Pages

Search This Blog

Followers

like Batu

Jumlah Paparan Halaman

Khamis, 11 Ogos 2011

BANGSA 'MIM NUSANTARA ( 15 )


APA ITU MELAYU?


Untuk mengetahui adakah melayu itu adalah bangsa MIM, kita harus mengetahui 'status' MELAYU itu. Di dalam perlembagaan MALAYSIA, di sebut istilah melayu itu adalah; "Orang Melayu yang tinggal di tanah MELAYU, bertutur dalam bahasa MELAYU, Mengamalkan istiadat MELAYU dan beragama islam". Jadi, apakah definisi MELAYU ini sebenarnya. DI dalam perlembagaan di sebut MELAYU itu sebagai ORANG, BAHASA, ADAT dan ISLAM. Jadi, inilah "key point" yang di berikan oleh mereka di era kemerdekaan MALAYSIA. Kalau kita menyebut bangsa cina, kita akan menyatakan seperti ini "Orang cina yang memiliki kulit kuning langsat, mata sedikit sepet, dan berasal dari tanah besar Cina."

Jadi, benarkah orang Melayu itu hanya ada di NUSANTARA sahaja? Di dalam buku teks sejarah pun, kita di dedahkan dengan frasa "MALAY WORLD". Apakah maksud MALAY WORLD itu? JIka di kaji dalam pelbagai buku yang telah di tulis oleh para pengkaji era british dahulu. Dunia melayu di bahagikan kepada 3 kelompok terbesar:-

-Mala Aborigin (berambut kerinting, berkulit gelap, bertubuh pendek)
-Etnik Kejawaan (Sawo matang, tegap, bermata kecil)
-Mali palinesian (Kuning cerah, peramah, kaum tanah tinggi)

Di dalam karya Alfred Russel Wallace, Malay Archipelago, dunia melayu ini terbahagi kepada:-

-Semenanjung tanah melayu
-tenasserim
-nicobar island dan keatas
-kepulauan Filipina
-Kepulauan Solomon dan ketimur

dan jumlah secara keseluruhnnya 'ex-pentas sunda' ini adalah lebih besar dari tanah eropah (britian). Stanford Riffles adalah orang pertama memperkenalkan konsep 'the malayan nation, the malay race' berdasarkan falsafah 'romantik', teori sosial dan biologi eropah. Pada saat inilah konsep 'divide and rule' menjadi 'rasmi'. Takkala itu, tiada lagi empayar nusantara yang di geruni tika dahulu dan sudah tiada lagi negara-negara kota yang berdiri teguh dalam mempertahankan setiap tanah jajahan.

Jadi, dunia melayu adalah dunia nusantara yang besar termasuk sedikit di Australia. Di dalam nusantara itu, wujudnya pelbagai kaum dan bangsa serta ras akibat asimilasi itu tadi. Mereka bertutur dalam pelbagai bahasa dan cara tapi takkala mereka mahu bertutur di antara kaum yang lain, mereka akan gunakan BAHASA MELAYU. Jadi, dari mana pula datangnya bahasa melayu ini sedangkan tiap kaum dan bangsa di nusantara bertutur serta pertahankan bahasa 'kebangsaan' mereka?

Bahasa melayu ini berasal dari bahasa sanskrit yang berasal dari bahasa VEDIC ARYAN. Seperti saya katakan sebelum ini, ARYAN adalah asimilasi bangsa MADYAN dan PARSI. ARYAN bergerak ke tibet dan memperluaskan ilmu ke-IBRAHIM-an yang juga di kenali sebagai AGAMA HANIF. Dek kerana itulah di tanah nusantara ini penuh dengan candi-candi lama dan candi ini bermaksud kota-kota. AGAMA HANIF tidak menyembah berhala seperti sekarang. patung-patung berhala itu adalah hasil idola mereka kepada dewa-dewi anak cucu nabi ADAM. Sekali lagi kesesatan telah berlaku. Tapi, di tanah nusantara, para ilmuan mereka di sanjung tinggi dan nusantara di jadikan sebagai 'universiti' dalam pengajian AGAMA HANIF ini. Mereka tidak menyembah selain DIA, tuhan IBRAHIM. Kalau anda seorang yang tahu dalam pembacaan peta, sila selidik bearing candi-candi ini dan anda akan dapati candi-candi ini mengarah ke BAITULMUQADIS, kiblat pertama umat 'islam'.

Bahasa melayu ini di jadikan bahasa pengantar dan kerana itulah di dalam buku teks sekolah, anda akan dapati bahasa melayu pernah menjadi lingua franca pada ketika dulu. Apa itu lingua franca? Ia adalah bahasa dunia! Bayangkan bahasa inggeris yang ada banggakan itu di ganti oleh bahasa melayu ibunda anda. Tidak dapat bayangkan? Memanglah anda tidak dapat bayangkan kerana anda malu dengan bahasa dan bangsa sendiri.

Jadi, definisi Melayu ialah "Bahasa penyatuan yang menyatukan rumpun melayu yang tinggal di sekitar dunia melayu"

Tiada ulasan: