Pages

Search This Blog

Followers

like Batu

Jumlah Paparan Halaman

Isnin, 29 Ogos 2011

Perutusan Aidilfitri


Selama sebulan kita menahan diri dari makan dan minum di samping melatih seluruh anggota bermula dari hujung rambut hingga ke hujung kaki, anggota zahir dan batin agar sentiasa taat dan patuh kepada perintah ALLAH SWT.

1 Sayawal kini menjelma lagi dengan memberikan seluruh kehidupan ini bermula dengan “fitrah” (bersih) seolah-olah seperti bayi yang baru dilahirkan berkat kerahmatan, keampunan dan kelepasan dari api neraka seperti yang dijanjikan oleh ALLAH swt.

Alangkah indahnya jika momentum ini dapat diteruskan lagi dalam semua lapangan kehidupan manusia. Jika ia seorang ahli politik bersihlah mulutnya dari mengungkap janji-jani palsu, jika ia seorang pemerintah jadilah ia seorang yang patuh dan taat melaksanakan segala hukum-hakam yang berpandukan Al Quran dan Hadith, jika ia seorang majikan jadilah orang yang menjaga kebajikan orang bawahannya, jika ia seorang pegawai yang berkuasa bersihkanlah perutnya dari memakan rasuah dan begitulah seterusnya sehingga jika seorang bapa maka jadilah seorang yang bertanggungjawab terhadap ahli keluarganya. Siapa juga kita maka pastikanlah kita menjunjung segala perintah ALLAH dan menjauhkan diri sejauh-jauhnya dari larangan ALLAH.

Sesungguhnya Ramadhan yang berlalu amat bererti untuk umat ini. Ramadhan adalah program tarbiyah untuk menjana manusia berkualiti tinggi laksana sifat-sifat Sahabat Rasullah dan para solehin. Namun agak malang mutakhir kini selepas menjalani proses pertarbiyahan serta pembersihan jiwa selama sebulan Ramadhan ini tiba sahaja Syawal maka sebulanlah kita didedahkan pula dengan hiburan Hari Raya yang melalaikan. Kenapa sambutan Aildilfitri perlu ada nyanyian, tari menari dan pergaulan bebas lelaki perempuan yang bukan mahram.???

Sempena 1 Syawal ini saya menyeru dan mengajak diri saya dan muslimin muslimat sekalian supaya dapat meneruskan lagi “tamak haloba” kita untuk beribadah seperti yang kita sama-sama laksanakan dalam bulan Ramadhan.


Tiada ulasan: