ERA ADAM - ERA LIGHT and DARK
"Dan demikianlah Kami adakan pada tiap-tiap negeri penjahat-penjahat yang terbesar agar mereka melakukan tipu daya dalam negeri itu. Dan mereka tidak memperdayakan melainkan dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyadarinya"
surah al- an'am ayat 123
"Dan Dia lah yang menjadikan kamu penguasa-penguasa di bumi dan Dia meninggikan sebahagian kamu atas sebahagian beberapa derajat, untuk mengujimu tentang apa yang diberikan-Nya kepadamu."
surah al-an'am ayat 165
Daripada 'hikmat' chanelling saya yang ada, saya cuba 'mengintai' apa yang ada di sana. Daripada yang saya tahu,pada ketika itu, mereka berinteraksi tanpa kata-kata. Pada mulanya saya ingatkan TELEPATI, tapi sebenarnya bukan. TELEPATI adalah 'jurus' komunikasi mengunakan otak, tapi apa yang berlaku di situ adalah mereka mengunakan hati semata-mata.
OTAK adalah kontena tempat nafsu semata-mata. Maksud saya, otak yang mengawal segala perbuatan mereka sebagai manusia seperti makan, minum dan sebagainya akan tetapi, hati pula mereka jadikan sebagai 'catalyst' untuk menlakukan jurus-jurus hikmat seperti terbang, berjalan atas air, jadi pokok atau sebagainya.
Hampir kesemua mereka mampu melakukan sedemikian, akan tetapi ada juga yang tidak boleh. Dek kerana itu, yang tidak boleh ini cemburu lantas menjadikan dunia fizikal sebagai 'keajaiban' mereka. Maka, terciptalah sebuah ketamadunan yang kita ketahui sebagai ATLANTIS. Asalnya, mereka semua ini adalah penghuni benua PENTAS SUNDA yang tinggi tanahnya. Ada yang
menyebutnya sebagai LEMURIA. Saya tidak tahu apa nama sebenarnya. Bagaimana hendak saya tahu, sedangkan 'penduduk' zaman itu pun tidak berkomunikasi mengunakan bahasa dan kata-kata. Tapi, bukti yang jelas mengatakan di sini, yakni nusantara adalah PENTAS SUNDA atau LEMURIA adalah, dengan pengiktirafan hutan PAHANG sebagai hutan tertua di dunia dan terdapat sebuah daerah di Sumetera di namai LEMUR.
(http://www.travelblog.org)
Tapi, bukti paling jelas adalah, kajian daripada STEPHEN OPPENHEIMER dan PROF ARYSIO SANTOS, serta THOMAS SUAREZ yang membukukan kajiannya mengenai peta kuno dalam buku bertajuk "EARLY MAPPING OF SOUTHEAST ASIA: THE EPIC STORY". Dalam buku EDEN IN THE EAST oleh STEPHEN OPPENHEIMER ini, beliau menerangkan secara saintifik mengenai berlakunyabanjir besar ketiga yang mana telah menghapuskan sebahagian besar pemukaan bumi dan cerita mengenai pelayaran NOH dalam pelbagai versi ketamadunan dunia.
PROF ARYSIO SANTOS pula menerangkan mengenai benarkah ATLANTIS berada di NUSANTARA dan dia benar-benar bermaksudkan sedemikian. Tapi, malang buatnya, selepas beberapa bulan bukunya di terbitkan, beliau telah di temui mati. Ada yang mengatakan ini semua perbuatan sabotaj yang mana tidak mahu kebangkitan di NUSANTARA terjadi.
Apakah kalian dapat melihat pola pergerakan kajian dari pengkaji barat ini? Baiklah, saya cuba bukakan minda kalian seketika. Pada zaman dulu, yakni di era penjajahan, explorasi dunia di terajui oleh pihak barat yang mana mereka tiba-tiba mahu mencari 'the lost world'. Akhirnya, CHRISTPHER COLOMBUS menjumpai AMERIKA dan mengelarkannya itu sebagai 'the lost world'. Tapi, hakikatnya apa yang di cari oleh COLOMBUS itu adalah salah dan dia telah di malukan. Explorasi ini berterusan sehinggalah mereka bertemu dengan piramid GIZA dan mula mengkaji mengenai ketamadunan itu.Akhirnya, mereka cuba mengali mengenai asal keturunan para FIRAUN ini.
DI era millenium ini, secara tiba-tiba, para pengkaji barat cuba mengalih perhatian mereka kepada NUSANTARA. Tapi, kebanyakkan dari mereka ini adalah pengkaji yang bebas dan tidak terikat dengan apa-apa organisasi. Sejak dari itu, mereka dapat merungkai misteri yang lepas-lepas seperti contoh, di mana 'the lost world', 'solomon mine', 'asal keturunan FIRAUN' dan sebagainya. Segalanya berpunca daripada sini.
Tapi, persoalannya, di sini itu bagaimana?!
Jika di kaji, di permukaan tanah nusantara kini, tiada sisa-sisa ketamadunan yang hebat-hebat seperti sumeria, mesir dan sebagainya. Jadi, bagaimana mereka boleh katakan semuanya berada di sini? Setakat ini, mereka dapat buktikan segala pernyataan itu dengan selaraskan data-data dari manuskrip dan buku-buku sejarah.
Jadi, untuk mengkaji perihal itu, para pengkaji terpaksa menaiki 'mesin waktu' dan kembali 'hidup' di ERA ADAM sehinggalah terjadinya pepecahan UMAT YANG SATU INI.inilah yang saya cuba bawakan kepada anda. Saya hanya 'tourist guide' di dalam mesin waktu ini, dan anda adalah para pengkajinya. Tujuan kita adalah sama, yakni untuk mengali kembali sejarah yang hilang (THE LOST WORLD, sudah tentu 'lost', sebab itu kena 'gali' kembali)......................................................................
DEWA-DEWI dan DARAH DI RAJA
"katakanlah: "Allah-lah yang memulai penciptaan makhluk, kemudian mengulanginya kembali; maka bagaimanakah kamu dipalingkan ?"
surah yunus ayat 34
"Maka jika kamu berada dalam keragu-raguan tentang apa yang Kami turunkan kepadamu, maka tanyakanlah kepada orang-orang yang membaca kitab sebelum kamu. Sesungguhnya telah datang kebenaran kepadamu dari Tuhanmu, sebab itu janganlah sekali-kali kamu temasuk orang-orang yang ragu-ragu."
surah yunus ayat 94
Pada era ADAM dan anak cucunya, para pengurs langit dan bumi ini di gelar DEWA-DEWI. Bila saya kata begitu, sudah pasti ada daripada anda mengatakan "apakah ALLAH itu lemah sehinggakan perlukan pengurus di langit dan di bumi?"Jika ada yang berkata begitu, ayat pertama yang akan saya semburkan pada dia adalah "SIAPA YANG MELEMAHKAN SIAPA? ALLAH ITU MAHA BERKEHENDAK dan adakah kehendakNYA itu akan melemahkan DIA, sudah tentu tidak. Itulah tanda kekuasaaNYA"
Saya tahu, memang ramai yang belum 'open-mind' dalam hal sebegini, dan kerana itulah dalam siri 2 saya ada tegaskan mengenai sikap muslim kini yang mana suka sangat lemahkan kekuasaan ALLAH. Seolah-olah, mereka pula tuhannya.Jika berlaku kajian pelik-pelik, dengan cepat mereka akan katakan 'Jangan cabar Tuhan?". Apaka Tuhan itu tercabar?
Sudah tentu tidak, kerana setiap kejadian itu adalah menunjukkan MAHA BESARNyA DIA dalam memberi keizinan.
Perkara paling penting di sini adalah;
1- DIA itu 'laisa kamislihi syaiun' (tidak menyerupai mana-mana pun baik kejadian atau khayalan)
2- DIa maha besar (seluas mana pun manusia explorasi atau ciptakan pun, kekuasaanNYA tetap tidak di jangkau)
3- Keupayaan itu adalah hak milik sepenuhnya dari DIA
Inilah antara intipati dari ILMU SEGALA itu. Bagaimana saya tahu? Sudah tentu saya harus tahu, jika tidak bagaimana saya boleh ceritakan kepada kalian. Tapi, ILMU SEGALA ini bukanlah ilmu yang di tujukan pada sesuatu, maka terus jadi ia.Ini bukan zamannya. Zaman kini adalah zaman di mana semua kejadian berlaku atas fizikal dan berdasarkan keterbukaan minda manusia. Dek kerana itu, tidak banyak kejadian aneh-aneh berlaku kini sebab keilmuan dan kejadian aneh-aneh itu hanya berlaku andai manusia telah lupakanNYA.
Menyebut perihal ilmu segala ini, pada era ADAM dan seterusnya, sehingglah 'hari pembersihan' itu, Dewa-dewi ini ada juga mengangkat dari kalangan mereka sebagai raja. Raja-raja ini akan tinggal di istana yang penuh hiasan yang cantik dan perbuat dari emas. Ini semua berdasarkan memori yang ada pada manusia itu tentang 'syurga' di mana tempat asalnya ADAM dan HAWA.
Dewa- dewi ini telah mengurus langit dan bumi manakala raja-raja ini pula mengawal dan menjadi khalifah kepada UMAT YANG SATU ini. Hanya Manusia yang berHAQ dan mempunyai ILMU SEGALA akan menduduki tahta paling tinggi di bumi ini. Kelebihan pada golongan bangsawan ini adalah, mereka-mereka ini mampu untuk berubah bentuk daripada manusia kepada haiwan-haiwan yang di anggap suci atau simbol-simbol tertentu.
Mereka ini mampu untuk mengubah diri mereka menjadi NAGA, HARIMAU atau GARUDA dan sebagainya jika mendapat keizinanNYA. Hal ini ada di sebut dalam buku STEPHEN OPPENHEIMER dan cerita mitos dunia. Mereka inilah di sebut sebagai 'Serpent' atau 'shape-shifting'. Kepakaran mereka dalam mengubah bentuk jasad ini adalah kurnianNYA tapi di era
LIGHT and DARK, terdapat golongan yang mencuri keilmuan itu dan menjadi raja di ketamadunan lain.
Pada ketika itu juga, Dewa-dewi mula terpecah kepada dua. Akhirnya, era-era kegemilangan ini terhapus dan NOH berjayamenyelamatkan segolongan manusia dari bencana itu. Dewa-dewi ini tetap lah juga manusia akan tetap mereka ini adalah golongan yang mendapat keilmuan yang tinggi kerana tanggungjawab yang telah di berikan kepada mereka. Di khabarkan, ketika rasullullah lahir ke dunia, maka terhapuslah tanggungjawab mereka kerana besarnya rahmat pada baginda muhammad s.a.w
Jadi, berakhirlah era pengurusan dewa-dewi ini selepas kelahiran baginda muhammad akan tetapi tidak lah berakhir ilmu mereka itu, bahkan di katakan mereka ada di kalangan kita...mereka inilah ada yang memanggilnya 'wali-wali ALLAH' yang hidupnya cukup panjang. wallahuaklam......................................................................
Tiada ulasan:
Catat Ulasan