Pages

Search This Blog

Followers

like Batu

Jumlah Paparan Halaman

Isnin, 4 Julai 2011

Manusia MENYEMBAH manusia! Misi Nabi Muhammad hentikan amalan pagan ini

Di zaman jahiliyyah atau pagan, terdapat manusia yang “menyembah” manusia.  “Menyembah” di sini bermakna tunduk, patuh, dan takut pada manusia yang lain yang mempunyai kuasa dan status, yang boleh mencederakan orang lain, dan mengugut orang lain jika seseorang itu tidak patuh pada orang yang berkuasa.

Namrud di zaman Nabi Ibrahim, Firaun di zaman Nabi Musa, dan Abu Lahab serta Abu Jahal adalah contoh antara manusia yang beranggapan diri mereka hebat dan berkuasa serta sama seperti Tuhan.  Sebagai pemerintah atau orang berkuasa dalam negara, mereka memaksa, menindas, menangkap, mengugut dan membunuh rakyat yang tidak sehaluan dengan mereka.

Mereka menganggap bahawa merekalah yang memberi rezki, makan, minum, letrik, air,  jalanraya, jambatan, talian telefon, minyak dan semua bentuk pembangunan negara kepada rakyat. Jika rakyat tidak menyokong mereka sebagai pemerintah, maka rakyat itu adalah penentang, pengacau, penghasut, dan pembelot dalam negara. Ini lah pertembungan yang dirakamkan dalam Al-Quran.
 Pertembungan antara mungkar dan maaruf, antara watak jahat dengan watak mulia, antara pemimpin zalim dengan rakyat marhain, antara kesesatan dan aqidah akan terus berlaku di sepanjang zaman hingga hari kiamat. Pemimpin zalim yang berkuasa ini menganggap diri mereka seperti Tuhan.
Allah berfirman, Dan sesungguhnya, Kami telah mengutus kepada setiap umat seorang rasul (untuk menyerukan) : ‘Abdikanlah diri hanya kepada Allah dan jauhilah thagut’ (Surah An-Nahl 16:36).
Nabi-nabi semuanya diutus untuk membangunkan jiwa raga manusia yang rosak, membetulkan paradigma atau pemikiran manusia, dan menyeru kepada manusia bahawa tidak ada kuasa yang paling tinggi, paling besar atau  paling hebat,  melainkan kuasa Tuhan. Tidak ada pemberi rezki yang muktamad kecuali Tuhan. Tidak ada undang-undang yang lebih tinggi kecuali undang-undang Tuhan. Tidak ada pelindung yang hebat kecuali Allah.
Manusia adalah makhluk Tuhan, dan makhluk tidak boleh mengaku menjadi Tuhan dan tidak boleh mendakwa mereka mempunyai ciri-ciri Tuhan.  Itu adalah syirik! Dosa syirik tidak diampunkan oleh Allah SWT selamanya. Maka meng ‘abdikan diri kepada Tuhan dengan sebenar-benarnya tanpa manusia takut pada manusia lain adalah misi yang dibawa oleh Nabi-Nabi.
Dan siapakah taghut itu? Thagut ialah manusia yang khususnya orang besar dan pemimpin yang melakukan apa saja yang mereka suka hingga melampau batas-batas agama dan aqidah. Mereka adalah jelmaan iblis yang selalu membawa kerosakan ke atas alam dan ke atas manusia.
Dalam seerah nabawiyyah, Nabi Ibrahim mengeluarkan umatnya dari menyembah Namrud kepada mengabdikan diri kepada Allah. Begitu juga yang dilakukan oleh Nabi Musa mengajak umatnya dari menyembah Firaun kepada menyembah Allah SWT; Nabi Isa mengajak umatnya supaya tidak menyembah manusia tetapi menyembah Allah yang tunggal, dan Nabi Muhammad s.a.w. mengajak umat akhir zaman supaya tidak menyembah yang lain dari Allah SWT.
Apabila Nabi sudah wafat dan tidak ada Nabi lagi selepas kewafatan Nabi s.a.w, umat Islam bergantung kepada ulama sebagai pemimpin ummah.
Rasulullah SAW bersabda:
Artinya: “Bahwa para ulama itu adalah pewaris para nabi. Sesungguhnya para nabi tiada mewariskan umatnya harta benda, tetapi mereka mewariskan umatnya ilmu pengetahuan.” (Hadist diriwayatkan dari Anas, tersebut dalam kitab Al Jamius Shoghir)
Dalam Hadist yang lain Rasulullah bersabda:
Artinya: Para ulama umatku sama seperti para nabi Bani Israil. (Menurut Fakhrurrazi, Ibnu Qudamah, Al Baziri dll)
Maka para ulama’ adalah pengganti Nabi s.a.w. untuk memainkan peranan memberi ingatan kepada manusia supaya kembali kepada fitrah kejadian manusia yang dijadikan oleh Allah.
Para ulama’ mengingatkan manusia bahawa apabila manusia tunduk kepada pemerintahan yang zalim, yang menindas rakyat, yang mengungut, yang menakut-nakutkan rakyat, yang memaksa rakyat supaya rakyat tunduk dan patuh kepada pemerintah yang zalim, maka manusia itu seolah-olah “menyembah” manusia yang lain. Apabila hal ini berlaku, pemimpin akan lakukan apa sahaja untuk mengekalkan kuasa mereka dalam masyarakat. Mereka akan menipu, memanipulasi, mengekspolitasi dan menghancurkan apa sahaja yang boleh menghalang mereka daripada terus berkuasa!
Inilah yang dikatakan manusia yang mengaku menjadi “Tuhan”. Manusia seperti ini adalah jelmaan iblis yang sesat lagi menyesatkan manusia lain. Manusia seperti ini harus diBERSIHKAN kerana mereka bukan sahaja menentang Allah tetapi mereka juga melakukan kejahatan dan kerosakan ke atas muka bumi yang dijadikan oleh Allah SWT.
Maka BERSIHKAN orang-orang seperti ini dari tampuk pemerintahan negara. Lebih lama mereka berada di atas kerusi kepimpinan negara, maka lebih banyak penindasan dan penyesatan akan terus dilakukan oleh mereka.  Nabi-nabi diutus untuk membuat PERBERSIHAN AQIDAH, membetulkan jiwa dan membetulkan rohani manusia serta membangunkan jiwa tunduk dan patuh pada Tuhan semata-mata.
Kita yang menjadi umat generasi hari ini hari harus BERSIHKAN aqidah manusia khususnya pemimpin dan penyokong kerajaan zalim yang menganggap diri mereka sama seperti Tuhan.
Barangsiapa yang mati dalam menentang pemimpin zalim dianggap syahid!  Mati dibunuh oleh pemerintah yang zalim kerana berkata benar kepada mereka dianggap mati syahid.
Sabda Nabi Muhammad SAW didalam hadith riwayat al-Haa-kim:
سَيِّدُ الشُّهَدَاءِ حَمْزَةُ بْنُ عَبْدِ الْمُطَّلِبِ وَرَجُلٌ قَامَ إِلَى إِمَامٍ جَائِرٍ فَأَمَرَهُ وَنَهَاهُ فَقَتَلَهُ
Maksudnya: Penghulu orang-orang yang mati syahid ialah Hamzah bin Abdul Muttholib dan lelaki yang berdiri kepada imam/pemerintah yangzalim maka ia menyuruh dan menegahnya (pemerintah) lalu ia dibunuh.
Keterangan: Lelaki yang dibunuh oleh pemerintah yang zalim tadi tergolong didalam golongan penghulu orang-orang yang mati syahid sama seperti Hamzah RA.
Berhentilah menyembah manusia zalim! Berhentilah menyembah kerajaan “BN-UMNO” yang zalim ke atas rakyat kerana mereka menindas rakyat, yang mengungut, yang menakut-nakutkan rakyat, yang menafikan hak asasi rakyat, yang menipu rakyat untuk mengekalkan kuasa melalui undi pos dan daftar pemilih palsu, yang memaksa rakyat supaya rakyat tunduk dan patuh kerajaan BN-UMNO.
Berkata benar itu baik dan mulia di sisi Allah tetapi tidak mulia pada pandangan manusia yang gila kuasa. Berkatalah yang benar walaupun pahit.

Tiada ulasan: