Pages

Search This Blog

Followers

like Batu

Jumlah Paparan Halaman

Sabtu, 13 Ogos 2011

BANGSA 'MIM NUSANTARA ( 16 )

BUKTI - BUKTI LAIN


Bukti penerimaan agama islam di masa dulu amat jelas di mana, jika sesuatu kawasan itu akan di ambil alih oleh sesuatu yang tidak di sukainya, maka peperangan akan berlaku. Tapi, tidak di sini kerana islam telah datang dengan aman. Bagaimana ini boleh berlaku? Seperti saya katakan tadi, para rahib agama hanif di nusantara adalah yang tertinggi pangkat darjatnya. Maka, sudah tentu mereka tahu kedatangan kalki avatar, atau mahamad atau apa saja nama yang telah tertulis di dalam rig VEDA atau kitab lainnya tentang kedatangan nabi akhir ini. Takkala itu berlaku, bangsa beriman berdarah raja ini akan patuh menerima kerana mereka tahu sesuatu di hadapan akan berlaku. Kedatangan islam juga melahirkan wali-wali hebat di tanah melayu seperti wali 9 pertama, wali songo jawa, wali 7 dan sebagainya. Ilmuan mereka tidak dapat di sanggah lagi kerana jelas lagi bersuluh bahawa merekalah bangsawan dan 'sultan' dalam bidang agama dan kepakaran masing-masing. Tapi hairannya, kenapa ulama kini menidakkan wali-wali dahulu serta ajaran mereka. Biar apapun, ini juga berlaku dek kerana sejarah. Kedatangan 'kaum muda' pada lewat 1800-an dulu telah membenamkan para 'kaum tua' dengan bantuan kolonial dan sultan. Apapun, saya tidak mahu mengulas lanjut mengenai itu.


 
 

Bukti lain adalah bentuk 'zakar' yang setiasa wujud di muka bumi ini. Jika di lihat peta pentas sunda, kita akan dapat melihat bentuk 'zakar' atau 'tanduk' ini. Selain itu juga,
bentuk yang sama ada di semenanjung arab. Akhirnya, ia jelas kelihatan dan bercantum dengan 'tubuh badan' dan terjadilah tanah melayu. Jadi, apa maksudnya ini? Anda sendiri cari, tapi yang pasti di dalam Al-quran ada menyebut banyak kali tentang 'berfikir' dan melihat tanda-tanda di sekitar kamu. Jadi, fahamilah ia.

Lidah paling universal juga adalah gelaran untuk melayu. Meskipun di dalam melayu terdapat rumpun-rumpun yang berbeza dialek, tapi mereka ini dapat bertutur bahasa lainnya dengan cukup fasih. Cuba bandingkan pertuturan bahasa inggeris antara cina, india dan melayu. Siapa lagi fasih. Pada mulanya saya ingatkan cina tapi, bila di teliti balik, cina tidak dapat bertutur elok tapi mereka bijak lantas terjadilah 'sleng' inggeris singapore seperti di dalam sitkom phua chu kang. Anda perasan ia?!

Bukti yang paling kukuh adalah kepelbagaian warna kulit dan wajah di dalam 'melayu'. Jika anda ke satu tempat, rupa wajahnya seperti orang arab, tapi bila ke tempat yang lain, seolah-olah cina. Jadi, yang mana satu melayu sebenar? Ada juga Mamak yang mengaku 'melayu' tapi berang pula melayu yang lainnya. Jika nada fahami apa maksud melayu, anda akan dapat membentuk prinsip 'menerima dan memberi' di dalam persekutuan melayu ini.

Pergaduhan dalam mengiktiraf melayu mula terjadi-jadi takkala 'divide and rule' berlaku. Ini di tambah pula dengan kepartian politik yang mana frasa bangsa melayu mula di aplikasikan. Sedangkan bangsa Melayu tidak wujud. Yang ada hanyalah melayu. Cukup sekadar melayu kerana melayu itu bahasa dan melayu itu perlembagaan persekutuan kaum dan rumpun etnik
dalam dunia melayu. Dek kerana itu jugalah Indonesia dan Malaysia tidak reda-reda lagi permasalahannya. Ini belum di tambah dengan masalah singapore dan selatan thailand. Jadi, di manakah silapnya?! Jika seluruh nusantara mengetahu apa itu melayu sudah tentu semangat kemelayuan ini akan bangkit kembali.

Tiada ulasan: