Pages

Search This Blog

Followers

like Batu

Jumlah Paparan Halaman

Selasa, 19 Julai 2011

Malaysia Mengamalkan Dasar ALA Apartheid?

Apartheid – satu istilah yang amat asing terutamanya bagi orang-orang kampong. Tidak kurang juga istilah  Rare Earth, DNA, Monosodium Glutamate, RON 95 @ 97, KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar) dan lain-lain.  Malah sebahagian besar lulusan Universiti pun tidak faham dengan istilah-istilah sebegini. Para pemikir strategi UMNO yang sebahagiannya adalah kakitangan kerajaan dari kalangan askar , ahli akademik dan polis yang bersubahat dengan UMNO mengambil kesempatan kejahilan rakyat dengan mempergunakan istilah-istilah khusus (jargon) bagi memening dan mengelabui kefahaman rakyat agar senang mereka menipu rakyat.


Dari segi istilah, Apartheid berasal dari perkataan Afrika yang memberi makna pengasingan atau ‘apartness’. Perkataan ini digunakan disekitar tahun 1910an merujuk kepada polisi politik di mana bangsa-bangsa di Afrika Selatan adalah tertakluk kepada ‘pembangunan yang terasing/terpilih’. Bagi maksud melaksanakan polisi kejam ini, apartheid menganalpasti empat bangsa: Orang Afrika Yang Berkulit Gelap, Berdarah Campuran, Orang Putih dan Orang Asia. Pada tahun 2002, Mahkamah Jenayah Antarabangsa telah mendefinisikan apartheid sebagai jenayah. Apartheid menganggap bangsa kulit putih sebagai bangsa yang agong dan bangsa kulit hitam seolah-olah ‘pariah’ malah lebih hina daripada itu. Pada tahun 1913, Orang Putih di Afrika Selatan di bawah Parti Nasionalis telah meluluskan "Native Land Act". Undang-undang ini  secara kejam telah menghadkan hak tanah penduduk pribumi hanya sekadar 7.3% sahaja dari keseluruhan keluasan Afrika Selatan dan mereka tidak boleh tinggal  atau membeli tanah di luar lingkungan tersebut.
Antara ciri-ciri Aparthied yang  jelas dan kejam ialah;
1.   Semua bangsa kulit hitam adalah hina dan berhak untuk diperhamba dan diperhinakan
2.   Bangsa kulit putih adalah mulia dan boleh melakukan sewenangnya kepada bangsa kulit hitam
3.      Ekonomi, politk dan pendidikan mesti dikuasai oleh orang kulit putih.
4.      Bangsa kulit putih tidak boleh bercampur dengan bangsa kulit hitam
5.      Kulit hitam tidak boleh berhimpun, mengundi dan mogok
6.  Apa jua bantuan atau sumbangan dalam bentuk kewangan, infrastruktur, pendidikan dan lain-lain adalah dalam budi bicara mutlak orang kulit putih
Sebagai pejuang demokrasi dan kebebasan hak asasi, tiada siapa yang  tidak kenal Nelson Mandela. Beliau adalah antara manusia yang tercipta  nasibnya dalam “Guiness Book of Record” dalam kategori manusia yang paling lama dipenjarakan iaitu selama 27 tahun di bawah UMNO Afrika Selatan. UMNO  Afrika Selatan telah mengaggap Mandela sebagai pengkhianat, penghasut dan berbagai tuduhan lagi. Walaubagaimanapun akhirnya Mandela berjaya menghantar UMNO Apartheid ke muzium dan menjadi Presiden Afrika Selatan dan membebaskan rakyat kulit  hitam dan kezaliman UMNO.
Di Negara Boleh 1 Malaysia, dasar ala apartheid adalah agak terbalik. Di sini bangsa pribumi yang bernama UMNO bertopengkan pejuang Melayu menindas, menzalimi, mengkhianati, memfitnah, membunuh bangsa mereka sendiri. UMNO membunuh orang-orang PAS dengan mengguna/memperalatkan polis di Memali dan Lubuk Merbau. Menembak orang PAS di Batu Buruk, menyiksa sehingga sewel tahanan ISA sama ada di dalam penjara atau di dalam lokap dan kemudian dengan senang hati dan selamba – mereka arahkan polis agar menutup fail kesemua kes ini. Said Zahari dipenjara selama 17 tahun dibawah ISA.  Kematian Professor Zulkifli Muhammad di Kuantan Pahang pada tahun 1964 tinggal misteri sehingga kini. Zulkifli Muhammad meninggal dunia bersama isterinya dalam satu kemalangan jalan raya yang ngeri. Kematian mereka berlaku di tengah-tengah kesengitan persengkataan politik di antara PAS dengan UMNO. Brek kereta beliau dikatakan tidak berfungsi dan terdapat syak yang tidak meragukan bahawa brek kereta itu telah dikhianati. Siapakah yang secara sengaja merancang pembunuhan beliau dengan cara merosakkan brek keretanya? Modus yang sama dilakukan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila brek kereta beliau juga dengan sengaja dirosakkan oleh  seseorang pada 19hb April 2011. Sebagai mereka yang sudah masak dan matang dengan modus operandi yang tipikal, kita yakin ia adalah kerja  penjenayah, pengganas dan pengkhianat agama,bangsa dan negara dengan kerjasama gangster yang diberi mandat.
Dari segi politik juga kita menyaksikan  bagaimana parti dan ahli parti yang bukan UMNO diperlakukan seperti ‘pariah’. UMNO/BN ialah orang kulit putih 1 Malaysia sementara parti dari Pakatan Rakyat ialah orang kulit  hitam. Apa jua yang UMNO lakukan walaupun jelas melanggar undang-undang – semuanya betul. Sementara apa jua Pakatan Rakyat lakukan walaupun disuruh undang-undang – semuanya salah. Mereka menghina malah mengurangkan kuasa Raja-Raja Melayu tanpa persetuuan Majlis Raja-Raja pada tahun 1993 di bawah Pm Tun Mahathir Mohamad. Mereka menahan rakyat tanpa sebab dan  tanpa diberitahu kesalahan mereka, mereka menangkap rakyat hanya kerana memakai baju kuning. Pols boleh berbuat apa saja tanpa prosedur undang-undang jika mereka mengamuk. Mahkamah sudah menjadi ‘mahkamah kangaroo’. Ketua Hakim Negara pula adalah bekas peguamUMNO. Negeri Kelantan dan yang diperintah oleh PR dinafikan royalti minyak dan pemberian  geran per kapita dipermainkan. Ini adalah kesamaan dengan diskriminasi yang dilakukan oleh apartheid.
Dari segi ekonomi pula, UMNO merompak dan menyamun hasil negara dan difaraidkan kepada anak pinak, saudara mara dan rakan taulan mereka. Jika terdapat Melayu bukan UMNO yang kaya, mereka akan khianati dan sabotaj melainkan ianya diselisihkan dari bidangkuasa mereka. Kontrak, AP, tender dan konsesi balak atau tol semuanya dibalun oleh kroni mereka. Kita tidak akan menjumpai mana-mana Melayu bukan UMNO menguasai kesemua ini. Harta negara diperlakukan seolah-olah harta bapa-bapa mereka.
Mereka menipu dalam pilihanraya sejak dari mula sehingga kini dengan undi yang bertindan, mendaftar pendatang haram dengan memberi kad pengenalan secara borong dengan syarat mereka mengundi BN, menyediakan daftar mengundi yang berlainan, mengada-adakan peraturan pilihanraya segera bagi memerangkapparti pembangkang dan sebagainya. Oleh sebab itulah mereka cukup gentar dengan tuntutan pilihanraya bersih kerana mereka tahu jika ini berlaku, BN/UMNO mungkin kehilangan bukan sahaja kuasa malah wang deposit pilihanraya.
Dalam himpunan BERSIH pada 9/7/2011 baru-baru ini, polis dan Pemuda UMNO cukup pandai berlakon kononnya mereka juga ditangkap dan di siram dengan air kimia sedangkan semua itu tidak berlaku. Semua pemimpin BN yang rasuah terlepas dari hukuman akibat pendakwaan yang berlakon dan main—main.  Rakyat lain pula ada yang dicipta dan dicari-cari kesalahan  mereka lalu sebelum didakwa, mereka sudah dihukum bersalah. Contohnya ialah apa yang berlaku pada wakil-wakil rakyat dari PR.
BERSIH adalah satu bentuk penentangan secara aman akibat penindasan secara sistematik oelh UMNO/BN ke atas rakyat marhaen. Ia adalah gerakan yang bercorak "satyagraha" (sekadar meminjam istilah) yang dipopularkan oleh Mahatma Ghandi di India.  Gerakan tanpa kekerasan dan aman bercorak tunjuk perasaan jalanan  ini seharusnya dihurmati dan dihargai kerana semua saluran sudah digunakan untuk menyuarakan kepincangan dan kekejaman penguasa rejim UMNO/BN ini. Penguasa gangster ini TIDAK PERNAH mahu mendengar luahan rakyat majority yang tidak mengundi mereka dalam PRU 12 BN hanya memperolehi 49% manakala PR memperolehi 51% undi rakyat). Sekiranya ketelusan dan keadilan  wujud dalam pilihanraya, penulis pasti UMNO/BN akan kehilangan deposit hampir 50% dari kawasan yang ditandinginya??!!
Sebagaimana perangai gangster, UMNO sanggup menindas para demonstran sehingga mengakibatkan kematian ke atas rakyat dan bangsanya sendiri. Sementara apartheid mengagungkan bangsanya sendiri, UMNO adalah lebih jahannam dari apartheid itu sendiri. Inilah dia antara amalan-amalan ala apartheid 1Malaysia sedangkan contoh-contoh lain masih terlalu banyak untuk dimuatkan di sini. Atas alasan yang pendek dan terbatas Inilah dia antara amalan-amalan ala apartheid 1Malaysia sedangkan contoh-contoh lain masih terlalu banyak untuk dimuatkan di sini.ini, sewajibnya UMNO/BN bukan sahaja perlu dikalahkan dalam PRU ke 13 malah dihapuskan dari mukabumi ini sebagaimana Israel.

Tiada ulasan: