Search This Blog

Followers

like Batu

Jumlah Paparan Halaman

Khamis, 21 Februari 2013

Asal Usul Kejadian Kursy, Syurga & Awan

Fasal pada menyatakan kejadian Kursy

Adapun Kursy itu dijadikan Allah Taala daripada Zamrud yang Hijau dan adalah baginya empat tiang, tiap satu tiang luasnya seperti tujuh petala bumi dan langit. Dan Malaikat yang menangung Kursy itu empat orang dan seorang itu berupa Adam dan itulah yang memohon rezeki kepada Allah bagi anak Adam. Dan yang berupa Rajawali itu memohon rezeki bagi sekelian angkas, dan yang berupa Harimau itu memohon rezeki bagi binatang yang buas dan yang terakhir berupa dengan rupa Lembu dan itulah Malaikat yang memohon rezeki bagi binatang yang jinak.


Fasal pada menyatakan kejadian Syurga

Kata setengah daripada ulamak bahawa Syurga itu pintunya daripada permata yang merah, kemudian Janatul Firdaus itu daripada emas yang merah, Janatul Makwa itu daripada Zamrud yang hijau, Janatul Adnan itu daripada Mutiara. Kata sesetengah ulamak bahawasanya Syurga itu lapan perkara iaitu:-


1. Darul Janah dan satu riwayat menyatakan Darul Jalal namanya daripada mutiara yang putih, iaitu tempat bagi segala hamba yang taubat, 
2. Darul Salam namanya iaitu daripada Yakut yang Merah, tempat hamba yang sabra baginya.
3. Janatul Makwa namanya iaitu daripada Zarbajad yang Hijau, tempat bagi orang yang sangat takut kepada Tuhannya.

4. Janatul AlKhalad namanya iaitu daripada Qalam yang merah dan pada satu riwayat daripada emas yang merah itulah tempat bagi hamba yang takut kepada Allah Taala.

5. Janatul naim namanya iaitu daripada Perak yang putih itulah tempat bagi hambanya yang kasih saying kepada Tuhannya.

6. Janatul Firdaus iaitu daripada emas yang merah itulah tempat kediaman sekelian hamba yang redo akan Qada.

7. Janatul Darul Qubra daripada Kasturi yang amat harum baunya itulah tempat sekelian hambanya yang Kasih akan Tuhan.

8. Janatul Adnan iaitu daripada mutiara yang putih itulah tempat tinggal bagi hambanya yang kenal dengan sebenar kenal akan Tuhannya dan juga dirinya.


Seperti Firman Allah taala didalam AlQuran yang maksudnya bahawasanya Allah Taala menjadikan Syurga Janatul Adnan itu dengan tangan kudratnya danmenanamkan pohon kayu Dauithfi itu dengan tangan kudratnya dan menjadikan ADAM itu dengan tangan kudratnya dan menyurat Taurat itu dengan tangan Kudratnya.


Fasal menyatakan kejadian Awan.

Adapun awan itu kejadian daripada tubuh yang latif dan tempat kediamnya itu diudara seperti katat Ibnu Abbas, adapun awan itu bertubuh yang latif duduknya di awan dan menjadi tentera Malaikat Mikail dan apabila di suruhnya hampir ia kepada bumi maka jadi kelamlah awan itu, apabila di suruh naik tinggi ke udara jadi jernihlah awan itu, maka apabila dikehendaki akan hujan pada suatu pihak bumi maka dititahkan Allah s.w.t akan segala Malaikat yang mengawal awan itu menghampiri akan dia kepada pihak bumi, maka jadilah hujan kepada pihak bumi itu. Dan jika tiada hampir awan itu kepada pihak bumi nescaya tiadalah hujan di kawasan itu..