Search This Blog

Followers

like Batu

Jumlah Paparan Halaman

Sabtu, 30 Julai 2011

Tips Elak Riak

Riak adalah  rasa bangga di dalam hati yang membuatkan diri terasa hebat. Sifat ini sekeluarga dengan ‘ujub, samaah dan takabur. Ujub lantunan rasa ajaib akan kehebatan diri, samaah buat supaya orang dengar-dengar kehebatan diri dan takabbur membesar diri apabila bercakap. Senang cakap sifat-sifat ini adalah milikan orang-orang yang jahil dalam beragama.


Apabila tidak belajar agama, seseorang itu tidak sedar bahawa perbuatan itu sangat bersalahan di sisi agama. Itulah sifat pembakar amal. Beramal ibadat banyak tetapi pulangannya kosong. Contohnya, malam bertahajud, pagi esok sudah cerita kepada rakan sepejabat. Tak sampai sehari, amal sudah jadi kosong. Tahun lepas banyak bersedekah di bulan puasa, tahun ini mengungkit balik apa yang dilakukan setahun lepas. Padam pula pahala. Inilah yang dikatakan pembakar amal.

Ingat, jangan pakai pakaian kebesaran Ilahi ini. Bukankah iblis itu merupakan hamba Allah yang taat; penghuni syurga lagi. Hanya kerana sekali takabbur, iblis dinyahkan daripada syurga. Iblis rasa dirinya mulia kerana diperbuat daripada api sedangkan Adam daripada tanah. Dia enggan sujud kepada Adam apabila Allah perintahkan. Iblis menyarungkan pakaian kebesaran Allah dengan  sifat takabbur tadi. Nah, dia menunggu azab di akhirat kelak.

Bagaimana hendak mengelakkan diri daripada sifat-sifat mazmumah ini? Tidak senang juga untuk mengatasinya. Kadang-kadang perasaan hebat ini datang  sendiri tanpa diundang; hanya orang jahil yang wewenang riak dan takabbur. Penulis juga selalu diganggu lintasan-lintasan pembakar amal ini. Astaghfirullah sahajalah. Cuma satu sahaja penulis hendak kongsi bersama. Apabila mari lintasan itu, lalu diri ini kembalikannya kepada Allah. Buang cepat-cepat mainan iblis  itu lalu  diganti dengan rasa syukur melalui iktikad bahawa ‘ ya Allah, syukur aku kepada-Mu kerana memilih aku untuk menzahirkan sifat mulia-Mu melalui tanganku, lidahku dan anggotaku’.

Dua  misalan diberikan. Pertama, jika kita banyak berderma. Hakikatnya duit yang kita dermakan itu hak Allah yang dipinjamkan kepada kita. Allah hendak beri sebahagiannya kepada fakir miskin lalu Allah laksanakannya melalui tangan kita yang juga milik Allah juga sebenarnya. Habis di mana lebih dan hebatnya kita? Kedua, jika kita banyak berzikir. Allah hendak membesarkan diri-Nya sendiri melalui lidah kita. Lidah juga milik-Nya. Lagi tiada lebih dan hebatnya kita. Yang patut ada ialah rasa syukur tadi. Mengapa? Kerana Allah memuliakan kita dengan cara memilih kita untuk menzahirkan kemuliaan dan kehebatan-Nya. Maka tiadalah  lagi perkara yang hendak dibanggakan sebaliknya  melimpahlah rasa kesyukuran.Semoga perkongsian ilmu ini menjadi pahala yang berpanjangan untuk guru-guruku, diriku dan para dai’ yang memanjangkannya pula kepada hamba-hamba Allah yang melata di muka bumi ini.
 
 
Nota : Amalkan doa yg berbunyi Ya Allah selamatkanlah kami/saya dari hembusan-hembusan syaithan, insya Allah terhindar dari sikap ego ataupon takabur- aya 
Read More..

BANGSA 'MIM NUSANTARA ( 6 )


ERA ADAM

"Manusia dulunya SATU UMAT, kemudan berpecah-pecah"

Umat yang satu, itulah di mana era ADAM dan warisnya menjadi khalifah. ADAM yang berumur hampir 1000 tahun itu sudah tentu dapat mendirikan ketamadunan yang hebat demi menyatukan semua makhluk di bawah kekhalifahannya. Dengan ILMU SEGALA di berikan padanya itu, ternyata dia dapat mengurus SATU UMAT dengan baik. Bagaimanapun, dia tidak keseorangan. Bersamanya, anak cucunya yang di beri HAQ untuk mengurus dunia secara bersama. 

Jika anda seorang ahli sufi atau seorang yang suka mencari kerahsiaan dalam agama, anda tentu pernah mendengar frasa ini; 'ADAM mewariskan amanahNYA kepada keturunannya'.

Terdapat dua pergertian untuk ini, salah satunya adalah mengenai pewarisan ILMU SEGALA ini yang sesekali tidak akan hilang. Keduanya adalah, mengenai sifat, kelakuan dan nama-namaNYA yang di serap kedalam ADAM lantas di wariskan kepada anak cucunya yang HAQ. Apapun, saya tidak akan mengulasnya lanjut kerana itu amat berat untuk orang awam dan biarlah kalian sendiri yang mencarinya dengan berguru. Insyallah.

Pewaris ILMU SEGALA ini di beri HAQ untuk mengurus langit dan bumi. Mereka ini boleh kita gelarkan sebagai DEWA-DEWI. Orang zaman dahulu pula menyebutnya sebagai TUHAN-TUHAN. Biarpun apa frasanya, yang penting, mereka-mereka ini mengurus dunia dengan keizinan DIA yang maha besar.

Kemudian, terdapat pertikaian berlaku dan ia menyebabkan Umat yang satu berpecah-pecah.Pertikaian ini mungkin dari mereka yang ingin menjadi 'dewa-dewa' tapi tiada HAQ. Ada yang mencuri sedikit dari ILMU itu dan membina ketamadunan yang lain. Pada masa yang sama juga, terdapat DEWA-DEWI yang hanya bermatlamatkan DUNIA ADALAH SEGALA.
Jadi, dunia pada ketika itu, terbahagi kepada dua, yakni 'CAHAYA/LIGHT' yang mengurus dunia dengan arahanNYA dan 'GELAP/DARK' yang mahukan dunia menjadi matlamat segala. Bagaimanapun, kita harus tahu, biarpun LIGHT and DARK sekalipun, ini semua di atas kehendakNYA. Bukankah ALLAH itu maha perancang?!

Pertentangan ini berterusan sehinggalah berlaku peperangan. Perkara ini sudahpun di jangka oleh para malaikat pada sebelum ini kerana mereka tahu model ADAM tetap akan bermatlamatkan kehancuran. 

"Tiap-tiap umat mempunyai batas waktu"
Al-quran 34:7

Itulah yang telah di tetapkan oleh ALLAH s.w.t. Inilah sebab musabab untuk kehancuran umat era ADAM ini. Meskipun demikian, tiada di ketahui punca sebenar mengapa umat ini harus di tamatkan. Daripada penkajian saya, ada yang mengatakan penguasaan NEFILIM atau gergasi di era ini amat membimbangkan. Dalam mitos ketamadunan SUMERIA pula, di katakan ENLIL mahu hapuskan manusia kerana mereka membiak dengan cepat sehinggakan langit dan bumi
di penuhi dengan mereka. Biar apapun ceritanya, kemusnahan itu tetap berlaku dan bumi baru telah di 'bersihkan' dan kehidupan baru kini bermula......

Read More..

ISTILAH RAMADHAN

TAKRIF PUASA :
Shi yam dalam bahasa arab bermaksud meninggalkan. Dalam bahasa melayu ia disebut puasa. Dari sudut istilah feqh dikenali dengan lafaz Imsak. Iaitu melakukan sesuatu dengan meninggalkan apa-apa yang dilarang oleh Allah SWT terhadap perkara-perkara yang boleh membatalkan dan merosakkan puasa. Amalan ini bermula dari terbit fajar sehingga terbenamnya matahari dan disertai dengan niat.
ISTILAH RAMADHAN
Menurut kamus al-Mu'jam al-Wasith, istilah ( رمضان ) berasal dari beberapa lafaz :
1) Ra ma dha : ( رمضا) bermaksud ( النصل ) potong. Bila dikatakan ( ر مض الشاة) bermaksud dipotong daging kambing dan diasingkan kulitnya.
2) Ru mi dha : terbakar. Bila disebut ( رمض فلان) Ru midha Fulan ia bermaksud kaki seseorang dalam kepanasan terbakar disebabkan dia berjalan (berkaki ayam) di atas muka bumi yang panas.
3) Ra mi dha : ( رمضا) panas membakar. Jika dikatakan ( رمض الشيء )bermaksud bersangatan kepanasan. dikatakan juga, bumi kepanasan, hari kepanasan (disebabkan mentari) orang yang berpuasa kepanasan perutnya disebabkan terlalu dahaga (nafsu). Kambing yang dibiarkan di kawasan peliharaan yang terlalu panas menyebabkan hatinya luka."
* nota : jika hati binatang ternakan didapati bertompok-tompok menunjukkan binatang itu disembelih dlm keadaan yang tidak sihat dan tidak elok utk dimakan.
4) Ramadhan : Bulan ke-9 dari kalendar Hijriyyah.
Kesemua pengertian 1 - 4 asal usul istilah ramadhan ini dipetik dari Kamus al-Mu'jam al-Wasith, 1972, Kaherah, cet ke-8, hlm 372 - 373
Melihatkan semua ini, tidak hairanlah jika kalimah ( رمضان ) yang terdiri dari lima huruf turut mendapat perhatian dari seorang tokohsSufi yang Agung, Imam Abd Qadir al-Jaylani. Beliau memperincikan kalimah ramadhan dengan menjelaskan :
ر: رضوان الله (keredhaan Allah)
م : محبة الله ( Kasih sayang Allah)
ض : ضمان الله (Jaminan Allah)
الألف : ألفة الله (Kepemurahan Allah)
ن : نور الله (Cahaya dari Allah)-sila rujuk : al-Jaylaniy, al-Ghunyah Bithalibi Thariqi al-Haq, t.thn, al-Maktabah al-Sya'biyyah, hlm 9


Kesimpulannya, lafaz ke2, 3 dan ke-4 sinonim dengan pengertian puasa ramadhan. Manakala lafaz yang pertama dilihat agak jauh sedikit pengertiannya. Namun, apa yang penting ialah apabila kita berada di bulan ramadhan bahang kepanasan ramdhan sentiasa dirasai hawa nafsu disebabkan ia dirantai oleh beberapa pantang larang Allah SWT spt makan, minum, syahwat dan beberapa keinginan lain yang biasanya melonjak-lonjak disiang hari. Jadi, pantang larang inilah yg menyebabkan nafsu manusia kepanasan.
Pada malam hari, selain tugasan kefardhuan, kita amat digalakkan utk bertarawih, bertasbih, berselawat, berqiyamulail dan berdoa kepada Allah SWT. Sekali lagi, nafsu ammarah kepanasan meronta-ronta menuntut kita agar berhenti dari beribadat. Di sini, betapa pentingnya peranan mujahadah utk melawan hawa nafsu. Nafsu Ammarah mengajak utk melakukan adat dan maksiat. Manakala nafsu Mutma'innah teruja untuk melakukan ibadat.
Oleh itu, kita dapati bahawa ada persamaan maksud diantara pengertian puasa/ramadhan dari sudut bahasa dan istilah syarak melalui alim ulamak yg hak. Maka barangsiapa yang buta hakikat dalam memahami sesuatu perkara, dia sebenarnya gagal mencapai makrifat. Pasti sukar baginya utk meraih bekalan pulang menuju akhirat. Ramdhan, hadirmu dirindui.
Read More..

Anugerah Ibrahim Ali, Anugerah Omar Din MANA?

" NASIB baik belum masuk bulan puasa lagi. Jika tidak, mungkin ramai yang `termuntah'NONE atau terlebih ketawa apabila membaca kenyataan Presiden PERKASA, Ibrahim Ali yang perasan ramai orang `cemburu' kepadanya apabila beliau sendiri taja anugerah untuk dinamakan anugerah Kepimpinan Ibrahim Ali kepada UiTM.

Memetik laporan Malaysiakini, Ibrahim Ali berkata, "Sebab saya terlalu aktif menganjurkan banyak program, kadang-kadang dalam skop yang besar, terdapat sesetengah orang yang cemburu terhadap saya. "Itu sahaja, mereka cemburu dengan saya," katanya dalam wawancara eksklusif dengan stesen TV internet - eTV - minggu lalu.


Siapa yang terlalu bodoh untuk cemburu dengan manusia bernama Ibrahim Ali ini? Apa kehebatan `raja katak' dari Pasir Mas ini? Kerusi Parlimen Pasir Mas yang beliau tidak segan silu duduki sekarang pun adalah hasil `ehsan' dari PAS Kelantan. Jika tidak, mungkin Ibrahim Ali tidak berada di Parlimen hari ini atau mungkin beliau sekarang menjawat jawatan Siak Masjid di kampungnya. Kita tidak lupa Ibrahim Ali pernah hilang deposit bertanding di dalam Pilihanraya sewaktu beliau menggunakan `jenama Ibrahim Ali' sahaja.


Hebatkah Ibrahim Ali yang hanya sekadar terlolong-lolong di depan TV kununnya untuk mengumpulkan puluhan ribu orang-orangnya untuk berdepan dengan Himpunan Bersih 2.0 pada 09 Jul yang lalu? Pada hari perhimpunan tersebut, di mana `tokoh hebat' ini? Andainya ada `katak' yang hadir berhimpun pada hari tersebut, nescaya banyak yang `mati katak' akibat dipijak oleh puluhan ribu peserta BERSIH.

Oleh sebab itu, tidak pelik ramai yang terpinga-pinga mengapa harus UiTM mewujudkan anugerah Ibrahim Ali? Jika orang seperti beliau boleh dijadikan nama anugerah, sudah tentu Omar Din dari Silat Lincah itu pun boleh digunakan namanya untuk anugerah. Ini adalah kerana `level' Ibrahim Ali dan Omar Din setaraf. Jika Ibrahim Ali ada kerusi Parlimen Pasir Mas, Omar Din pun ada `kerusi' khusus untuk beliau juga. Jika Ibrahim Ali `garang dan hebat' di depan TV sebelum Perhimpunan BERSIH yang lalu, apa kurangnya si `Pendekar Mustar' itu?

Nampaknya perangai perasan ini tidak habis-habis melanda Ibrahim Ali. Mungkin sebab itu beliau tidak mahu kosongkan kerusi Parlimen Pasir Mas kerana beliau `perasan' bahawa majoriti rakyat di Pasir Mas setia dan menyokong beliau. Kita berharap Ibrahim Ali kurangkan sikit lawak jenaka bodohnya itu menjelang Ramadhan nanti kerana kita takut `termuntah' terlalu banyak apabila mendengar beliau bercakap.
Read More..

Jumaat, 29 Julai 2011

BANGSA 'MIM NUSANTARA ( 5 )



sedikit imbasan kembali daripada artikel sebelum ini

"Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi." Mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darahpadahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui."
al-baqarah ayat 30

"Dan Dia mengajarkan kepada Adam nama-nama seluruhnya, kemudian mengemukakannya kepada para Malaikat lalu berfirman: "Sebutkanlah kepada-Ku nama benda-benda itu jika kamu mamang benar orang-orang yang benar!"

al-baqarah ayat 31

Di siri ke 2, saya menjawab kepada persoalan beberapa orang mengenai siapakah ADAM sebenarnya dan apa yang di pimpin oleh ADAM dan perkara yang di risaukan oleh para malaikat sebelum ADAM di cipta sepenuhnya. Penciptaan ADAM ini di ibaratkan 'secret creation' yang mana hanya beberapa makhluk tertentu sahaja yang dapat mengetahuinya. Selaras dengan itu, berlaku suatu 'notis di langit' di mana notis itu memberitahu tentang akan ada makhluk ALLAH yang akan merusuh dan membelot. Akibat takut dari 'notis' di langit itu, para malaikat mendatangi
AZAZIL, yakni satu-satu bangsa JAN yang terselamat dari 'kemusnahan total' di bumi lama.

AZAZIL memang terkenal dengan sikap abidnya dan dia juga di kenali sebagai doa yang di makbulkan. Dia mendoakan sekalian malaikat akan tetapi dia tidak mendoakan dirinya sendiri. Akibatnya, di hari 'pelancaran' ADAM yang sempurna ini, AZAZIL dan kuncu-kuncunya yang mungkin terdiri dari sebahagian kecil malaikat dan penduduk langit yang terselamat
dari pemusnahan bumi lama, belot dan engkar akan arahan ALLAH untuk tunduk kepada ADAM.

Dek kerana itu, AZAZIL dan kuncu-kuncunya di turunkan ke bumi baru dan bermulalah era IBLIS yang mana akan menjadikan bumi sebagai penjara untuk waris ADAM serta neraka di kemudian hari. Mereka inilah di gelar 'FALLEN ANGLE'ADAM di ciptakan untuk menjadi KHALIFAH yang mana akan menerajui bumi baru. sebelum di turunkan ke bumi, ADAM hidup tenang dengan isterinya HAWA di 'syurga'. Hendak di jadikan musabab, mereka berdua memakan buah KHULDI atau di gelar FRUIT OF KNOWLEDGE oleh para kristian, lalu turun ke bumi ini. Pada ketika itu, bumi baru telah di penuhi dengan pelbagai makhluk dan antara makhluk-makhluk hyrid yang tiada hala tuju. Jika di fikir dari sudut logik, masa penurunan iblis dan kuncu-kuncunya sehingga penurunan ADAM dan HAWA itu agak lama juga jika di kira dari masa bumi. Takkala itu, bumi sudah di penuhi dengan flora dan fauna.

Di siri 1 pula, saya menerangkan tentang ADAM di beri ILMU SEGALA. Ilmu segala ini adalah ilmu nama-nama yang mana membolehkan ADAM mengawal langit dan bumi di atas keizinanNYA. Ilmu ini amat hebat dan sentiasa di cari oleh IBLIS dan kuncu-kuncunya. Penurunan ADAM ketika itu ibarat rahmat untuk sekalian alam. ADAM dan warisnya menerajui alam dengan keizinanNYA. Lantas, ketika itu, pelbagai makhluk tinggal di bawah penguasaan ADAM dan waris dan di gelar
1 bangsa.
Read More..

Wan Ahmad Wan Omar Layak Ganti NAJIB



NONESIAPA kata BERSIH adalah pertubuhan haram atau diresapi oleh Komunis? Buktinya, masakan Ke Bawah Duli YMM Seri Paduka YDP Agong bersetuju untuk menerima mengadap Pengerusi BERSIH Datuk S. Ambiga. Mustahil Tuanku mahu berjumpa dengan pertubuhan haram apatah lagi dikatakan mempunyai fahaman Komunis.

Terbaru, BERSIH sendiri telah diundang sebagai ahli Panel di dalam wacana debat anjuran Karangkraf di shah Alam kelmarin dan SPR sendiri turut mengiktiraf BERSIH apabila Timbalan Presidennya Datuk Wan Ahmad Wan Omar turut serta di wacana tersebut. Mustahil pertubuhan haram yang berfahaman Komunis boleh dijemput oleh pihak Penganjur tanpa halangan dari pihak berkuasa.

Menguatkan lagi hujah bahawa BERSIH adalah satu pertubuhan yang tiada kena mengena dengan fahaman Komunis atau apa jua gerakan `subversif', pada Jumaat (esok) sekali lagi BERSIH diundang untuk hadir bersemuka dengan Datuk Wan Ahmad Wan Omar, Timbalan Pengerusi SPR yang berpeluh sakan di dewan semasa wacana kelmarin. Kali ini mereka akan berforum atas tajuk "undang-undang pilihan raya, SPR & reformasi pilihan raya" anjuran Persatuan Promosi Hak Asasi Manusia (Proham) di Dream Centre di Seksyen 13, Petaling Jaya.

NONEDi dalam kemarahan kita kepada SPR, kita tidak boleh menidakkan keberanian SPR untuk berdepan dengan BERSIH walaupun SPR membawa hujah yang sering menjadi bahan ketawa dan ejekan para hadirin. Paling tidak, SPR lebih `jantan' dari Najib dan kuncu-kuncunya. Najib telah beberapa kali dicabar untuk berdebat dengan Anwar atas apa jua tajuk termasuk tajuk peribadi sekiranya Najib mahu, namun `kejantanan' Najib belum dapat dibuktikan.

Najib hanya berani melalak dan melaung di depan kaca TV dan media kerana sudah pasti tiada soal jawab. Di hadapan TV, Najib tunjukkan `jantan'nya anak Pahang Cucu Mat Kilau atau Tok Gajah. Tetapi hakikatnya, beliau boleh dianggap bersemangat `Tok Tikus' yang terus menikus. Amat malang Umno mempunyai pemimpin yang sedemikian rupa jauh sekali mewarisi semangat ayahandanya Almarhum Tun Razak.

Jika Najib penikus sedemikian rupa, masakan Muhyiddin anak Johor juga sedemikian? Siapa `jantan' sebenarnya di dalam Umno? Oleh yang demikian, jika di dalam pemilihan Umno akan datang jika Perwakilan Umno mahu menolak kedua-duanya dari takhta Umno, maka ada lojiknya juga. Masalahnya, siapa yang boleh ganti tempat kedua-dua penikus tersebut? Pada saya, Ketua Pemuda Umno memang `gentleman' dan berani tetapi di dalam Umno bukan keberanian yang mereka cari. Di dalam Umno yang mereka cari mungkin yang boleh `memberikan sesuatu' habuan kepada mereka. Masakan KJ mampu lakukan di dalam keadaan beliau tiada kuasa dan jawatan di dalam kabinet sekarang.

Naib Presiden Umno, siapa yang berwibawa dan dilihat berani? Zahid Hamidi? Hishamuddin atau Shafie Afdal? Kesemuanya satu `spesis' dengan Najib dan Muhyiddin juga. Justeru itu, `tabik spring' buat Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar kerana `seteruk-teruk' beliau pun, beliau berani untuk ke depan bersemuka dengan seorang wanita. Seandainya Datuk Wan Ahmad Wan Omar ini meletak jawatan di dalam Kerajaan dan menyertai Umno, tiada syak lagi memang beliau layak menggantikan tempat Najib./wfauzdin.blogspot.com"
 
Read More..

Datuk Ni Dah Bersara.. Siapa Nak Umum Tarikh Puasa dan Raya Tahun ni?

Mantan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia, Y.M. Engku Tan Sri Dato Sri Ibrahim bin Engku Ngah, wajah yang tidak asing lagi setiap kali tiba saat pengumuman tarikh puasa dan hari raya di kaca TV. Beliau telah mula melaksanakan tanggungjawab tersebut sejak Januari 1989. Sememangnya aku membesar dengan muka 'atuk' ni setiap kali menjelang Ramadhan dan Hari Raya.

Akan tetapi, 'Datuk' ni telah pun bersara pada Januari 2011 yang lepas. Ini bermakna, puasa dan raya tahun ni, kita tidak akan dapat melihat lagi kelibat beliau di kaca TV. Dan kita semua bakal melihat muka baru pula setelah saban tahun melihat wajah yang sama.
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang dilantik menggantikan 'atuk' tu adalah Y.Bhg. Datuk Syed Danial bin Syed Ahmad. Di bawah ini adalah gambar-gambar eksklusif beliau. Agak sukar untuk meng'google' gambar beliau. Mungkin kerana beliau masih baru dan belum dikenali ramai.
 
  
p/s : tidak kisahla siapa pun yang isytihar.. puasa tetap kena puasa.. Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan..
Read More..

Khamis, 28 Julai 2011

BANGSA 'MIM NUSANTARA ( 4 )

Pada suatu ketika dulu, wujud satu bangsa yang suka berperang. Entah bagaimana, peperangan itu di sertai juga oleh para malaikat-malaikat sehinggakan bumi menjadi rata dan tiada lagi kehidupan di atasnya. Tapi, ajaibnya, ada seorang budak kecil masih hidup menangis-nangis mencari ibu bapanya. Lantas, malaikat mengambilnya lalu di bawa ke langit. Azazil ini di besarkan dan menjadi seorang abid yakni seorang ahli ibadat yang cukup hebat. Doanya sentiasa di perkenankan sehinggakan malaikat-malaikat pun datang meminta azazil doakan untuk mereka.

Pada suatu ketika, ALLAH mahu menciptakan sesuatu yang baru. Penciptaan ini di namakan sebagai ADAM. Azazil naik ke atas dan melihat-lihat boneka ADAM yang masih tidak bernyawa itu dan menyentuhnya. Lalu wujudlah calitan Azazil pada bahagian atas mulut dan bawah hidung kita pada hari ini.

Kemudian, di suatu bahagian yang lain, para malaikat yang baru saja membina bumi baru ini naik ke langit lantas melihat sesuatu di kaki langit. Ia tertera tentang akaa ada seorang hamba ALLAH ini yang akan membelot dan di laknat oleh ALLAH. Para malaikat menjadi takut dan menemui Azazil untuk doakan mereka. Azazil doakan para malaikat ini jauh dari kutukan itu tapi dia tidak mendoakan dirinya sendiri kerana menganggap dirinya akan selamat.

Pada era kebangkitan ADAM, azazil dan kuncu-kuncunya membelot dan membantah tentang pembinaan ADAM tambahan lagi di suruh untuk tunduk dan sujud. Akhirnya Azazil dan pengikutnya di burukan wajah mereka dan di halau keluar dari langit. Mereka inilah di namakan sebagai ‘fallen angle’.

Mereka inilah yang pertama sekali menduduki bumi baru ini. Di dalam ‘syurga’ pula, Adam dan Hawa bergelak tawa. Tapi, di sudut dalam manusia, sebenarnya wujud calitan ‘azazil’ yang ego tadi lalu meresap kedalam diri. Calitan itulah yang mengoda ADAM dan HAWA supaya memakan buah yang di larang. Peristiwa itu menyebabkan mereka berdua di halau keluar.
Pada hakikatnya, peristiwa itu hanyalah sebagai sebab musabab untuk ADAM dan HAWA keluar dari ‘syurga’ menuju ‘Dunia’. Sejak awal penciptaan ADAM lagi, sudah di tentukan tujuannya untuk mentadbir bumi dan menjadi pemimpin pada golongan yang engkar yakni golongan Fallen Angle tadi.

Sedikit info mengenai golongan Fallen angle, mereka ini bukanlah malaikat semata-mata. Tapi ada juga berupa makhluk yang terdahulu yang tidak di ketahui namanya. Azazil bila di turunkan ke bumi lantas dia di kenali sebagai IBLIS atau LUCIFER. Golongan yang wujud sebelum turunnya ADAM yang sempurna itu kebanyakkannya masih primitive dan tidak suka kepada penyatuan dan ketuhanan.

Mungkin dari situ juga, berlaku pencampuran genetic ‘fallen angle’ dan manusia lantas memwujudkan ‘nefilim’ atau si gergasi. Selain itu juga, pencampuran genetic itu juga dengan haiwan menghasilkan generasi ‘mutant’ bertubuh kehaiwanan. Inilah di sebut sebagai duyung dan lain-lain’. Bumi baru ketika itu di penuhi dengan pelbagai makhluk yang cukup berbeza. Jarak turunnya IBLIS dan turunnya ADAM tidak di ketahui tapi mungkin mengambil masa ribuan tahun dunia, kerana perbezaan sehari dunia dan sehari ‘akhirat’ adalah seribu tahun. Dek kerana itu, pembiakan dan penyebaran makhluk-mahkluk yang berkeliaran ini menyebabkan bumi tidak seimbang. Seorang pemimpin harus di angkat dengan segera.

Dek kerana itulah, turunnya ADAM dan HAWA. Mereka turun sebagai pemimpin pada manusia hybrid dari campuran ‘fallen angle’ dan spesis lain yang di ciptakan di bumi baru sebelum penurunan ADAM. Setakat itulah yang saya dengar dan jika mahu lebih, kalian haruslah mencari dan mengkajinya sendiri.

ADAM yang di beri ilmu segala itu kemudiannya mewariskan ilmu ‘segala nama’ kepada anak cucunya yang haq. Anak cucu inilah yang menjadi dewa-dewa yang di kenali pada catitan-catitan ketamadunan kuno. Tapi, di khabarkan juga, ada ahli yang mendapat ilmu ini dan aplikasikan mengikut hawa nafsu. Lantas terbinalah kecanggihan fizikal yang berlandaskan materialistic.
Jadi, pada era itu, terdapat dua golongan dewa. Satu, dewa yang mengurus dunia dengan arahanNYA dan satu lagi, dewa yang mahu membina dunia sebagai syurga. Maka, terjadilah ‘pertelingkahan’ sehingga kini. inilah di namakan sebagai ‘light and dark’. Pertempuran ini sentiasa terjadi sehingga kini.

Pada era satu bangsa yakni pada era kepimpinan anak cucu adam yang Berjaya menyatupadukan segala makhluk, kehidupan mereka cukup hebat. Baik dari segi spiritual dan fizikal. Emas itu umpama mainan saja. Terdapat juga kota-kota yang terapung di udara. Kota di bawah laut dan di atas gunung. Seorang raja memerhatikan saja dari atas gunung akan wilayahnya di mana, di bawahnya terdapat ribuan ikan paus bermain riang sambil di perhatikan oleh beberapa manusia di dasar lautan itu. Gambaran kehidupan itu seperti fantasi. Saya mendapat gambaran ini melalui keadah ‘channeling’.

Tapi, sejak berlakunya era ‘light and dark’, benua yang termaju itu terpecah dua dan saling bertelingkahan dan di akhiri dengan peristiwa perang besar. Pada era itu juga, bukan hanya ‘atlantis’ atau ‘lemuria’ saja yang wujud tapi masih ada lagi wilayah-wilayah lain yang hebat seperti ketamadunan ‘ramayana’ yang di sebut dalam kitab hindu. Tapi, janganlah kita pening untuk memikirkan lokasi-lokasi mereka ini dengan berlandaskan peta kini. ternyata ketika zaman dahulu, peta mereka cukup lain dan di khabarkan peta bumi berlapis dua. Mungkin itulah di sebut sebagai kayangan. Apapun, kita tinggalkan tentang itu.
Kemudiannya, peristiwa banjir besar terjadi akibat dari peperangan itu lantas menenggelamkan segala yang ada. Bahtera NOH yang besar (mungkin lagi besar dari bahtera 04 dalam filem 2012), mendarat di tanah besar yang kini di kenali sebagai Asia Barat.

Dari situ, bermulalah kehidupan yang baru di mana, manusia-manusia hybrid di hapuskan (atau di sembunyikan). Yang tinggal hanyalah manusia dari keturunan ADAM dan haiwan-haiwan yang di selamatkan. Bertebarablah mereka membina kehidupan yang baru.

Di suatu tempat yang lain pula, benua yang baru saja tenggelam itu membiarkan tanah paling tinggi mereka tidak di tenggelami air. Jadi, wujudlah apa yang kita saksikan sekarang ini sebagai tanah ‘nusantara’. Tanah-tanah tinggi ini dahulunya pernah di diami oleh para dewa-dewa pada era ADAM dan era ‘light and dark’. Tapi, sejak peninggalan NOH, tanah ini kosong dan menunggu kepulangan penduduk asalnya…tapi bilakah mereka itu akan pulang ke pangkuan tanah ‘dewa’ ini?

kesimpulan dari pada artikel kali ini adalah:-

1- umat sebelum ADAM adalah makhluk-makhluk hybrid dan 'fallen angle' yang harus di pimpin.
2- terdapat beberapa era sebelum berlakunya peristiwa banjir besar NOH yakni

a) kedatangan 'fallen angle' dan pencampuran genetik yang tidak seimbang
b) era kedatangan ADAM dan anak cucunya dalam proses penyebaran manusia-manusia sempurna
c) era penyatuan segala jenis manusia (satu bangsa) dan kemunculan 'dewa-dewa'
d) era pemisahan 'light and dark' (dewa pengurus dan dewa keduniaan)
e) era wilayah-wilayah ketamadunan dunia terhebat (atlantis, lemuria, ramayana dan lain-lain)
f) kemusnahan era ADAM dan bermulalah era manusia semata-mata

Banyak persoalan yang masih bermain di fikiran. Apa yang terjadi pada ‘fallen angle’ pada era ADAM sehingga kini? kemana perginya dewa-dewa yang pernah mendiami tanah dewa yakni nusantara ini? Apa itu peta dunia berlapis dua? Apa pula itu kayangan? Sebesar mana bahtera NOH itu? Ke mana perginya ilmu wasiat ADAM?
Read More..

Lemak Disalai

Lemak“Kau ni memang dah banyak lemak! Siap la nanti aku kerjakan bila sampai rumah nanti.” Herdik Pak Ya kepada anak sulungnya yang dari tadi tercungap-cungap menahan kepenatan. Yahya, bukannya kalah, tetapi kerana kesilapan sedikit aje. Itu pun bukannya dapat tempat yang corot.Masa pertandingan lompat tinggi aje yang fail sebab lompatan tak lepas pada halangan yang tertinggi.

“Udah-udah le abah kau, dari abah kau kerjakan lemak budak tu, lebih baik abah kau aje yang berjogging, kurang-kurangnya ilang ler lemak kat perut tu.” Celah Mak Esah pada suaminya.
“Shhhhh….aku bukanya cakap pasal lemak budak tu, tapi perangainya… dah penat aku latih, lompat tak tinggi-tinggi jugak…” jelas Pak Ya pada isterinya.
“Ya la, macam mana nak tinggi, dah abah kau pun tak boleh nak lompat tinggi. Kan Esah dah kata, lemak kat perut tu pegi buang….sayang sanggat ke lemak kat perut tu….nanti kalau dibiarkan lama-lama, macam-macam penyakit boleh dapat tau…contohnya darah tinggi, sakit jantung, kencing manis…bla..bla…bla…” leter Mak Esah pada suaminya..
HuHhu…genilah ceritanya mengenai Pak Ya dengan Mak Esah…Kerana lemak…jika diamati, lemak tu ada 2 makna yang berbeza…boleh membawa kebaikan dan boleh juga membawa keburukan…
Skrip diatas, saja aje ZackJ reka sebagai membuka bicara, tiada kena mengena dengan yang hidup atau mati…Sebenarnya ZackJ nak cerita tentang lemak untuk artikel kali ini…Jom baca seterusnya… 

LemakLemak terdiri dari 2 kategori

  1. Lemak Tepu - Bersifat membeku dan keras pada suhu rendah. Kebanyakanya dari sumber haiwan dan juga terdapat pada tumbuhan seperti santan dan lemak sayuran.Pengambilan yang berlebihan meningkatkan tahap kolesterol dalam darah yang berpotensi untuk termendap di saluran darah dan jantung.
  2. Lemak tak Tepu - Besifat lembut dan cecair walaupun pada suhu rendah. Ia didapati dari sumber tumbuhan.
Pernahkah anda membersihkan darah anda yang semakin pekat, berasid, bertoksin, kurang oksigen itu? Zaman sekarang ni dah terlalu banyak mesin-mesin yang boleh menjadi kuli untuk mencuci darah yang penuh dengan pancaroba didunianya itu. Tak kurang juga makanan tambahan yang boleh membantu kita menyuci lemak-lemak yang bertempelan didinding pembuluh darah.

Beberapa pertanyaan sering muncul dari teman2 mengenai senaman untuk menurunkan berat badan dan seterusnya membakar lemak-lemak yang ada. Kesedaran bagi orang-orang kita telah jelas menunjukkan kearah yang lebih positif. Cuma masalah yang sering disalah ertikan adalah bahwa adakah olahraga tertentu untuk membakar lemak dan adakah olahraga yang selain darinya yang tidak membakar lemak? Pertanyaan berikutnya adalah berapa kerapkah sebaiknya kita melakukan senaman untuk membakar lemak? Apakah pagi lebih baik atau petang yang ditutut?
Sebenarnya, bagi orang yang tidak pernah bersenam, maka apapun senaman yang dilakukan dan kekerapan sangat-sangat membantu mereka. Dengan senaman boleh membuat peredaran darah lebih lancar, juga meningkatkan metabolisme.

Tetapi beberapa ramai dari kita sudah berolahraga setengah mati tetapi tetap saja berat badannya belum mencapai berat ideal yang diimpikan. Jadi bagaimanakan pengaturan olahraga supaya hasil yang dicapai boleh lebih optimal?
Olahraga apapun, yang penting bukan angkat berat dengan cara memikul 10 biji tayar lori. Senaman harus dilakukan ketika kadar gula dalam keadaan rendah atau dalam keadaan perut yang tidak terlalu kenyang. Waktu terbaik untuk melakukan senaman ini adalah pagi hari, bangun tidur, dalam keadaan perut kosong. Olahraganya biasanya berbentuk apapun asal bukan angkat berat. Yoga, treadmill, renang, aerobic, dancing, asalkan detik jantung kita berada di level 65%.

Beberapa orang mengatakan, kalau olahraga perut kosong, mana ada tenaga? Saya katakan, kita mau membakar lemak dan bukan membakar makanan yang baru saja kita makan kan? Lemak adalah tenaga ‘simpanan’ kita. Jika kerap kita gunakan tenaga simpanan ini, lama kelamaan lemak kita akan berkurangan. Tentunya kalau tenaga utamanya dalam keadaan kosong. Itulah kenapa apabila kita ingin membakar lemak, selalu lakukan ketika perut kosong atau ketika gula darah anda dalam keadaan rendah.

Ha, mengikut kata mak esah tadi, kalau kita tak nak bakar lemak kita, kita sebenarnya sedang mengeramkan virus-virus jahat dalam badan. Hanya tunggu masa untuk menetas aje.

Untuk kita membakar lemak dengan cara yang mudah dan tak perlu keluarkan belanja duit stem, lakukan lah senaman sekurang2nya 45 – 60 minit setiap 2 hari.
Bangun aje tido, terus buat, jangan bertangguh untuk menjadi lebih sihat. Kalu waktu pagi, lepas senaman tu, bolehlah ambil sarapan , jika tidak anda akan rasa keletihan untuk menhadapi hari yang panjang.

Jika anda memilih untuk melakukan pada sebelah petang, boleh juga. Tetapi ini agak memenatkan sedikit, kerana anda digalakan untuk melakukan lebih dari waktu pagi. Sebabnya adalah anda perlu untuk mungurangkan karbohidrat terlebih dahulu dengan melakukan latihan yang agak berat. Dan diikuti dengan senaman ringgan  sekitar 60 hingga 90 minit supaya keberkesanan untuk menggunakan tenaga simpanan kita. Latihan beban juga dapat membantu meninggkatkan metabolisma kita.

Dan jangan takut untuk makan setelah bersenam. Itu adalah satu keharusan, jangan tak makan hanya semata-mata untuk mendaptkan berat badan yang ideal.

Panduan semasa menyediakan makanan

  • Kikis dan buang lemak yang kelihatan pada bahan masakan
  • Kurangkan memasak menggunkan bahan berminyak. Gunakan cara kukus, bakar, rebus, panggang, tumis atau gunakan gelombang mikro.
  • Ubah suaikan resepi masakan dengan mengurangkan santan, susu, daging dikurangkan dan ditambahkan kekacang untuk serat.Tambhkan bawang, rempah, herba, jus limau nipis, cuka atau perasa asli tanpa lemak.
  • Kikis dan buang air rebusan yang berlemak.
Sayur dan buah penting untuk diet seimbang. Seperti apa yang ZackJ telah nyatakan dalam sebelum artikal ini. Ia mempunyai rasa yang murni dan mempunyai kepelbagaian warna, rupa yang menarik. Jadikan ia sebagai sebahagian daripada menu harian yang juga merupakan sumber utama  karbohidrat kompleks, Serat, Vitamin terutama A, C dan E dan juga sumber garam mineral terutama kalium dan kalsium.
Dah, ZackJ nak gi masak dulu, kalau tak nanti Mak Esah marah lak.

Huhu…jangan tangguh untuk dapatkan kesihatan yang lebih baik.

Read More..

Rabu, 27 Julai 2011

BANGSA 'MIM NUSANTARA ( 3 )

. Artikel sebelum ini menerangkan tentang wasiat ilmu ADAM yang di turunkan kepada anak cucu baginda lantas menjadikan mereka itu sebagai ‘dewa’. Tugas mereka adalah untuk mengurus, bukannya untuk di sembah. Tapi, akibat kebodohan manusia yang tidak mahu mengikut, mereka ini menyembah-yembah manusia ‘dewa’ ini dan jadikan mereka ini tuhan. Akibatnya, mereka di musnahkan atau di hapuskan terus dari permukaan bumi. kenapa harus mereka menyembah tuhan manusia sedangkan ALLAH itu selayaknya di sembah kerena DIAlah zat maha segala.
Sebelum kita masuk lebih dalam lagi, saya ingin menerangkan tentang ADAM sebelum ADAM. Hal ini memang memeningkan. Tambahan lagi jika muslim itu tidak mahu ‘open-mind’. Saya hairan kenapa muslim kini suka melemahkan kekuasaan ALLAH?! Maksud saya ialah, andai kata seseorang saintis itu mengkaji sesuatu di luar adat, lantas mereka kata “mereka mahu mencabar tuhan”. Sebenarnya, mampukah kita mencabar tuhan sedangkan DIA ‘laisakamislihi syaiun’ yakni tidak menyerupai mana satu pun mahupun pemikiran.

Maksud sebenar ALLAH maha besar ialah, sehebat mana ciptaan manusia sekali pun atau sepelik mana sekali pun sesuatu perkara itu, sesungguhnya itu adalah dari keizinanNYA. Tiada pernah manusia mencabar DIA dan menghampiri kekuasaanNYA kerana DIA melebihi segala. Andai kata saintis kini sedang mengkaji ‘god particle’, apakah itu ‘tuhan’. Sudah tentu tidak. Kerana DIA tidak menyerupai mana-mana pun. Kemudiannya, muslim pula bising-bising menyatakan ‘jangan cabar tuhan’. Apakah muslim mengerti apa yang mereka katakana itu. Siapa yang pernah mencabar tuhan. Sesungguhnya manusialah yang mencabar diri mereka sendiri.

Daripada itu, cukuplah mengata orang lain sebagai ‘karut’, khurafat’, ‘syirik’, ‘mencabar tuhan’ dan sebagainya kerana sifat-sifat inilah yang menjatuhkan umat islam secara umumnya. Merekalah yang merendah-rendahkan kekuasaanNYA yang maha luas. Andai kita dapat membina teknologi yang mampu pergi ke penjuru angkas sekali pun, tidak pernah mampu kita untuk mencapai tahap kekuasaanNYA. Itulah di namakan KEIZINAN DARINYA.
Berbalik pada perihal ADAM sebelum ADAM, adam itu adalah suatu nama bagi suatu perciptaan berupa manusia yang kita miliki kini. Mengikut komen pada artikel sebelum ini, memang ya, ADAM di turunkan untuk memimpin generasi sebelum ini. Sebenarnya, saya takut untuk membuka perihal itu kerana ia mungkin menimbulkan fitnah kepada yang tidak pernah memahami.

Jadi, marilah saya buka satu kisah mengenai asal usul sesuatu makhluk bernama AZAZIL. Kisah ini di ambil dari buku-buku terdahulu dan cerita orang-orang tua yang mengaji tentang sufi.....
Read More..

Menyiasat kes kencing manis

Kencing manis penyakit keturunan = Mewarisi KUMAN kencing manis ibu bapa.

Golongan pakar perubatan professional mengatakan bahawa kencing manis adalah penyakit keturunan. Ini bererti jika ibu bapa kita ada kencing manis, maka kita berpeluang besar mendapat kencing manis. Pada pandangan saya, penyakit kencing manis disebabkan oleh sejenis kuman (microbe) tertentu.


Kuman ini wujud di dalam tubuh ibu dan bapa yang menghidap kencing manis. Kuman ini berkemungkinan besar juga telah menular ke dalam sel-sel sebahagian sperma bapa dan telur ibu. Jika sperma dan telur yang dijangkiti ini berjaya bersenyawa, maka janin yang terhasil berkemungkinan besar akan membawa kuman penyakit kencing manis. Sekiranya kuman ini belum berjangkit kepada sperma bapa atau telur ibu, besar kemungkinan bakal anak tidak akan terkena kencing manis.

Sistem immunisasi ibu yang kuat berjaya mengekang kuman ini dari membiak dengan cepat di dalam janin, lantas penyakit kencing manis jarang-jarang berlaku kepada janin. Bayi yang bakal lahir dri janin ini berkemungkinan besar hanya menjadi sebagai pembawa kuman ini tetapi tidak sampai ke tahap berpenyakit kencing manis.
Kuman kencing manis membiak dengan pesat dengan kehadiran glukos
Apabila bayi ini menjadi dewasa, dan mula mengambil glukos  dalam kuantiti yang tinggi melalui pemakanan yang tinggi karbohidrat, kuman kencing manis akan membiak dengan lebih cepat kerana persekitaran yang tinggi dengan glukos adalah pemangkin kepada pembiakan mereka. Lama-kelamaan, tahap glucos yang tinggi sehingga tidak terkawal akan menyebabkan komplikasi yang lebih rumit lalu menyebabkan penyakit kencing manis.

Kuman kencing manis suka kepada persekitaran yang mempunyai kandungan glukos yang tinggi. Glukos meyediakan habitat yang baik untuk kuman ini berkembang biak dengan skala yang lebih besar. Apabila kuantiti koloni kuman ini meningkat kepada satu tahap yang tidak terkawal, aktiviti-aktiviti harian kuman ini akan mengganggu dan menjejaskan fungsi organ-organ tubuh badan. Kuman kencing manis mengeluarkan sejenis bahan kimia yang menghalang insulin dari membawa glukos masuk ke dalam sel-sel badan untuk diproses menjadi tenaga (metabolism). Kuman ini juga berupaya merosakkan pankreas supaya insulin tidak dapat dihasilkan dengan cukup.
Kuman Kencing manis merosakkan pankreas dan menyebabkan Sindrom Metabolik.
Kuman kencing manis adalah makhluk tamak yang mempunyai sedikit kebijaksanaan yang membawa rebah kepada diri mereka sendiri. Mereka tamak untuk mendapatkan makanan (glukos) untuk diri mereka sahaja dan tidak mahu berkongsi dengan sel-sel tubuh. Mereka tahu insulin adalah musuh utama mereka kerana insulin mengambil dan membawa glukos  ke dalam sel-sel tubuh, menjadikan hanya sedikit glukos yang tinggal untuk mereka. Dengan itu mereka mengeluarkan sejenis bahan kimia untuk menutup pintu-pintu sel supaya glukos  tidak dapat dibawa masuk ke dalam sel-sel badan oleh insulin. Keadaan ini dikenali sebagai Sindrom Metabolik.

Tidak cukup dengan itu, mereka juga menyerang kilang pengeluaran insulin, iaitu pankreas, supaya kilang ini tidak dapat mengeluarkan insulin lagi. Semua ini dilakukan bagi memastikan tiada pesaing lagi yang akan berkongsi glukos dengan mereka. Dek kerana perbuatan mereka yang tamak, kandungan glukos yang tinggi di dalam tubuh menyebabkan kerosakan tubuh yang tidak terkawal dan akhirnya menyebabkan kematian. Apabila kita mati, koloni kuman ini juga akhirnya akan mati. Padan muka, tamak sangat!

Apabila insulin berkurangan atau insulin tidak dapat membawa masuk glukos ke dalam sel-sel badan, maka tubuh badan akan mengalami penyakit kencing manis. Berbagai-bagai komplikasi lain akan berlaku disebabkan penyakit ini seperti penurunan berat badan yang ketara, letih yang bersangatan, kerap membuang air kecil dan banyak lagi. Kandungan glukos yang tinggi di dalam darah pula akan menggalakkan pembiakkan fungus yang boleh merosakkan kulit.

Kaedah rawatan moden diketahui hanya mengawal gejala (symptom) kencing manis seperti menurunkan kandungan gula dalam darah yang tinggi. Kaedah rawatan alternatif berusaha membunuh kuman-kuman penyebab kencing manis dan membuang bahan-bahan kimia yang menyekat penyerapan glukos ke dalam sel-sel badan. Kaedah alternatif juga berusaha membaik puluh sel-sel yang telah rosak disebabkan kegiatan-kegiatanmakhluk halus tersebut (bukan hantu ya. Kuman tu benar-benar makhluk yang halus). Kaedah alternatif boleh anda cuba di laman http://sites.google.com/site/usanapot

Saudara, Allah menjadikan di dalam tubuh kita banyak tanda-tanda kebesarannya untuk kita perhatikan dan belajar darinya. Kes kuman kencing manis mengingatkan kita kepada kerakusan dan ketamakan manusia di dalam mengejar kekayaan dengan tidak mempedulikan kerosakan yang berlaku kepada bumi akibat perbuatan mereka. Apabila bumi rosak dan mati, kita juga akhirnya akan mati kerana sumber penghidupan kita telah musnah. Sesungguhnya benarlah firman Allah yang bermaksud "Telah berleluasa kerosakan di daratan dan di lautan disebabkan oleh apa yang telah dilakukkan oleh tangan-tangan manusia".
Read More..

Selasa, 26 Julai 2011

BANGSA 'MIM' NUSANTARA ( 2 )

Umat Yang Satu

“Manusia dahulunya hanyalah satu umat, kemudian mereka berselisih . Kalau tidaklah karena suatu ketetapan yang telah ada dari Tuhanmu dahulu , pastilah telah diberi keputusan di antara mereka, tentang apa yang mereka perselisihkan itu.” 
Surah Yunus, ayat 19

Itulah permulaan kepada kini dan permulaan kepada pentas dunia yang kita lihat kini. Umat yang satu dari diri yang satu. Pada tekaan awalnya, itulah umat nabi adam. Hanya Adam dan Hawa serta beberapa orang anaknya. Jika kita melihat sepintas lalu, itulah yang kita akan dapati. Jika di kaji terma ‘umat’ itu, ia bererti ‘segolongan manusia yang berkelompok yang mempunyai kesamaan’. Terma ‘segolongan’ itu pula bukannya bermaksud 10-100 orang, bahkan ia adalah melibat ribuan orang. Ia adalah mengenai Umat, bukannya kaum atau kumpulan manusia.

Setahu saya, nabi Adam mempunyai umur yang cukup panjang dan di katakan umurnya melebihi 1000 tahun. Kemudiannya, legasinya di teruskan oleh anak cucunya. Dalam usia 1000 tahun dan di sambung oleh anak cucunya yang mungkin melangkaui umur ratusan tahun itu, pelbagai usaha dapat di buat.
Apa yang saya maksudkan ialah, perkembangan manusia bermula dari Adam itu cukup produktif. Jarak Adam sehinggalah cucunya Nabi Idris adalah cukup lama. Tapi, saya rasa kita akan berfikir bahawa orang zaman dulu hidupnya di gua-gua serta memburu bintang dengan tombak dan sebagainya, meskipun usia mereka melampaui ratusan tahun.“Dan Dia mengajarkan kepada Adam nama-nama seluruhnya, kemudian mengemukakannya kepada para Malaikat lalu berfirman: "Sebutkanlah kepada-Ku nama benda-benda itu jika kamu mamang benar orang-orang yang benar!"
Surah Al-Baqarah, ayat 31

Allah telah mengajar Adam mengenai ‘nama-nama’. Di dalam dunia sufi (hakikat dan makrifat), nama-nama (ismu) adalah tentang kerahsiaan. Dunia di cipta kerana adanya ‘nama’. ZatNYA yang di ‘maujud’kan harus mempunyai nama. Dari ‘nama’ itu, terbitlah ‘sifat’ dan dari ‘sifat’ terbitlah ‘kelakuan’.
ADAM TELAH DI AJAR TENTANG SEGALA-GALANYA TENTANG DUNIA DAN AKHIRAT.


Jika Adam yang ‘bijaksana’ itu tinggal di gua-gua dan memburu binatang dengan tombak, apakah ia menentang apa yang telah di beritahu di dalam Quran?! Dan adakah Adam hanya mengunakan ‘kebijaksanaan’ itu hanya untuk diri sendiri. Sudah tentu tidak. Ia akan di ‘wasiat’kan kepada anak cucunya yang terpilih. 

Kenapa terpilih?
Ini kerana peristiwa Habil dan Qabil itu memulakan peristiwa baru yang belum pernah terjadi sebelum ini di era ADAM. Ia adalah lambing kepada jahat dan baik, ego dan ikhlas, patuh dan engkar dan sebagainya. Jadi, wasiat ‘nama-nama’ ini di serahkan kepada siapa? Itulah persoalannya, tapi jika di amati, wasiat itu kita akan dapat lihat pada perilaku Nabi Idris a.s. 


Harus di ingat formula ini:

ZATNYA – NAMA – SIFAT PADA NAMA – KELAKUAN PADA SIFAT

Contoh: ALLAH mencipta sesuatu benda yang bercahaya dan menjadi penyuluh di malam hari. Nama kepada benda itu ialah Bulan. Bulan di panggil oleh rumpun Melayu. Moon di panggil oleh barat dan Qamar di panggil oleh Arab. Nama ialah isyarat untuk berkomunikasi. Sifat kepada nama ‘Bulan’ tadi itu adalah seperti bercahaya dan cantik. Kelakuan pada sifat itu pula, bulan hanya muncul di waktu malam. Dek kerana itulah di kelihatan cantik kerana tiada benda lain yang lebih terang di langit selain bulan.

Formula inilah yang menyebabkan wali-wali ALLAH mampu melakukan perkara di luar adat. Apa yang pasti, kita harus tahu di mana hendak ‘dijatuh’kan iktikad itu dan setakat mana keyakinan kita pada aturan itu. Dari mana saya tahu tentang ini? Tidak lain tidak bukan, dari pengembaraan saya di dalam dunia ‘sufi’ dan kedegilan saya untuk membantu ‘melayu’.

Formula inilah yang mampun untuk ADAM dan anak cucunya membina sesuatu di dunia ini. ADAM adalah khalifah pertama. Khalifah bermaksud ‘wakil tuhan untuk mengurus dunia’. Dari situ, dengan kemampuan luar biasa yang di anugerahkan oleh ALLAH kepada hambaNYA, Adam, maka terciptalah satu legasi.

Dalam tempoh 1000 tahun dan dengan berbekalkan kebijaksanaan ‘nama-nama sekaliannya’ itu, Adam mampu mengolah fizikal dan spiritual atau mungkin perkara yang tidak kita ketahui. Tidak mustahil dalam tempoh 1000 tahun itu, Adam tidak ‘mencipta’ syurga untuk isteri dan anak-anaknya. Memori syurga di dalam diri Adam itu tidak mustahil tidak di aplikasikan di dunia ini. Syurga dunia tidak akan sama dengan Syurga di ‘sana’, walaubagaimanapun, syurga dunia adalah nyata pada fizikalnya. 

Dari situ, bermulalah ketamadunan era ADAM. Legasi itu berterusan sehinggalah muncul bandar-bandar para ‘dewa’. Dewa di sini bukanlah bermaksud ‘tuhan’ selain DIA. Hanya kita saja yang mengunakan terma dewa untuk mendewa-dewakan manusia berkebolehan luar biasa ini. Saya di beritahu oleh seorang tua, bahawa ‘para dewa-dewa’ ini tidak suka bila manusia bertuhankan mereka. Bahkan mereka menyembah tuhan yang satu.

Ketamadunan ADAM itulah di gelar sebagai ‘umat yang satu’. Hidup dalam kebahagian. Walaubagaimanapun, ada perselisihan terjadi pada suatu zaman. Ia ibarat takdir yang harus di lalui oleh manusia pada era itu. Apa yang saya baca, perselisihan itu terjadi kerana ada segolongan yang tidak mempunyai ‘keluarbiasaan’ membuat onar. Ada pendapat mengatakan golongan ini bukan calang-calang orang. Mereka ini hebat dalam ilmu fizikal, lantas sebuah ketamadunan di gelar Atlantis di bina. 

Pada era ADAM, manusia terdiri dari keluarga diraja, para pedagang, pekerja dan penyelidik. Tapi, ada di antara golongan-golongan ini tidak menyukai ‘para dewa’ yang mengurus bumi sebagai khalifah. Dek kerana itulah mereka berdendam dan cuba menjadi ‘tuhan’. Perselisihan ini kemudiannya menyebabkan perang yang amat besar dan ia ada di nyatakan dalam hikayat Ramayana dan Mahabrata. 

AKhirnya perang ini menyebabkan kedua-dua golongan ini rugi lantas berpecah. inilah perang antara Atlantis dan Lemuria. Banjir besar noh itulah yang menengelamkan segala-galanya. Tidak pula di ketahui jarak masa ADAM sehingga tempoh peristiwa banjir Nabi Nuh yang mana di simpan elok dalam memori setiap insan sejak dulu hinggalah kini. Apapun, itulah permulaan dari pengakhiran era ADAM.Apakah yang terjadi sehinggakan berlakunya perang besar yang hebat itu? Masih wujudkah ‘wasiat Adam’ dan ‘Ilmu segala’ itu? Apakah peranan dewa-dewa itu dan bagaimana mengenalinya? Apa pula kaitan Melayu dan umat yang satu ini?
Read More..