Pages

Search This Blog

Followers

like Batu

Jumlah Paparan Halaman

Sabtu, 30 Julai 2011

BANGSA 'MIM NUSANTARA ( 6 )


ERA ADAM

"Manusia dulunya SATU UMAT, kemudan berpecah-pecah"

Umat yang satu, itulah di mana era ADAM dan warisnya menjadi khalifah. ADAM yang berumur hampir 1000 tahun itu sudah tentu dapat mendirikan ketamadunan yang hebat demi menyatukan semua makhluk di bawah kekhalifahannya. Dengan ILMU SEGALA di berikan padanya itu, ternyata dia dapat mengurus SATU UMAT dengan baik. Bagaimanapun, dia tidak keseorangan. Bersamanya, anak cucunya yang di beri HAQ untuk mengurus dunia secara bersama. 

Jika anda seorang ahli sufi atau seorang yang suka mencari kerahsiaan dalam agama, anda tentu pernah mendengar frasa ini; 'ADAM mewariskan amanahNYA kepada keturunannya'.

Terdapat dua pergertian untuk ini, salah satunya adalah mengenai pewarisan ILMU SEGALA ini yang sesekali tidak akan hilang. Keduanya adalah, mengenai sifat, kelakuan dan nama-namaNYA yang di serap kedalam ADAM lantas di wariskan kepada anak cucunya yang HAQ. Apapun, saya tidak akan mengulasnya lanjut kerana itu amat berat untuk orang awam dan biarlah kalian sendiri yang mencarinya dengan berguru. Insyallah.

Pewaris ILMU SEGALA ini di beri HAQ untuk mengurus langit dan bumi. Mereka ini boleh kita gelarkan sebagai DEWA-DEWI. Orang zaman dahulu pula menyebutnya sebagai TUHAN-TUHAN. Biarpun apa frasanya, yang penting, mereka-mereka ini mengurus dunia dengan keizinan DIA yang maha besar.

Kemudian, terdapat pertikaian berlaku dan ia menyebabkan Umat yang satu berpecah-pecah.Pertikaian ini mungkin dari mereka yang ingin menjadi 'dewa-dewa' tapi tiada HAQ. Ada yang mencuri sedikit dari ILMU itu dan membina ketamadunan yang lain. Pada masa yang sama juga, terdapat DEWA-DEWI yang hanya bermatlamatkan DUNIA ADALAH SEGALA.
Jadi, dunia pada ketika itu, terbahagi kepada dua, yakni 'CAHAYA/LIGHT' yang mengurus dunia dengan arahanNYA dan 'GELAP/DARK' yang mahukan dunia menjadi matlamat segala. Bagaimanapun, kita harus tahu, biarpun LIGHT and DARK sekalipun, ini semua di atas kehendakNYA. Bukankah ALLAH itu maha perancang?!

Pertentangan ini berterusan sehinggalah berlaku peperangan. Perkara ini sudahpun di jangka oleh para malaikat pada sebelum ini kerana mereka tahu model ADAM tetap akan bermatlamatkan kehancuran. 

"Tiap-tiap umat mempunyai batas waktu"
Al-quran 34:7

Itulah yang telah di tetapkan oleh ALLAH s.w.t. Inilah sebab musabab untuk kehancuran umat era ADAM ini. Meskipun demikian, tiada di ketahui punca sebenar mengapa umat ini harus di tamatkan. Daripada penkajian saya, ada yang mengatakan penguasaan NEFILIM atau gergasi di era ini amat membimbangkan. Dalam mitos ketamadunan SUMERIA pula, di katakan ENLIL mahu hapuskan manusia kerana mereka membiak dengan cepat sehinggakan langit dan bumi
di penuhi dengan mereka. Biar apapun ceritanya, kemusnahan itu tetap berlaku dan bumi baru telah di 'bersihkan' dan kehidupan baru kini bermula......

Tiada ulasan: