Search This Blog

Followers

like Batu

Jumlah Paparan Halaman

Khamis, 28 Februari 2013

Bangsa Siam, Bahasa Melayu, Tulisan Jawi.



Jika peta di atas dijadikan rujukkan, kitalah bangsa di Benua Siam dengan rumpun yang pelbagai. Teks Undang-Undang Kedah tidak menyebut negeri Siam tetapi menyebut Benua Siam. Kalau hari ini kita katakan dalam ruang sempadan peta Malaysia, “Malays is Malaysian”. Jadinya, dengan merujuk kepada peta tahun 1730 diatas “Siam tentulah Siamese”. 


Kita lah rakyat Benua Siam itu, ia tidak terhad kepada raja-raja sahaja. Kita adalah warga benua Siam itu dari pelbagai rumpun yang tinggal di dalam benuanya seperti Jawa,Acheh, Minang, Bugis, Sunda, Malanau, Dayak,dll. Jika dulu kita dikenali sebagai Siam, tetapi hari ini kita dikenali sebagai Melayu, Melayu yang terdiri dari pelbagai rumpun. Melayu pada zaman dahulu adalah bahasa untuk menyampaikan syiar islam di seluruh nusantara dan jawi pula adalah tulisannya. Hari ini, Melayu telah menjadi bangsa dan rumi pula adalah teks tulisannya.


Adat raja-raja di BENUA SIAM, di atas itu lah petanya. Meminang dengan tepak sireh dan cincin sebentuk pun adat siam?. Yang mana dahulu, yang mana kemudian, Siam ke Melayu? Bagi kami, Melayu itu rakyat benua siam asalnya.Sila klik untuk besarkan.
Kedatangan Raja Merong Mahawangsa yang bergelar Sultan Mudzaffar Syah I ke no-san-ta-ra bermaksud, pucuk-muda-mula-bercambah (pucuk muda ialah syiar islam) adalah di atas perintah Maharaja Cina Sai Tee Sungyang telah diislamkan oleh Saad bin Waqas dalam tahun 650 masihi.Jelasnya, jika ulamak dan syiar islam telah sampai ke negeri Cina, bahasa Arab sudah pasti turut di pelajari di sana. Adakah orang siam ini kuat Islammya dan turut menggunakan perkataan Arab untuk merujuk kepada bangsa mereka yang dikatakan warak? Sebagai contoh di dalam UUK, keturunan Raja Besar Benua Siam Islam ini turut menggunakan gelaran Maulana dan Khalifah. Mengenai undang-undang pula, sesiapa yang tidak berpuasa, sembahyang lima waktu dan sembahyang jumaat “..apabila ia keras (melawan), suruh tangkap dan bawa ke masjid,kekang lehernya”,ms18. Banyak lagi contoh-contoh lain yang terdapat dalam UUK.

Illustrasi Sheikh Huang Tee yang dipetik dari blog sejarah maharaja China. Dari benih manakah Sheikh ni berjambang? Setahu kami orang china ni jangan kata nak berjambang, nak bermisai pun payah.
Menurut wasiat dari TNL Kassim, Maharaja Cina Sai Tee Sung tidak terkejut dengan kedatangan Saad bin Waqas untuk menyebarkan syiar islam. Rupa-rupanya, mereka di cina ketika itu masih lagi mengamalkan agama Allah tinggalan zaman Sheikh Huang Tee (yang bertindak membakar buku-buku ajaran Confucius). Sheikh Huang Tee (Huang Tee bermaksud maharaja) adalah juga dari keturunan Raja Iskandar Zulkarnain. Setelah diislamkan oleh Saad bin Waqas dalam tahun 650m, Sai Tee Sung telah mengutuskan cucunya Raja Merong Mahawangsa untuk menyebarkan syiar islam ke nusantara. Cucu baginda Merong Mahawangsa iaitu Khalifah Sayyidina Ali ketika menjadiRaja di Achehtelah bertindak menulis Undang Undang Kedah dalam tahun812 masihi/222hijrah.

Muka surat terakhir UUK. Sial klik untuk besarkan.

HMMW ialah ringkasan untuk Hikayat Merong Maha Wangsa, klik untuk besarkan. Jelas, bukan raja thai yang membuka negeri Siam tetapi raja siam Islam. Sila klik untuk besarkan.


Semakin jelas kepada kita dalam artikel kami sebelum ini bahawa bangsa Siam bukanlah bangsa thai yang mana hari ini memerintah di Thailand. Bagi kami bangsa Thai adalah penjajah negeri Siam Islam bermula dalam tahun 1767melalui Raja Thai Buddha, Rama I Yotfa Chulalok. Pada mulanya, mereka memerentah tanpa menukar nama negara Siam kepada Thailand secara resmi. Oleh itu kita menyangka bahawa Siam itu beragama Buddha dan bertindak menyerang Patani, Kedah sekitar tahun 1800an dahulu. BUKAN SIAM YANG MENYERANG KITA, TETAPI PUAK SUKHOTHAI PENJAJAH NEGERI SIAM ISLAM ! Dengan bantuan penjajah Inggeris mereka memusnahkan tinggalan sejarah kita yang mana kini sudah mula ditemui semula di Lembah Bujang.
Mereka bertindak kejam dengan membunuh waris, walaupun masih dalam kandungan ibu. Ini adalah tindakan puak yang tidak bertamaddun yang berjaya beroleh kuasa lalu mahu kekal dengan kuasa itu. Mereka membunuh Khalifah Syarif Abu bakar Syah di istana Kota Meang Kuang dalam tahun 1821namun gagal membunuh anakandanya Sultan MudZaffar Syah III kerana baginda bersemayam di istana Kuala Kangsar. Tentangan hebat di berikan olehSyed Alang Alauddin Panglima Bukit Gantang, cucu Khalifah Syarif Abu Bakar Syah. Paduka Seri Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah II yang dikatakan Sultan Kedah telah melarikan diri ke Melaka dengan bantuan Inggeris.
Puak musuh thai penjajah negeri Siam ini berasal dari puak Suk-kho-thai, bermaksud puak-musuh-kafir. Hingga ke hari ini orang-orang Siam di kedah masih menyebut kafir dengan sebutan tai. Thai kemudiannya menukar nama negara Siam Islam kepada Thailand sempena nama bangsa mereka. Hari ini setelah rakyat mereka mengetahui sejarah sebenar, mereka membuat demonstrasi jalanan, ahli politik mereka turut mengetahui sejarah realiti, mulalah mereka sibuk ingin menukar nama Thailand kepada Siam. Mereka lupa satu perkara, Siam dahulunya adalah sebuah kerajaan Islam.
“Satu hal yang agak anih ialah di antara penduduknya terdapat ramai orang keturunan Melayu (tetapi tidak boleh bercakap Melayu lagi). Terdapat banyak kampung Melayu, dan tidak kurang masjid-masjid di kawasan Ayyuthaya.”
Semua ini dulunya dilakukan dengan pertolongan penjajah Inggeris yang sememangnya ingin menjatuhkan Empayar Islam Benua Siam Kedah dan empayar Islam yang lain. Di peringkat dalaman penjajah Inggeris mendapat sokongan raja-raja Melayu yang di lantik oleh mereka (memerintah negeri-negeri Selat). Kami katakan di sini bahawa Raja-raja Melayu yang dilantik penjajah Inggeris dan thai telah engkar kepada Yang Di Pertuan Kedah (hari ini Yang Di Pertuan Agong) ketika itu, demi tamakkan kuasa dan harta.
Penjajah Inggeris pula menamakan tanah jajahan ini sebagai Tanah Melayu pada hal peta Portugis dan Belanda (sebelum kedatangan Inggeris) jelas menunjukkan nama semenanjung ini sebagai Semenanjung Siam Melaka. Elok sangat la begitu pada pandangan mereka setelah dikerat dua, satu diberi nama thaiLANDdan satu lagi dinamakan TANAH Melayu.
Peta semenanjung di zaman penjajahan Inggeris (sudah dikenali sebagai Malaya) masih menunjukkan wilayah di utara semenanjung berada di bawah penguasaanYang Di Pertuan Kedah hingga ke Ser Genting Kra (bukan negeri-negeri Selat).
Terdahulu mereka telah menjatuhkan Empayar Monggol Islam di Indiadan sudah tiada halangan bagi mereka mencaturkan semula sejarah negara kita. Queen mereka dinobatkan sebagai Ratu India. Adakah semua ini tohmahan kosong saja dari kami. Ingin tahu konspirasi mereka dengan lebih lanjut dan teliti, sila singgah untuk membaca dan menonton video YouTube di “The Malay Press”  dan “mistisfiles” di url berikut…(excellant reading materials !),http://mistisfiles.blogspot.com/
Read More..

Isnin, 25 Februari 2013

Kepentingan kerajaan yang beramanah dan adil


Artikel ini merupakan pemenang sagu hati pertandingan menulis esei berdasarkan ayat al-Quran Surah an-Nisa ayat 58.

Allah SWT berfirman dalam al-Quran:

“Sesungguhnya, Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menetapkan hukum antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menetapkan hukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhan-Nya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa mendengar, lagi sentiasa melihat.” (Surah an-Nisa : ayat 58)


Berdasarkan ayat di atas, Allah SWT memerintahkan kepada seluruh umatnya agar melakukan amanah dalam setiap perkara. Selain itu, ayat ini juga menekankan tentang betapa pentingnya berlaku adil. Secara keseluruhannya ia berkaitan dengan sistem pemerintahan yang mengikut syariat Allah SWT. Dalam pembentukan sebuah negara yang mengamalkan sistem pemerintahan Islam, kedua-dua eleman ini cukup-cukup penting dalam memastikan keharmonian dan kedamaian dapat dicapai. Penulisan saya akan berkisarkan tentang dua perkara ini iaitu mengenai Amanah dan Adil.

Kepentingan amanah dalam pemerintahan sebuah negara
Apakah yang dimaksudkan dengan Amanah? Maksud amanah dari segi perkataan ialah tenteram, aman, selamat dan harmoni. Manakala dari segi istilah pula ialah menghargai kepercayaan orang lain terhadap diri seseorang dengan melakukan tanggungjawab yang diberikan berdasarkan kepercayaan yang dipikul dibahunya. Secara tuntasnya dapatlah disimpulkan bahawa amanah ialah satu sistem kepercayaan yang diberikan kepada seseorang yang dipercayai dan diyakini bahawa ia dapat melaksanakan segala tuntutan sebagaimana yang dituntut. Terdapat tiga jenis amanah iaitu:

1. Amanah kepada Allah dan Rasul
2. Amanah kepada diri sendiri.
3. Amanah kepada masyarakat dan perkhidmatan. 

Dalam pembentukan sebuah kerajaan yang beramanah dan adil, perlu ada pemimpin yang memenuhi ketiga-tiga jenis amanah ini. Hal ini kerana ketiga-tiga jenis amanah ini dapat menjadikan seseorang individu yang tawaduk serta taat terhadap segala perintah Allah dan meninggalkan larangan-Nya. Dalam sebuah hadis, Nabi ada meriwayatkan tentang sifat amanah ini iaitu:

“Daripada Abu Hurairah RA sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda, Tanda-tanda orang munafik ada tiga, apabila bercakap ia berbohong, apabila berjanji ia mungkir janji dan apabila diberi amanah ia khianat.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)


1. Amanah kepada Allah dan Rasul
Sebagai hamba dan khalifah di muka bumi ini, manusia perlu melakukan segala perintah-Nya. Sebagai hamba, tanggungjawab yang wajib dilaksanakan ialah untuk patuh ,taat dan tunduk kepada-Nya. Segala perintah-Nya wajib dilaksanakan dan segala larangan-Nya wajib juga untuk dihindari. Jika ia dapat dilaksanakan, maka lengkaplah tanggungjawab kita selaku hamba-Nya. Manakala sebagai khalifah pula, kita bertanggungjawab untuk membangunkan dan mentadbir muka bumi ini berdasarkan syariat yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Sehubungan dengan itu, amanah manusia terhadap Allah SWT ini perlulah untuk dilaksanakan terlebih dahulu bagi setiap insan amnya dan khususnya para pemimpin.

Manakala amanah kepada Rasul pula ialah melaksanakan segala tanggungjawab berpandukan sunnah Rasulullah SAW. Segala perkataan, perbuatan dan pengakuan Rasulullah SAW perlulah dicontohi dan dijadikan panduan dalam sistem pemerintahan.

2. Amanah kepada diri sendiri.
Amanah kepada diri sendiri merangkumi amanah terhadap setiap anggota tubuh badan yang dimiliki. Segala anggota tubuh badan yang dikurniakan oleh Allah SWT ini merupakan amanah yang wajib bagi kita setiap hamba untuk jaganya dengan penuh amanah.

Mulut yang dikurniakan perlulah dijaganya dengan tujuan yang baik dan tidak menggunakannya untuk mengumpat atau memfitnah orang lain. Mata juga perlulah dijaga daripada melihat benda-benda yang diharamkannya. Begitu juga dengan tangan, kaki dan anggota badan yang lain. Kesemua amanah ini wajib bagi kita untuk menjaganya.

3. Amanah kepada masyarakat dan perkhidmatan.
Kehidupan manusia di muka bumi ini adalah bermasyarakat. Apabila bermasyarakat, maka manusia berkehendakkan kepada saling bergantung di antara satu sama lain. Seorang pesakit bergantung kepada doktor untuk merawat dan mengubati penyakit yang dihadapi, seorang murid bergantung kepada guru untuk mendidik dan menyampaikan ilmu kepada dirinya dan seorang rakyat bergantung kepada pemimpinnya untuk mentadbir sebuah negara agar kebajikan rakyat dapat dibela dengan seadil-adilnya.

Apabila pergantungan itu dikaitkan dengan perkhidmatan, setiap orang diwajibkan untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada semua orang. Perkhidmatan yang baik adalah yang dilaksanakan dengan jujur dan ikhlas tanpa mengharapkan sebarang pujian atau ganjaran. Apabila perkhidmatan yang diberikan adalah beramanah, maka sebarang perbuatan khianat mahupun penyelewengan dapat dihindarkan.

Kesimpulannya, dalam pembentukan sebuah kerajaan yang beramanah dan adil, sifat amanah ini perlulah ditanam dalam diri semua orang terutamanya para pemimpin kerana merekalah yang akan mentadbir negara. Jika sifat amanah ini tiada dalam diri para pemimpin, maka negara akan menjadi tidak terurus dan rasuah akan mudah berlaku.

Mari kita renung bersama dan menyorot kembali kisah Khalifah Umar Bin Abdul Aziz yang sangat beramanah ketika memerintah negara. Pada suatu malam ketika beliau sedang tekun menyiapkan kerja rasminya dalam bilik istana, tiba-tiba salah seorang puteranya telah masuk untuk membincangkan suatu hal yang berhubung dengan urusan keluarga. Setelah puteranya duduk, beliau pun memadamkan lampu yang berada di atas mejanya, yang digunakan ketika bekerja pada malam itu. Puteranya merasa hairan lalu bertanya.

"Kenapa ayahanda padamkan lampu ini? Bukankah lebih baik kita berbincang di bawah cahaya lampu yang terang?"

Khalifah Umar menjawab, "Benar katamu wahai anakkku, tetapi engkau harus ingat, lampu yang sedang ayahanda gunakan untuk bekerja sebentar tadi adalah kepunyaan Kerajaan, minyak yang digunakan itu dibeli dengan wang Kerajaan, sedangkan perkara yang hendak kita bincangkan ini adalah urusan keluarga."

Kemudian beliau menyuruh seorang pelayan supaya membawa lampu yang lain dari dalam biliknya. Setelah lampu itu dinyalakan maka ia pun berkata kepada puteranya: 

“Sekarang lampu yang baru kita nyalakan ini adalah kepunyaan keluarga kita, minyaknya pun kita beli dengan wang kita sendiri. Sila kemukan apa yang anakanda hendak bincangkan dengan ayahanda”.
Kepentingan berlaku adil dalam pemerintahan sebuah negara

Apakah itu adil? Adil dari segi bahasa ialah sama rata di antara dua perkara. Manakala menurut istilah ialah meletakkan sesuatu itu pada tempatnya. Ia bermakna segala apa yang kita lakukan sama ada terhadap orang mahupun barangan atau sesuatu perkara jika diletakkan pada tempat yang betul, maka ia adalah adil.

Seperti contoh pihak kerajaan mahu memberi bantuan kepada dua buah keluarga. Keluarga pertama hanya mempunyai seorang anak, manakala keluarga yang kedua mempunyai empat orang anak. Jika kerajaan atau pemerintah mahu memberi bantuan kewangan, jumlah yang diberikan perlulah sesuai dengan jumlah ahli dalam sesebuah keluarga itu. Jika pihak kerajaan memberikan RM300 pada keluarga pertama, maka keluarga kedua perlulah mendapat bantuan yang lebih banyak daripada RM300 tersebut. Hal ini kerana tanggungan yang perlu ditanggung oleh keluarga kedua adalah lebih besar berbanding dengan keluarga pertama. Jika kedua-dua keluarga mendapat jumlah yang sama, maka ketidakadilan telah berlaku.

Terdapat banyak perintah yang telah Allah SWT turunkan melalui ayat al-Quran mengenai kepentingan berlaku adil ini, antaranya ialah di dalam surah An-Nisaa’ ayat ke 58 di atas.

Selain itu, Allah SWT berfirman, bermaksud:

“Maka jika salah satu keduanya teraniaya kepada yang lain, hendaklah kamu perangi (golongan) yang aniaya, hingga kembali kepada perintah Allah dan hendaklah perdamaikan antara keduanya dengan keadilan dan hendaklah kamu berlaku adil.” (Surah Al-Hujurat : ayat 9)
Melalui kedua-dua firman Allah SWT ini dapatlah kita fahami bahawa kepentingan berlaku adil sama ada dalam pemerintahan mahupun dalam kehidupan seharian amatlah ditekankan oleh Islam. Hal ini membuktikan bahawa setiap manusia wajib untuk berlaku adil terutamanya para pemimpin dalam sesebuah negara. Selain itu,Nabi Muhammad SAW juga pernah bersabda, bermaksud:

“Sesungguhnya orang-orang yang berlaku adil di sisi Allah akan menduduki beberapa mimbar yang diperbuat daripada cahaya. Mereka ialah orang-orang yang berlaku adil di dalam pemerintahan, ke atas keluarga dan apa-apa yang ditadbir oleh mereka.”


Tambahan pula, kedudukan sifat adil di dalam Islam adalah diletakkan di tempat yang tinggi. Pertama, sifat adil adalah salah satu sifat mahmudah atau sifat terpuji yang wajib diusahakan dan diperjuangkan agar setiap orang memilikinya. Seterusnya, sifat adil ini juga adalah salah satu akhlak yang mulia yang bersifat sejagat iaitu semua manusia berkehendak kepada keadilan atau suasana yang adil. Sifat adil itu juga lebih hampir kepada sifat takwa seperti yang difirmankan oleh Allah SWT, bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada takwa dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.” (Surah al-Maidah : ayat 8)
Jelas disini bahawa sifat adil itu sangatlah penting bagi setiap manusia. Namun, sifat adil ini lebih diberatkan kepada pemimpin. Hal ini kerana merekalah yang akan memimpin, mentadbir dan mengurus manusia, ekonomi, sosial dan banyak lagi. Bagaimana jika pemimpin yang dilantik tidak berlaku adil? Sudah tentu negara akan menjadi huru hara dan berbagai masalah akan timbul. Sebaliknya juga akan berlaku sekiranya pemimpin yang dipilih adalah adil. Sudah tentu negara akan menjadi lebih maju, aman, damai serta bebas daripada gejala rasuah dan penyelewengan dalam pentadbiran negara.

Jika pemimpin sesebuah negara itu mengamalkan sifat adil ini, maka rakyat serta negara akan mendapat berkat dan rahmat daripada Allah SWT. Hal ini kerana pemimpin yang adil telah digolongkan dalam kalangan manusia yang akan mendapat perlindungan Allah SWT di padang mahsyar kelak. Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Ada tujuh golongan yang Allah memberi perlindungan-Nya pada hari yang tiada perlindungan selain perlindungan-Nya. Mereka ialah pemimpin yang adil, pemuda yang sentiasa beribadah untuk Tuhannya, lelaki yang hatinya sentiasa berpaut dengan masjid, dua orang lelaki yang saling berkasih sayang kerana Allah, mereka bertemu dan berpisah pun kerana-Nya dan lelaki yang digoda oleh perempuan yang ada kedudukan dan kecantikan lalu dia berkata, `Aku takut kepada Allah, Tuhan sekalian alam` dan lelaki yang bersedekah secara sembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dibelanjakan oleh tangan kanannya. Dan lelaki yang mengingati Allah sewaktu sunyi, lalu mengalir air matanya.” (Riwayat Bukhari)


Kesemua dalil serta hujah ini membuktikan kepada kita bahawa konsep keadilan itu sangat dituntut dalm Islam. Jika pemimpin itu adil, maka kesejahteraan sesebuah negara itu dapat diwujudkan. Hal ini kerana jika pemimpin itu adil,maka sudah tentu dirinya tidak akan terlibat dengan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah SWT seperti rasuah, pecah amanah dan khianat.

Kesimpulan

Secara keselurahannya, berdasarkan ayat 58 dalam surah An-Nisaa’ ini dapatlah kita simpulkan bahawa sifat amanah serta adil sangat dititikberatkan dalam pembentukan sesebuah negara Islam. Jika kedua-dua sifat ini dapat diamalkan, Insya-Allah negara tersebut akan bertambah maju, makmur serta mendapat berkat serta rahmat daripada-Nya. Sesungguhnya kerahmatan yang diberikan oleh Allah SWT amat diperlukan oleh seluruh umat manusia bagi mendapat bekalan untuk dibawa ke dunia akhirat yang kekal aba
Read More..

Ahad, 24 Februari 2013

BR1M: UMNO yang hina dan jadikan rakyat umpama haiwan, bukan TGNA



BR1M datang lagi ketika dekat nak PRU13. Tujuanya tidak lain untuk memperdayakan rakyat supaya mengundi UMNO/BN lagi dalam PRU13 nanti. Bagi UMNO, rakyat terutamanya orang Melayu boleh dijual beli dengan wang untuk mendapatkan undi. Kebodohan orang Melayu UMNO yang dibodohkan oleh pemimpin mereka akan terus berkekalan tanpa disedari bahawa orang Melayu sebenarnya telah, sedang dan akan terus dihina oleh UMNO dan dijadikan seperti haiwan ternakan yang diberikan makan kemudian akan disembelih. Ini apabila rakyat berjaya ditipu untuk terus mengundi UMNO dengan nilaian RM500, setelah menang nanti rakyat juga akan disembelih dengan menaikan harga barang, cukai dan berbagai tekanan lagi dan dalam masa yang sama pemimpin UMNO dan puaknya ketawa besar kerana mereka boleh merompak, menipu rakyat lagi dan semua penyelewengan dan salahguna kuasa mereka akan terus ditutup tanpa siapa boleh dan berani mendedahkanya.

Maka selamatlah mereka di dunia, manakala orang Melayu yang mengambil wang BR1M RM500 dan yang terus menyokong UMNO itu yang akan terus dihina dan dijadikan umpama haiwan ternakan dan akan diberi makan lagi menjelang PRU14 nanti. Manakala orang Melayu dan rakyat yang mengambil wang BR1M RM500 tetapi tidak mengundi dan menyokong UMNO/BN itu sebenarnya adalah rakyat yang cerdik dan punya maruah. Wang itu bukan milik UMNO/BN tetapi wang yang dirompak oleh UMNO bernilai jutaan ringgit itu lah wang milik rakyat.

Kenyataan Najib bahawa mengundi PAS boleh membaca perpecahan, mengundi PKR boleh merosakan aqidah dan mengundi DAP membawa kepada penindasan umat Islam adalah lucu. Akibat kejahilan mengenai Islam, maka beliau lupa bahawa dengan mengundi UMNO/BN lah boleh membawa umat Islam rosak aqidah, perpecahan dan penindasan terhadap orang Melayu dan umat Islam. Beliau ingin bercakap tentang aqidah sedang aqidah beliau dan isteri beliau dan semua pemimpin UMNO itu boleh dipertikaikan. Dia bercakap soal perpecahan sedangkan dalam UMNO sendiri sentiasa berpecah dan menindas diantara satu sama lain semata-mata kerana berebut pangkat, jawatan, harta, projek dan wang rakyat. Dia juga berkata mengundi DAP boleh membawa penindasan kepada umat Islam sedang UMNOlah yang selama ini menindas, merampas dan menipu orang Melayu dan umat Islam di negara ini.

Jika diteliti kenyataan NOH Gadut dan Harusanai berkaitan dengan kalimah Allah, adalah jelas dan terang bahawa SATU UNDI UNTUK UMNO/BN boleh membawa seseorang umat Islam itu jatuh KUFUR dan SYIRIK. Najib dan Mahathir sekarang beria-ia merayu rakyat supaya terus menyokong dan mengundi UMNO/BN bukan bertujuan untuk membantu rakyat tetapi hanyalah untuk kepentingan peribadi beliau dan keluar mereka berdua agar semua salahguna kuasa, jenayah, rasuah, penipuan dan penyelewengan beliau berdua dapat ditutup dari pengetahuan rakyat.

Najib mempertikai akan kehadiran TGNA ke rumah pemimpin DAP Karpal Singh ketika menyambut harijadi beliau. Inilah akibat terlalu banyak menipu rakyat, terlalu banyak makan wang haram, dan terlalu banyak menghina syariat Allah maka Najib buta mata dan buta hati dalam menyelami hasrat TGNA dalam menyampaikan mesej dakwah. Mengapa Najib tidak tanya Nabi Muhammad, mengapa baginda pergi menyuapkan makanan kepada seorang perempuan Yahudi yang buta, menziarahinya ketika wanita itu sakit sedangkan selama itu wanita itu banyak sekali menyakiti Nabi, menghina dan melakukan berbagai-bagai perkara yang menyusahkan Nabi, yang akhirnya wanita itu mengucapkan syahadah beriman kepada Allah dan Rasulnya. Mengapa juga Najib pergi merayakan Tahun Baru Cina sedangkan pemimpin MCA dan Gerakan selama ini begitu lantang menghina Islam? Najib lupa bahawa Karpal Singh bukan penganut Islam, jadi tidak pelik jika beliau menentang Islam sampai bila-bila pun tetapi yang Najib tidak sedar bahawa beliau sendiri dan pemimpin UMNO lah yang selama ini menghina dan mempersendakan Islam dan syariatnya. Apakah Najib dan pemimpin UMNO merasakan yang aqidah mereka masih betul lagi? UMNO sebenarnya lebih hina dari DAP, MCA, MIC dan Gerakan.

Jika di negara luar yang bukan beragama Islam, pemimpin mereka yang seperti Najib ini sudah lama meletakan jawatan atau didesak orang pengikut dan rakyat supaya meletakan jawatan dan diseret ke mahkamah akibat terlalu banyak kes yang terpalit pada dirinya, adik beradiknya dan isterinya. Tetapi oleh kerana bangsa Melayu UMNO ini jenis manusia yang telah dijadikan haiwan ternakan oleh Najib dan UMNO, maka Najib terus bebas bergerak seperti Mahathir untuk terus menipu dan memperdayakan rakyat tanpa rasa malu. Melayu UMNO ini tanpa sedar terus dihina dan diperbodohkan oleh pemimpin mereka semata-mata kerana RM500 yang tidak berapa sen pun nilainya itu berbanding dengan berjuta ringgit wang rakyat dan wang negara yang telah disamun oleh pemimpin mereka dulu, kini dan akan datang jika mereka menang lagi dalam PRU13 nanti. Sebenarnya Najib, Mahathir dan pemimpin serta parti UMNO itu tidak ada bezanya dengan Asad di Syria dan Mubarak di Mesir dan perjuangan parti keduanya.

Di Malaysia ini bukan sahaja rakyat terutamanya bangsa Melayu UMNO yang dihina dan berjaya diperbodohkan oleh UMNO dan pemimpinya, bahkan golongan yang ada pengetahuan agama pun turut menjadi mangsa UMNO. Itu sebabnya ada ustaz, ustazah, mufti, tok guru yang sanggup bermati-matian mempertahankan UMNO dan pemimpinya kerana sudah berjaya dijadikan haiwan ternakan oleh UMNO dengan ditaburkan wang, jawatan, kereta mewah dan janji-janji palsu tanpa memikirkan lagi soal aqidah dan soal penghinaan UMNO terhadap syariat Allah dan Sunnah Nabi, yang penting perut kenyang dan poket penuh. Golongan ini sebenarnya lebih hina dari haiwan ternakan dan tidak ada nilainya sedikit pun untuk agama, bangsa dan negara. Wallahualam. 
Read More..

Mengapa ulama berbeza pendapat? bah(2)



Sebab Kedua : Arahan Khusus Dilihat Sebagai Arahan Umum

Terdapat juga ketikanya, Nabi SAW memberikan arahan khusus kepada individu tertentu, namun ia didengari oleh sahabat yang lain lalu menganggapnya sebagai arahan umum buat semua lalu menyebarkannya, sebagai contoh: Ibn Umar meriwayatkan bahawa Nabi bersabda, “Mereka yang mati akan diazab kerana ratapan si hidup.” (rujuk Sohih Bukhari, No:1287)

Isteri Baginda Nabi SAW, 'Aisyah RA menolak kandungan hadis ini dengan berpendapat ia adalah kes khusus untuk seorang wanita Yahudi sahaja, (rujuk Sohih Bukhari, No:1289). 'Aisyah juga membawakan ayat al-Quran yang jelas menolak beban dosa si hidup ditanggung oleh si mati, ini adalah satu kes yang jelas bagaimana arahan Nabi boleh dianggap oleh sekelompok ulama sebagai khusus, manakala yang lain mengambilnya sebagai umum untuk semua.

Selain itu juga berlaku kes seorang sahabat Nabi yang miskin bernama Sulaykh al-Ghartafani, memasuki masjid ketika khutbah sedang berjalan, Nabi SAW mengarahkannya untuk menunaikan solat tahiyyatul masjid dua rakaat terlebih dahulu. (rujuk sohih Muslim, No:2023). Terdapat ulama yang memahami arahan Nabi itu sebenarnya adalah khusus untuk sahabat miskin ini sahaja, ia adalah kerana Nabi inginkan para sahabat yang lain dapat melihat tahap kemiskinan sahabat tersebut (sewaktu beliau solat), seterusnya tergerak untuk membantunya kelak.

Atas kayakinan ini, mazhab Hanafi melarang sesiapa solat tahiyyatul masjid ketika khatib sedang berkhutbah, fatwa tersebut berbeza dengan beberapa mazhab lain yang menggangap kebenaran tersebut adalah untuk semua umat Islam dan umum bukan khas untuk seorang sahaja.

Para sahabat Nabi yang berada di masjid ketika itu juga mempunyai perspektif berbeza terhadap arahan Nabi, lalu ada yang meriwayatkannya tanpa dikhususkan kepada apa-apa kes tertentu manakala ada yang memahami sebaliknya. Hasilnya, perbezaan pendapat dan ijtihad bertaku, sama ada dalam kalangan sahabat sendiri dan tentunya di zaman selepas itu. Ibn Qutaybah di dalam kitabnya Ta’wil Mukhtalaf al-Hadis pernah mambawakan kata-kata sahabat Imran al-Husayn ertinya, “Demi Allah, aku sedar aku boleh meriwayatkan cukup banyak hadis jika aku ingin, namun amalan yang dilakukan oleh kebanyakan sahabat menghalangku dari melakukannya. Sepengetahuanku terdapat kekurangan (kurang tepat) dalam sebahagian penyampaian mereka.”

Atas dasar ini, Khalifah Umar al-Khattab semasa pemerintahannya, melarang para sahabat meriwayatkan hadis dalam kadar yang terlalu banyak kerana dibimbangi ketidakfahaman mereka serta latar belakang mereka selaku para sahabat yang agak jauh dari Nabi serta kurang pakar dalam bab hukum, lalu boleh menyebabkan kefahaman mereka tersasar daripada konteks sebenar lalu menambah kusut dan keliru.

Atas sebab itu, kita dapat melihat hanya beberapa orang sahabat sahaja yang banyak meriwayatkan hadis seperti Abu Hurairah, ‘Aisyah sendiri dan beberapa yang lain, itu pun sekadar sukar untuk rnelebihi 5,000 hadis, (rujuk Tazkiratul Huffadz, Imam Shamsuddin Az Zahabi, 1/7)

Sebab Ketiga : Perbezaan Kefahaman dan Persepsi

Agak kerap juga berlaku, sesuatu ibadah Nabi dilihat oleh ramai sahabat di waktu-waktu yang berlainan, Keadaan ini menghasilkan kefahaman yang berbeza-beza terhadap apa yang perlu dilakukan. Sebagai contoh, ketika Nabi SAW menunaikan Haji, sebahagian sahabat mengatakan Nabi melaksanakan Haji Ifrad kerana beliau mendengar Nabi menyebut, “Labbayka bi hajjatin...” ertinya (Aku mempersembahkan diriku untuk-Mu, Wahai Allah untuk melaksanakan haji), (rujuk sunan an Nasa’ie dan al Bayhaqi, No : 8830)

Ramai ahli hadis mengatakan jalur periwayatan hadis ini adalah sohih, namun begitu sebahagian sahabat lain pula meriwayatkan bahawa Nabi melaksanakan Haji Qiran (rujuk sohih Bukhari, No:1563; Muslim, No : 2995) Kedua-dua periwayatan ini kelihatan bertembung kerana kedua-dua jenis Haji adalah berlainan antara satu sama lain.

Masalah membesar apabila haji Qiran juga boleh dimulakan dengan lafaz yang sama. Ketika itulah wujudnya peranan ulama Mujtahid sama ada daripada kalangan sahabat Nabi atau selepasnya. Mereka bertanggungjawab untuk mengharmonikan nas-nas yang kelihatan bertembung ini dan menjelaskan kekeliruan.

Sa'id Ibn Jubayr seorang ulama besar dalam kalangan tabien, pernah menegaskan kekeliruan seperti ini kerap berlaku, sebagai contoh, ketika Nabi berada di Miqat di zul khulayfa untuk memulakan ihram, Baginda menunaikan solat sunat dua rakaat di dalam masjid dan memulakan ihramnya. Maka sebahagian sahabat yang dapat melihat perlakuan Nabi itu, kemudiannya ketika Nabi menaiki untanya, dan sewaktu unta ingin bergerak Nabi menyebut “labbayk…” , ketika itu sudah pasti ramai yang berada di sekeliling Nabi dan mendengar Baginda melafazkan kalimah itu.

Disebabkan ramainya sahabat di sekeliling Baginda, maka tidak semua dapat mendengar dengan jelas, kemudian, di ketika Nabi berada di puncak Bayda, sekali lagi Baginda melafazkan “Labbayk…” secara kuat. Semua sahabat yang mendengar pada setiap kali Nabi mengucapkannya akan mempunyai persepsi yang berbeza dengan yang lain, kerana ada yang mendengar buat pertama kali dan ada yang mendengar buat kali ketiga dan kedua. Keadaan itu adakalanya boleh menyebabkan perbezaan dalam meyimpulkan hukum dan sunnah.

Abdullah ibn Abbas adalah antara yang mendapat gambaran paling jelas tentang tata cara Nabi menunaikan haji, beliau dikira sebagai salah seorang ulama mujtahid dalam kalangan sahabat yang perlu dirujuk bagi mendapatkan penjelasan dan panduan yang tepat. Selepas zaman sahabat, para ulama mujtahid sentiasa mempunyai maklumat yang lebih jelas, namun begitu, ia tidak dapat mengelak daripada perbezaan persepsi yang akhirnya membawa kepada kesimpulan hukum yang berbeza.

Sebab Keempat : Satu Perkataan Yang Mempunyai Pelbagai Maksud

Sudah menjadi kebiasaan dalam apa jua bahasa, satu perkataan boleh sahaja mempunyai dua tiga atau lebih maksud, sama ada perbezaan itu berdasarkan bahasa rasmi dan persuratan ataupun terpengaruh oleh dialek setempat. Dalam hal ini, perkataan wudhu adalah jelas merupakan perbuatan ibadah khusus untuk menunaikan solat dan memegang al-Quran. Namun begitu dari sudut bahasanya, wudhu juga membawa maksud membersih dan membasuh tangan dan boleh membawa maksud wudhu pada istilah ibadah.

Imam at-Tirmidzi menyebut dalam kitab beliau "Shama'il Muhammadiah", seorang sahabat bernama Salman suatu hari bertanya kepada Nabi, katanya menurut kitab Taurat, wudhu selepas makan boleh membawa berkat, lalu beliau meminta ulasan daripada Baginda Nabi, Nabi kemudiannya menjawab, “Wudhu sebelum dan juga selepas makan adalah sumber keberkatan dalam makanan tersebut”. (rujuk Shamail, No:186)

Dalam hadis yang disebutkan oleh Salman ini, majoriti ulama berpendapat lafaz wudhu yang digunakan merujuk kepada erti asalnya iaitu basuhan tangan dan bukan wudhu pada istilah Fiqh (iaitu basuhan beserta niat bermula dari wajah dan seterusnya). Demikian juga sebuah dalam situasi yang direkodkan oleh Bazzar, bahawa sahabat Nabi Muadz RA ditanya, “Adakah kamu mengambil wudhu selepas menikmati makanan yang dibakar oleh api? Beliau menjawab, “Kami hanya membasuh tangan dan mulut sahaja”. Namun ia dilafazkan sebagai wudhu.

Keadaan ini menyebabkan para ulama mazhab boleh berbeza ijtihad dalam menentukan sama ada perlu berwudhu dalam bentuk ibadah khusus setiap kali selepas menikmati makanan yang dibakar di atas api atau hanya perlu membasuh mulut dan tangan? Majoriti berpegang kepada erti wudhu secara bahasa iaitu basuhan sahaja, namun terdapat ulama yang berpandangan selainnya.

Bersandarkan kepada sebab-sebab yang dinyatakan di atas dan banyak lagi sebab yang lain, hukum di dalam pelbagai bab dan bidang hukum juga turut terkesan, lalu muncul pandangan dan ijtihad yang berbeza dari seorang alim kepada yang lain. Orang ramai tidak perlu merasa pelik dan susah hati dengannya. Yang perlu, serahkan urusan kepada mereka yang pakar dan ahli di dalam bidang mereka. Jika orang awam sudah mula berfatwa bersandarkan satu dua hadis atau ayat, dan kemudian merasa diri lebih benar dari kefahaman mendalam dan kajian khusus oleh para ilmuwan, itulah tanda kehancuran akan mendatang.
Read More..

Mengapa ulama berbeza pendapat? bah(1)


Ada yang keliru melihat pelbagai fatwa dan pandangan ulama diberikan dalam satu-satu isu, sama ada isu yang melibatkan cabang akidah, lebih-lebih lagi dalam isu hukum ibadah, muamalat dan sebagainya. Lebih mendukacitakan terdapat yang begitu 'tidak faham' atau sengaja 'buat-buat tidak faham' sehingga ke peringkat menuduh para ulama mencipta hukum halal dan haram menurut kehendak mereka sendiri, malah menjustifikasikan tuduhan mereka dengan mengatakan para ulama mencabuli hak Allah yang hanya Dia boleh menetapkan hukum.

Kecetekan ilmu khususnya berkenaan Fiqh dan Usul Fiqh serta peranan dan tugas para ilmuan Islam adalah antara punca tuduhan liar sedemikian berlaku.

Kejahilan ini menyebabkan ada sebahagian mereka mencerca ilmuan Islam sebagai "ingin jadi tuhan" kerana mengharamkan sesuatu, khususnva apabila bertentangan dengan kesukaan mereka. Memang benar, dalam Islam seorang manusia tidak berhak untuk mengharam dan menghalalkan sesuatu, hanya Allah dan Rasul-Nya yang menentukan. Hakikatnya para ilmuwan Islam sama sekali tidak mengharam dan menghalalkan sesuatu berdasarkan selera mereka, tetapi mereka menuruti garis panduan yang telah ditetapkan oleh Allah dan Rasulnya, melalui kefahaman terhadap ayat-ayat al-Quran, Hadis Nabi dan segala jenis tafsirnya berdasarkan konteks bahasa, sebab turun, konteks masa dan setempat dan lain-Iain.

Sebahagian kumpulan manusia yang keliru, suka mencela para ilmuwan Islam disebabkan perbezaan pandangan mereka dalam sesuatu isu. Mereka dituduh tidak konsisten, mengelirukan dan pelbagai lagi. Lebih buruk, apabila orang awam ini merasakan pandangan mereka yang tidak didasari ilmu itu disangka lebih benar lalu mula mencerca ilmuwan Islam yang tidak disukai mereka atau kesemuanya sekaligus.

Sebenarnya perbezaan ijtihad dalam hal ehwal hukum ini telah wujud sebelum imam-imam mazhab empat lagi, ia telah pun bermula sejak zaman Sahabat bersama dengan Baginda SAW. Begitupun perbezaaan ini dan ia bukanlah sesuatu yang negatif sekiranya dapat difahami asasnya, ia hanya akan menjadi negatif apabila orang ramai tidak memahaminya, taksub kepada sesuatu pandangan serta tidak pandai rnengendalikannya. Di ruangan terhad ini beberapa contoh ingin diketengahkan sebab-sebab perbezaan itu berlaku, antaranya:

Sebab Pertama : Arahan Nabi Yang Berbeza Untuk Individu Tertentu

Sebagai contoh, dalam isu fiqh ibadah. Imam Muslim meriwayatkan terdapat sahabat yang cacat pengelihatan mengatakan, “Aku tidak mempunyai pemandu untuk ke masjid untuk solat berjemaah, maka berilah aku keizinan untuk menunaikannya di rumah sahaja.” Lalu Baginda SAW memberikan keizinan kepadanya. Namun, apabila Baginda mengetahui orang tersebut menetap berhampiran masjid sehingga boleh mendengar laungan azan, Baginda SAW menarik semula keizinannya. (rujuk Sohih Muslim, No:1486) Walaupun begitu, Nabi pernah memberi keizinan kepada saorang sahabat yang lain bernama 'Itban bin Malik, tanpa ditarik semula keizinan. (rujuk Sohih Muslim, No:14-96).

Kedua-dua arahan mempunyai latar belakang kisah yang tersendiri, Maka para ulama mempunyai pendirian berbeza dalam menanggapi kedua peristiwa ini sehingga memberi kesan kepada ijtihad dan cara mereka meletakkan hukum. Lalu perbezaan pendapat tersebar. Begitu juga halnya Nabi pernah memberikan izin kepada Abu Bakar as-Siddiq untuk mendermakan keseluruhan hartanya, sedang Nabi tidak mengizinkan sahabat yang lain untuk melakukan hal yang sama, (rujuk Sunan Abi Daud, No:1678 dan No:3319). Kedua-dua kes contoh ini bukan merupakan kes terpencil malah ia berlaku dalam kekerapan yang banyak.

Ia jelas menunjukkan Nabi memberikan arahan dan keputusan berbeza kepada orang yang berbeza. Kebiasaannya mempunyai hubung kait dengan latar belakang individu yang bertanya. Atas sebab ini, muncul ulama yang memberikan fatwa berbeza, disebabkan perbezaaan dalam mengambil dalil dan memahami konteksnya. Jika ingin difahami, sebahagian ulama berpendapat bahawa Nabi membenarkan Abu Bakar as-Siddiq RA menyedekahkan keseluruhan hartanya kerana Baginda mempunyai keyakinan terhadap keimanan Abu Bakar RA, di samping yakin Abu Bakar mampu untuk terus istiqamah dengan Islam, tanpa merneinta-minta bantuan daripada Baginda Rasul, walau dalam keadaan seluruh hartanya telah disedekah. Namun keyakinan yang sama tidak bagi individu yang lain menyebabkan Nabi melarangnya.

Sama keadaannya dalam kes sahabat bernama Hamza Ibn 'Amr al-Aslami, beliau sudah terkenal dengan amalan berpuasa banyak. Tatkala beliau ingin bermusafir, beliau bertanya kepada Nabi, Baginda menjawab, “Kamu bebas sama ada untuk berpuasa atau berbuka” (rujuk Sohih Bukhari, No:1943) Sedangkan dalam hadis lain, Nabi menyebut, “Tiada sebarang kebaikan untuk mengekalkan puasa tatkala dalam perjalanan jauh” (rujuk Sohih Muslim, No:2612). Kita dapat melihat perbezaan fatwa dan ijtihad pasti wujud disebabkan dua arahan Nabi yang berbeza dalam dua situasi yang juga berbeza.

Tentunya, kumpulan sahabat yang mengetahui dan mendengar jawapan Nabi kepada Hamza berbeza dengan kumpulan yang mendengar Baginda ketika melarang. Hasilnya, masing-masing akan membawa dan menyebarkan apa yang didengarinya kepada orang lain dan berterusan. Akhirnya, akan dapat dilihat dua hukum dalam satu isu. Atas dasar itu, terzahir peranan, keperluan kepada kebijaksanaan dan kajian mendalam oleh para ulama dan ahli fiqh, iaitu bagi menentukan hukum yang lebih tepat bagi situasi yang berada di hadapannya, di waktunya dan negaranya. Mereka akan menentukan sumber rujukan hadis dan latar di sebalik hadis terbabit, bagi mengeluarkan jawapan hukum yang paling sesuai bagi keadaannya. 
Bersambung....
Read More..

Sabtu, 23 Februari 2013

Penerima BR1M haiwan: Apa komen Ustaz Azhar


KUALA TERENGGANU: Serangan yang dibuat oleh Perdana Menteri dan timbalannya terhadap Mursyidul Am PAS dijawab oleh penceramah selebriti, Ustaz Azhar Idrus (gambar).

Beliau berkata,  Tuan Guru Nik Aziz bukan kata penerima BR1M itu seperti haiwan tetapi menjadikan penerimanya seperti haiwan. 
"Sebenarnya apa yang kita dengar dalam video clip bukan Tok Guru kata kepada penerima BR1M seperti haiwan, cuma Tok Guru kata orang yang memberikan BR1M tulah cuba menjadikan orang yang menerima seperti haiwan.

"Umpama bagi makan, lepas tu sembelih.

"Maknanya jahatnya orang nak bagi bantuan bila perlu sahaja, bila jauh dengan pilihanraya tak hulur pun bantuan," kata Ustaz Azhar dalam kuliahnya di Masjid Pengadang Baru dekat sini.

Beliau ditanya, "apa komen ustaz mengenai Tuan Guru Nik Aziz kata orang yang ambil BR1M ni seperti haiwan?"

Ini ekoran tuduhan Datuk Seri Najib Razak dan Tan Sri Muhyidin Yasin bahawa Tuan Guru Nik Aziz menganggap penerima BR1M ini haiwan.

Bagi Ustaz Azhar, ini semua punca mencari pembalahan, "Ni buah cari baloh."

Sehubungan dengan itu, beliau meminta semua pihak berhati-hati dengan sebarang laporan media.

"Jadi lening (sekarang ini) kene hati-hati lah banyak putar belit dan spin berita nak nak musim mengundi ni.

"Yang  tak pernah nampak muka pun dan kerap masuk kampung dah. Tujuan ape? Nak tolong ke untuk kepentingan tertentu?

"Jadi kene bijoklah, jangan percaya tanpa selidik," tegas penceramah bebas dari Terengganu yang sangat terkenal itu.

Baru-baru ini, Tuan Guru Nik Aziz berkata,
"Orang yang menawarkan (wang) kepada orang, (sama seperti) kalau kita panggil ayam nak suruh ayam datang dekat, kita tabur hampas kelapa, tabur padi.

"Kalau nak panggil lembu kita bubuh (bagi) jerami. Tapi kalau nak beri Islam, kita nak panggil ayam cakap nak ceramah, mana ayam datang, nak panggil lembu, mana datang.

"Jadi kalau kita beri barang kepada orang, beri RM10, RM50 (orang akan datang ambil).
"Ini bukan cara Islam, (cara) Islam ialah beri ilmu kepada manusia," kata Tuan Guru Nik Aziz.


Analogi haiwan


Sementara itu, para pengguna laman sosial mula menyebarkan analogi mengenai kenyataan kedua-dua pemimpin Umno itu ketika mereka mengulas isu ini.

Berikut adalah analogi itu:

Seorang atok memarahi dua orang cucunya, Ali dan Abu yang suka bergaduh..

Atok: Korang ni macam anjing dengan kucing.. pantang jumpa asyik nak bergaduh..

Ali: Sampai hati atok cakap kami haiwan....

Abu: Ali! Itu peribahasa la samdol!
Read More..

Media Lidah Syaitan!

Oleh: Abdul Mu'izz Muhammad 

Apabila dirujuk sirah Nabi S.A.W, kita dapati terdapat sejarah keterlibatan syaitan dalam bidang kewartawanan secara langsung. Syaitan secara terlibat menyebarkan berita jahat yang tujuannya memporak-perandakan saf pejuang-pejuang Islam. 

Lihat bagaimana sejarah perang Uhud yang menyaksikan kekalahan umat Islam. Antara faktor yang menyebabkan tentera Islam kalah, adalah kerana mereka termakan dengan berita palsu. Propaganda itu diusahakan oleh syaitan yang ‘turun padang’ mencetuskan konflik menjejaskan motivasi pejuang Islam ketika itu. Dalam klimaks mendepani peperangan, syaitan menyebarkan berita palsu bahawasanya Nabi S.A.W telah wafat terbunuh.

Berita palsu yang dianggap sensasi tersebut jelas telah menjejaskan motivasi percaya dan setia antara satu sama lain. Maka lemahlah ketumbukan tentera Islam dek kerana termakan dengan berita palsu syaitan. Ada golongan sudah mula menunjukkan rasa berminat menyertai kem Bapa Munafiq Abdullah Bin Ubai yang tugasnya tidak lain mengganggu konsentrasi tentera Islam dengan fitnah dan ejekan. Semakin disegarkan berita-berita sensasi yang belum pasti. Sudah sememangnya ciri munafiq yang menyertai saf tentera Islam hanya sebagai pembakar obor sengketa dan persepsi negatif sesama sendiri.

Sejarah terus berulang. Jika dahulu syaitan terlibat secara langsung dalam menyebarkan berita palsu. Begitu juga kini zaman langit terbuka segala maklumat berada di hujung jari, kita lebih terdedah dengan berita-berita palsu. Jika yang menyebarkan fitnah terdiri daripada musuh, itu bukanlah perkara yang pelik. Kerana syaitan sememangnya konsisten dengan kerjanya. Cuma yang dibimbangkan ada di kalangan saf pejuang Islam yang turut terlibat dan termakan dengan berita yang memporak-perandakan kesatuan berfikir dan keselarasan bertindak.

Lebih malang dari itu, wujud penyakit spastik yang tidak seimbang memberi kepercayaan. Secara‘default’ kita diajar supaya jangan mempercayai media laporan dari pihak musuh. Tiba-tiba muncul liputan dari mereka tentang perihal sahabat seperjuangan kita, tiba-tiba kita percaya. Maka porak-perandalah saf perjuangan. Hasilnya kita ketagih menanti berita sensasi dari pihak musuh, pada masa yang sama kepercayaan sesama kita kian terhakis. Akhirnya hilanglah nilai kemanisan dalam berjuang, lenyaplah nikmat ukhwah.

Kepada Siapa Harus Kita Berikan Kepercayaan?

Imam Hasan al-Banna telah menggariskan bahawa ‘kepercayaan’ – thiqah – merupakan antara sikap yang menunjangi perjuangan. Kata beliau (maksudnya), “Apa yang saya maksudkan berkenaan ‘percaya’, ialah setiap aktivis gerakan Islam mestilah percaya kepada pengorbanan dan keikhlasan pemimpin mereka. Sikap kepercayaan yang dipupuk kuat bakal mencambahkan rasa sayang, hormat dan taat.”  

Mungkin terlalu ghairah menyambut era kemenangan, ramai di kalangan kita yang sudah mula hilang kewarasan. Lebih percaya blog yang bertugas sebagai batu api berbanding pimpinan sendiri. Seolah-olah rela melahap hidangan berita syaitan berbanding mempercayai kalam pimpinan sendiri. Ini adalah bala seperti yang telah diingatkan oleh Nabi S.A.W (maksudnya),“Tidak sesat sesuatu kaum setelah beroleh hidayah, melainkan mereka diasyikkan dengan kontroversi persengketaan.” -Riwayat Tirmizi.

Budaya terbaru yang kian membarah kini adalah menuduh orang-orang tertentu akan khianat dengan perjuangan ini sebentar lagi. Ironinya batang tubuh yang diacukan fitnah tersebut, telah bersama dengan perjuangan ini sejak ‘zaman bertanding hilang deposit’.

Mereka bukan calang-calang orang. Mereka konsisten dengan perjuangan ini sejak zaman kalah. Tiba-tiba muncul zaman hampir mencapai kemenangan, mereka akan lompat parti. Bukankah itu satu dakwaan yang kelakar?

Namun malangnya cakap-cakap itu dipercayai ramai kerana telah dijadikan sebagai propaganda syaitan. Jika diamati, usaha ini amat jelas digerakkan oleh mereka yang ghairah dengan kemenangan. Sewaktu kalah kita tidak nampak muka-muka ini beria-ia bersama perjuangan ini. Tiba-tiba di waktu menang kita lihat merekalah yang sibuk menuduh orang yang berjuang sejak ‘zaman bertanding hilang deposit’ akan khianat.

Oleh kerana itu Tuan Guru Harun Taib telah mengingatkan kita, "Menyayangi ahli kita adalah satu tanggungjawab syar'ie dan kita hendaklah berusaha agar mereka tidak lari daripada ikatan jamaah Islam, usaha ke arah menyayangi mereka dan mengekalkan mereka dalam jamaah adalah satu yang wajib dilakukan dalam hidup berjamaah, ini adalah prinsip perjuangan PAS yang bersandarkan kepada ajaran Islam. Kita telah berusaha sedaya upaya untuk mencari ahli untuk menambahkan keahlian PAS, maka sudah tentu kita bertanggungjawab di sisi Allah untuk menjaga ahli dan menyayangi mereka sebagai ahli jamaah sepertimana yang terkandung dalam dalam prinsip perjuangan kita yang berdasarkan kepada tuntutan Islam."

Sila Bersikap Waras, Jangan Jadi Bodoh

Penulis pernah diajukan soalan-soalan kontroversi yang diasaskan dengan persepsi negatif, bahawa si fulan dan si fulan dilihat akan khianat masuk UMNO. Penulis berpesan agar bersabar dan bersangka baik. Selagi mereka bersama dalam saf perjuangan kita, mereka tetap sahabat dan saudara seperjuangan yang perlu diperuntukkan kepercayaan untuk mereka. Si penanya masih tidak berpuas hati dengan terus mendesak agar penulis menghemburkan laknat dan ‘harapan’ agar apa yang diperkatakan biar benar-benar terjadi. Biar ‘cakap-cakap’ itu benar-benar berlaku. Biar orang itu benar-benar masuk UMNO.

Penulis menjawab, “Kita terlibat dengan perjuangan ini semata-mata inginkan ganjaran dari Allah. Saya sedikit pun tidak merasa dapat pahala dengan kita mendoakan pengkhianatan kepada orang yang masih bersama kita. Dengan mengulang-ulang ratib si fulan dan si fulan akan masuk UMNO, saya sedikit pun tidak yakin perbuatan itu beroleh pahala. Boleh jadi dosa fitnah. Boleh jadi dosa sangka buruk. Sebaliknya saya amat yakin jika kita mendoakan diri kita dan semua sahabat seperjuangan agar konsisten dengan jalan ini, kita beroleh pahala.”

Biarlah dalam perjuangan ini, kita waras dalam berfikir. Mengapa kita terlibat? Semua akan menjawab ingin mendapatkan ganjaran redha dari Allah Taala. Namun terkadang, kita lupa asas dosa dan pahala menyebabkan kita buat ‘gaya bebas’ sewenang-wenangnya berperangai buruk serta berakhlak jahiliah. Hasilnya kita hilang fokus dengan melakukan kerja yang tidak beroleh pahala. Menganggap ‘tidak mengapa’ menjadi agen separuh masa menyebarkan fitnah dan prasangka buruk terhadap sahabat seperjuangan. Budaya ini menyebabkan hilang ruh da’wah dalam perjuangan ini. Akhirnya kita jadi penghalau, bukan penyeru.
Read More..

Jumaat, 22 Februari 2013

Pemerintah Bukan Pelacur

Cinta adalah perkara yang tidak boleh dibuat-buat. Ia satu perasaan yang muncul dari lubuk sanubari. Ia lahir dalam jiwa dan diterjemahkan dalam tindakan. Apabila seseorang itu benar-benar kasihkan kita, maka tindakan dan sikapnya terhadap kita juga adalah lambang dan hasil dari keindahan cintanya. Sesiapa yang ada pasangan yang mencintainya, dia akan tahu keindahan hubungan yang dibina atas cinta. Lihat cara suami atau isteri anda melayan anda, maka anda dapat mengukur tahap cintanya kepada anda. Lagi dalam kasihnya, lagi indah hubungan dan sikapnya terhadap anda.

Justeru, hendaklah dibezakan antara kehendak seks antara pasangan dan cinta. Seks ada yang berteraskan nafsu semata dan ada yang merupakan gabungan antara cinta dan nafsu. Seseorang yang ghairah seksnya, bukan bererti dia penuh cinta. Namun, cinta yang mendalam membawa kepada hubungan seks yang indah. Ini boleh diibaratkan macam pemberian wang bantuan oleh sesebuah kerajaan kepada rakyat. Pemberian itu bukan semestinya menggambarkan cinta kerajaan kepada rakyat. Boleh jadi ia sekadar nafsu ingin berkuasa dan pemberian itu demi melangsaikan kehendak dirinya. Rakyat yang menerima bantuan juga bukan semestinya mencintai kerajaan yang memberi. Dia sudi menerima kerana merasakan itu haknya, ataupun dia memerlukannya tapi jiwanya mungkin menyumpah dan menyampah. Persis seperti hubungan antara suami isteri yang hidup dalam keadaan keterpaksaan tapi penuh kebencian.

Pelacur

Namun tidak boleh dinafikan betapa ramai yang tertipu lalu menganggap setiap hubungan seks itu tanda cinta sehingga gagal membezakan antara pelacur yang menanti upah dan isteri yang menanti pahala dan takutkan dosa. Demikian, ada rakyat dalam dunia ini yang menganggap setiap pemberian kerajaan itu tanda cinta kepada mereka sedangkan mereka lupa pemberian itu tidak dibina atas kejujuran cinta, sebaliknya atas upah sokongan dan undi.

Pun begitu, pelacur kadang-kala kurang buruk dari sesetengah kerajaan atas muka bumi ini kerana pelacur mengambil upah dari hasil dirinya. Sementara pemimpin dan kerajaan yang menipu mengambil wang negara dan rakyat yang dibahagikan semasa sendiri terlebih dahulu dan sedikit pemberian untuk rakyat sambil berlagak seolah wang tersebut dari poket peribadi mereka.

Adapun hubungan seks halal yang penuh cinta itu melahirkan kepuasan jasmani dan rohani. Tiada pemberontakan dan penuh kedamaian. Ia seperti sebuah kerajaan yang cintakan rakyat. Amanah terhadap pengurusan negara. Harta negara bukan habuan untuk isteri dan keluarga mengaut kekayaan yang gila-gila. Negara diuruskan dengan sebaiknya dengan penuh keikhlasan sehingga rakyat terasa kejujuran itu. Kejujuran itu menimbulkan rasa cinta rakyat kepada diri pemerintah. Pemerintah mengawal negara dari ancaman luaran dan juga dalaman. Ancaman musuh yang terang, dan juga orang sekelilingnya yang kadang-kala lebih memusnah kekayaan negara dibanding mereka yang digelar ‘musuh’.

Isteri dan Kroni

Betapa ramai pemerintah yang dibenci kerana tingkah laku isteri dan kroni. Inilah ancaman dalaman yang meragut peluang dan kesempatan sehingga kekayaan negara tertumpu dalam tangan mereka. Hanya pemerintah yang amanah dan cekap sahaja dapat menguruskan negara dari ancaman luaran dan dalaman ini. Hasilnya, kasih-sayang rakyat dan kesetiaan lahir dalam tindakan para pegawai kerajaan dan rakyat bawahan. Kata Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah r.h (meninggal 728H) dalam kitabnya As-Siyasah asy-Syar’iyyah fi Islah ar-Ra’i wa ar-Ra’iyyah:

“Tidak boleh para pemerintah membahagikan harta negara mengikut nafsu mereka seperti mana seorang pemilik harta membahagikan harta miliknya. Sebaliknya, para pemerintah hanyalah pemegang amanah, wakil dan utusan. Mereka bukan pemilik harta. Ini seperti yang Nabi s.a.w sabda: “Aku –demi Allah- tidak boleh memberi (harta awam) ataupun menghalang seseorang. Aku hanya pembahagi yang meletakkannya di mana sahaja aku diperintahkan”. Ini diriwayatkan oleh al-Bukhari daripada Abu Hurairah r.a.”

“Inilah rasul Tuhan semesta alam yang memberitahu bahawa dia tidak mempunyai hak menghalang dan memberi dengan kehendak dan pilihannya seperti mana seorang pemilik harta yang boleh berbelanja dengan hartanya, dan seperti raja-raja yang memberikan kepada sesiapa yang mereka suka. Sebaliknya dia (Rasulullah s.a.w) hanya seorang hamba Allah, membahagikannya mengikut arahan Allah. Dia meletakannya di mana yang Allah perintahkan”.
Sambung Ibn Taimiyah lagi:
“Demikian apabila seseorang berkata kepada (Khalifah) ‘Umar bin al-Khattab: “Wahai Amir al-Mukminin! Andainya engkau tambah peruntukanmu dari harta Allah ta’ala (harta negara). Jawab ‘Umar: “Tahukah engkau apakah bandingan antara aku dan rakyat? Ia umpamanya satu kaum yang berada dalam satu perjalanan, lalu mereka menghimpunkan harta mereka kemudian mereka menyerahkannya kepada seseorang untuk membelanjakannya untuk mereka. Apakah halal untuk lelaki itu mengutamakan dirinya dengan menggunakan harta mereka?.”
Lagi kata Ibn Taimiyyah:
“Pernah dibawa kepada ‘Umar bin al-Khattab r.a. harta yang banyak dari bahagian khumus (bahagian dari rampasan perang). Kata ‘Umar: “Sesungguhnya tentera telah menunaikan amanah”. Kata mereka yang hadir kepada ‘umar: “Sesungguhnya engkau telah menunaikan amanah kepada Allah ta’ala, maka mereka pun menunaikan amanah kepada engkau. Jika engkau mengambil harta negara sesuka hati, begitulah juga mereka akan lakukan” [m/s 51-52. Kuwait: Dar al-Arqam (1406H)]
Teladan

Dari jawapan rakyat kepada Khalifah ‘Umar bin al-Khattab, kita dapat tahu bahawa antara punca utama rakyat bawahan tidak amanah, setia dan jujur kepada negara dan harta awam adalah disebabkan pemimpin yang tidak amanah. Jika pemimpin itu amanah, pasti rasa cinta dan setia kepada negara akan bersemarak dalam jiwa rakyat jelata. Justeru jangan hairan jika kita lihat rakyat di negara-negara maju rakyat mereka lebih sayangkan negara dibandingkan negara-negara umat Islam yang pengurusan kepimpinannya tidak jujur dan khianat. Hilang ataupun terhakisnya semangat patriotik dan setia kepada tanahair, sebahagiannya hasil dari tindak tanduk kegelojohan golongan atasan mengisi tembolok sendiri. Apabila golongan atasan memiliki kekayaan yang zahir pada diri, ‘isteri’ dan anak dengan kadar yang tidak masuk akal dan sangat luar biasa, maka rakyat kesusahan mula membenci para penguasa mereka. Sekalipun jika ada yang mendakwa kekayaan itu hasil menabung dari kecil, tetapi itu hanya ungkapan untuk memperbodohkan rakyat jelata.

Apabila datang musim maulid kita bercakap tentang Nabi s.a.w dan teladan dalam kepimpinan, namun dunia umat Islam masih terlalu jauh. Nama Nabi s.a.w hanya sekadar untuk modal politik menyedapkan bicara di hadapan rakyat. Di mana Nabi Muhammad s.a.w dan kepimpinan negara umat Islam kita?! Semasa peperangan Badar, tentera Islam mempunyai jumlah kenderaan yang begitu terhad. 70 ekor unta terpaksa dikongsi oleh tiga ratus beberapa belas orang tentera. Nabi s.a.w berkongsi dengan ‘Ali bin Abi Talib dan Abu Lubabah. Memandangkan kedudukan Nabi s.a.w dan mereka berdua lebih muda dari Nabi s.a.w maka mereka meminta agar Nabi s.a.w sahaja yang menggunakan unta tersebut. Namun, dengarlah jawapan Nabi s.a.w kepada mereka:
“Tidaklah kamu berdua lebih kuat daripadaku, dan tidak juga aku orang yang paling kurang memerlukan pahala dibanding kamu berdua” (Riwayat Ahmad, Ibn Hibban dll. Hadis bertaraf hasan).
Demikianlah pemimpin yang berkongsi perasaan dan keadaan rakyat. Maka dari situ suburlah cinta dan setia antara rakyat dan pemimpin. Teruruslah negara, hidupkan kedua pihak dalam keadaan cinta dan setia. Pemimpin bukan pelacur yang menjual diri untuk mendapat upah. Pemimpin tidak boleh menipukan rakyat dengan pemberian yang mengkaburkan untuk mendapatkan undi sedangkan kesemua itu tidak dibina atas cinta dan kejujuran terhadap negara.

Sumber: drmaza.com 
Read More..

Kota-Kota Melayu Serta Khazanah Negara Yang Dimusnahkan British Dan Talibarutnya



Kerajaan Kedah sering di sebut sebagai kerajaan tertua dalam sejarah kerajaan beraja serta kesultanan yang panjang di nusantara yang bermula pada tahun 700 masihi lagi. Hubungan dengan negeri-negeri di timur tengah dan asia barat serta timur meninggalkan kesan dan pengaruh yang luas termasuklah kebudayaan, kesenian, agama, politik dan perdagangan.


Kesan-kesan seni warisan melayu ini banyak dapat di kesan di Kedah walaupun banyak kota-kotanya dikhianati, dihancurkan dan ditanam oleh pihak-pihak musuh Allah.
Bandar Kota Star selaku pusat pentadbiran Kedah Tua dan merupakan antara kota yang mendapat perhatian kerajaan British untuk dirampas kerana ia dipenuhi sebilangan bangunan lama yang menjadi bukti kewujudan pemerintahan dinasti Ahlul Bait Al-JefriMerong Mahawangsa. Kota Star sejak dahulu terkenal dengan banyak kota-kota dan gerbang-gerbang yang antik serta cantik seperti Kota Tengah, Kota Star, Istana Kuning, Kota Keriangan di Gunung Keriang dan Kota Sharifah dan lain-lain.
Gerbang Kota Star telah dimusnahkan setelah kematian Sultan Badlishaholeh cucu raja Thai Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj. Sultan Badlishah merupakan anak-anak Ahlul Bait Merong Mahawangsa kerana ibunya Tunku Sharifah Sofea al-Jefri ialah anak saudara kepada Maharaja Melayu DYMM Sultan Syed Jaafar Muadzam Shah al-Jefri.
Buku Undang-Undang Kedah termaktub perkataan HUKUM KANUN DATO’ KOTA STAR yang buku ini selesai ditulis pada tahun 220 hijrah @ 812 masihi oleh cucu Maharaja Merong Maha Wangsa yang ketika itu menjadi D.O. atau Raja Daerah di Aceh.
Kota Star dirobohkan semasa era Musuh Bisik pada tahun 1821 manakala gerbangnya diruntuhkan pada tahun 1960 untuk memberi laluan pada pembangunan kononnya. Di tapaknya di bina bangunan baru iaitu Wisma Negeri.
Seperti kes Tunku Abdul Rahman menukar Kota Kayangan menjadi Muzium Perlis. Di tahun-tahun berikutnya beliau datang semula ke Perlis dan mengatakan muzium ini terlalu lama dan buruk, seeloknya ditukarkannya kepada bangunan muzium yang baru. Maka terjadilah malapetaka kepada warisan Melayu yang mana Kota Kayangan yang gah dengan batu-bata serta diselang seli kayu-kayu meranti yang halus ukirannya juga dipenuhi dengan simbol-simbol empayar Kedah Tua habis dirobohkan oleh beliau.
Tidak habis dengan itu Tunku Abdul Rahman Putra al- Haj al-Thai telah mengetuk batu-batu nisan yang lama digantikan dengan yang baru manakala nisan-nisan kayu dibiarkan. Beliau selaku Perdana Menteri Malaysia pada masa itu juga menjejaki seluruh warisan Kedah Tua di Negeri Perlis dan negeri-negeri lain untuk dimusnahkan.
KENANGAN GERBANG KOTA STAR 1960 BERSEBELAHANPEJABAT TANAH DAN GALIAN. JIKA GERBANG PINTU MASUK KE KOTA SEBEGINI GAH DAN CANTIK TENTU KOTANYA YANG DIRUNTUHKAN DI ZAMAN SI LAKNAT RAJA THAI CHULALONGKORN LEBIH HEBAT LAGI.
Bukti kenyataan ahli sejarah Inggeris James Low dari buku “Sejarah Kedah Sepintas Lalu“, mencatatkan Raja Thai Chulalongkorn telah mengarahkan tentera-tenteranya menghapus dan membakar habis-habisan kesan bukti sejarah kerajaaan Melayu Siam Malacca, antaranya ialah :-
1. Kota Raja Melayu Siam Kedah Pelabuhan Kota sekitar Kota Teluk Bahang, Kuala Kedah.
2. Kota Palas Istana Sultan Maulana di Padang Mat Sirat, Pulau Langkawi .
3. Istana Maharaja Jalil Sutan Yaakub Kedah Langkasuka Khrun Waran Wangsa tahun1548 M .
4. Istana Tanjung Putri, Kuala Ketil dan di situ masih terdapat Perigi Puteri Dayang yang dibina bersebelahan kota tersebut .
5. Istana Sultan Sheikh, Sultan Abdul Kadir Shah Alam tahun 904 M di pekan Langgar, Kedah.
6. Kota Pagar Air Istana Sultan Hussain Shah Alam di Limbung, Kedah.
7. Istana Dato’ Paduka Maharaja Nai Cau Shin Ibni Al Marhum Nai Cau Doi di Kampung Pulau Maharaja, Tunjang.
8. Kota Sarjana di Alor Ganu milik Rama Tibodi 1 Ananda Pagan Ibni Al Marhum Sultan Muhammad Yang Adil, baginda mencipta wang emas yang ada di Muzium Negeri Kedah.
9. Kota Mengkuang, Wang Tepus, Kubang Pasu milik Sultan Sharif Abu Bakar Shah.
10. Istana Maharaja Melayu Siam Syburi Sultan Syeikh Ali Kaifa Tabim di Utan Aji, Perlis.
11. Kota Naga dan Kota Siputeh di Daerah Kubang Pasu.
12. Kota Sarang Semut, Pendang, Bukit Choreh milik Sultan Badrul Munir dan periginya masih wujud di kampung tersebut.
13. Kota Pinang Tunggal di Kulim, Kedah juga milik Sultan Saidina Jamalul Alam Sultan Badrul Munir.
14. Kota Merong Mahawangsa Muzafar Shah 700 M di Sungai Mas, Kuala Muda, Kedah.
15. Istana Majlis Raja Iskandar Zukarnain di Lembah Bujang juga di Kuala Muda dan Gok Arang Maharaja Melayu Islam Sultan Jaafar Muadzam di Pulau Tiga, Kedah, rujuk mukasurat 49 Buku Undang-Undang Kedah.
16. Istana Maharaja Melayu di Pusat Pembuatan Senjata Api, Merbuk, Kedah juga milik Nai Long Sultan Jaafar Muadzam Shah.
17. Istana Bendang Raja, Kubur Panjang di Pendang milik Sultan Muzaffar Shah Kuala Kangsar yang mana sebelum itu merupakan Raja Melayu Siam daerah Kemboja tahun1788 M.
18. Kota Burha Istana Raja Legeh milik Tuanku Long Taha Ibni Almarhum Tuanku Long Putra di Mukim Padang Kerbau, Pendang, Kedah.
19. Kota Oo, Pelantik, Sik, Kedah milik Raja Idris Jammu Pattani suami Ratu Hijau Pattani.
20. Kota Ruman juga di Sik, Kedah juga di miliki oleh suami Ratu Hijau iaitu Raja Idris Jammu Pattani.
21. Kota Istana Bukit Nai Long Sultan Jaafar Muadzam Shah di Jeniang, Kedah.
22. Istana Maharaja Melayu Siam Sultan Muzafar Shah Kuala Kangsar di Kampung Dusun Raja, Padang Sanai, Daerah Padang Terap, Kedah.
23. Istana Maharaja Melayu Siam Songkla Sultan Syed Alang Alauddin di Kampung Nai Lang, Mukim Durian Burung di sebelah Thailand.
BAHAGIAN TEPI GERBANG ADALAH SEPERTI ARCA BATU NISAN KEDAH TUA YANG BERTEBARAN DI SELURUH NUSANTARA. SEBAB ITULAH GERBANG INI DIMUSNAHKAN KERANA GERBANG INI MENCERITAKAN SEGALA-GALANYA TENTANG KETAMADUNAN KESULTANAN MELAYU ISLAM. IANYA BERBENTUK ARCA BATU NISAN YANG DIDAKWA BATU NISAN ACEH KONONYA. PADAHAL IANYA BATU NISAN KEDAH TUA.

INILAH MELAYU YANG DI WAR-WARKAN OLEH BRITISH, TIADA APA-APA PADA BANGSA MELAYU KECUALI ATAP RUMBIA DAN PERTANIAN.
 Untuk memastikan kota-kota ini musnah secara total Raja Thai Chulalongkorn, datuk kesayangan Tunku Abdul Rahman telah datang ke Kedah bersama pegawai-pegawai penasihatnya yang berbangsa Inggeris, pada tahun 1890 M. Kedatangan dimulai di Pulau Langkawi dan seterusnya ke bandar Kota Stardan di sambut mesra oleh anak perempuannya merangkap isteri kedua Sultan Abdul Hamid yang bernama Cik Puan Manjalara.
Khazanah-khazanah yang bernilai sejarah yang berupa bangunan lama atau binaan lama gerbang-gerbang Di Raja, warisan-warisan silam lainnya yang terdapat di dalam dan di luar negeri Kedah berupa alat-alat senjata berat dan senjata-senjata api seperti senapang, lela rentaka, meriam-meriam melayu dan lain-lain dilupuskan dan diganti dengan milik penjajah contohnya meriam-meriam melayu diganti dengan meriam-meriam VOC milik penjajah.
Apa yang ada kaitan dengan ketamadunan Kedah Tua semuanya habis dimusnahkan. Kemudian penjajah-penjajah ini telah menukar nama bandar Kota Star kepada Alor Star kerana kata pegawai Inggeris, orang melayu tak perlulah kepada berkota-kota, cukuplah dengan nama “Alor”. Sejak itu nama Kota Star hanya dikenali sebagai nama District of Kota Star atau daerah Kota Star sahaja.

KOTA BOROBUDUR DI SEMARANG YANG DI GELAR OLEH BRITISH SEBAGAI KUIL BUDDHA.
 Apabila Imperialis Belanda kalah di tangan tentera Perancis di bawah kekuasaan Napoleon Bonaparte, ia telah menyerahkan jajahannya di Indonesia kepada British untuk menjaganya dengan janji akan menyerah kembali kepada Belanda setelah merdeka nanti.
Maka apabila kerajaan Britain setelah menguasai jajahan Belanda di Indonesia, ia telah menghantar Stanford Raffles dan kerani bodohnya Munsyi Abdullah ke kota-kota Islam itu dan merubahnya serta menghilangkan bukti-bukti kekuasaan Kerajaan Islam Kedah Tua di sana. Sehinggakan Kota Borobudur telah di “convert” menjadi candi kafir Buddha.
Bila ahli sejarah masakini pergi membuat kajian di sana mereka merasa hairan kerana Candi Borobudur yang di atur penuh dengan patung-patung Buddha itu memiliki senibina Islam Arab Yaman dan berdekatan Kota Borobudur pula terdapat Kota Prambanan yang juga telah diubahsuai British dan dijadikan kononnya Kuil Hindu Prambanan.
BRITISH MENGELARNYA KOTA HINDU PRAMBANAN SELEPAS MENGUBAHNYA MENJADI KUIL DI BAWAH KELOLAAN STANFORD RAFFLES.
 Di Indonesia juga terdapat kota pelabuhan kuno Grisek di Jawa Timur. Kota ini ini dikatakan milik anak Sultan Kedah Tua yang bernama Siti Fatimah Maimun. Baginda merupakan Ratu di situ seperti Ratu Hijau yang memerintah Pantai Timur Semenanjung Melaka atas nama Kerajaan Pattani. Baginda datang ke Indonesia dibawa oleh ayahandanya pada tahun 1303 Saka atau 1381 masihi dalam misi mengislamkan orang-orang di sana.
JAB Wiselius seorang pengkaji dari barat mencatatkan, namanya ialah Dewi Suari dan ayahandanya ialah Sultan Kedah ( Gedah ). Pentadbiran baginda dibantu oleh pegawai-pegawai terlatih dibawah kelolaan seorang ulamak yang hebat pada masa itu bernama Maulana Malik Ibrahim. Ulamak tersohor ini didatangkan khas dari daerah Chempa, Cempaka Sari Kemboja.
Kajian Lembaga Research Pasentran Leluhur Islam Jawa Timur pula mengatakan Puteri Siti Fatimah Maimun dan Dewi Ratna Suari adalah orang yang sama iaitu puteri kepada Sultan Kedah. Masa hidupnya sezaman dengan Maulana Malik Ibrahim dan jarak wafat kedua tokoh ini hanya bezanya20 tahun.
Baginda mangkat di Desa Laren, Manyan Grisek Jawa Timur dan makamnya sekarang ada bersebelahan Kota Grisek sebuah kota pelabuhan kuno. Siti Fatimah Maimun tercatat dalam sejarah sebagai pendakwah sufi di zaman kegemilangan Islam Kedah ketika itu. Catatan ini juga menjadi bahan kajianJ.Wolbers juga salah seorang pengkaji sejarah dari barat.

MAKAM RATU SITI FATIMAH MAIMUN PUTERI SULTAN KEDAH BERSEBELAHAN KOTA GRISEK DI KOTA PELABUHAN KUNO GRISEK , JAWA TIMUR.
 Sebelum nama Alor Star digunakan, pusat pemerintahan kuno ini bernama Kota Star. Nama ini diberi kerana sekitar kawasannya ditumbuhi pohon-pohon Stag dalam loghat utaranya atau pohon-pohon Star. Ia sejenis pokok yang buahnya masam-masam manis. Buah pokok Stag ini berwarna kekuning-kuningan bila ianya masak. Ia dalam kumpulan pohon Kundang termasuk juga pohon Rumia. (sila rujuk Buletin MKNK m.s 14 oleh Wadiassofi Jaafar)
Ketamadunan Kota-kota ini dan Kesultanan Kedah Tua perlulah dijaga dan dipelihara untuk kepentingan negara. Selain kita memiliki warisan-warisan lama ini, sejarah realiti ini pula dapat memupuk identiti dan jati diri rakyat Malaysia, catatan tentang kota-kota lama ini juga membuktikan kehebatan Kesultanan Melayu Tua.
Gerbang Kota Star telah di musnahkan pada tahun 1960 setelah kemangkatan Sultan Badlisah pada tahun 1958 dan Gerbang Kacapuri di Kota Kuala Bahang yang namanya ditukar kepada Kuala Kedah juga telah dimusnahkan pada tahun 1970 yang kononnya telah runtuh akibat ribut.
Setelah semua konspirasi ini selesai maka benarlah kata-kata British dan talibarutnya konon MELAYU INI TIADA APA-APA CUMA PERTANIAN DAN ATAP RUMBIA. Kota-kotanya hanyalah dari kayu, papan dan batang buluh..
Dicatat oleh Megat al-Jefri
Read More..