Pages

Search This Blog

Followers

like Batu

Jumlah Paparan Halaman

Sabtu, 13 Ogos 2011

Usir peguam cetus minat kes Scorpene di Perancis

PETALING JAYA : Pengusiran peguam Perancis, William Bourdon oleh kerajaan Malaysia, mencetuskan minat lebih besar rakyat Perancis terhadap skandal pembelian kapal selam Scorpene.

Menurut Pengarah Suaram, Cynthia Gabriel, pengusiran tersebut mendapat liputan meluas media Perancis ekoran reputasi cemerlang Bourdon sebagai peguam hak asasi manusia.

Orang Perancis tidak tahu yang beliau mengendalikan (kes ini) di Malaysia, dan ia membangkitkan minat yang besar di kalangan orang ramai,” katanya seperti dilapor Malaysiakini.
Bourdon “terkenal” kerana antara lainnya, mewakili pihak yang membuat tuntutan terhadap pemerintahan diktator Pinochet dan kes-kes pembunuhan beramai-ramai Rwanda dan pengusirannya telah memburukkan prestasi Malaysia.
Beliau diusir ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 22 Julai lalu, ketika mahu menghadiri program makan malam anjuran Suaram yang turut diadakan di Petaling Jaya dan Ipoh.
Beliau hanya sempat hadir program majlis makan malam yang diadakan di Bayan baru Pulau Pinang, sehari sebelumnya.
Pengusiran beliau menggambarkan ketakutan kerajaan pimpinan Najib kerana beliau sepatutnya dijadual memberikan ucapan mengenai skandal pembelian kapal selam Scorpene oleh kerajaan Malaysia yang dibicarakan di Perancis.
Kes melibatkan pembayaran komisen berjumlah 114 juta Euro atau bersamaan RM540 juta, membabitkan syarikat Perimekar Sdn Bhd dan firma pertahanan Perancis, DCNS, selain dua lagi komisen yang akan dibongkar di mahkamah negara itu.
Perimekar dimiliki sepenuhnya Ombak Laut, syarikat milik penuh Abdul Razak Baginda iaitu teman rapat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang terlepas hukuman mati kerana membunuh Altantuya.

Tiada ulasan: