Pages

Search This Blog

Followers

like Batu

Jumlah Paparan Halaman

Ahad, 7 Ogos 2011

Syaitan kena rantai.. Utusan Meloya ambilalih kerja syaitan

Antara kerja syaitan ialah mengadudomba masyarakat Muslim supaya berpecah belah. Mereka mengerakkan hati-hati manusia yang lemah iman untuk menebar pembohongan dan fitnah. Malangnya di bulan Ramadhan semua syaitan telah dirantai, maka sementara syaitan dibebaskan semula selepas Ramadhan nanti maka Utusan Meloya nampaknya mengambilalih kerja syaitan untuk mengadu domba di samping menyesatkan umat manusia. Memang selama ini pun mereka dah buat kerja tu, cuma kerja di bulan puasa jadi berganda kerana rakan mereka kena rantai.

Isu Dato' Dr. Hassan Ali dan JAIS menyerbu umat Islam menyertai program tertentu di gereja disensasikan oleh Utusan Meloya bagi menggambarkan bahawa Dr. Hassan sudah bercanggah denngan pemimpin Pakatan Rakyat yang lain. Beliau digambarkan telah 'menyerbu gereja' walhal mereka hanya bertindak terhadap umat Islam yang tingkahlaku mereka boleh mencemarkan imej Islam di samping boleh menjejaskan aqidah, bukan terhadap gereja.

Utusan Meloya menulis: 

Mengikut rekod terdahulu, Dr. Hassan pernah diberi amaran oleh Jawatankuasa Disiplin PAS kerana membangkitkan mengenai soal penjualan arak di Shah Alam.


Dalam Muktamar PAS baru-baru ini Dr. Hassan gagal mempertahankan jawatannya sebagai Naib Presiden kerana tidak mendapat sokongan daripada puak-puak Erdogan yang disokong oleh Anwar Ibrahim.
 


Ekoran kekalahan itu (Naib Presiden) Dr. Hassan turut digugurkan sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor.
 


Terdapat 5 fakta fitnah, bohong lagi karut:

1) Dr. Hassan tidak pernah diberi amaran kerana bangkitkan mengenai penjualan arak. PAS sokong penuh pembanterasan arak, cuma sebelum bertindak berbincang dahulu secara dalaman jalan terbaik bagi mengelak kekecohan yang boleh dimanipulate oleh media-media talibarut APCO.


2) Tidak timbul Dr. Hassan gagal mempertahankan jawatannya sebagai Naib Presiden, sebab beliau bukan penyandang jawatan Naib Presiden sebelum muktamar baru-baru ini. Penyandangnya ialah Salahuddin Ayob, Dato’ Tuan Ibrahim dan Dato’ Mahfuz Omar.


3) Tidak timbul Dr. Hassan kalah merebut Naib Presiden baru-baru ini kerana tidak bertanding jawatan tersebut. Calon yang bertanding ialah Dato’ Husam Musa, Salahuddin Ayob, Dato’ Mahfuz Omar, Ustaz Nik Amar Nik Abdullah, Dato’ Seri Ahmad Nizar dan Ustaz Idris Ahmad.


4) Ekoran ‘kekalahan’ jawatan Naib Presiden Dr. Hassan digugurkan sebagai Pesuruhjaya Selangor? Tidak betul. Pesuruhjaya dilantik bukan kerana seseorang itu Naib Presiden. Salahudin, Mahfuz dan Husam adalah Naib Presiden tapi tak dilantik sebagai Pesuruhjaya pun.

5) Kalah kerana tidak dapat sokongan kumpulan Erdogan (istilah ciptaan Yahudi APCO)? Dr. Hassan bertanding jawatan AJK PAS Pusat dan mendapat undi ke 5 tertinggi! Dia tidak ditolak dalam PAS.

Nak percaya Utusan Meloya lagi?? Uwekkk..loya.

1 ulasan:

kaizen berkata...

ini baru betul fakta....

*media pro BN mcm tuan dia lah... hehehe

latest entry Andai dia Jodohku & Bila Perempuan KENCING BERDIRI