Pages

Search This Blog

Followers

like Batu

Jumlah Paparan Halaman

Khamis, 28 Julai 2011

Lemak Disalai

Lemak“Kau ni memang dah banyak lemak! Siap la nanti aku kerjakan bila sampai rumah nanti.” Herdik Pak Ya kepada anak sulungnya yang dari tadi tercungap-cungap menahan kepenatan. Yahya, bukannya kalah, tetapi kerana kesilapan sedikit aje. Itu pun bukannya dapat tempat yang corot.Masa pertandingan lompat tinggi aje yang fail sebab lompatan tak lepas pada halangan yang tertinggi.

“Udah-udah le abah kau, dari abah kau kerjakan lemak budak tu, lebih baik abah kau aje yang berjogging, kurang-kurangnya ilang ler lemak kat perut tu.” Celah Mak Esah pada suaminya.
“Shhhhh….aku bukanya cakap pasal lemak budak tu, tapi perangainya… dah penat aku latih, lompat tak tinggi-tinggi jugak…” jelas Pak Ya pada isterinya.
“Ya la, macam mana nak tinggi, dah abah kau pun tak boleh nak lompat tinggi. Kan Esah dah kata, lemak kat perut tu pegi buang….sayang sanggat ke lemak kat perut tu….nanti kalau dibiarkan lama-lama, macam-macam penyakit boleh dapat tau…contohnya darah tinggi, sakit jantung, kencing manis…bla..bla…bla…” leter Mak Esah pada suaminya..
HuHhu…genilah ceritanya mengenai Pak Ya dengan Mak Esah…Kerana lemak…jika diamati, lemak tu ada 2 makna yang berbeza…boleh membawa kebaikan dan boleh juga membawa keburukan…
Skrip diatas, saja aje ZackJ reka sebagai membuka bicara, tiada kena mengena dengan yang hidup atau mati…Sebenarnya ZackJ nak cerita tentang lemak untuk artikel kali ini…Jom baca seterusnya… 

LemakLemak terdiri dari 2 kategori

  1. Lemak Tepu - Bersifat membeku dan keras pada suhu rendah. Kebanyakanya dari sumber haiwan dan juga terdapat pada tumbuhan seperti santan dan lemak sayuran.Pengambilan yang berlebihan meningkatkan tahap kolesterol dalam darah yang berpotensi untuk termendap di saluran darah dan jantung.
  2. Lemak tak Tepu - Besifat lembut dan cecair walaupun pada suhu rendah. Ia didapati dari sumber tumbuhan.
Pernahkah anda membersihkan darah anda yang semakin pekat, berasid, bertoksin, kurang oksigen itu? Zaman sekarang ni dah terlalu banyak mesin-mesin yang boleh menjadi kuli untuk mencuci darah yang penuh dengan pancaroba didunianya itu. Tak kurang juga makanan tambahan yang boleh membantu kita menyuci lemak-lemak yang bertempelan didinding pembuluh darah.

Beberapa pertanyaan sering muncul dari teman2 mengenai senaman untuk menurunkan berat badan dan seterusnya membakar lemak-lemak yang ada. Kesedaran bagi orang-orang kita telah jelas menunjukkan kearah yang lebih positif. Cuma masalah yang sering disalah ertikan adalah bahwa adakah olahraga tertentu untuk membakar lemak dan adakah olahraga yang selain darinya yang tidak membakar lemak? Pertanyaan berikutnya adalah berapa kerapkah sebaiknya kita melakukan senaman untuk membakar lemak? Apakah pagi lebih baik atau petang yang ditutut?
Sebenarnya, bagi orang yang tidak pernah bersenam, maka apapun senaman yang dilakukan dan kekerapan sangat-sangat membantu mereka. Dengan senaman boleh membuat peredaran darah lebih lancar, juga meningkatkan metabolisme.

Tetapi beberapa ramai dari kita sudah berolahraga setengah mati tetapi tetap saja berat badannya belum mencapai berat ideal yang diimpikan. Jadi bagaimanakan pengaturan olahraga supaya hasil yang dicapai boleh lebih optimal?
Olahraga apapun, yang penting bukan angkat berat dengan cara memikul 10 biji tayar lori. Senaman harus dilakukan ketika kadar gula dalam keadaan rendah atau dalam keadaan perut yang tidak terlalu kenyang. Waktu terbaik untuk melakukan senaman ini adalah pagi hari, bangun tidur, dalam keadaan perut kosong. Olahraganya biasanya berbentuk apapun asal bukan angkat berat. Yoga, treadmill, renang, aerobic, dancing, asalkan detik jantung kita berada di level 65%.

Beberapa orang mengatakan, kalau olahraga perut kosong, mana ada tenaga? Saya katakan, kita mau membakar lemak dan bukan membakar makanan yang baru saja kita makan kan? Lemak adalah tenaga ‘simpanan’ kita. Jika kerap kita gunakan tenaga simpanan ini, lama kelamaan lemak kita akan berkurangan. Tentunya kalau tenaga utamanya dalam keadaan kosong. Itulah kenapa apabila kita ingin membakar lemak, selalu lakukan ketika perut kosong atau ketika gula darah anda dalam keadaan rendah.

Ha, mengikut kata mak esah tadi, kalau kita tak nak bakar lemak kita, kita sebenarnya sedang mengeramkan virus-virus jahat dalam badan. Hanya tunggu masa untuk menetas aje.

Untuk kita membakar lemak dengan cara yang mudah dan tak perlu keluarkan belanja duit stem, lakukan lah senaman sekurang2nya 45 – 60 minit setiap 2 hari.
Bangun aje tido, terus buat, jangan bertangguh untuk menjadi lebih sihat. Kalu waktu pagi, lepas senaman tu, bolehlah ambil sarapan , jika tidak anda akan rasa keletihan untuk menhadapi hari yang panjang.

Jika anda memilih untuk melakukan pada sebelah petang, boleh juga. Tetapi ini agak memenatkan sedikit, kerana anda digalakan untuk melakukan lebih dari waktu pagi. Sebabnya adalah anda perlu untuk mungurangkan karbohidrat terlebih dahulu dengan melakukan latihan yang agak berat. Dan diikuti dengan senaman ringgan  sekitar 60 hingga 90 minit supaya keberkesanan untuk menggunakan tenaga simpanan kita. Latihan beban juga dapat membantu meninggkatkan metabolisma kita.

Dan jangan takut untuk makan setelah bersenam. Itu adalah satu keharusan, jangan tak makan hanya semata-mata untuk mendaptkan berat badan yang ideal.

Panduan semasa menyediakan makanan

  • Kikis dan buang lemak yang kelihatan pada bahan masakan
  • Kurangkan memasak menggunkan bahan berminyak. Gunakan cara kukus, bakar, rebus, panggang, tumis atau gunakan gelombang mikro.
  • Ubah suaikan resepi masakan dengan mengurangkan santan, susu, daging dikurangkan dan ditambahkan kekacang untuk serat.Tambhkan bawang, rempah, herba, jus limau nipis, cuka atau perasa asli tanpa lemak.
  • Kikis dan buang air rebusan yang berlemak.
Sayur dan buah penting untuk diet seimbang. Seperti apa yang ZackJ telah nyatakan dalam sebelum artikal ini. Ia mempunyai rasa yang murni dan mempunyai kepelbagaian warna, rupa yang menarik. Jadikan ia sebagai sebahagian daripada menu harian yang juga merupakan sumber utama  karbohidrat kompleks, Serat, Vitamin terutama A, C dan E dan juga sumber garam mineral terutama kalium dan kalsium.
Dah, ZackJ nak gi masak dulu, kalau tak nanti Mak Esah marah lak.

Huhu…jangan tangguh untuk dapatkan kesihatan yang lebih baik.

Tiada ulasan: