Search This Blog

Followers

like Batu

Jumlah Paparan Halaman

Khamis, 21 Februari 2013

Hudud: Mahathir makin biadab, kufur dan angkuh dengan Allah

Kadangkala pening juga banyak kenyataan Mufti Perak yang tidak tetap sama seperti Mahathir. Baru-baru beliau dan Noh Gadut membuat kenyataan bahawa mana-mana pihak yang membenar dan meluluskan kalimah Allah digunakan dalam bible maka mereka itu jatuh kufur atau kafir. Jadi apakah beliau buat-buat tak tahu bahawa bible yang menggunakan kalimah Allah di Sabah dan di Sarawak telah dilulus dan dibenarkan oleh Kerajaan yangmana kabinet dan Perdana Menterinya adalah orang Melayu UMNO? Begitu juga kebenaran kemasukan bible yang menggunakan kalimah Allah dari Indonesia adalah dari kerajaan dan menteri yang sama juga. Kini tiba-tiba Harusani minta PAS bersatu dengan UMNO pula. 

Apakah oleh kerana yang meluluskan itu adalah parti kerajaan yang selama ini disokong oleh beliau maka tidak jatuh kufur? Berbelit-belit cakap...lebih dari ular lagi mufti ni. Elok diam sajalah sebab tak ada siapa lagi dah yang nak dengar dan nak percaya cakap Mufti ni. Apakah golongan zalim yang menindas, merampas hak rakyat, menipu, makan rasuah, buat fitnah, ganas guna samseng ganggu majlis PR, kaki arak, judi dan berbagai lagi itu boleh dianggap orang beriman? Boleh dibuat kawan? Boleh dipercayai ke golongan seperti ini? Sudahlah Harusani. Kenyataan kamu itu sama saja macam Mahathir.

UMNO kata dia beriman kepada Allah, kepada Nabi Muhammad dan kepada Al Quran, tetapi dari tindakan, kenyataan dan akhlak pemimpin dan pengikutnya yang sombong, angkuh, menipu, menindas sesama bangsa, merampas hak sesama bangsa (royalti),menafikan bantuan, adu domba, fitnah, terlibat berbagai kemungkaran itukah yang dimaksudkan oleh Harusani untuk bersilaturahim? Apakah golongan sebegini yang Harusani kata beriman? Tahukah wahai harusani bahawa mereka inilah sebenarnya syaitan yang bertopengkan manusia seperti yang diakui oleh Mahathir bahawa UMNO itu parti syaitan dan beliau sendiri adalah sebagai ketua syaitanya.

DAP, MCA, MIC Gerakan dan parti bukan Islam lainya tidak pernah beriman kepada Allah, kepada Nabi Muhammad, kepada Al Quran tetapi perangai dan tindakan mereka tiba seburuk dan tidak sekeji puak-puak UMNO, tahu tak Harusani? Mereka tidak tindas, tidak tipu dan tidak rampas hak orang yang sebangsa dengan mereka tetapi UMNO buat lebih dari itu terhadap sesama bangsanya. Ini ikut perangai Zionis bulat-bulat. Nak bersatu dan nak bersilaturahim dengan UMNO? Na'uzibillahiminzalik.

Tengok saja sahaja Mahathir sekarang ini. Dulu semasa berkuasa beliau begitu angkuh menggunakan kuasanya untuk mengarahkan dan berbuat apa saja demi kemahuan dan kepentinganya. Kini perangainya berulang lagi. Dengan penuh biadab, angkuh beliau boleh mempertikaikan akan keadilan syariat Allah dengan mengatakan hudud itu tidak adil kerana hanya dikenakan kepada umat Islam sedangkan penganut agama lain bebas. Apakah beliau merasakan beliau lebih bijak, lebih hebat dari Allah? Inilah jenis manusia yang tidak pernah tahu bersyukur kepada Allah malahan makin kufur nampaknya. Kalau jahil agama, lebih baik diam. Kamulah puncanya umat Islam dinegara ini rosak akhlak, rosak iman dan rosak aqidahnya.

Jika Mahathir merasakan syariat Allah itu tidak adil kerana hanya tertumpu kepada umat Islam, mengapa tidak beliau memaksa rakan komponenya seperti MCA, Gerakan, MIC dan yang lainya itu solat lima waktu, pergi haji, bayar zakat dan puasa juga? Mana adil jika orang Islam dalam UMNO sahaja yang diperintahkan supaya solat lima waktu, buat haji, puasa dan bayar zakat? Orang bukan Islam pun patut Mahathit wajibkan buat perkara yang sama juga, baru adilkan wahai Mahathir? Rupa-rupanya Mahathir ini tidak faham akan apa itu agama Islam dan apa itu agama bukan Islam. Teruk sangat dah nampaknya aqidah Mahathir ni. Ini pun masih ada orang yang buta hati yang masih memuja, menghormati dan menyanjunginya. Rosak sudah aqidah manusia-manusia seperti ini.

Sejak dulu kita jika Mahathir berkata sesuatu yang berkaitan dengan agama, syariat Allah termasuk hudud walaupun jelas bercanggah dengan Quran dan Hadis Nabi, tetapi masih ada orang yang sokong dan pertahankan kenyataan Mahathir itu dan mereka tolak ayat-ayat Allah seolah-olah Tuhan mereka ini bukanya Allah tetapi Mahathir. Begitu juga jika ada pemimpin-pemimpin UMNO yang membuat kenyataan yang menghina syariat Allah atau melakukan perkara yang boleh merosak aqidah, bila ada ulama menegur maka akan menjeritlah puak-puak tertentu menghentam ulama itu seolah-olah mereka lebih pertahankan kenyataan pemimpin dan perjuangan parti UMNO lebih dari untuk mempertahankan Al Quran itu sendiri. Bukankah ini termasuk dalam perbuatan syirik? Penyokong UMNO nampaknya lebih sayangkan Mahathir dan pemimpin mereka serta perjuangan parti mereka dari menyayangi Allah, Rasul dan Al Quran. Golongan inikah yang hendak kita sokong?

Penulis tidak pelik malahan menyokong sekiranya Mahathir mempertikaikan hudud yang hendak dilaksanakan oleh PAS itu samada menyatakan apakah golongan istana juga termasuk dalam hukuman itu atau tidak! Jika tidak masuk, maka bolehlah dikatakan tidak adil kerana disisi Allah semua manusia itu sama dan semua syariatnya tidak memilih golongan rakyat ataupun bangsawan. Jika ada rakyat berzina, minum arak atau mencuri dan dikenakan hudud setelah mendapt bukti dan saksi yang bertepatan dengan kehendak syariat, maka perkara yang sama juga mesti dikenakan keatas pihak istana juga kerana syariat Allah tidak memilih bulu, malahan Nabi sendiri pernah berkata bahawa baginda sendiri akan memotong tangan anaknya Fatimah jika terbukti Fatimah itu mencuri.

Sekiranya hudud yang hendak dilaksanakan oleh PAS itu hanya melibatkan rakyat biasa manakala pihak istana pula dikecualikan dari undang-undang itu, maka bagi penulis tidak wajib untuk kita menyokongnya kerana ianya menafikan perintah Allah secara keseluruhanya kerana Al Quran dan hadis Nabi tidak ada menyatakan bahawa pihak itu mesti dihukum maka pihak sini pula dikecualikan semata kerana perbezaan darjat. Ini jelas bertujuan bukan untuk melaksanakan dan mematuhi perintah Allah tetapi lebih kepada kepentingan politik.

Jadi umat Islam kena berhati-hati dalam perkara yang membabitkan soal aqidah, jangan hanya sokong tanpa menghalusi akan maksud tersirat. Jangan hanya melihat puak tertentu berduyun-duyun pergi mendengar kuliah maka dianggap sudah alim, warak dan baik akhlaknya. Ini adalah kerana jika kita lihat dan perhatikan sungguh, sebahagian besarnya masih mempunyai akhlak yang buruk, hati busuk dan sentiasa buruk sangka terhadap orang lain. Maknanya ilmu yang dikutip dari kuliah-kuliah itu tidak mampu untuk mengubah akhlak dan lidahnya kerana tujuanya ke tempat ilmu bukan ikhlas kerana Allah tetapi lebih kepada riak, ujub dan untuk gelak ketawa saja.

Buat Mahathir, teruskanlah kamu dengan kenyataan sesat dan songsang kamu itu. Jika sebelum ini sudah dua kali kamu hampir menghancur kan UMNO (berpecah kepada Semangat 46 dan kepada Keadilan Rakyat) dan semuga kali ini kamu akan menghancurkan UMNO dengan lumat dan tidak akan bangkit lagi. Tahniah Mahathir. Wallahualam.