Pages

Search This Blog

Followers

like Batu

Jumlah Paparan Halaman

Jumaat, 29 Julai 2011

Datuk Ni Dah Bersara.. Siapa Nak Umum Tarikh Puasa dan Raya Tahun ni?

Mantan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia, Y.M. Engku Tan Sri Dato Sri Ibrahim bin Engku Ngah, wajah yang tidak asing lagi setiap kali tiba saat pengumuman tarikh puasa dan hari raya di kaca TV. Beliau telah mula melaksanakan tanggungjawab tersebut sejak Januari 1989. Sememangnya aku membesar dengan muka 'atuk' ni setiap kali menjelang Ramadhan dan Hari Raya.

Akan tetapi, 'Datuk' ni telah pun bersara pada Januari 2011 yang lepas. Ini bermakna, puasa dan raya tahun ni, kita tidak akan dapat melihat lagi kelibat beliau di kaca TV. Dan kita semua bakal melihat muka baru pula setelah saban tahun melihat wajah yang sama.
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang dilantik menggantikan 'atuk' tu adalah Y.Bhg. Datuk Syed Danial bin Syed Ahmad. Di bawah ini adalah gambar-gambar eksklusif beliau. Agak sukar untuk meng'google' gambar beliau. Mungkin kerana beliau masih baru dan belum dikenali ramai.
 
  
p/s : tidak kisahla siapa pun yang isytihar.. puasa tetap kena puasa.. Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan..

2 ulasan:

Mohammed Faizal berkata...

nantikan kemunculan atok baru eok di kaca tv

Nurhasliza Nordin berkata...

Oo, taun ni atok baru la yang umum ye. Atok mane-mane pun tak kisah la. Atok tu tak penting sangat. Tarikh yang atok tu nak umum lagi penting. Huhu.