Kencing manis penyakit keturunan = Mewarisi KUMAN kencing manis ibu bapa.
Golongan pakar perubatan professional mengatakan bahawa kencing manis adalah penyakit keturunan. Ini bererti jika ibu bapa kita ada kencing manis, maka kita berpeluang besar mendapat kencing manis. Pada pandangan saya, penyakit kencing manis disebabkan oleh sejenis kuman (microbe) tertentu.
Kuman ini wujud di dalam tubuh ibu dan bapa yang menghidap kencing manis. Kuman ini berkemungkinan besar juga telah menular ke dalam sel-sel sebahagian sperma bapa dan telur ibu. Jika sperma dan telur yang dijangkiti ini berjaya bersenyawa, maka janin yang terhasil berkemungkinan besar akan membawa kuman penyakit kencing manis. Sekiranya kuman ini belum berjangkit kepada sperma bapa atau telur ibu, besar kemungkinan bakal anak tidak akan terkena kencing manis.
Sistem immunisasi ibu yang kuat berjaya mengekang kuman ini dari membiak dengan cepat di dalam janin, lantas penyakit kencing manis jarang-jarang berlaku kepada janin. Bayi yang bakal lahir dri janin ini berkemungkinan besar hanya menjadi sebagai pembawa kuman ini tetapi tidak sampai ke tahap berpenyakit kencing manis.
Kuman kencing manis membiak dengan pesat dengan kehadiran glukos
Apabila bayi ini menjadi dewasa, dan mula mengambil glukos dalam kuantiti yang tinggi melalui pemakanan yang tinggi karbohidrat, kuman kencing manis akan membiak dengan lebih cepat kerana persekitaran yang tinggi dengan glukos adalah pemangkin kepada pembiakan mereka. Lama-kelamaan, tahap glucos yang tinggi sehingga tidak terkawal akan menyebabkan komplikasi yang lebih rumit lalu menyebabkan penyakit kencing manis.
Kuman kencing manis suka kepada persekitaran yang mempunyai kandungan glukos yang tinggi. Glukos meyediakan habitat yang baik untuk kuman ini berkembang biak dengan skala yang lebih besar. Apabila kuantiti koloni kuman ini meningkat kepada satu tahap yang tidak terkawal, aktiviti-aktiviti harian kuman ini akan mengganggu dan menjejaskan fungsi organ-organ tubuh badan. Kuman kencing manis mengeluarkan sejenis bahan kimia yang menghalang insulin dari membawa glukos masuk ke dalam sel-sel badan untuk diproses menjadi tenaga (metabolism). Kuman ini juga berupaya merosakkan pankreas supaya insulin tidak dapat dihasilkan dengan cukup.
Kuman Kencing manis merosakkan pankreas dan menyebabkan Sindrom Metabolik.
Kuman kencing manis adalah makhluk tamak yang mempunyai sedikit kebijaksanaan yang membawa rebah kepada diri mereka sendiri. Mereka tamak untuk mendapatkan makanan (glukos) untuk diri mereka sahaja dan tidak mahu berkongsi dengan sel-sel tubuh. Mereka tahu insulin adalah musuh utama mereka kerana insulin mengambil dan membawa glukos ke dalam sel-sel tubuh, menjadikan hanya sedikit glukos yang tinggal untuk mereka. Dengan itu mereka mengeluarkan sejenis bahan kimia untuk menutup pintu-pintu sel supaya glukos tidak dapat dibawa masuk ke dalam sel-sel badan oleh insulin. Keadaan ini dikenali sebagai Sindrom Metabolik.
Tidak cukup dengan itu, mereka juga menyerang kilang pengeluaran insulin, iaitu pankreas, supaya kilang ini tidak dapat mengeluarkan insulin lagi. Semua ini dilakukan bagi memastikan tiada pesaing lagi yang akan berkongsi glukos dengan mereka. Dek kerana perbuatan mereka yang tamak, kandungan glukos yang tinggi di dalam tubuh menyebabkan kerosakan tubuh yang tidak terkawal dan akhirnya menyebabkan kematian. Apabila kita mati, koloni kuman ini juga akhirnya akan mati. Padan muka, tamak sangat!
Apabila insulin berkurangan atau insulin tidak dapat membawa masuk glukos ke dalam sel-sel badan, maka tubuh badan akan mengalami penyakit kencing manis. Berbagai-bagai komplikasi lain akan berlaku disebabkan penyakit ini seperti penurunan berat badan yang ketara, letih yang bersangatan, kerap membuang air kecil dan banyak lagi. Kandungan glukos yang tinggi di dalam darah pula akan menggalakkan pembiakkan fungus yang boleh merosakkan kulit.
Kaedah rawatan moden diketahui hanya mengawal gejala (symptom) kencing manis seperti menurunkan kandungan gula dalam darah yang tinggi. Kaedah rawatan alternatif berusaha membunuh kuman-kuman penyebab kencing manis dan membuang bahan-bahan kimia yang menyekat penyerapan glukos ke dalam sel-sel badan. Kaedah alternatif juga berusaha membaik puluh sel-sel yang telah rosak disebabkan kegiatan-kegiatanmakhluk halus tersebut (bukan hantu ya. Kuman tu benar-benar makhluk yang halus). Kaedah alternatif boleh anda cuba di laman http://sites.google.com/site/usanapot
Saudara, Allah menjadikan di dalam tubuh kita banyak tanda-tanda kebesarannya untuk kita perhatikan dan belajar darinya. Kes kuman kencing manis mengingatkan kita kepada kerakusan dan ketamakan manusia di dalam mengejar kekayaan dengan tidak mempedulikan kerosakan yang berlaku kepada bumi akibat perbuatan mereka. Apabila bumi rosak dan mati, kita juga akhirnya akan mati kerana sumber penghidupan kita telah musnah. Sesungguhnya benarlah firman Allah yang bermaksud "Telah berleluasa kerosakan di daratan dan di lautan disebabkan oleh apa yang telah dilakukkan oleh tangan-tangan manusia".
Tiada ulasan:
Catat Ulasan