TA MIM
Tahukah anda bahawa quran di turunkan dengan berbahasa arab dan surah pertama berbunyi iqra'.."bacalah" Bacalah di sini membawa maksud 'break the code'. Agama hanif mengandungi rahsia-rahsia dan rahsia itu di simpan di dalam kitab dan pada dada mereka yang di beri keilmuan. Kajilah dan anda akan jumpai sesuatu.
TA = tanah,
MiM= Melayu
Andalah pemuda-pemuda bani ta mim yang mampu menghancurkan bukit bukau itu.
Kenapa tanah melayu saja?
Anda harus tahu di mana sudut geografi tanah melayu ini. Seperti saya sebutkan di atas, Dunia melayu yang saiznya sebesar eropah ini adalahsecara keseluruhannya di gelar tanah melayu. Tapi, sebenar-benar TANAH itu adalah 'tanduk'/'Zakar'/'jantung' bumi ini.
Jadi, berbaik sangkalah sesama rumpun dan teruskan persatuan agar MIM itu mekar berdiri di hujung zaman. Kita juga tahu bahawa, keturunan di raja adalah dari keturunan iskandar zulkarnain. Jika di katakan iskandar itulah cyrus the great, maka kita tahulah iskandar itu datangnya dari parsi dan membawa bangsa aryan bersama ke sini. Tapi, harus di ingat kesultanan haruslah tahu tentang ilmu agama, ilmu kebatinan, ilmu perubatan, ilmu sains teknologi, ilmu kesaktian dan berbagai lagi demi bergelar sultan. Jika tidak, anda hanyalah sultan pada nama. \Ddirect to the point bukan?! Ini di tambah lagi dengan kesetiaan bangsa asli (orang asli/pribumi) yang tinggal di sini dan di merata dunia. Mereka tidak akan mengambil tahta bahkan mereka akan membantu untuk membangun demi kesejahteraan bersama. Orang asli ini adalah mereka yang terselamat di dalam banjir besar itu. Mereka tinggal di gua-gua. Bukti arkeologi seperti Perak Man adalah bukti tentang wujudnya komuniti orang asli ini yang telah tinggal di gua-gua selepas tamat era banjir besar. Kemudiannya, mereka merantau dan menuju ke segenap pelusuk dunia demi penerusan survival. Yang tinggal kini adalah saki baki penduduk asal tanah sunda yan tidak lagi mahukan kehebatan kerana cukuplah dengan bencana yang pernah berlaku dulu. Kenapa itu terjadi? Ini kerana di sinilah bermulanya ketamadunan pertama dunia. Tidak dapat terima hakikat ini?
Terdapat faktor-faktor Orang asli yang merantau ke seluruh dunia (asalnya dari sini) dan terselamat dari banjir besar oleh Peter Bellwood dalam buku the Austronesian:-
-berdasarkan rantaian makanan
-berdasarkan pengangkutan (perkapalan adalah teknologi paling 'advance' di tanah melayu)
-berdasarkan daya mengelak dari suhu sejuk (bila banjir surut, suhu jadi sejuk)
-berdasarkan explorasi peta sekitar
-berdasarkan pembiakan waris
-berdasarkan material kegunaan
Berdasarkan teori ini, orang asli ini membuka penempatan di seluruh dunia kerana mereka pada masa itu cukup 'advance; tapi kenapa kini kita melihat mereka bercawat dan ketinggalan zaman. Ini kerana mereka tidak mahu lagi keberadaan kerana keberadaan atau kekayaan nenek moyang mereka dululah menyebabkan mereka hampir lupus di muka bumi.
MEREKALAH SATU-SATU BANGSA YANG MASIH 'HIDUP' BERSAMA BANGSA MIM.Walaubagaimanapun, proses asimilasi juga berlaku di kalangan mereka dan 'pendatang' dari waris NUH. Maka terlahirlah Mala-aborigin, Austranesian dan sebagainya. Apa yang penting adalah, mereka ini cukup taat pada sultan yang di pilih setelah anak raja itu mengalami proses pembelajaran 3,5,7 dan 9.
Apakah proses itu 3,5, 7, 9?
Proses ini adalah proses pembelajaran anak-anak raja demi menjadi raja-raja agung. Pada usia kecil mereka akan di dedahkan dengan adat-adat yang di pegang oleh kewalian 3, seterusnya belajar silatdari kewalian 5, seterusnya belajar agama dari kewalian 7 dan akhirnya belajar tentang kehidupandari kewalian 9. Mereka di dedahkan demi mecncapai syariat,hakikat makrifat dunia dan akhirat. Akhirnya tahulah mereka apakah itu ILMU SEGALA.
Ilmu segala yang telah di turunkan pada yang haq adalah lesen mengenai siapakah mereka-mereka ini. Jika mereka mampu menyebut nama-nama ilmu dalam titisan lautan keilmuan ALLAH, makanya,dialah waris ADAM, NUH, IBRAHIM dan MUHAMMAD yang bertubuh manusia berjiwa dewa.
Melayu tidak harus tinggalkan adat dan ilmu lama kerana itu adalah haq melayu (sebagaimana bangsa lain, mereka juga di beri haq keilmuan masing-masing). Islam pula adalah agama universal yang dapat menyatupadukan umat di seluruh dunia. Tapi, sedihnya saya tidak dapat melihat itu di zaman ini kerana masing-masing mahu menunjukkan siapa lebih islam. Bagaimana mereka nyatakan mereka islam sedangkan hati mereka tidak pun islam/selamat = tenang. Mereka melihat tubuh badan orang lain sedangkan ALLAH lebih dekat pada urat leher pada diri sendiri. Ini adalah kegilaan apa? Ini adalah bahana penyakit cinta dunia takut mati yang sudah merasuk kedalam tubuh badan umat islam itu.
Akhir kata, ISLAM itu UNIVERSAL,bertemu MELAYU bersifat UNIVERSAL, di tanah bekas UNIVERSAL.
Ajaibnya, inilah metafora syariat+hakikat+makrifat. Syariat=islam, Hakikat=kerahsian melayu universal, Makrifat=bekas pentas sunda syurga dunia. Sekali lagi saya ingatkan anda bahawa anda harus faham apa itu melayu dan buangkan kebangsaan melayu buatan politik. Jika tidak anda tidak mampu untuk menafsir apa yang sedang dan akan berlaku. Jika sesuatu berlaku, mereka yang tidak ketahui tadi akan sengsara dan merana lantas datanglah dajjal cuba menipu sedaya upaya dengan hakikat makrifat yang menipu yang bersandarkan pada firaun. Meskipun benar, tapi ia bukanlah kebenaran sebenar.
Dek kerana itulah takkala munculnya pak Dajjal ini, segala tok-tok imam akan masuk geng dia. Ini kerana Dajjal mengetahui kerahsiaan hakikat dan makrifat. Melalui itulah juga dia akan membelit kita semua. Mula-mula mengaku sebagai penyelamat, kemudiannya sebagai nabi dan seterusnya menjadi tuhan, sama seperti firaun lakukan. Pada era firaun dulu, para firaun ini mengetahu hakikat yang cukup tinggi yang mana sebarang kata mereka pasti jadi. Dari situ timbul bongkak dan akhirnya dia bertemu seteru yang sama taraf dengannya yakni MUSA dan HARUN. Dua orang nabi di hantar untuk menumpaskan firaun tapi akhirnya firaun tumpas di 'makan' lautan. Apatah lagi tika dajjal ini keluar. Anda mampu menanganinya?! Apapun, saya hanyalah seorang murid dan sedang belajar dari anda juga.
Takkala ini, saya melihat ramai yang cuba untuk meng-arab-kan adat serta jalan dakwah. Dek kerana itulah terjadinya 'perang' di antara umat islam di seluruh dunia. Dakwah harus kreatif dan berdasarkan kesuaian adat dan istiadat sesuatu kaum itu. Sekarang ini masih ramai yang melihat serban dan janggut berbanding kain pelikat serta orang tua bertongkat. Kita jarang melihat keilmuan di dalam diri seseorang itu. Kita sering saja menyerang seseorang tanpa sebab lalu berdabik dada mengatakan 'ilmu aku cukup kerana aku pernah belajar di al-azhar atau telah mendapat PHD dalam sekian-sekian jurusan". Persoalannya, adakah golongan ini yang akan membangkitkan sesuatu dari timur.
Apa yang saya lihat, golongan ini semakin menyemarakkan api perselisihan dan pertelingkahan lastas membunuh saudara seislam dengan label-label tertentu. Belum lagi di tambah dengan frasa politik dan polimek. Islam dan melayu kelihatannya seperti sarkas. Alif wau mim..sarkas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan