ERA KELUARGA AL-IMRAN
"Katakanlah: "Kami beriman kepada Allah dan kepada apa yang diturunkan kepada kami dan yang diturunkan kepada Ibrahim, Ismail, Ishaq, Ya'qub, dan anak-anaknya, dan apa yang diberikan kepada Musa, 'Isa dan para nabi dari Tuhan mereka. Kami tidak membeda-bedakan seorangpun di antara mereka dan hanya kepada-Nyalah kami menyerahkan diri."
ayat 84, surah ali-imran
frasa Al-Imran ini adlah berasal dari ahlul imran yakni keluarga imran. Daripada keluarga ini lahirlah Musa dan Harun yang mana menentang kejahatan firaun yang telah lupa daratan dan mengaku sebagai tuhan. Penentangan demi penentangan berlaku dan akhirnya firaun di kalahkan. Daripada keturunan Ali Imran ini juga lahirlah wanita yang mana melahirkan NABi ISa a.s. Nabi Isa a.s yang telah di khianati oleh bangsanya sendiri di naikkan ke langit dan akan turun semula ketika saat kebangkitan akhir zaman akan bermula.
Terdapat kod-kod atau klue-klue di sini. Musa dan Harun adalah saling bersaudara dan menumpaskan Firaun yang mana telah memperhambakan Bani Israel. Maka, berkat pertolongan ALLAH s.w.t, mereka berjaya melarikan diri dan firaun tenggelam di laut merah. Nabi Musa dan kaumnya itu melalui laut yang terbelah dan sampai ke satu daratan yang mana kaum di situ menyembah berhala. Ternyata jarak yang di lalui oleh mereka bukanlah
jarak yang dekat akan tetapi agak berjauhan kerana empayar mesir raya amat luas ketika itu. Pada pengamatan saya, mungkin Nabi Musa telah pun
tiba di INDIA atau pun tanah Nusantara. Apapun, DIA maha mengetahui. Meskipun demikian, mesti ada orang yang tidak mahu mempercayainya kerana tiada bukti kukuh. Pernahkah anda mendengar frasa "the lost tribe of jews"? Pengkaji sejarah di seluruh dunia sedia maklum bahawa terdapat 12 bani israel yang bertebaran di muka bumi dan akhirnya membentuk yahudi. Kemudiannya dari yahudi, membentuk zionis yang berkitabkan TALMUD sesat itu.
Bani yang di katakan hilang itulah yang tidak dapat di jejaki sehingga tiba masa DIA mahu mengangkatnya kembali. Bani yang hilang ini adalah pengikut Nabi musa dan Nabi Harun yang setia serta beriman. Mereka tidak mengikuti bani israel yang lainnya yang dahagakan tanah. Inilah yang terjadi pada saat ini di mana ZIonis cuba merampas PALESTINE meskipun dulu mereka lari dari berperang dengan bangsa asal Palestine.
Seterusnya, mengenai Nabi ISA a.s, baginda telah di khianati oleh bani israel dan di angkat ke langit. Kluenya di sini adalah, baginda 'di larikan' dari bangsa yang di khabarkan akan 'musnah' pada akhir zaman di tangan baginda sendiri. Ayat quran sudah cukup memberitahu kita bahawa terdapat kod-kod yang harus di kaji demi kebangkitan masa hadapan. Tapi, kebanyakkan kita takut untuk lakukan demikian kerana risau 'tercalar iman'?!
Apakah dengan mengkaji quran, iman dan taqwa akan tercalar dan hilang? Bukankah jika di kaji, maka lagi banyak akan menyakinkan kita pada ISLAM. ISLAM itu mudah tapi ummatnyalah yang menyusahkannya.
Jadi, nampakkah anda tentang kesenimbungan antara 'dahulu', 'kini' dan 'masa depan'?
.....................................................................
PEMBINAAN BANGSA MIM - takkan hilang di dunia
Kita semakin menghampiri kepada kemuncak tajuk. Segala puzzle hampir selesai. Cuma tinggal sedikit saja lagi mengenai misteri bangsa MIM ini. Apakah itu MIM dan apa kaitannya dengan MELAYU pula. Mari kita selesaikan misteri ini dengan secepat mungkin dan dengan padat.
Seperi yang saya terangkan sebelum ini, Wasiat Nuh menyuruh bangsa MIM dan anak cucunya menuju ke pentas sunda yang tenggelam. Ini kerana, Pentas sunda adalah tanah paling tinggi dan di kenali sebagai IBU TANAH. Tiap perkara mempunyai 'center' atau tempat kelahiran. Begitu juga dengan tanah. Tanah telah berkembang dari daratan pentas sunda yang ketika itu hanya ada satu benua semata-mata. Pentas sunda tetap di situ akan tetapi seperti yang saya beritahu tadi, tiap perkara harus ada batasnya. Jadi, pentas sunda harus 'mati'. Tapi, penciptaan dunia dan akhirat mempunyai 'LAW' dia tersendiri. Tiap yang 'mati' akan 'bangkit' kembali. Seperti manusia yang mati, akan di bangkitkan di alam barzah dan kemudiannya di alam akhirat. Tapi sebenarnya, Alam barzah itu hanyalah 'pit stop' atau hentian semata-mata. Begitu jugalah semua perkara. Sebelum di bangkitkan semula, akan ada 'hentian seketika' sebelum kebangkitan sepenuhnya berlaku.
"Apakah mereka tidak memperhatikan berapa banyak generasi yang telah Kami binasakan sebelum mereka, padahal telah Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi, yaitu keteguhan yang belum pernah Kami berikan kepadamu, dan Kami curahkan hujan yang lebat atas mereka dan Kami jadikan sungai-sungai mengalir di bawah mereka, kemudian Kami binasakan mereka karena dosa mereka sendiri, dan Kami ciptakan sesudah mereka generasi yang lain."
Ayat 6 surah al-anaam
Jika musnah sesuatu bangsa atau kaum itu, akan bangkit sesuatu kaum dari kaum yang di binasakan itu dengan yang lebih baik. Kita adalah generasi dari kaum-kaum yang telah di musnahkan kerana itu adalah sunnahtullah. Tapi, kita harus ingat bahawa tiap kaum dan bangsa baik yang ada sekarang tetap akan mengalami proses yang serupa andai kata mereka tidak kembali ke jalan ALLAH. Tapi, ada suatu bangsa ini tidak akan musnah selama-lamanya.
Bangsa ini adalah bangsa MIM. Kenapa tidak dapat di musnahkan..hebat sangatkah?!
Ya, cukup hebat. MIM ini harus wujud kerana itu adalah 'perintah' pada ADAM dan warisnya sehinggalah dunia di kiamatkan. Boleh di katakan bangsa yang terakhir akan 'mati' adalah bangsa MIM. Jadi, apakah sebenarnya bangsa MIM ini. Mari kita selesaikan bongkah blok yang terakhir ini.
Mari kita imbas kembali dari ERA NuH, ERA IBRAHIM dan perjalanan seterusnya.
Pada Era Nuh, anak cucu Nabi Nuh akan menjadi raja-raja agung dan memimpin manusia di kala itu. Di dalam bahtera itu, terdapat suatu bangsa yang sudah asimilasi akibat lamanya pelayaran itu. Bangsa itu di namai Bangsa MIM atau Quraisy Kuno (wallahuaklam). Tapi, selepas beberapa ribu dan ratusan tahun, kucar kacir mulai berlaku. Penyembahan berhala mulai berlaku di sana sini. Ia seolah-olah mengulangi kejadian pada ERA ADAM dahulu yang mana terdapat mereka yang menyembah DEWA-DEWI dari waris ADAM yang di beri ILMU SEGALA ini.
Darah keturunan yang sepatutnya menjadi raja di buru dan di bunuh. Bangsa MIM mulai berpuak-puak dan membentuk suku kaum masing-masing. Akhirnya pelbagai bangsa wujud akan tetapi ia di khianati dengan penyembahan sesama makhluk yang sepatutnya tidak berlaku. Dari situlah bencana mulai berlaku. Bangsa-bangsa ini di hapuskan dan di ganti dengan bangsa yang lebih baik. Maka, kitalah generasi di zaman ini menunggu-nunggu detik
'mati' bangsa-bangsa seperti yang di beritahu dalam Al-quran.
Seperkara lagi, meskipun banyak bangsa di hapuskan, akan tetapi akan terdapat mereka yang di selamatkan. Golongan yang di selamatkan inilah golongan beriman yang di pimpin oleh para nabi yang juga mempunyai ILMU SEGALA ini. Tapi tidak semua bangsa pada zaman dahulu yang di hapuskan. Ada juga yang berevolusi dan menjadi bangsa pada zaman ini seperti bangsa eropah yang bermula dari golongan Babarian.
Kemudiannya, pada ERA IBRAHIM, isteri-isteri baginda yang datang dari darah keturunan yang mulia banyak melahirkan bangsa yang menjadi induk pada masa kini. Seperti yang kita ketahui, Hajar melahirkan ARAB, Sarah melahirkan Bani isreal dan eropah dan QETURAH melahirkan bangsa pahlawan seperti Babylon, Akkadian, Cheldea dan ARYAN.
.....................................................................
DI SINI BERMULA, DI SINI BERTEMU, DI SINI BERAKHIR
"Takkan MELAYU hilang di DUNIA"
hang tuah
Inilah frasa yang di sebut oleh Laksamana Hang Tuah dan ia bagai di paku pada memori setiap 'melayu' yang melayu pada zaman kini. Hang Tuah adalah seorang pendekar (bukan pesilat) yang mendapat ilmu yang tinggi dari guru-guru beliau yang amat hebat dalam hal agama dan kebatinan. Biasanya, suatu perkataan itu akan terus di lupakan dan terus berkubur dek masa. Akan tetapi, frasa dari Hang Tuah ini bagai suatu wasiat yang harus kita 'tepati'. Maka, dek kerana itulah tiap kali musuh dair luar datang menyerang, tiap kali itu jua kebangkitan akan di rasai.
Apapun, sebelum kita memasuki bab terbaru itu, mari kita selesaikan bongkah klue yang terakhir ini. Seperti yang saya katakan tadi, tiap bangsa ada 'matinya' dan di ganti dengan yang lebih baik. Yang mengantikan itu pula adalah golongan beriman yang di pimpin oleh para nabi
dan rasul sehinggalah sekarang. ERA IBRAHIM adalah era terakhir di mana percambahan bangsa berlaku selepas ERA NUH. Dari IBRAHIM lahirlah bangsa ARAB, ISRAEL, EROPAH, ARYAN dan banyak lagi. Memang patutlah baginda di gelar sebagai BAPA BANGSA.
Bangsa Aryan dari keturunan QETURAH telah bertemu di Indo-China, Nusantara.Manakala, bangsa arab pula di temukan dengan aktiviti perdagangan dan perkahwinan campur sejak era kesultanan melayu lagi. Bangsa Israel yang terpilih pula di bawa oleh Nabi Musa dan ianya tidak di ketahui kerana terang dan jelas golongan mereka ini di gelar sebagai 'the lost tribe'. Kalau sudah 'lost' bagaimana pula dapat di bongkar. Jika, tak dapat di bongkar, kenapa pula ramai bercerita mengenai ini. HAHAHA...jangan bimbang, inilah di katakan 'MASA SUDAH TIBA'. Jika anda mengkaji hadis nabi mengenai kebangkitan bermula dari timur di akhir zaman, ada hadis menyebut mengenai 'apa saja yang di sembunyikan akan jelas sejelasnya'.
Selain dari itu, bangsa cina juga berasimilasi di NUSANTARA sejak dulu kala lagi. Bangsa India juga begitu. Bangsa Eropah pula telah datang selepas era kolonial dan perkahwinan campur terus berlaku. Sebagai contoh, ACEH adalah frasa dari konsonan Arab, Cina, English dan Hindu (India). Maka, bercampurlah segala bangsa dari jurai IBRAHIM dan MUHAMMAD di NUSANTARA ini.
Dek kerana itulah apabila di tanya, siapa itu melayu, maka semua pening kerana ada yang berwajah cina, orang putih, arab dan sebagainya di nusantara ini. Jadi, siapakah bangsa MIM itu? Rasanya anda sudah tentu dapat mengagak jawapannya. Bangsa MIM itu adalah
"Bangsa campuran yang tiada berbangsa tetap dari jurai kenabian"...Bagaimana harus 'mati' sedangkan asimilasi bangsa MIM ini sentiasa 'updated' sehinggakan ianya tiada berbangsa. Jadi, adakah kita boleh katakan MELAYU itu adalah bangsa MIM seperti mana di dalam BAHTERA NUH itu? Anda sendiri yang jawab. Saya sudah memberi pelbagai data dan kini, andalah yang mempromosikannya agar wasiat NABI MUHAMMAD tentang kebangkitan dari TIMUR ini benar-benar terjadi.
.....................................................................
Artikel hadapan akan membincangkan kod-kod yang terdapat di sekitar kita mengenai bangsa MIM ini. Selain itu, apakah kaitannya bangsa MIM terbaru ini dengan masa depan. Apakah pula cabaran yang terpaksa di hadapi oleh bangsa MIM terbaru ini. Bangsa MIM adalah bangsa 'ahli rumah' dari bahtera nabi noh, maka apa kod yang membuktikan kita inilah bangsa MIM yang sebenar sedangkan yahudi dan amerika juga bangsa asimilasi?! Apa pula maksud Melayu itu dan kaitannya dengan MIM ini. Apakah peranan kita demi kebangkitan timur seperti di wasiatkan oleh NABI MUHAMMAD seperti mana wasiat ADAM dan NUH sebelum ini? Saksikan segalanya di dalam artikel BANGSA 'MIM' – tak hilang di dunia (siri akhir) pada masa akan datang. Sekian wassalam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan