghani dan Syeikh Muhammad Abduh.

Sekembalinya mereka ke tanah air, mereka telah memulakan Gerakan Islah di Tanah Melayu. Golongan ini dikenali sebagai Kaum Muda.Kemudian lahirlah pejuang2 kemerdekaan yang berjuang dan ada antaranya syahid semata-mata untuk perjuangan Islam,bangsa dan tanah air.

Antara nama-nama yang turut berjuang ialah Muhammad Yusuf Ahmad@
'Tok Kenali',Haji Hassan Munas@ 'Tok Janggut', Dr Bahanuddin Al-Helmy dan ramai lagi sehingga tidak mampu saya nyatakan kerana terlalu ramai Ulama' yang turut berjuang demi Agama dan Tanah Air.

Penubuhan Parti Islam Semalaysia(PAS) juga adalah lanjutan perjuangan menegakkan syiar Islam pada era kemerdekaan. PAS tertubuh kerana golongan Ulama yang ketika itu berpendapat bahawa UMNO telah lari daripada prinsip mereka yakni 'Amal maaruf dan Nahi mungkar' ini berikutan sikap pemimpin UMNO yang berfikiran sekular dengan memisahkan prinsip pemeritahan daripada prinsip Islam yakni Al-Quran dan As-Sunnah.

Walaupun PAS menentang keras dasar sekular UMNO tapi mereka masih menganggap PAS sebagai sayap mereka,tapi kebenarannya ialah prinsip perjuangan PAS adalah berbeza kerana PAS berpegang teguh pada prinsip pemerintahan berteraskan 'Al-Quran dan AS-Sunnah' dan ini sesungguhnya amat bercanggah dengan prinsip sekular yang diterapkan oleh pemimpin UMNO pada ketika itu dan keadaannya tidak banyak berbeza sekarang . Jika dulu ada 'Loteri Rakyat' kini 'Judi' dihalalkan bahkan ada pula pemimpin UMNO yang mempunyai saham dalam syarikat Judi dan Arak.

Tapi adalah amatlah malang apabila perjuangan para Ulama' yang bermati-matian itu, secara tiba-tiba sahaja agenda perjuangan itu dirampas oleh UMNO yang hanya mula bercakap soal kemerdekaan pada tahun 1951.

Anak didik British ini memperoleh manfaat dan dikenang sebagai perjuang ulung kemerdekaan Tanah Melayu. Mereka meminggirkan bahkan melupakan perjuangan para Ulama'.

Sejarah hanya tertulis bahawasanya hanya UMNO yang memperjuangkan kemerdekaan seperti yang sudah terpahat difikirkan kita. Berfikirlah sejenak siapakah yang sebenarnya bermati-matian menumpahkan darah demi Malaysia dan Islam, Ulama atau UMNO? 

1 ulasan:

GT berkata...

betol betol. Zaman Tunku Abd Rahman pon dah ade kilang arak terbesar kat Tanah Melayu mse tu