Pages

Search This Blog

Followers

like Batu

Jumlah Paparan Halaman

Jumaat, 15 Julai 2011

"Meat Glue" Rahsia Industri Pembekal Daging.

""Meat glue" atau dalam bahasa Melayu diterjemahkan sebagai gam daging menjadi rahsia bagi sesetengah industri pembekalan daging. Ianya digunakan untuk mencantumkan cebisan daging-daging kecil menjadi sebuku daging yang besar dengan pelbagai tujuan.

Apa yang menjadi masalah kepada gam daging ini adalah kesan kepada kesihatan manusia. Ada mikrologis berpendapat bakteria-bakteria yang berada di antara dua permukaan daging yang dicantumkan amat sukar dimusnahkan sewaktu proses memasak daging tersebut. Apa yang lebih membimbangkan adalah sumber bahan yang digunakan untuk membuat gam daging tersebut.

Gam daging diperbuat daripada enzim yang dihasilkan oleh mikroorganisma atau plasma darah babi atau anak kambing yang diproses dalam bentuk serbuk agar lebih mudah digunakan. Jelas di sini timbul soal kesucian daging yang dicantumkan menggunakan gam tersebut.

Bayangkan keuntungan yang diperolehi bagi sesetengah industri yang mengamalkan kaedah ini dengan mencantumkan cebisan-cebisan daging menjadi daging batang pinang yang menjadi kegemaran sesetengah pembeli.

Adalah diharapkan ada pihak tampil ke kehadapan membawa isu ini agar menjadi perhatian pihak kerajaan memandang ianya membawa kesan kesucian dan kebersihan yang serius.





Tiada ulasan: