Pages

Search This Blog

Followers

like Batu

Jumlah Paparan Halaman

Isnin, 25 Julai 2011

BANGSA 'MIM' NUSANTARA ( 1 )

Pengenalan


Bangsa di raja. Itulah ungkapan yang terungkap kali pertama bila saya melihat gambaran sepenuhnya tentang apa yang berlaku sejak dulu hingga kini. Ungkapan itu terhasil bila saya membuat kajian mengenai ‘asalnya Melayu’. Pada mulanya, saya tidak berminat mengenai sejarah lebih-lebih lagi kalau melibatkan sejarah tempatan atau asia tenggara. Ia langsung tidak terlintas untuk saya mengetahui mengenai sejarah sendiri. Apa yang saya suka ialah sejarah mesir kuno, Babylon dan seumpamanya. Selain itu, saya juga suka dengan sejarah-sejarah eropah. Lantas saya berfikir, kenapa perlu saya menyukai sejarah negara dan bangsa orang lain? Pada mulanya, saya ingatkan saya seorang yang mempunyai tabiat begitu, tapi rupanya ramai rakan saya yang berminat pada skop sejarah yang sama. Sejarah orang di kaji, sejarah sendiri di biar pergi.
Mungkin agak awal untuk saya mengeluarkan teori perihal bangsa ‘Melayu’ ini, tapi sedikit sebanyak, karya ini adalah sebagai ‘pit stop’ untuk saya mendedahkan apa yang terbuku di fikiran saya. Di samping itu juga, di harap karya ini akan menyedarkan ‘melayu’ yang sebenarnya sedang tidur nyeyak sedangkan musuh-musuh sedang mencucuk luka.Bukan senang untuk mengeluarkan teori ‘Bangsa Diraja’ ini. Ia terhasil selepas beberapa teori-teori saya yang lain seperti ‘returning to motherland’ dan ‘bangsa jurai kenabian’. Saya tidak pasti bukti yang saya ada atau bahan baca saya sudah cukup atau belum untuk membuktikan teori terbaru saya ini.

Walaubagaimanapun, manusia tetap manusia. Walaupun di beri bukti sebesar gunung sekalipun, mereka tetap meragui dan mahukan bukti seterusnya. Manusia nafsunya tidak puas dan meragui apa yang tidak sealiran dengan mereka. Hanya dengan ‘open-minded’, ‘bersederhana’ dan bersifat ‘universal’, barulah kita dapat menerima pelbagai teori dan menyerap masuk dalam idealogi kita sendiri. 

Jadi, karya ini mungkin dapat membantu kita semua dalam mengenali bangsa yang kompleks serta misteri ini. Inilah kajian saya dan inilah luahan hati saya. Jangan bimbang, saya tidak mahu mengumpul pengikut atau musuh mahupun harta kekayaan. Saya lakukan kerana saya ‘dipaksa’ oleh diri sendiri. Jika tidak berkongsi, saya berasa ‘sengsara’. Jadi, dengan berkongsi, mereka yang mempercayai dan berfikir serta mengambil langkah seterusnya itulah ‘syurga kesenangan’ saya. Moga kita dapat mereka-cipta dunia yang lebih baik dengan keizinanNYA.


Permulaan kepada kajian

Segala-galanya bermula bila saya menyertai beberapa forum di internet. Pada mulanya, kami lebih membincangkan tentang sejarah mesir lama, tamadunan sumeria, dan beberapa misteri keagamaan seperti tabut as-sakinah, huyun hayat, spear of destiny, annunaki, lost word of god dan lain-lain. Kami berbincang berasaskan sumber-sumber internet dan buku-buku yang kebanyakkannya dari barat. Kami berbincang sehinggalah kami berada di titik penghabisan. Kami tidak tahu apa lagi yang harus di bincangkan. Kemudiannya, datang seorang hamba ALLAH yang membuat ‘onar’ di forum itu dengan membuka ‘thread’ yang berbaur kesufian. Ia membuka minda kami ke arah yang cukup berbeza. Pada ketika itu, kami tinggalkan semua perkara yang berkaitan dengan sejarah. Setelah terpesona dengan Sufism yang sepatutunya menjadi ‘basic’ dari diri seseorang muslim itu, saya mula mencari guru tarikat dan berjumpa dengan guru-guru tidak formal untuk bertanyakan apa yang bermain di benak saya ketika itu. Kebanyakkannya adalah mengenai sufi dan hakikat dunia.Kemudian, pada tahun 2009, saya harus siapkan thesis untuk subjek wajib di peringkat ijazah di sebuah university tempatan. Dari situ, saya buntu kerana tidak mengetahui apa yang harus saya selidik dan kaji. Pada tika itu juga, saya suka membaca siri ‘Alter Melayu’ dari mistisfiles.blogspot.com. Dari situ, saya mula teringat tentang perbincangan kami di awal pembabitan saya dalam dunia forum internet.Pada awal pembabitan dalam dunia forum intenet, perbincangan kami mengenai sejarah dunia ibarat ‘tuang air ke daun keladi’. Ia kerana itu semua setakat di dalam internet dan kami langsung tidak mengambil iktibar tentangnya. Ia ibarat berbincang di kedai kopi. Kosong dan tiada isi. Apabila memasuki dunia sufi, saya mulai nampak tentang hakikat setiap perkara yang berlaku dan barulah saya tahu, setiap apa yang berlaku itu tidak sia-sia.Dengan nekad, saya memilih tajuk kajian mengenai melayu ke dalam Thesis saya biarpun ia agak kelihatan janggal. Pada waktu yang sama juga, seorang hamba ALLAH yang tinggal di Eropah telah memasukkan duit kedalam akuan Pay Pal saya. Dari situ saya membeli buku ‘Eden in the East’ serta ‘Polynesian Research’. Saya cukup berterima kasih kepada hamba ALLAH itu dan mudah-mudahan hidupnya di sempurnakan. Dari situ, pengembaraan saya dalam kajian mengenai ‘Melayu’ bermula. Biarpun kadang-kala di sindir dan di pandang ‘pelik’ dalam kajian ini, tapi saya tidak berputus asa kerana seolah-olah, itulah misi saya. Hidup tanpa misi adalah ibarat robot. Hidup dengan rutin yang sama dan tiada kesempurnaan sebagai ‘insan’. Jadi, di harap kajian saya ini dapat memberi kebaikan kepada ‘melayu’ yang lainnya dan semua yang berada di dunia ini hendaknya.

Tiada ulasan: