Pages

Search This Blog

Followers

like Batu

Jumlah Paparan Halaman

Sabtu, 30 Julai 2011

ISTILAH RAMADHAN

TAKRIF PUASA :
Shi yam dalam bahasa arab bermaksud meninggalkan. Dalam bahasa melayu ia disebut puasa. Dari sudut istilah feqh dikenali dengan lafaz Imsak. Iaitu melakukan sesuatu dengan meninggalkan apa-apa yang dilarang oleh Allah SWT terhadap perkara-perkara yang boleh membatalkan dan merosakkan puasa. Amalan ini bermula dari terbit fajar sehingga terbenamnya matahari dan disertai dengan niat.
ISTILAH RAMADHAN
Menurut kamus al-Mu'jam al-Wasith, istilah ( رمضان ) berasal dari beberapa lafaz :
1) Ra ma dha : ( رمضا) bermaksud ( النصل ) potong. Bila dikatakan ( ر مض الشاة) bermaksud dipotong daging kambing dan diasingkan kulitnya.
2) Ru mi dha : terbakar. Bila disebut ( رمض فلان) Ru midha Fulan ia bermaksud kaki seseorang dalam kepanasan terbakar disebabkan dia berjalan (berkaki ayam) di atas muka bumi yang panas.
3) Ra mi dha : ( رمضا) panas membakar. Jika dikatakan ( رمض الشيء )bermaksud bersangatan kepanasan. dikatakan juga, bumi kepanasan, hari kepanasan (disebabkan mentari) orang yang berpuasa kepanasan perutnya disebabkan terlalu dahaga (nafsu). Kambing yang dibiarkan di kawasan peliharaan yang terlalu panas menyebabkan hatinya luka."
* nota : jika hati binatang ternakan didapati bertompok-tompok menunjukkan binatang itu disembelih dlm keadaan yang tidak sihat dan tidak elok utk dimakan.
4) Ramadhan : Bulan ke-9 dari kalendar Hijriyyah.
Kesemua pengertian 1 - 4 asal usul istilah ramadhan ini dipetik dari Kamus al-Mu'jam al-Wasith, 1972, Kaherah, cet ke-8, hlm 372 - 373
Melihatkan semua ini, tidak hairanlah jika kalimah ( رمضان ) yang terdiri dari lima huruf turut mendapat perhatian dari seorang tokohsSufi yang Agung, Imam Abd Qadir al-Jaylani. Beliau memperincikan kalimah ramadhan dengan menjelaskan :
ر: رضوان الله (keredhaan Allah)
م : محبة الله ( Kasih sayang Allah)
ض : ضمان الله (Jaminan Allah)
الألف : ألفة الله (Kepemurahan Allah)
ن : نور الله (Cahaya dari Allah)-sila rujuk : al-Jaylaniy, al-Ghunyah Bithalibi Thariqi al-Haq, t.thn, al-Maktabah al-Sya'biyyah, hlm 9


Kesimpulannya, lafaz ke2, 3 dan ke-4 sinonim dengan pengertian puasa ramadhan. Manakala lafaz yang pertama dilihat agak jauh sedikit pengertiannya. Namun, apa yang penting ialah apabila kita berada di bulan ramadhan bahang kepanasan ramdhan sentiasa dirasai hawa nafsu disebabkan ia dirantai oleh beberapa pantang larang Allah SWT spt makan, minum, syahwat dan beberapa keinginan lain yang biasanya melonjak-lonjak disiang hari. Jadi, pantang larang inilah yg menyebabkan nafsu manusia kepanasan.
Pada malam hari, selain tugasan kefardhuan, kita amat digalakkan utk bertarawih, bertasbih, berselawat, berqiyamulail dan berdoa kepada Allah SWT. Sekali lagi, nafsu ammarah kepanasan meronta-ronta menuntut kita agar berhenti dari beribadat. Di sini, betapa pentingnya peranan mujahadah utk melawan hawa nafsu. Nafsu Ammarah mengajak utk melakukan adat dan maksiat. Manakala nafsu Mutma'innah teruja untuk melakukan ibadat.
Oleh itu, kita dapati bahawa ada persamaan maksud diantara pengertian puasa/ramadhan dari sudut bahasa dan istilah syarak melalui alim ulamak yg hak. Maka barangsiapa yang buta hakikat dalam memahami sesuatu perkara, dia sebenarnya gagal mencapai makrifat. Pasti sukar baginya utk meraih bekalan pulang menuju akhirat. Ramdhan, hadirmu dirindui.

Tiada ulasan: