. Artikel sebelum ini menerangkan tentang wasiat ilmu ADAM yang di turunkan kepada anak cucu baginda lantas menjadikan mereka itu sebagai ‘dewa’. Tugas mereka adalah untuk mengurus, bukannya untuk di sembah. Tapi, akibat kebodohan manusia yang tidak mahu mengikut, mereka ini menyembah-yembah manusia ‘dewa’ ini dan jadikan mereka ini tuhan. Akibatnya, mereka di musnahkan atau di hapuskan terus dari permukaan bumi. kenapa harus mereka menyembah tuhan manusia sedangkan ALLAH itu selayaknya di sembah kerena DIAlah zat maha segala.
Sebelum kita masuk lebih dalam lagi, saya ingin menerangkan tentang ADAM sebelum ADAM. Hal ini memang memeningkan. Tambahan lagi jika muslim itu tidak mahu ‘open-mind’. Saya hairan kenapa muslim kini suka melemahkan kekuasaan ALLAH?! Maksud saya ialah, andai kata seseorang saintis itu mengkaji sesuatu di luar adat, lantas mereka kata “mereka mahu mencabar tuhan”. Sebenarnya, mampukah kita mencabar tuhan sedangkan DIA ‘laisakamislihi syaiun’ yakni tidak menyerupai mana satu pun mahupun pemikiran.
Maksud sebenar ALLAH maha besar ialah, sehebat mana ciptaan manusia sekali pun atau sepelik mana sekali pun sesuatu perkara itu, sesungguhnya itu adalah dari keizinanNYA. Tiada pernah manusia mencabar DIA dan menghampiri kekuasaanNYA kerana DIA melebihi segala. Andai kata saintis kini sedang mengkaji ‘god particle’, apakah itu ‘tuhan’. Sudah tentu tidak. Kerana DIA tidak menyerupai mana-mana pun. Kemudiannya, muslim pula bising-bising menyatakan ‘jangan cabar tuhan’. Apakah muslim mengerti apa yang mereka katakana itu. Siapa yang pernah mencabar tuhan. Sesungguhnya manusialah yang mencabar diri mereka sendiri.
Daripada itu, cukuplah mengata orang lain sebagai ‘karut’, khurafat’, ‘syirik’, ‘mencabar tuhan’ dan sebagainya kerana sifat-sifat inilah yang menjatuhkan umat islam secara umumnya. Merekalah yang merendah-rendahkan kekuasaanNYA yang maha luas. Andai kita dapat membina teknologi yang mampu pergi ke penjuru angkas sekali pun, tidak pernah mampu kita untuk mencapai tahap kekuasaanNYA. Itulah di namakan KEIZINAN DARINYA.
Berbalik pada perihal ADAM sebelum ADAM, adam itu adalah suatu nama bagi suatu perciptaan berupa manusia yang kita miliki kini. Mengikut komen pada artikel sebelum ini, memang ya, ADAM di turunkan untuk memimpin generasi sebelum ini. Sebenarnya, saya takut untuk membuka perihal itu kerana ia mungkin menimbulkan fitnah kepada yang tidak pernah memahami.
Jadi, marilah saya buka satu kisah mengenai asal usul sesuatu makhluk bernama AZAZIL. Kisah ini di ambil dari buku-buku terdahulu dan cerita orang-orang tua yang mengaji tentang sufi.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan