Pages

Search This Blog

Followers

like Batu

Jumlah Paparan Halaman

Sabtu, 2 Julai 2011

Orang Melayu, tolonglah ubah budaya yang menyusahkan


"Kepada warga sebangsa saya, bangsa Melayu, tolonglah ubah budaya kita yang menyusahkan ini. Ikut kaedah Islam kan begitu mudah, akad nikah wajib, kenduri sunat. Tak perlu nak pinjam Along untuk belanja kahwin.

PINJAM ALONG BELANJA KAHWIN
Harian Metro 1 Julai 2011

JOHOR BAHRU: Akibat bimbang keluarganya menanggung malu jika perkahwinannya ditunda, memaksa seorang kerani wanita yang bekerja di sebuah syarikat swasta di sekitar bandar raya ini membuat pinjaman RM3,000 daripada along pada November tahun lalu.

Akibat tindakan melulunya itu, dia kini terpaksa menanggung bunga hutang mencecah RM40,000.

Mangsa mahu dikenali Siti, 29, kini mengandung tujuh bulan berkata, dia terpaksa membuat pinjaman daripada 23 along untuk melunaskan bayaran bunga pinjaman berkenaan.

“Saya terdesak meminjam selepas sebahagian daripada wang hantaran berjumlah RM10,000 digunakan untuk perbelanjaan peribadi.

“Kerana kekurangan wang, saya cuba mendapatkan pinjaman bank, namun permohonan ditolak dan pada masa sama saya semakin buntu kerana tarikh perkahwinan semakin hampir,” katanya yang ditemani suaminya ketika ditemui di pejabat Biro Aduan Awam MCA Johor Bahru di sini, semalam.

Sumber: www.hmetro.com.my

ADAT MELAYU MENYUSAHKAN, AJARAN ISLAM MEMUDAHKAN

Artikel sepenuhnya di http://waghih.blogspot.com

HENTIKAN KENDURI KAHWIN YANG MENYUSAHKAN

Artikel sepenuhnya di http://waghih.blogspot.com"
 

Tiada ulasan: