AKHIR KATA
Syukur Alhamdulilah akhirnya telah selesai amanah yang harus saya sampaikan. Ia cukup-cukup membebankan dan selagi saya tidak menyampaikan, ia akan memberatkan saya.
Definisi yang harus anda faham adalah:-
Bangsa MIM adalah asimilasi kepelbagaian bangsa lantas menjadi satu identiti tapi masih mengekalkan ada istiadat sesuatu kaum yang asal.
Melayu pula adalah bahasa penyatuan yang menyatupadukan rumpun-rumpun kemelayuan di dunia melayu.
Dunia melayu adalah geografik tempat tinggalnya rumpun-rumpun melayu yang mana adalah bekas pentas sunda yang tenggelam dan ia merangkumi semenanjung tanah melayu, kepulauan jawa, sumatra, borneo, sulawesi, filipina, kepulauan polynesia, utara australia dan indo-china.
Keilmuan Melayu adalah ilmu yang berasal dari nenek moyang (mungkin dari jurai kenabian) yang mana merangkumi spiritual, fizikal, sains, kimia kuno dan astronomi serta maritim. Ia juga merangkumi ilmu keagamaan islam serta sedikit dari agama hanif Ibrahim.
MIM adalah huruf hijayiah/arab/jawi yang bermaksud Muhammad rasullulah serta bersimbolkan anak kunci kepada sesuatu pintu.
Definisi yang saya ingin berikan mengenai bangsa mim+melayu islam di nusantara ini adalah seperti berikut:-
"Bangsa asimilasi berjuraikan kenabian, berdarah para dewa dan raja agung, dari tanah-tanah tinggi yang berasal dari tanah sunda tertinggi yang mengamalkan syariat islamiyah serta hidup berserumpun bersandarkan bahasa melayu sebagai bahasa penantara"
Sekali lagi kita imbas untuk kali terakhir:-
"Nabi ADAM di beri ilmu segala dan di wariskan kepada anak cucunya untuk menjadi khalifah di muka bumi ini. Kerana hebatnya ilmu itu, skala kekhalifahan itu merangkumi langit dan bumi. Akibat dari kehebatan mereka itu, para manusia ini mengidolakan mereka sehingga membuat patung-patung lalu di sembah. Dek kerana itulah ada para dewa ini menetap terus di 'langit-langit' dan tidak lagi mahu turun sehinggalah pintu kayangan itu di tutup sepenuhnya tika kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. Pintu itu tidak akan terbuka lagi tapi hanya yang berhaq atau di beri ilmu warisan ini saja yang dapat berhubung dengan para kayangan di 'atas' sana. Di muka bumi pula, kekufuran telah berlaku dan berluasa sehinggalah banjir besar terjadi. Banjir besar itu telah menenggelamkan PENTAS SUNDA si tanah paling tinggi bergelar syurga dunia itu sehingga hanya puncak-puncak paling tinggi yang kelihatan. Di puncak inilah kita diami sekarang.
Bahtera NUH itu di penuhi dengan pelbagai ras kaum dan bangsa. Besarnya Bahtera itu tidak di jangkau akal sehinggakan di gelar 'rumah' pada tika itu. Proses asimilasi berlaku di dalam 'rumah' itu dan menwujudkan bangsa MIM atau Quraisy kuno. Dari susur galur NUH ini terbitnya bangsa-bangsa kini. Tapi, ada juga bangsa di musnahkan kerana kesesatan yang nyata mereka bawa akibar dari penyembahan sesama makhluk.Waris yang di beri ilmu segala ini seterusnya harus mengajar dan mendidik kaum dan bangsa mereka. Ada yang di musnahkan dan orang yang beriman dari kalangan bangsa musnah itulah yang seterusnya menerbitkan bangsa baru sehinggalah membawa kepada generasi kita.
Era Ibrahim adalah era di mana ketentuan di 'takdirkan demi masa depan'. Hajar menerbitkan arab. Sarah menerbitkan Bani israel dan Qeturah atau jawiyah ini menerbitkan madyan dan lain-lain yang mana menerbitkan bangsa aryan lalu di bawa kemari waris itu oleh para pelarian kemboja asli. Lalu di asimilasikan dengan penduduk asal di tanah bekas pentas sunda yang tenggelam ini yakni orang asli yang telah terselamat dan tinggal di gua-gua. Seterusnya hasil dari pedagangan china dan arab membawa kembali salasilah Ibrahim dari susur galur HAJAR. Salasilah SARAH pula di bawa secara rahsia oleh NABI MUSA lantas di kenali sebagai the lost tribe. Kerana 'lost'nya tribe ini, maka ia tidak dapat di jumpai sehinggalah kini ia di buka sendiri oleh para pengkaji eropah serta cendikiawan dari sini.
Ketamadunan dari jurai kenabian ini telah di pegang oleh raja yang harus mengetahui ilmu dunia dan akhirat. Jika tidak, atas nama saja sultan itu berkuasa dan daulat itu tiada. Daulat itu adalah tanda adanya haq pada mereka dan takkala daulat itu di sanggah, terimalah dikau akan balasan kerana yang di pilih bukan kerana makhluk tapi keranaNYA. Jika tiada haq, pasti bala akan terima dan akibatnya Melaka jatuh ketangan portugis dan seterusnya pergaduhan sesama kesultanan terjadi. Maka, lahirlah negara bangsa seperti sekarang ini. Tapi sudah pasti mereka yang amat logikal akalnya akan berkata 'ahh..itu cuma kebetulan'. Kebetulan kepala hotakkau berjambul kata P.ramlee. Apakah dunia ini juga di cipta kerana kebetulan dan kebetulan pula kita sebagai manusia?! Anda yang jawab.
Kerahsiaan bangsa MIM baru atau di gelar MELAYU ini akhirnya di buka dengan kerahsiaan demi kebangkitan kali kedua ISLAM. Jika bukan kerana ISLAM, melayu takkan bangkit kerana ISLAM adalah penyebab Melayu harus bangkit. Jika tidak, selamanyalah melayu itu me-layu dan tidur di tendang-tendang oleh musuh-musuh di sekeliling. SANG NAG SEDANG TIDUR, MARI KITA BUNUH DIA. Tapi, sekali naga bangkit, bukan saja musuh malah bumi pun gentar. Ini termaktub dalam hadis nabi yang mana kebangkitan adalah dari timur. Tapi, ramai orang beranggapan timur itu di Asia tengah timur sikit, akibatnya perang tak sudah di nyalakan di sana. Tak puas dengan itu, nusantara pun terkena biasnya. Ekonomi meruntuh tapi nak runtuhkan bagaimana jika 'giliran perekonomian IBRAHIM' itu sedang berlangsung.
Kita lihat saja dalam masa terdekat, mungkin 1-2 tahun ini, sistem kapitalis atau ekonomi yang di pegang oleh yahudi dan para campurannya akan mendesup jatuh tanpa di selamatkan lagi. Tiba-tiba, muncul pula ramai orang kaya di sekitar nusantara. Nanti anda saksikanlah ia."
Demi 1431 hijrah yang jatuh pada hari jumaat serta tahun 2010 yang juga jatuh pada hari jumaat dan bertajul mulukkan 'air', maka kita akan lihat bangsa 'air' akan mengambil alih bintang 'ikan' kepada 'balang berisi air' ini. Jika mahu berjaya, sistem maritim adalah kekuatan nusantara ketika dulu. Pelabuhan dunia adalah gelaran kita. Selain itu, wujudkan juga keilmuan lama yang di beri nafas segar seiring dengan masa serta beralaskan syariat islamiyah yang benar agar ia tidak lagi terpesong dan tiada lagi 'jin belaan' akan di gendong. Wujudkanlah juga sains islam yang tidak langsung memandang barat yang hanya percaya pada tuhan fizikal. Kita berspiritual dan berfizikal dan kita adalah sempurna kerana kita memiliki kedua-dua elemetn. Jika ini berjaya, nanti lihatlah kenyataan "cacat seorang lelaki itu jika tidak dapat berjalan atas air dan terbang" akan menjadi kenyataan.
Realiti ini amat jelas jika kita melihat di sana sini orang mulai mencari spiritual dan kekuatan tenaga alam semesta. Realiti itu sehinggakan di pawagam ada saja Hollywood menayangkan cerita-cerita 'superpower' seperti x-man dan sebagainya agar bila orang menceritakan perkara itu, lantas mereka akan memotong lalu berkata "kau banyak tengok movie ni". Apakah ALLAH itu lemah dalam memberikan sesuatu yang di luar adat manusia. Adat manusia kini saja yang tidak mempercayai kekuatan spiritual sedangkan ianya adalah kebiasaan pada zaman dulu kala. Maka, fikirkanlah. Apapun, sekali lagi saya katakan bahawa siri-siri bangsa MIM ini adalah kajian, pendapat, hasil pengumpulan data dan cerita orang lama. Maka, ianya hanyalah 'tool' untuk anda untuk mempercayai bahawa kisah kebangkitan akhir zaman bukanlah satu dogengan atau cerita bertaraf 'Harry Potter'.
Oleh itu, di tangan andalah ianya akan di luaskan. Jika anda sayangkan Islam dan Melayu, maka sebarkanlah ia dengan kreativiti anda sendiri. Jangan pula taklid pada ilmu saya kerana ilmu saya masih cetek. Kaji dan analisalah klue dan 'tools' yang saya berikan ini agar kebangkitan islam kedua akan menjadi realiti. Insyallah ianya akan menjadi realiti. Akhir kata dari saya, ampun maaf jika ada salah silap dalam karya ini dan semoga ianya dapat membantu kita dalam menjalani kehidupan seharian. Dunia adalah permaian dan gurauan tapi AKU tidak bermain dengannya.
”Barangsiapa Yang Mengamalkan Ilmu Yang Ia Ketahui Maka Allah Akan Memberikan Kepadanya Ilmu Yang Belum Ia Ketahui”. (HR Imam Ahmad)
“Apabila jiwa manusia benar-benar berjanji akan meninggalkan semua dosa, nescaya akan terbang dia ke alam malakut (di langit), kemudian kembali membawa berbagai ilmu hikmah tanpa berhajat pada guru”. (HR Imam Ahmad)
Allah berfirman kepada Isa: “Aku akan mengirimkan satu umat setelahmu (ummat Muhammad Saw.), yang jika Aku murah hati pada mereka, mereka bersyukur dan bertahmid, dan jika Aku menahan diri, mereka sabar dan tawakal tanpa [harus] mempunyai hilm (kemurahan hati) dan ‘ilm [ilmu].” Isa bertanya: “Bagaimana mereka bisa seperti itu ya Allah, tanpa hilm dan ‘ilm?” Allah menjawab: “Aku memberikan mereka sebagian dari hilmKu dan ‘ilmKu.”(Hadis Qudsi; Futuh Mishr wa Akhbaruha)
"TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA"
Hang Tuah
Anda fahaminya sekarang?!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan